Friday 23 March 2012

MyPoster : Hidayah itu Perlu Dicari... Bukan untuk ditunggu

Assalamualaikum....

Seminggu lebih tak berupdate.... busy punya pasal...bercampur ngan malas :)




 
Soalan :

Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa,
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..
puasalah walau dalam keadaan terpaksa
kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA,
dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..
jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah,
sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu,
IA MESTI DICARI..
ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..




Jawapan yang Ustz Azhar berikan tu selari dengan apa yang pernah aku bincangkan dalam Artikel ni :  



Hasil lukisan menggunakan Paint Tool SAI dan diedit Background serta tulisan dalam Photoshop...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 14 March 2012

SUKAN : Membina atau Meruntuhkan ???

Assalamualaikum....



Biasa buat karangan Faedah Bersukan? Konfem pernah kan? Setidak-tidaknya pun pernah kena paksa ngan cikgu BM suh salin karangan contoh pasal tu kan?

Memang takleh nak dinafikan bersukan memang banyak faedah serta kebaikannya.
Sukan bleh buat kita jadi lebih sihat...
Sukan boleh mencerdaskan fikiran...
Sukan boleh menjana pendapatan dan ekonomi....
Sukan boleh menyatukan ....
Sukan boleh bla..bla..blaa....
Cukup,cukup... betul la tuu...

Aku tak nak cite pasal kebaikan bersukan, sebab semua orang dah tau. Tapi aku nak explain pasal keburukan bersukan...
Eh? Ada ke keburukannya? Nak percaya ke tidak terpulanglah.

Ini cerita betul. Sepanjang minggu lepas aku dipaksa  bertugas sebagai pencacai dan petugas kat sebuah stadium ni sempena Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. Kira sukan untuk budak2 sekolah la.

Bukan tak pernah tengok acara Sukan Olimpik ke Komanwel ke... tapi bila aku tengok kat tempat ni rasa lain macam sangat.

Bila sebut kejohanan olahraga camni agak-agaknya korang pun bleh bayang camne pakaian peserta2nya. Aku ingat peringkat profesional je pemakaian camtu, rupanya peringkat kecik2 camni pun dah ada pakai ala2 Usain Bolt dan ... err aku takleh nak bagi contoh lain... tak kenal... klu kenal pun tak femes... klu femes pun pasal isu ujian doping ...

Yang lelaki pakai seluar pendek, biasalah bro, klu game bola sepak pun semua 22 orang player atas padang tu pakai seluar pendek. Belum masuk referee dan linesman lagi...

Bukan setakat seluar pendek, ketat giler plak tu sampai terbonjol nampak tuuuuuuuuut ....

“Biasalaa.. budak2 je pon “ bisik seekor syaitan yang sedang melepak sambil menghembuskan asap rokok berkepul2...

Budak2 lu cakap? Dah baligh kot... dah berpuluh kali mimpi basah camtu dah dikira dosa pahala dowh...

Yang pompuan takyah cerita laa... lagi dahsyat daripada yang lelaki pun ada... pakai singlet, seluar  tight/legging ketat nak mampus paras lutut dan ada paras paha. Aku bukan cerita pasal yang bukan Islam ni... ni anak2 Melayu Islam yang pakai camni.

Kejohanan Sukan camni dah semacam menjadi pesta untuk diorang menunjuk2 body masing-masing, bergaya ala-ala model pakaian sukan tanpa rasa segan, bersalah dan tanpa rasa berdosa.

“alaaa, nama pun sukan. Kalau tak pakai camtu macam mana nak lari laju, nak lompat tinggi-tinggi?” seekor lagi syaitan mencelah sedang matanya penuh bernafsu melilau liar ke kiri kanan menskodeng lenggang lenggok beberapa peserta pompuan.

“Kerajaan pun memang menggalakkan rakyatnya menyertai acara sukan camni. Barulah nama Malaysia ni tersohor serata dunia. Femes sket, baru orang terbeliak bijik mata dengar nama negara kita” Tambah seekor lagi syaitan berbadan gempal dengan kulit yang agak sunburn akibat berpanas terik di tengah padang. Patriotik sekali.

Atas nama dan tiket SUKAN, segalanya yang janggal menjadi normal, segala yang HARAM seakan menjadi HALAL...

Mungkin jika diorang berpakaian seseksi tu dan berjalan kat tengah bandar, masih lagi orang akan pandang pelik dan meluat, tapi bila berada di trek dan padang, semuanya menjadi normal.

Bahkan jangan terkejut jika mereka yang berpakaian sopan dan menutup aurat dipandang jelek jika turut sama menyertai acara sebegitu. Diterbalikkan situasi sedemikian rupa.

Sukan , dalam diam dan tak sedar, menjadi salah satu agenda Yahudi paling berjaya untuk melemahkan kita. Menjauhkan kita daripada tatacara kehidupan dan akhlak sebagai seorang Islam. Cukup halus namun memusnahkan dalam senyap.

Malang, sungguh malang apabila umat Islam kat Malaysia ni berlumba-lumba mahu menunjukkan kejaguhan dan tanda sokongan mereka dalam bidang sukan tetapi dalam masa yang sama mengabaikan tuntutan yang jauh lebih penting iaitu menutup aurat, menjaga waktu solat (bersukan kadang2 sampai terlajak waktu) dan menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Sukan, dah jadi satu bentuk hiburan... sukan dah jadi satu bentuk pekerjaan... sukan juga dah jadi salah satu kayu ukur penentu kemajuan sesebuah negara... mengikut alat pengukur dan alat sukat ciptaan Barat. Dan kita, lelah sendiri mengejar kemodenan ini, tanpa sedar perangkap dahsyat yang meragut kesucian rohaniah sedang menanti mangsanya... iaitu kita.

“Eleh, ko cakap je pandai, tapi ko pun sama... bukan ingat dunia gak time tengok game bola tuu... piirah!” Seekor syaitan berkulit hitam legam mencebik. Cuba memprovok.

Ceh, aku debik kang!

Kebetulan time aku belek2 majalah Al-Islam ada la aku terbaca pasal artikel mengenai pembinaan sebuah stadium yang mempunyai kabin dan balkoni khas untuk menampung penonton wanita agar tidak bercampur dengan lelaki di Jeddah, Arab Saudi. Maknanya stadium tu akan mengasingkan penonton, wartawan dan jurugambar wanita daripada lelaki Tidak akan ada percampuran jantina. Stadium itu dijangka siap 2014.

Tengok, penyelesaian tetap ada kan? Cuma perlu sedikit usaha dan kesungguhan. Bukannya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Jangan terlalu ikut rentak tari ciptaan Barat. Tak perlu tiru dan copy paste bulat2 budaya dan cara pelaksanaan mereka. Ubah ikut acuan kita sendiri. Acuan Islam. Insya-Allah dipermudah jalannya.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Segmen Seni : Makeover Me Contest 2012


Assalamualaikum...

Dah lama aku nak siapkan vektor /lukisan ni tapi asyik tertangguh atas sebab2 yang terpaksa dirahsiakan (yela tu)

Ape pun, aku join gak sebab taknak menghampakan Aliff sebab aku memang ada janji nak join.
Ni jelah yang termampu. Harap2 diterima. Rasanya belum tutup lagi. Seingat aku tarikh tutupnya 15 Mac 2012


Last minit punye keje... sape rasa sempat nak join bleh ke SINI... bleh jugak tengok hasil daripada peserta lain yang jauh lagi ohsem dan gempak..


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 6 March 2012

Tutorial - Melukis bentuk 3-D menggunakan Microsoft Excel 2007

Assalamualaikum...

Tutorial ni dah lama aku buat ... untuk menjawab soalan ntah sape pun dah tak ingat....
Alang2 dah buat baik aku kongsi je kat sini... bukan reti sangat buat tutor ni... tapi tengoklah klu bleh faham ...

Kat sini aku ringkaskan stepnya supaya senang nampak... aku lukis gambar ni guna Microsoft Office Excel 2007... dan teknik serta cara yang sama bleh diaplikasikan untuk sofwer2 lain gak..






Tool utama yang digunakan adalah tool FREEFORM....
Insert --> Shape --> Lines --> Freeform




Lukis bentuk kemudian baru warnakan.


untuk masukkan warna:
Klik shape yang dilukis --> Format ---> Shape Fill --> pilih warna yang disukai


Untuk Outline/warna garisan :
Klik shape yang dilukis --> Format ---> Shape Outline --> pilih warna yang disukai/pilih no outline jika tak nak outline (contoh aku buang outline pada step 5)




Pada Step 4 aku masukkan 3 warna dengan kecerahan yang berbeza supaya menampakkan bentuk 3-D

Senang je kan? bleh bereksperimen dengan warna2 yang lain / bentuk yang lain...

Tu jela... selamat mencuba :)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 4 March 2012

Koleksi Artwork dan Art Trade

Assalamualaikum....

Semenjak dua tiga minggu ni memang tak sempat nak melukis vektor potret.. banyak jugakla hutang2 vektor dan doodle yang tertunggak dan belum terbayar... maaf -_-

yg kat bawah ni koleksi vektor yang dah lama aku siapkan tapi belum upload je...

1. Yusriey Yunus - follower ke-500 blog aku
  ( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)



2. Meya Lollipop - Pemenang Segmen Adore Your Arts Part 3
( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)


Taktaula si Meya ni dah ambik ke belum lukisan ni... e-mail pun tak respon... klu terbaca entri ni blehla ambik jer yang ni


3. Keri Ikhwan - err ni potret aku sendiri... lukisan potret pertama dan terakhir menggunakan Paint.
    saje je nak test, tak sangka plak paint pun ok gak lukis2 benda camni



4.  Doodle guna Paint





-------------------------------------------------------------------------

Yang kat bawah ni plak hasil tangan geng2 WLA yang bermurah hati menghadiahkan aku vektor dan Doodle yang diorang lukis sendiri. Trimas semua. sori tak sempat balas -_-

1.  Daripada Fatimahma/ jomtonton


 Fuuh superb!! dia ni memang pro bab2 design.. klu rasa nak tempah lukisan/ tulisan khat/ banner ke apa bleh terus ke blog dia....

2. Daripada BiQa


Untung aku dapat lukisan pelukis daripada Italy nih... klu nak baca cerita2 yang bleh buat korang gelak2 sampai tergolek bleh terjah blog Biqa a.k.a kopok Bika nih...


3. Daripada Manzarina


Err.. meriah sungguh warna yang dipilih... merah mulut mak...nyah


4. Daripada Yusrie Yunus


Vektor black and white... cool


5. Daripada Fahmi Mahat


Vektor ni dilukis dalam Adobe Flash... dia ni memang sifu flash... nak tempah header flash bleh la berurusan dengan beliau




6. Daripada Ory Candy - Doodle cute guna Adobe Illustrator


7. Daripada Scya Lollitot yang konon2nya adik kepada Scha Al-Yahya (ntah betul ke tak ejaan)


kejap je dia lukis dudel nih. tapi cute haha


-----------------------------------------------------------

Alhamdulillah setakat ni aku dah mencuba banyak jenis softwer melukis cam Paint, Adobe Photoshop, Microsoft Excel, Adobe Illustrator, Flash dan terbaru Paint Tool SAI... semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. stakat ni yang paling suka PS,SAI dan Excel.


-TAMAT-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 1 March 2012

"CONTEST HEADER PALING KEBABOM"

Assalamualaikum.....

Sape nak join klik je banner tuu


TARIKH BERMULA: 1HB MAC, 2012
TARIKH AKHIR: 17HB MAC, 2012 (pada jam 9.00 mlm)

Senang citer, untuk contest ni aku mempertaruhkan header Flash aku yang skang.
Walaupun takdela kebaabomm.... tapi okla sekadar mencuba...
Lagipun header tu 99% hasil titik peluh aku sendiri....
saje nak memeriahkan segmen nenek aku CCI nih :)

Nak tengok hadiah? klik je banner tuu..

-tamat-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012


Rasanya memang dah lama giler aku tak join segmen2 nih... tetibe rasa rindu dan nak join... walaupun aku hari2 jenguk blog Abang Ben ni tapi rasanya ni first time aku join segmen dia... 

Aku rasa segmen ni satu segmen yang adil dan aku rasa ni peluang baik ntuk aku ajak ramai orang singgah blog aku dan sekurang2nya diorang dapat sesuatu :) dan aku pun harap2 akan dapat ilmu dan kenalan yang baru.

KENAPA MESTI PILIH BLOG NI UNTUK BLOGLIST KORANG?

Doodle2 di atas dilukis menggunakan Photoshop, Microsoft Excel dan Paint Tool SAI 
(KLIK gambar untuk ke entri berkaitan)



Hehe... sebab blog aku ni penuh ngan lukisan2 doodle, vektor dan poster yang meriah... dan setiap lukisan aku sampaikan bersama dengan mesej2 tertentu.... sambil berblog sambil tambah ilmu... ye tak??

PERHATIAN :
Aku terpaksa menolak untuk listkan blog korang jika blog tu ada unsur-unsur yang kurang sihat, menyentuh sensitiviti tertentu, mengutuk, menghina dan menjatuhkan maruah orang lain serta unsur keseksian melampau.


Kalau berminat, jom join, klik je banner kat atas tu....


Jadi....

"ANDA BERMINAT UNTUK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA?"

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...