Sunday 22 April 2012

Contest Doodle Glider


Assalamualaikum....





Lukisan kat atas ni aku hasilkan untuk Contest Doodle Glider anjuran cik merahitujambu.
Ntahla boleh menang ke tak. Ramai gile yang buat lagi cun dan ohsem. Aku join ni pun saja je suka-suka.
Kalau nak join KLIK SINI.

Sedikit info tentang Sugar Glider:

1.  Sugar Glider ni bukan tikus, arnab,hamster  atau tupai walaupun nampak ade iras2 sket.
2.  Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan negara tidak membenarkan ianya dieksport.
3.  Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal    dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.
4.  mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya.
5.  berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur.
6.  Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.
7.  Sugar glider betina mempunyai  kantung dekat perut dia macam kangaroo.

Nak tahu lebih lanjut pasal menatang comel ni boleh search kat internet.
Kat bawah ni aku kongsi satu video pasal makhluk cute nih :)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

KOMIK: Calon Awek VS Calon Isteri

Assalamualaikum....




Situasi yang cuba aku gambarkan melalui lukisan kat atas tu bukanlah bermaksud perempuan yang seksi dan seksa ni langsung tak layak dibuat isteri. Tak, bukan camtu.

Cuma daripada apa yang aku perhati dan alami, hampir semua orang menginginkan pasangan hidup yang baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka sendiri.

Walaupun seorang Mat Rempit yang tiada hala tuju, tetap menginginkan seorang isteri yang boleh membimbing dan mendidik anak2nya kelak.

Seorang lelaki yang sesat dalam hidupnya, jahil tentang agama tetap tersimpan di lubuk hatinya keinginan untuk mencari seorang isteri yang solehah.

Begitu juga kaum perempuan, juga mahu jodohnya di kalangan lelaki- lelaki yang baik.
Tanyalah mana-mana artis sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan memberi ciri2 pasangan idaman mereka iaitu beriman, ada kedudukan dan kerjaya yang baik dan boleh membimbing mereka ke jalan lurus.

Biar seorang pelacur sekalipun jika diberi pilihan tetap menginginkan seorang suami yang soleh yang boleh membimbing mereka keluar dari kepompong kejahilan, membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.

Impian kita sama. Lebih kurang je. Takde yang mahu mendapat pasangan yang buruk perilakunya, rendah akhlaknya, yang tidak pandai menjaga maruahnya.

Tapi impian yang diidamkan tak selari dengan usaha kita. Kebanyakan hanya mengharap putera atau puteri khayalan mereka datang melamar atau muncul di depan mata. Sedangkan diri sendiri sebenarnya tidak layak untuk mendapat mimpi seindah itu.

Cuba check balik diri kita, layakkah kita mendapat pasangan yang baik-baik jika kita sendiri tidak pernah berusaha memperbaiki kelemahan dan keburukan yang ada pada diri kita?

Dan kaum perempuan kena ingat, kadang- kadang bukan semua lelaki yang datang mengorat dan mengayat korang tu ikhlas nak jadikan korang tu calon isteri mereka. Walaupun ayat bukan main manis dan berbunga, biasanya banyak yang palsu.

Jangan mudah berasa gembira jika ramai lelaki yang rapat dan mengambil berat tentang korang. Cuba nilai balik situasinya. Eh, takyah susah2 nak scan hati lelaki2 tu. Check je balik diri korang tu.. Seorang perempuan yang terjaga akhlaknya, yang tinggi maruahnya dan mempunyai sifat malu pasti tak sewenang-wenangnya membiarkan dirinya dikerumuni lelaki2 ajnabi.

Bukan apa, kesian gak bila tengok senang2 je perempuan ni kena tipu. Ayat manis sket, ada gaya, muka jamban jambu, terus je cair. Padahal tak sedar diri dipermainkan.

Mencari seorang calon awek tak sama prinsipnya dengan mencari calon isteri. Calon awek senang, bersepah dan murah . Tak percaya? Buktinya budak2 sekolah yang entah dah cukup umur ke belum pun senang2 je bercouple. sama juga calon Pakwe. Time suka semua ok, bila dah benci atau tak serasi, bleh putuskan pastu cari lain.

Tapi mencari calon isteri lebih susah, perlu ketelitian, dan penilaian yang lebih mendalam. Bukan boleh main tukar –tukar macam salin baju. Tukar-tukar awek takpela... err.. kasanova betul...

Dan tak semestinya calon awek tulah yang akan menjadi calon isteri. Mungkin ada yang couple dan berkahwin tapi biasanya lepas dah kali ke berapa entah bercouple tu. Sampai dah muak dan boring asyik bertukar pasangan dan clash, barulah terbuka hati nak serius cari pasangan untuk kahwin.

Malas nak sambung. Aku sebenarnya nak letak komik tu je, tapi bila dah start menaip ni takleh berenti plak. Stop.

Pandai-pandaila menginterpretasi maksud tersurat dan tersirat. *padahal aku dah hurai panjang lebar -_-!


Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)



Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)



Rasulullah bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” –(Riwayat Abdullah ibn Humaid)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 18 April 2012

Jom Test Otak : Soalan Matematik paling senang :)


Try le jawab dengan pantas. Senang je ni. Ntahapehape aku ni :)
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 14 April 2012

AMARAN KEPADA BLOGGER GILA TRAFIK!!


Assalamualaikum....





 dilukis menggunakan Paint Tool SAI dan diedit BG/word dalam Photoshop


Apa itu trafik? Trafik adalah bilangan pageviews atau kekerapan pengunjung berkunjung ke sesuatu blog dalam satu tempoh masa tertentu. Trafik ni menjadi salah satu penentu kehebatan dan kefemesan sesebuah blog. *definisi ni ikut sedap aku jer.

Maka dek kerana gila glamor, terkejar populariti ataupun gila duit hasil per klik setiap iklan, maka ramailah blogger2 sama ada yang baru belajar bernafas di alam blogger mahupun yang dah lama bertapak menjadi tak keruan.

Masing-masing asyik memikirkan apa cara terbaik nak tarik pengunjung ke blog mereka. Tak kisah la blog buruk cam hampeh sekalipun.

Aktiviti  copy paste segala entri ,cerita dan berita yang dirasakan boleh dijadikan tarikan kepada pengunjung pun semakin giat dijalankan. Itu ok lagi, jika apa yang dikongsi itu bermanfaat.

Tapi blogger gila trafik ni memang gila. Akal waras memang dah lama tolak tepi. Janji trafik mencanak naik dan iklan yang ditempek sehingga penuh blog tu diklik banyak2.

Blogger gila trafik ni tak kisah apa jenis cerita yang ingin dia paparkan dekat blog mereka. Mana yang hangat hot panas berapi dan terkini semua nak disumbat dalam blog. Tak perlu tapis, tak perlu saringan. Lagi hebat dari persaingan akhbar2 terkemuka di negara ni.

Maka akibat gila trafik, muncullah cerita –cerita berbentuk andaian dan ikut cakap orang. Sahih atau tidak itu belakang cerita. Ada unsur suspens lagi umph! Hanya cerita tanpa sokongan fakta dan bukti yang nyata. Janji ada orang baca.

Fitnah dan gosip umpama mainan dan rencah dalam penulisan mereka. GOSIP biarpun hanya khabar angin terus diupdate tanpa perlu dipastikan dan disahkan kebenarannya oleh tuan punya badan. Lebih-lebih lagi melibatkan artis dan orang kenamaan. Kononnya mereka ni milik masyarakat, tak perlu minta izin untuk berkongsi setiap cerita mengenai mereka, hatta cerita dalam kain sekalipun.

Blogger gile trafik ni biasanya jenis memahami bahawa rakyat2 sedunia memang gemar dengan cerita lucah dan noti2. Maka berebutlah blogger2 gila trafik ni mengupdate cerita bergambar 18SX walaupun kadangkala gambar tu takde kaitan pun dengan entri mereka. Apejadah?

Tajuk entri biasanya dah panas, lucah dan mengghairahkan. Padahal isinya takdelah hebat mana pun. Karangan budak darjah 5 pun lagi bagus. Hampeh.

Blogger gila trafik ni jugak biasanya sangatlah ghairah mempromote blognya. Tak kira ping dekat group, wall orang mahupun buat segmen2 ntahapae2 yang sememangnya tak membawa faedah kepada diri, masyarakat apatah lagi kepada kebaikan ummah. Janji follower meningkat, pageview berganda, dan iklan separa lucah di sidebar tu di klik orang.

Biarlah blognya hanya memaparkan mukanya dengan aksi muka comel badan melentik gedik, ayat euw, euw... dan cerita pasal pakwe, makwe, dan segala ex-nya tetap dipromote gile2 seolah2 sesiapa yang membacanya akan beroleh manfaat , beroleh pahala dan dia pun akan cepat masuk syurga.

Blogger gila trafik yang agak merbahaya juga apabila kononnya dia memaparkan sesuatu cerita untuk memberi pengajaran. Tapi dalam entri tu siap lengkap dengan gambar orang yang dikutuk tu. Sebagai contoh mahu menegur orang yang tidak menutup aurat dan seksi, tapi dia sendiri meletak gambar seksi malah kadangkala layak dikategorikan bogel semata2 mahu menjadikannya lebih menarik. Ramailah orang-orang yang gila seks datang mengomen mengutuk padahal mereka sama terjojol biji mata tengok gambar tu. Siap save lagi.

Dan ini pesanan aku kepada blogger2 gila trafik di luar sana. Tak salah mempromosi blog,, tak salah mahu menarik perhatian pengunjung, tak salah mahu menjadikan blog kita sumber pendapatan sampingan. Tak salah. Aku tak pernah kata itu salah.

Yang salahnya apabila apa yang korang paparkan itu menyusahkan orang lain. Jika itu fitnah, tanggunglah akibatnya, tanggunglah dosa memfitnah itu. Mungkin hari ini korang seronok menyebarkan fitnah, tetapi percayalah suatu hari nanti korang akan kena balik.  Itu lumrah hidup.

Korang nak ping entri 10 saat sekali pun lantaklah. Nak buat segmen setiap hari pun buatla. Asalkan tak mengganggu ketenteraman dan merosakkan imej agama yang korang anuti tu. Nama blog bukan main lagi islamik dan suci, tapi ping entri lucah dan unsur seksi. Bodoh.

Dosa dan pahala. Masih adakah konsep itu semasa korang syok menaip entri dan mengupload video mahupun gambar? Keseronokan dan populariti yang hendak dicari? Tak ke mana pun sedara. Takat dunia jela. Hancur dunia, hancurlah populariti tu.

Eh, kalau rasa blog tu tak membawa manfaat untuk diri dan orang lain, tutup jela. Jangan dok kumpul dosa kering, lembab dan basah camtu. Kalaulah blogger ni dapat pamerkan statistik dosa dan pahala yang terhasil dari blog korang tu, aku rasa berat lagi bahagian dosa tu.

Ya, aku bukan Tuhan, yang layak menentukan dosa dan pahala. Aku bukan penjaga pintu Neraka apatah lagi pintu Syurga, tapi dengan sedikit ilmu yang kita belajar time sekolah dulu sekurang2nya kita tau apa perbuatan yang memberi pahala dan apa perlakuan yang menyumbang dosa. Tak gitu? Kot ye pun kalau fail subjek agama takkan la takleh fikir benda se simple tu?

Okla, panjang-panjang pun belum tentu orang baca. Cukupla tu. Kalau ada blogger2 gile trafik yang terbaca, harap ambil iktibar apa yang aku cuba sampaikan ni.

Buat sesuatu biar ada prinsip. Biar membawa manfaat. Tak guna trafik sesak, kalau yang masuk itu dosa.



- monolog by Keriikhw@n -



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 12 April 2012

[VIDEO] : Video menarik dan bermesej yang KREATIF!

Assalamualaikum....

Kali ini aku cuma nak kongsi beberapa video pendek yang amat menarik bagi aku...
Insya Allah bermanfaat untuk kita semua...

1. Makna Bacaan Solat
 Menjelaskan makna bacaan2 dalam solat dalam Bahasa Malaysia dalam bentuk bergambar yang menarik dan mudah difahami





2. Kindness
Video ni cuba memaparkan kebaikan dan kelebihan jika kita suka menolong orang. Sangat kreatif dan cantik susunan ceritanya.




3. NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMA MU - OKI SETIANA DEWI 
Deklamasi sajak oleh Oki Setiana Dewi, heroin dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih... memuji dan mengagumi negeri Kelantan sempena lawatan ringkasnya ke negeri ini :)

 


4.Hot Scandal | PANAS |
Video kelakar yang penuh mesej dan pengajaran
"sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya?






:)
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 7 April 2012

MyKomik: IRONI #1 : Halal VS Haram

Assalamualaikum....



dilukis menggunakan Paint Tool SAI + Adobe PS



Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

rujukan; Kitab Hadis 40


Alhamdulillah, saban hari semakin ramai umat Islam yang sedar kepentingan makanan yang halal dan baik. Pelbagai produk dan barangan jenama Islam mula diperkenalkan dan mendapat sambutan meluas masyarakat di negara ini. Malah mereka tidak lokek untuk mengeluarkan belanja lebih demi mendapatkan makanan berkualiti yang terjamin halalnya.

Namun, anehnya dalam ketelitian memilih sumber makanan yang halal, ramai dalam tidak sedar terlupa bahawa halal haramnya sesuatu makanan bukan sekadar mendapat pengiktirafan dari badan-badan yang berkelayakan ataupun hanya pada sekeping logo HALAL.

Mereka terlupa bahawa sumber pendapatan, pekerjaan serta cara bagaimana mereka memperoleh sesuatu pendapatan itu juga berkait rapat dengan halal haramnya makanan yang mengalir ke dalam segenap ruang darah dan sebati dalam tubuh mereka. Inilah yang terjadi apabila konsep halal dan haram itu gagal difahami konsepnya secara menyeluruh dan mengamalkan ajaran Islam hanya pada sebahagian ruang kehidupan sahaja.

Seorang pencuri dan perompak yang telah sewenang-wenangnya merampas dan mengambil hak-hak orang lain tanpa izin, adakah hasil yang diperolehinya itu dikategorikan sebagai halal?

Seorang penjudi yang menang loteri , menggunakan duit itu untuk menyara keluarganya, membeli makanan, minuman dan pakaian, adakah itu sumber yang halal?

Seorang Penjual VCD lucah /porno yang mengaut untung berlipat kali ganda dan lumayan setiap malam, adakah wang yang digunakannya untuk membeli keperluan harian untuk keluarganya itu diiktiraf sebagai sumber yang halal?

Adakah seorang pelacur yang melacurkan diri di lorong-lorong gelap mengharap upah lumayan lelaki jongos yang menidurinya itu adalah halal?

Adakah seorang ahli perniagaan yang kaya raya yang selama ini mengaut keuntungan melalui penipuan dan pemalsuan itu cukup sekadar memilih makanan berlogo halal sebagai jaminan bahawa darahnya mengalir dengan rezeki yang halal?

Adakah para menteri dan wakil rakyat yang bermewah-mewahan hasil menipu duit rakyat jelata dan rasuah itu terjamin bahawa dia betul-betul suci daripada sumber rezeki haram walaupun seumur hidupnya tidak pernah makan babi?

Adakah seorang Islam yang bekerja di sebuah kilang menghasilkan arak atau menjadi pelayan di sebuah bar yang menghidangkan arak itu bersih dari sumber makanan haram walaupun dia tidak pernah meneguk minuman syaitan itu?

Adakah para model jelita yang mendapat bayaran melalui gambar-gambar seksi yang menelanjangi hampir setiap inci tubuhnya itu bebas dari sumber makanan haram biapun setiap hari hanya produk HPA yang menjadi sumber makanannya?

Jika sumber pendapatan kita itu pada asalnya sudah haram, maka apa yang kita belanjakan hasil daripada pendapatan itu tentunya bukan sesuatu yang bersih. Dari sumber pendapatan haram itu, ia menjadi darah daging kita, sebati dan berkumpul menggelapkan hati.


Rasulullah s.a.w. bersabda ;
Maksudnya; "Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan  yang haram, maka neraka itu lebih utama baginya".
(Riwayat Tarmizi)



Keberkatan dalam hidup tak akan diperoleh, biarpun sekaya mana pun kita, tanpa keberkatan, semua harta dan kemewahan itu tak akan pernah dirasakan cukup. 

Jadi bagaimana? Kuatkan hati, tinggalkan segala pekerjaan yang membawa kepada pendapatan yang haram itu. Yakinlah rezeki Allah terlalu luas, terlalu banyak sumber yang halal yang masih belum kita terokai. Tiada gunanya mewah kehidupan di dunia tapi papa kedana di akhirat sana.


Maksudnya ; "Dan  tidak  ada  suatu  binatang  melata (makhluk yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat  berdiam  binatang  itu dan tempat  penyimpanannya,  semuanya   tertulis di dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuz)".
(Surah Hud : 6 )



- monolog by Keriikhw@an - 




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday 2 April 2012

Toloong!! Aku Takut Hantuu!!




Ape ke pelik tajuknya tu? Ntah aku pun tak tau apesal aku pilih tajuk camtu...  Abaikan jela tajuk tuu

HANTU. HANTU. HANTU.

Memang hantu tengah femes skang ni. Kalau zaman dulu2 hantu hanya wujud kat kubur2, tepi hutan, dalam hutan , kat kampung2, tempat kes kena pancung tentera Jepun dan seumpamanya.

Tapi zaman moden ni makin hebat plak. Hantu dah bleh masuk dalam TV, sotkabar malah majalah. Laris benar permintaan terhadap hantu ni ye.

Ape taknya, berlambak2 filem dan cerita hantu yang membanjiri industri perfileman dan hiburan skang nih. Macam2 jenis hantu ada, pelbagai rupa dan gaya.

Nih sekor hantu yang aku sempat snap gambarnya merayau2 di alam maya. (sebenarnya aku lukis guna Microsoft Excel 2007)



Tak dinafikan dulu2 pun aku suka gak tengok citer hantu ni. Tapi ntah kenapa skang ni hilang terus nafsu nak tengok cerita2 camtu. Mungkin sebab terlalu muak dan mual dengan cerita yang semakin mengarut dan tahyul melampau-lampau sehingga mampu merosakkan akidah kita.

Pada mulanya memang boleh diterima bahawa cerita hantu tu dihasilkan untuk meyakinkan masyarakat tentang kewujudan makhluk2 Allah selain daripada apa yang kita nampak dengan mata kasar. Memberi keyakinan bahawa kuasa Allah tidak mampu ditandingi oleh mana2 kehebatan makhluk ciptaan-Nya.

Tapi lama2 makin mengarut dan bodoh cerite seram ni. Bukan setakat jalan cerita yang melencong malah tujuan turut terpesong. Semuanya demi keuntungan semata-mata. Bukan mendidik masyarakat untuk yakin dengan kebesaran Allah, malah menyemai sikap TAKUTKAN HANTU dalam hati kita.

Buktinya, semakin ramai kanak-kanak serta remaja yang menjadi pengecut, takut gelap, takut lalu kawasan kubur, takut masuk jamban sengsorang, takut itu, takut ini... usik sket dah menggigil, sergah sket dah melompat.

 *aku test kat kawan aku time kitorang sesama tengok cerite hantu, sergah je terus melompat, gara-gara pengaruh cerita tu. Tu dah jadi mahasiswa universiti, yang masih kat sekolah ni tak taula camner..
  



Cerita TAHYUL dan KHURAFAT camni kalau dibiarkan boleh membawa kepada kerosakan Akidah. Umat Islam akan lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah.

Apa yang lebih membimbangkan bukannya HANTU-HANTU tersebut, tapi telah ada imej2 perempuan/lelaki  seksi dan menggoda yang ditampilkan dalam filem2 atau cerita hantu sebegini. Apa kejadah relevannya aku pun tak tau. Sekadar untuk melariskan kutipan tiket dengan kontroversi.

“Dah skrip dan pengarah suh berbogel, i pun bogellah. Bayaran pun masyuk”  kata seorang pelakon murahan sambil tutup muka kononnya nak cover malu.

Tapi dulu aku suka tengok citer hantu versi Korea dan Cina sebab hantu-hantu pompuannya lawa2. Serius tak takut. Lupa plak apa tajuk cerita tuu. Alamak dah merapu dah ni.

JADI APA LAGI? TAKYAH LA KITA MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI BAYAR MAHAL2 SEMATA2 NAK TONTON CERITA TAHYUL DAN MENGARUT CAMTU...

Setakat sekali seumur hidup okla lagi, tapi kalau setiap kali keluar cerita baru nak terkejar2 ajak pakwe makwe gi tengok, itu bangang namanya. Membazir tu kengkawan Syaitan. Syaitan tu hantu ke? Entah, fikirlah sendiri. 

Hantu tu kadang2 manusia. Manusia tu kadang2 hantu. Aih, meremang plak bulu roma aku taip pasal hantu pukul  1 pagi camnih. 



Terjemahan Surah An Nas:
1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia
2. Yang menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia
4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia
6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...