Saturday 26 May 2012

MyKOMIK: Ironi#2: Gambar di Facebook

Assalamualaikum....



Dekat Facebook berlambak2 gambar gedik menggoda yg diupload tiap saat.

Banyak jugakla gambar style muka di blur atau diedit supaya tak nampak muka tapi body tetap ditayang dengan pose yang mengganggu minda.

Seolah-olah muka dianggap sebagai aurat. Kononnya wajah tu ekslusif hanya untuk suami/ bakal suami.

Ingat dah tutup muka maka kita bebas nak tayang body? kalau pakaian 100% menutup aurat takpela jugak. ni tersembul sana sini.

Jadi saranan aku, tukarla ayat tu.

"Maaf. Body saya hanya untuk bakal imam saya"
silap. "BAKAL" tu tak tepat. Bakal belum halal lagi laa.

"Maaf. Body saya hanya untuk  imam/suami saya" 

Blurkan/edit gambar tutup badan, tunjuk muka dengan gaya ambil gambar passport. Setel.

Ahaks.





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 23 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU, ARTIS YANG UNTUNG??







Malam ni malam yang ohsem. Aku dengan teruja dan excitednya dijemput ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri ________ 2012 . Peringkat negeri tuuu.. kalau diisi dalam buku Ko kurikulum budak2 sekolah maunya 8-10 markah tuu.. (tp tak sehebat sambutan Majlis Perhimpunan Raksasa Merah di Stadium Bkt Jalil)

Ok. Tak eksaited pun. Sebab aku dipaksa pergi. Kehadiran pun diambil. Siapa yang tak hadir kena bagi sebab dan alasan.

Aku memang kureng sket bab2 majlis meriah- ramai-sesak-glamor camni. Walaupun niatnya murni mahu meraikan guru-guru di negeri ni.

Majlis bermula meriah dengan ketibaan YAB Menteri Besar. Acara menyentuh tangan dan bermesra dengan rakyat tak-kira-laki-pompuan-tua-muda  menyebabkan aku menyesal tak jadi menteri dulu2. Kan best bleh bersalam-salam ngan awek2 muda (lah sangat) dengan HALAL. Yela. Tugas rasmi katakan.

Aku rasa majlis-majlis sebegini adalah platform terbaik mencungkil bakat anak2 sekolah dalam bidang tarian dan nyanyian serta lakonan. Pentas permulaan sebelum menyertai Pilih Kasih, Akademi Fantasia(dah berkubur), Mentor, Kilauan Emas, Malaysian Idol ,Suara Sedap Takde Rupa dan macam-macam lagi.

Aku yakin ada ibu bapa yang menangis teresak-esak terharu melihat persembahan anak2 mereka tergelek2 di atas pentas. Oh, tahniah kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang hebat camtu.

Kemuncaknya persembahan seorang penyanyi pompuan TAK-TAHU-NAMA-APA-TAPI-FEMES. Yang penyanyi lagu Ombak Rindu tu. Serius first time aku dengar nama dia dan tengok rupa dia walaupun aku pernah dengar lagu tu. Oh, dan dia Islam, sebab di akhir persembahan dia cakap Assalamualaikum. (ingat bukan Islam sebab pakaian dia boleh tahan laa)

Pastu ada konsert Jamal Abdillah. Okla sket tapi aku cuak bila fikir agak2 berapa la bayaran yang dibayar kat penyanyi-penyanyi jemputan ni. Aku rasa diorang ni ikhlas kot wat persembahan free atau ada  diskaun 98% sempena mengenang jasa2 guru diorang dulu.

Dan aku rasa bersalah pulak bila ada kat majlis camni. Rasa bersalah takut2 aku terambil hak orang lain yang lebih memerlukan daripada kami yang diraikan dalam majlis semeriah ini. (bagi aku dah meriah la tuu).

Terasa macam ada banyak pembaziran yang berlaku setiap kali ada majlis-majlis tertentu di negara kita. (bukan merujuk kepada majlis tadi saja). Khemah dan persiapan untuk pentas pun dah menelan belanja yang agak tinggi. Belum masuk kos lain.

Contohnya Majlis bersama wakil Rakyat yang kononnya nak sampaikan derma dan bantuan ikhlas. Tapi aku rasa kos yang digunakan untuk persiapan tempat ,khemah dan sebagainya hampir menyamai jumlah sumbangan yang nak disampaikan. Ape kejadah? Nak bagi , bagi jela. Cukupla sekadar ucapan ringkas takyah nak meriah bagai majlis kahwin anak orang ke-12 terkaya di dunia. *hiperbola sungguh ayat aku.

Dan, memang wajib ke dalam tentatif setiap program tu mesti dihiasi dengan persembahan daripada artis? Kalau artis nasyid ke, Imam Muda ke boleh la terima jugak sebab hiburan yang mendidik tu lagi bagus. Tapi kalau nyanyi lagu yang liriknya merapu-rapu takde kaitan dengan majlis tu rasa-rasa relevan ke?

Tak perlu kot. Sebab setau aku bayaran untuk artis-artis bukan murah. Kaya rupanya kerajaan kita ni. Bleh keluarkan belanja sesuka hati je untuk jemput artis camtu.

Sebenarnya sampai skang aku masih konfius majlis tadi tu Majlis Sambutan Hari Guru ke Konsert ?

-insan kebingungan-

* bengang sebab terlepas tengok Debat PTPTPN tadi. layan kat YouTube jela








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 19 May 2012

JOM FIKIR TENTANG MATI!!!!! (Kalau takut jangan baca)





Mati...
Perkataan yang kita sering lupa...
Atau sengaja dilupakan
Kerana bunyinya sudah cukup meremangkan roma
Benda yang kita takut dan kita tak suka
Biasanya akan cuba kita lupakan
Paling kurang buat-buat lupa
Kalau boleh, ramai yang tak nak mati
Atau kalau mati, biarlah boleh hidup semula
Macam kepercayaan sesetengah agama
Dihidupkan semula sebagai pokok, burung, atau orang lain
Kalaulah wujud Dragon Ball... kalaulah....

Sebab tu kita rasa selesa
Kononnya hidup rasa macam panjang lagi
Sebab umur masih muda, boleh enjoy
Dah tua nanti boleh taubat
Masa tu barulah fokus pada ibadat
Tu pun kalau sihatlah, kalau tak uzur
Tapi ramai jugak orang tua , jiwanya masih “muda”
Nafsunya masih tetap muda
Sampai ke tua tak tua-tua

Aku pun sama jugak, macam kebanyakan orang
Ada masa ingat, ada masa lupa
Masa lupa, seronok semua benda nak dicuba,
Masa teringat MATI, insaf kejap
Beria bertaubat teresak-esak
Lepas tu lupa balik
Kembali kepada perangai asal
Biasalah, manusia kan mudah lupa.

Hari ni buat dosa, tapi rasa biasa-biasa
Takde rasa berdosa buat dosa
Tenang je sebab dah terbiasa
Alah, orang lain pun ada yang lebih teruk
Aku ni kira baik, oklah lagi
Maka terus selesa dalam berdosa
Tiada rasa bersalah atau serba salah
Hari ini berlalu normal, macam semalam

Hari ini nampak orang buat maksiat,
Biasalah, orang muda zaman sekarang
Kita dulu pun pernah muda, sama jugak
Nanti bila dah matang dan pandai berfikir insaflah tu
Itu perkara biasa, tak perlu diheboh
Nanti kau dicop ketinggalan arus moden
Orang moden dan maju kena berfikiran terbuka

HOI!!!!
 kau,kau...kau dan kau... termasuk aku...
Walaupun majoriti penduduk dunia buat perkara sebegitu
Kalau salah tetap salah
Kalau dosa tetap dosa
Bukan kira biasa atau tidak
Jangan nak amalkan prinsip demokrasi suara majoriti kat semua tempat
Cukuplah di parlimen nak berbahas pasal demokrasi
Tau tak, majoriti penduduk dunia ni PENGHUNI NERAKA?
Ikutlah sangat majoriti tu


Tadi kau buat dosa, bercium berpeluk dengan “bakal tulang rusuk ko”
“atau bakal pemilik tulang rusuk ko”
Pastu tersengih puas, lepas nafsu dilampias,
Tetibe ko MATI
MATI.... berpisah roh dari jasad
Agak-agak boleh rileks ke dalam kubur tu?
Agak-agak lepas tak nak masuk syurga?
Agak-agak boleh lepas ke dari tergelincir ke NERAKA?
Eh, lupa ko dah sembahyang Asar dah sebelum keluar dating tadi
Mungkin boleh masuk Syurga kot. Mungkinlaa....
Jangan tanya aku, aku pun tak tau...
Aku pun belum tentu mana hala tuju nanti

Itu hanya contoh,
Yang dipilih dari banyak-banyak contoh
Tak payah nak terasa sangat.

Bila dah lupa tentang mati,
Sebab terlalu seronok dan cinta pada dunia,
Hati akan mati
Bila hati mati
Susah nak menangis bila teringat dosa
Susah menangis bila terkenang azab Allah
Itu tandanya hati dah hitam
Gelap dan legap
Tak payah scan. Tengok akhlak pun dah tau


Bertaubatlah, berubahlah!
Takpe, tunggu ESOK...
Esok masih ada...
Tapi...
ESOK SELALU DATANG
TAPI TAK PERNAH TIBA
Mungkin apabila “STOK ESOK” sudah habis
Baru nak menggelabah,
Time tu dah terlambat
Sebab kau dah MATI.
Atau KIAMAT sudah datang.


HAHAHAHA! Padan muka korang! 
Syaitan-syaitan bersorak menang.








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 17 May 2012

MyDOODLES : Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah

Assalamualaikum....




Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia.

Imam Al-Ghazali R.A telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah ( terpuji ) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat 
2) Khauf ( Takut ) 
3) Zuhud 
4) Sabar 
5) Syukur 
6) Ikhlas 
7) Tawakkal 
8) Mahabbah ( Kasih Sayang ) 
9) Redha 
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )


Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina.

Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah ( tercela / sifat keji ) di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan 
2) Banyak bercakap 
3) Marah 
4) Hasad 
5) Bakhil 
6) Cintakan kemegahan 
7) Cintakan dunia 
8) Bangga Diri 
9) Ujub ( Hairan Diri ) 
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk )


 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...