Sunday 19 August 2012

Kesalahan- kesalahan semasa berhari raya.






1) Bermegah-megah.
Hari Raya seolah-olah menjadi medan lumba untuk menonjolkan siapa paling kaya dan paling meriah rayanya. Semua tak nak kalah, kalau boleh semua serba –serbi kena tukar baru. Akhirnya pembaziran terjadi.

2) Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Yang ni dah jadi trend makhluk zaman moden ni kot. Kononnya dengan alasan bermaaf-maafan itu satu amalan mulia, maka bersentuh- sentuhan lah antara lelaki perempuan bukan muhrim. Bukan menghapus dosa, tapi menambah dosa je.

3) Beriya2 solat sunat Aidilfitri tapi tinggalkan solat fardhu.
Yang selama ini kemain liat nak bangun Subuh tetiba segar je time pagi raya. Ataupun Subuhnya terlepas tapi time nak pegi semayang raya elok je dia muncul. Solat Hari Raya yang sunat tu seolah-olah lagi penting sebab kononnya setahun sekali je.

4) Tabarruj (bagi wanita)
Yang ni macam dah jadi kewajipan dah. Bukan setakat artis-artis je yang mekap sampai berubah wajah, yang anak-anak dara kampung pun ikut sama melaram dengan baju dan penampilan yang paling menarik mata untuk memandang. Janga terkejut jika ustazah –ustazah pun terikut sama.  Cantik dah menutup aurat tapi Ya Allah baju tu meriahnya kalah majlis pembukaan Sukan Olimpik London.

5) Makan berlebihan.
Memang la nafsu makan membuak-buak sebab dah sebulan dibendung. Apatah lagi bila dah nampak beraneka jenis kuih dan sekut raya terhidang.

6) Minta maaf hanya pada hari raya sahaja.
Dosa mengumpat mengata dikumpul selama setahun dan dibayar secara lump sump (sekaligus) pada pagi Raya.

7) Tidak mengutamakan menziarahi sanak saudara, tetapi banyak menghabiskan masa di depan televisyen.
Dah orang-orang dalam TV tu memang orang yang paling meriah sambutan rayanya walaupun puasanya tak seberapa. Diajakna penonton ikut serta diorang dengan pelbagai aneka program hiburan yang menarik. (padahal rancangan ntahape-hape je)

8) Berhari raya sebulan sehingga melupakan puasa enam..
Hari- hari ada open house. Mana larat nak bendung nafsu makan tu. Asyik tangguh je nak puasa enam last-last tak sempat. Tunggulah tahun depan pulak ulang azam yang sama.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 15 August 2012

e-Card : Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Walaupun teringin sangat nak design kad raya sendiri tapi memang tak sempat nak buat. Tapi aku godek2 dalam laptop ni terjumpa la satu lukisan yang dah lama aku lukis.

Jadi aku edit jadikan kad raya. Kira okla daripada takde. Nak print nak pos memang tak sempat dah.



Ni aku lukis zaman-zaman belum kenal apa itu pen tool. Lukis pakai brush je guna Adobe Photoshop. Memang kualiti kureng la sebab menggigil-gigil kontrol mouse. *tapi lukis pakai brush lg tinggi kepuasan dia

Tapi skang ni Alhamdulillah banyak tutorial ajar lukis dan design pakai Photoshop, SAI, Excel jd bnyk alternatif dan lebih mudah.

Eh, aku sebenarnya cuma nak ucap SELAMAT HARI RAYA. Insya Allah esok balik kampung. Doakan keselamatan kami. Semoga selamat sampai dan selamat berhari raya.

Jadi kat sini aku nak ambil peluang ni untuk mohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, tersalah taip dan macam-macam ter lagi la. Dah nama pun TER maknanya tak sengaja la tu. :P

Sekali lagi, Selamat Hari Raya maaf zahir batin dan jangan main mercun (walaupun aku sendiri pun beli mercun).
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 14 August 2012

Kad Raya Dari Blogger -blogger Ohsem #1

Assalamualaikum ....

Dekat- dekat raya ni makin rancak pulak sesi berutus-utus kad raya. Aku rasa dalam berpuluh-puluh kali aku sambut hari raya, tahun ni paling meriah ngan kad raya.

Seingat aku memang jarang gile aku dapat kad raya. Mungkin 1 keping setiap 4 tahun. Dah macam tempoh Piala Dunia atau Olimpik pulak.

Memang padan laa aku tak dapat kad sebab memang aku ni jenis pemalas tahap gaban nak beli kad, nak tulis ucapan, nak masuk sampul, nak beli setem pastu nak jilat setem tu, pastu nak tempek atas sampul, pastu nak jilat pulak sampul tu nak tutup. (aku cerita macam la tak wujud satu infrastruktur bernama "GAM")

Paling aku malas bila kena stat motor nak kena pegi pejabat pos.
Fuuh, mintak jauhla drpd urusan melibatkan pejabat pos atau tempat2 seumpama dengannya yang perlu bersesak-sesak beratur panjang.
*ceh padahal nak pos surat tak perlu beratur pun. alasan semata2.

Ok dah panjang pulak. cuma nak ucapkan terima kasih daun pintu, kalau boleh hari-hari mahu kepada 3 orang blogger ni yang bersusah-payah ikut step2 yang aku terangkan di atas semata-mata mahu bagi aku sekeping kad raya yang ohsem ni.

1. Wan Hazel


kan tak pasal2 dah jeles. :)

2. Cci

Tak rugi aku berbaik2 ngan akak ni. Kan dah dapat kad comel ni...


3. Dysha

Puan suri rumah bersama En. Suaminya. Yang ni sangat cun, terasa suasana meriah hari raya nya.


Aku masih menunggu 2 atau 3 keping lagi kad raya yang belum sampai. Ada beberapa orang blogger ni baik hati nak bagi kad raya kat aku. Semuanya yang diorang design sendiri dengan penuh kasih sayang.


Errr, cuma satu je aku pinta, harap- harap diorang ni tak tertunggu-tunggu kad raya daripada aku. Kebarangkaliannya sangat lah tipis.(boleh rujuk cara mengira kebarangkalian dalam buku teks Matematik Ting 4 bab 7). 
Mungkin aku hanya sempat design e-card untuk didedikasikan buat mereka semua.

Apa pun terima kasih dah diharap tak serik nak bagi lagi untuk Raya Aidiladha, Raya Cina, Thaipusam dan Deepavalii.


Pecah Kaca, Pecah gelas,
Dah baca, sori tak balas. :P



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 9 August 2012

PESTA AURAT DI BAZAR RAMADHAN, PAMERAN DADA DI PASAR MALAM


sumber : google


Tajuk tu adalah tajuk paling sopan yang mampu aku letak walaupun ada banyak pilihan tajuk yang lebih ekstrem. Takut jugak aku digelar otak kuning oleh mereka yang berotak kuning.
Samalah macam digelar gila oleh orang gila. Tak ke naya?

Fasa Pertama : Bazar Ramadhan

Situasi pelik yang akan berlaku tiap kali Ramadhan. Bertambah pelik dari tahun saban tahun. Pelik bukan kerana harga lauk pauk dan kuih muih makin mahal. Bukan juga pelik sebab kuih makin canggih dan warna air minuman semakin beraneka.

Tapi pelik dengan sikap dan tingkah laku manusia itu sendiri. Bulan Ramadhan bulan mulia. Bila mulia maknanya perlu dihormati. Bulan untuk mengurangkan perilaku dosa dan menambah amalan berpahala.

Nampaknya ramai yang berjaya puasa penuh dari pagi hingga ke petang. Tahniah. Tapi tak kurang yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga, tanpa mendapat walau sekelumit pahala. Muflis puasa.

Dari awal Ramadhan aku mula-mula agak semangat untuk jenjalan kat bazar Ramadhan. Tapi agak terkejut beruk bila tengok hampir keseluruhan pengunjung bazar terutama kaum perempuan yang berbogel. Berpakaian tetapi telanjang. Bertudung tapi berbaju lengan pendek. Berseluar sendat.

Ramai jugak yang tak bertudung. Berambut ala-ala warna atap zink berkarat kat kampung aku. Macam –macam fesyen rambut sampai tahap Mak Limah tak jumpa jalan balik rumah pun ada.

Cepat-cepat aku semak balik takwim dan kalendar. Takut-takut aku yang tersalah tengok tarikh. Betul ke dah start bulan Ramadhan? Apesal semua orang masih berlagak biasa?

Sangkaan aku di bulan penuh berkat ini semua orang akan insaf dek kerna terbelenggunya mentor-mentor bernama shaitonnn ni. Nampaknya aku silap. Benih- benih syaitan masih melekat erat di dalam hati manusia.

Ajaibnya Malaysia, sebuah negara majoriti Islam dengan pemakaian yang tak mampu dibezakan dengan orang kafir.

Gambar hiasan (eceh, dah macam Utusan Meloya pulak ada gmbar2 hiasan)


Fasa Kedua: Pasar Malam

Bila tiba malam hari, situasi sama berulang di pasar- pasar malam. Malah makin dahsyat.
Agaknya sebab malam waktu puasa telah tamat maka kita beranggapan kita sudah kembali bebas daripada pantang larang berpuasa yang merimaskan. Keadaan kembali normal seperti malam- malam sebelum dan selepas Ramadhan. Agaknya lebih rancak.

Perempuan berbaju singkat terdedah sana sini boleh dilihat di setiap inci tapak di pasar malam. Peratus yang bertudung tiba-tiba berkurang mendadak. Sangat sukar untuk dicari. Jika ada pun tiada yang menepati ciri-ciri menutup aurat. Sekadar tudung senteng terburai sana sini.

Ada yang tudung cukup cantik berwarna warni denga tahap kesukaran memakainya boleh dikelaskan pada level Hard (kalau main game) tapi sayang dada terdedah. Bukan tak pakai baju, tapi sendatnya menampakkan segala-gala.

Seolah-olah sedang berlangsungnya satu pertandingan dada siapa paling seksi. Siapa paling montok.  Itulah situasi yang perlu diterima kenyataannya. Sehingga mustahil dipercayai jika ada seorang lelaki bertaraf alim mengaku bahawa dia mampu menundukkan pandangannya semaksima mungkin dalam situasi sebegini.

Serius, memang aku takleh bezakan sama ada mereka ni orang Islam atau bukan. Melayu atau bukan. Tiada perbezaan dari segi berpakaian.

Lelaki juga tiada beza. Dengan bangga mengusung awek berpakaian bohsia ke sana ke mari. Tanpa segan dan silu digelar dayus.

Dayus itu sifat yang ada pada seekor babi. Entah bagaimana DNA nya boleh berpindah ke dalam kromosom seorang lelaki. Nak kata makan babi pandang pun dah jijik semacam. walaupun semua benda haram dibuat dan dibedal.

Jadi kesimpulan aku tentang fesyen Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Ramadhan:

1.       Pakaian tak ubah seperti bohsia. Tak percaya pergi tengok filem sampah “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Mati”. Tengoklah pakaian bohsia dalam cerita tu camne. Buat perbandingan. Takut2la korang tak pernah nampak bohsia real punya.

2.       Pakaian dan fesyen tiada beza dengan orang bukan Islam. Adalah satu kemaluan perkara memalukan jika mereka mengaku beragama Islam dalam keadaan berpakaian sebegitu.


3.       Harga dada jatuh mendadak. Makin murah dan kadang –kadang percuma. Pameran percuma diadakan secara konvoi sepanjang lorong pasar. Tiada nilai ekslusif untuk seorang lelaki bakal suami atau sudah menjadi suaminya. Semua berpeluang sama rata menontonnya.

4.       Tiada usaha bersungguh –sungguh pihak berwajib untuk sekurang-kurangnya menegur. Cukuplah sekadar banner atau papan tanda “ TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA” yang disertakan dengan gambar-gambar contoh pemakaian mengikut syariat. Ada nampak papan tanda tu time aku dok Kelantan.


5.       Ruang dan peluang untuk menundukkan pandangan masih terlalu sempit. Nafsu masih bergelojak mahu meratah setiap yang terlintas.


Dari sudut positifnya, mungkin menjadi satu titik tolak buat mereka untuk mula berubah secara sedikit demi sedikit. Mungkin memperbaiki amalan lain walaupun belum mampu dalam bab aurat. Masih banyak aset –aset penting yang perlu ditonjolkan untuk tatapan umum sebelum semuanya kendur tak bernilai.

Kadang- kadang tipu daya dunia penuh keindahan. Sampai kita lupa asal kita hanya dari tanah. Meminjam nyawa dari Allah. Dan akan kembali menjadi tanah.

Kepada yang masih belum jumpa dalil-dalil wajib menutup aurat boleh rujuk entri aku sebelum ni. Malas nak ulang balik.
MyPoster : Hidayah itu Perlu Dicari... Bukan untuk ditunggu
Entri 18SX : Mereka Berbogel di Khalayak ? (Bacaan Untuk Insan Matang Sahaja)
Facebook, Muslimah, Aurat dan MATI


Nak tunggu ada orang tutupkan dulu ke aurat tu baru nak tutup?


TUTUPLAH AURAT SEBELUM AURATMU DITUTUP





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 7 August 2012

Bagi dan Belah Kartunster : Komik Lawak Lorong Belakang

Assalamualaikum...



Kali ni aku teringin plak join kontest ISI DIALOG oleh Kartunster ni. Tengok, tenung tilik komik tanpa dialog tu terus dapat idea. Tapi peram dulu 2-3 hari baru buat. Busy punya pasal.Bukan malas ye.

Ni bukan aku yang lukis, aku cuma isi dialog. Dia mintak dialog kelakar tapi aku tak rasa kelakar pulak aku punya ni. Dah 12 kali ulang baca tak jugak gelak- gelak. FRUST.

Last-last minta member aku geletek kaki aku sambil baca balik dialog yang aku tulis. Alhamdulillah gelak juga aku akhirnya akibat geli-geli.

Kemain aku menipu di bulan mulia ni....

Ok ni jela yang mampu aku buat...





Haa.. siap ada slot pendidikan moral lagi... extra marks kat situ. ahaks.
Kalau nak join cepat2 sket sebab tarikh tutup dia 10 Ogos 2012. sempat lagi tu...
Tak nak join jangan klik SINI...

TAHUKAH ANDA?
KOREK HIDUNG SEBENARNYA TAK MEMBATALKAN PUASA ...
walaupun ada percanggahan pendapat di kalangan ulama (khilaf)

Soalan :

Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut:

1. mengorek lubang hidung dengan jari
2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jawapan:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.

Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu’ Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.

Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu’ Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat untuk menghilangkn haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu’asirat)

boleh juga rujuk SINI

Tetibe entri tamat. sekian.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday 6 August 2012

Segmen Kenali Pelukis Doodle/Kartun Malaysia

Assalamualaikum...

Ni segmen yang dianjurkan oleh bakal puan merahitujambu.

Jadi malas panjang-panjang.

syarat :

  • buat tajuk Segmen Kenali Pelukis Doodle/Kartun Malaysia
  • pilih doodle yang anda minat/suka kemudian kenapa
  • kemukakan satu link doodle yang korang rasa dia belum di kenali ramai
  • kemudian paste entry anda di sini 
  • tarikh tutup : 8/8/2012 

Doodle yang aku suka :

 Ni aku printscreen daripada header CCI... memang doodle dia cute giler dan nmpak suci je muka tu walau kadang2 gediks sket. Dan paling penting warna tu.. kombinasi yang cukup perfect bagi aku. harmoni dan secukup rasa.

Sapa rasa nak tempah dudel ohsem, watermark, bisnes kad, dan lain2 bleh la jenguk blog akak ni.




Doodler yang kurang dikenali tu aku tak tau la... tapi kat sini aku senaraikan 3 doodler yang aku suka gaya lukisan dan aku rasa berbaloi untuk dikenali...

1.  Nor Abdullah,


Akak ni agak femes kot kat FB sebab selalu nmpak karya2 dia kat page2 doodle dakwah . Suka cara dia lukis tu simple tapi penuh ngan mesej2 yang berguna.

2.  Azzah Skali skala

Walaupun aku tak tau mende yg skaliskala nya tu tapi karya dia memang cantik. dah macam puzzle yg berselirat tapi kemas dan teliti.


Haa... nampak tak? nampak tak? betapa supernya tangan si cikgu Azzah ni melukis atas box dan frame gambar. aku syak dia ada jumlah tangan yang lebih banyak berbanding tangan orang biasa.

3. Peti Harta Karut


Dia ni pelik sket. Dengan menjadikan seeokor babi bernama Bobby sebagai idola karakter feveret, dia berjaya menjadikan babi yang dipandang hina itu dilihat sebagai cute. haha
Aku suka karya2 dia yang penuh unsur sindiran dan sinis.
Kalau korang rasa ada masa untuk dibazirkan dan ada urat ketawa yang hendak diputuskan, blehla baca entri best kat blog dia.
Aku dah baca entri dia start awal smpai yg paling latest.




Entri tamat secara tiba-tiba.sekian.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...