Wednesday 29 January 2014

Cerita Tentang Son Gohan yang Korang Tak Pernah Tahu...


Selepas berakhirnya pertarungan Son Goku dan Vegeta melawan Majin Buu, dunia kembali aman.
Penduduk Bumi akhirnya mengecapi ketenangan dan suasana harmoni untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang.

Son Gohan kembali menjalani kehidupan normal seorang remaja yang penuh warna warni dan keriangan.
Kembali bersekolah dan semestinya... cinta. 
Mencipta sebanyak mungkin  memori indah bersama gadis yang menjadi pujaan hatinya, Videl.

Son Gohan mahu menebus kembali masa-masa lalunya yang banyak dihabiskan di gelanggang latihan dan medan perang. Dia kembali mengorak langkah mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang ilmuan.

Akhirnya dia berkahwin, memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Juga seorang zuriat yang comel.
Dia juga berjaya menggapai cita-citanya.

Namun semakin banyak kejayaan yang dikecapi semakin dia merasakan kekosongan di dalam hatinya.
Ada lohong besar yang sering meresahkan fikirannya. Hidupnya terasa tak lengkap.

Dia dahagakan kebenaran. Dia mula memikirkan kebenaran dan rahsia di sebalik kuasa dan segala macam keajaiban di dunia. 
Persoalan-persoalan yang tak pernah ditemui jawapannya sepanjang tempoh pengajiannya di universiti.

Siapakah yang mencipta seluruh alam ini?
Kuasa apa yang begitu hebat mengatur perjalanan alam dengan begitu sistematik dengan sistem yang amat kompleks?
Siapa yang menciptakan aku sehingga begitu sempurna? Kacak, hensem, bergaya, macho?
Sehingga pergerakan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut dan aliran darah yang bekerja keras membawa oksigen ke seluruh anggota badan.
Pasti ada satu kuasa Maha Agung yang sangat berkuasa sehingga mampu mencipta manusia dengan begitu ramai dengan setiap mereka memiliki identiti yang berbeza malah cap jari juga berbeza.
Semua sistem ini bukan terjadi secara kebetulan, pasti ada mastermind nya.

Dia telah berjumpa dengan terlalu ramai pahlawan yang hebat. Malah Dewa yang disembah kebanyakan orang di sekelilingnya. Tapi kehebatan mereka ada had, dan terbatas.

Dewa Naga yang dirasakannya cukup berkuasa menunaikan permintaan manusia, hanyalah makhluk yang terikat pada magis yang dipateri pada Dragon Ball. Tanpa Dragon Ball , Dewa Naga juga tak mampu muncul.

Hakikatnya, Dragon Ball itu juga ciptaan manusia. Dan orang yang mencipta Dragon Ball juga telah mati. 

Untuk mencari jawapan, Son Gohan berkelana ke seluruh pelosok dunia.  Mengkaji pelbagai jenis agama. Menyelongkar segala jenis ilmu dan kitab.

Sehinggalah akhirnya di hujung pencariannya dia dipertemukan dengan seorang kanak-kanak lelaki di pinggir sebuah hutan.
Budak lelaki itu sedang berhadapan dengan seekor harimau yang kelihatan mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.
Tiada upaya untuk melawan, dia kelihatan hanya berserah. Tangannya ditadah ke langit dan mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu.

Pantas Gohan menyelamatkan budak lelaki itu. Lintang pukang Sang Harimau menyelamatkan diri.

"Err, apa yang ko baca tadi? jampi ke?" Son Gohan bertanya sekadar ingin tahu.

"Saya berdoa kepada Tuhan, supaya menyelamatkan saya" Yakin dan tenang budak itu menjawab.

"Siapakah Tuhanmu? Ternyata Dia tak datang selamatkan ko"  

"Tidak. Allah telah mendengar permintaanku. Dia telah mengabulkan doaku. Dia telah menggerakkan abang untuk datang dan bantu saya" Tanpa keraguan budak itu menjelaskan.

Son Gohan keliru kerana kurang faham akan maksud budak lelaki itu.

Dia dibawa ke rumah budak itu untuk dibawa berjumpa keluarganya sebagai tanda ucapan terima kasih.
Rupanya ayah budak itu seorang guru agama yang disegani di kawasan itu. Son Gohan diajak bermalam di rumahnya.

Pertama kali dalam hidupnya, air matanya mengalir tatkala mendengar alunan merdu bacaan al-Quran. Dirasakan sebuah ketenangan yang amat sangat.

Bermula saat itu dia belajar tentang Islam. Mengenal Tuhan Yang Esa. Hampir segala persoalannya selama ini terjawab.
Ironi. Segala pertanyaan yang berlegar di ruang fikirannya sebenarnya telah mempunyai jawapan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lalu. 

Akhirnya Son Gohan berjaya menemui jalan pulang yang dicarinya selama ini. Dia kembali kepada fitrah seorang manusia yang ingin hidup bertuhan. Menjumpai cara hidup pelengkap kepada ketidaksempurnaan akalnya yang sangat terbatas itu.

Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh mencarinya.







Aku telah lama ingin pulang,
Namun tak ketemu jalan,

Kini laluan lurus telah tebentang,
Izinkan aku menghadap-Mu Tuhan.


Firman Allah:
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
(Al-A'raf ayat 178)





P/S : Cerita ini rekaan semata-mata hasil dari khayalan dan imaginasi aku. Kalau korang tak puas hati, buatlah cerita sendiri dengan klimaks dan ending sendiri. 
Cerita ini mungkin tak logik jika dipadankan plot cerita yang asal. Tapi peduli apa aku? haha :p


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 21 January 2014

Cerita Kedai Gunting


Di sebuah Kedai Gunting. Tukang Guntingnya berbangsa India.

Aku masuk Duduk atas kerusi. Niat murni cuma satu. Potong rambut bagi pendek, kemas dan selesa.
Yang penting semakin pendek rambut semakin jimat penggunaan gel/minyak rambut.
Maklumlah ekonomi tak berapa nak stabil, kena berjimat.
Takkan asyik makan kangkung je kan? Ah, kangkung lagi.

Di sebelah aku iaitu di kerusi lain, kelihatan seorang mak bersama dua orang anaknya.
Dua-dua aku kira umur budak -budak sekolah rendah yang belum akil baligh.
Kedai ni ada dua orang tukang gunting, jadi kami dilayan serentak.

Sambil rambut aku dikerjakan sesuka hati oleh tukang gunting yang sorang lagi, anak telinga aku tajam mengamati bait-bait kata yang terlafaz dari bibir kedua-dua beranak ibu dan anak itu.

"Adik nak potong rambut macam mana?"

"Potong sikit2 je. Nak macam ni, macam ni, dan macam ni"

Sebenarnya aku lupa apa yang budak tu cakap. Ahaks. Tapi dia menerangkan style rambut yang agak up to date dan berfesyen la kiranya.

Dan lepas potong sana, potong sini mak dia macam nak suruh potong pendek lagi.
Anak dia berkeras tak mahu.

Mak dia tanya anak dia yang sorang lagi:
"Ok ke macam tu? cikgu tak marah dah ke?"

"Ok dah tu. Dah lepas dah tu"

Serius. Aku nampak masih panjang lagi. Kalau lepas pun tak sampai 2 minggu panjang balik melebihi tahap yg dibenarkan. Dan fesyen itu tidak sesuai dengan status murid sekolah. Rendah atau menengah.

Teringat zaman aku sekolah dulu. Potong rambut takde fesyen2.
"Bang, nombor tiga" zas,zup zap selesai. Sebut nombor je. Haha. Tiada kompromi untuk berstylo.
Nanti kena bebel dan leter sampai rimas.

Point utama aku kat sini ialah hilangnya kuasa ibu dan ayah untuk mengawal anak-anak.
Anak-anak diajar untuk membuat pilihan sendiri itu bagus, tapi tanpa kawalan dan ketegasan ianya kelak akan merosakkan.

Jika perkara kecil pun tidak mampu bertegas, bila anak itu mahu membuat pilihan yang lebih besar, dan tersilap membuat pilihan, ibu dan ayah akan hilang kuasa untuk menegur dan mengawal anak2.

Ketegasan itu perlu. Dengan syarat bukan sampai mengongkong keterlaluan. Ada batas dan had.
Ada kelonggaran dan budi bicara.
Ada larangan dan asbab kenapa ditegah. Ada suruhan dan dijelaskan kebaikannya.

Ah, cakap memang senang. Dah kahwin ada anak tahulah tinggi rendah langit biru itu.

#entri tanpa grafik. Jarang-jarang berlaku di blog ini.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 18 January 2014

Sakit Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum...


Kat lukisan tu ada satu kecacatan yg besar. Nak buat macam mana, penconteng amatur macam ni la. Dah siap baru perasan :p

If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about every tear.



“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
-Pepatah-



Allah SWT berfirman:

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” 
(Surah Al-Hadid ayat 22-23.)


“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 
(Surah Asy-Syura ayat 30.)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jika kita rasa Allah tidak mempedulikan kita dan hanya membiarkan kita menderita kesakitan maka kita silap. Allah itu sangat dekat dengan hamba-Nya :


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan).”
(Surah al-Baqarah ayat ke-186,)



"Sakit itu kaffarah dosa"






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday 17 January 2014

SYRIA: Tangisan Rindu seorang Anak Kecil


Assalamualaikum...


Perang merenggut segalanya. Nyawa, harta, tempat tinggal malah meragut rasa aman sehingga mengganggu mimpi dengan igauan ngeri.
Segala hak kehidupan mereka dirampas sewenang oleh tangan rakus yang mahu menjadi Tuhan.
Namun, mereka tak mudah mengalah. Tak akan pernah menyerah.
Syaitan-syaitan berupa manusia itu boleh merampas semuanya, kecuali akidah dan keyakinan mereka
Iman menjadi satu-satunya penunjang utuh untuk mereka terus berjuang.
Kerana mereka yakin akan janji Allah, bantuan-Nya pasti akan tiba.

Anak kecil menjadi mangsa keadaan. Koraban kerakusan. Terhimpit di celah persengketaan.


Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Di Malaysia, tak ramai yang masih sudi mendoakan mereka, mengambil berat akan nasib mereka.
Di sini, kita lebih sibuk dengan KOREA, berbanding SYRIA.







Bacaan Qunut Nazilah


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 15 January 2014

Calendar 2014 Blog Ilusi Dunia versi syok sendiri.

Assalamualaikum...

Disebabkan dah lama sangat tak bukak Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator jadi tetibe tangan aku gatal nak bermanja-manja dengan kedua2 software tu.

Maka terhasillah kalendar limited edition lah sangat ni setelah mengedit2 template free calendar yg ada.
Cuma nak print je tak boleh sebab printer dah rosak.


Aku pun tak tahu nak buat apa dengan kalendar ni. Sebab kalendar dah bersepah.

Warna background yg hijau tu takde kaitan dengan trending KANGKUNG. Sekian.

"Sorry, saya tak makan kangkung. Saya makan broccoli" kata seorang menteri. Siapa? cari sendiri. heh.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum...

Klik banner untuk join. Ada hadiah best.


INFO:

Azhafizah ni Pengemuda (Admin Besar) Group WeLoveArt (Group budak2 suka Art)
Satu2nya rakan blogger yg pernah aku jumpa betul2 kat luar (sekali dengan husband dia)
Aku pernah request lukisan vektor pd tahun 2011 dan beliau tunaikan. Boleh tengok di SINI
Korang boleh comparekan lukisan tu (masa awal2 dia blajar lukis digital potret) dengan artwork yg terbaru. kat blog beliau.
Sangat banyak perkembangan skill dan tekniknya. Jenis rajin prektis tak macam aku.


Secara jujur aku memang tak mengharap untuk menang apa-apa.
Nak harap menang category Top Referral memang mustahillah dengan prestasi blog aku yang suam-suam air suam ni.
Nak menang kategori Entri Kreatif lagi jauh. Jadi anggaplah saja2 nak bagi ucapan sebagai tanda terima kasih atas tunjuk ajar beliau dalam dunia menconteng dan blogging ni.
Tapi kalau tak menang pun , dapat vector portrait free tu pun ok jugak. Ah, sudaaaah... cakap berbelit macam ular kena sembelit betul la.



Akhir sekali, terimalah ucapan dan lukisan yang comot ni..

fi hifzillah (semoga dalam perlindungan Allah)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 8 January 2014

Cinta High Class : Perlukah COUPLE?

Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsikan dua buah video yang sangat menarik berkisarkan tajuk "COUPLE"
Kedua-dua video ni diedit oleh TH Filem. memang kreatif beliau edit video jenis typography.

1. Cinta High Class- Ustzh Fatimah Syarha





"Buang masa je kalau kita kata kita couple sebab nak kenal sebelum nikah. Yang akan kita kenal cuma lakonan mereka sahaja. Sebab percintaan itu hanya dilatari dengan keindahan-keindahan yang palsu"

Yang membuat aku teruja bila tengok minit 0:49  dalam video ni ada TH Filem guna doodles yang pernah aku lukis untuk entri CINTA BERTOPENGKAN CINTA.

Nota penting: 
Segala artwork dan artikel dalam blog aku memang dihalalkan untuk diguna semula dalam bentuk apa sekalipun asalkan bukan untuk tujuan komersial atau mengaut keuntungan.
Maksudnya selagi mana memberi kebaikan dan manfaat untuk ummah maka sila gunakan sesuka hati tanpa perlu minta izin.
Moga Allah redha.



2. Cinta Couple - Prof Dr Muhaya





"Bagi wanita, kalau ada lelaki nak kenal kita, tapi dalam masa sebulan kenal tak pernah langsung sebut pasal perkahwinan, jumpa keluarga, STOP! rugi masa"
"Akidah, ibadah dan amalan kena betul , takut semasa couple kita mati dalam kemurkaan Allah"


Artikel berkaitan "COUPLE"

Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi Couple Untuk Kahwin?
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 5 January 2014

PORTFOLIO 2011-2013 : CONTENGAN DIGITAL SEORANG NEWBIE

Assalamualaikum...

Tengah2 kemaskini fail kat laptop tadi aku terbelek balik koleksi contengan aku dalam komputer.
Bila tengok balik rasa nak tergelak pun ada.

Tapi bila tengok ikut kronologi masa artwork tu dihasilkan aku nampak adalah sikit-sikit kemajuan.
Practice make perfect kata tok penghulu hutan Amazon.
Teringat balik zaman mula -mula kenal dan belajar lukis pakai komputer. Memang menguji kewarasan minda bila buat asyik tak menjadi seperti yang diharapkan.
Sebab tu ramai orang yang kurang sabar berenti separuh jalan je. Terus give up.

Awal- awal tu aku lukis pakai Paint je. Pakai mouse tangan gigil- gigil.

kena sabar kalau tak jadilah camni.



contengan buruk  koleksi dari 2009-2012 (PAINT)

Pakai Paint+mouse memang susah nak control. Tool yang ada pun sangat basic. Tapi orang lain boleh je hasilkan karya superb pakai paint je. Orang lain le. bukan aku.

Sebenarnya dalam tahun 2011 baru aku mula try digital conteng pakai Photoshop. Hasilnya pun lebih kurang sama dengan Paint sebab tau pakai brush je. Ntah mana aku simpan lukisan tu.

Microsoft Excel dan Doodles

Masuk penghujung 2011 aku terjoin group WeLoveArt. (WLA)  Dari situ aku belajar melukis Doodle pakai Microsoft Office Excel. Gara-gara terpengaruh dengan seorang retis bernama Nur Dani.

Aktiviti2 yang dianjurkan oleh WLA banyak membantu aku melatih tangan dan skill menconteng.
Inilah hasil mula2 mendudel guna Excel. Ternyata Excel kurang sesuai dengan jiwa aku bila nak melukis dudel.

Kesemua dudel kat atas tu dilukis menggunakan Microsoft Excel 2007 kecuali ada dua ketul aku pakai Photoshop.
Pakai Excel ni agak senang cuma kalau nak buat lukisan rumit memang aku tak reti.


Microsoft Excel dan Digital Potret

Disebabkan mahu mencabar diri sendiri aku cuba sesuatu yang pernah aku rasakan mustahil untuk aku lakukannya. Lukisan potret pakai komputer. Lebih tepat menggunakan Microsoft Excel 2007.

Aku pernah try lukis potret pakai photoshop tapi hasilnya jadi muka kartun jugak. Setelah bereksperimen maka aku membuat kesimpulan Excel antara sofwer terbaik untuk lukis potret. Bagi aku laa.


Lukis potret pakai excel memang ambil masa yg sangat lama bagi newbie macam aku ni. Dah setahun aku tak melukis potret pakai excel atau apa2 sofwer sekalipun. Kira dah pencen la. Ada la sebab2 nya.

Ok ni versi rejek.

Versi gila-gila jakun pakai excel. semua benda nk try. Inilah kelebihan Excel. Boleh edit shape dan warna sesuka hati. 

Pasal digital potret pakai excel ni aku banyak berguru dengan Nur Dani dan Kak Zarini.

Paint Tool SAI dan Doodles

Paint Tool SAI ni lebih kurang photoshop la tapi takde fungsi edit gambar. Cuma lebih kepada sketch, inking dan colour. Memang owsem.

First time aku try conteng dalam SAI (tahun 2012) aku dah tau dah bahawa SAI ni memang jodoh yang ditakdirkan untuk aku.
Sofwer yang paling memahami jiwa aku. Untuk melukis dudel dan komik, aku memang pilih SAI dan digabungkan dengan Photoshop untuk masukkan teks dan efek.
Untuk potret, Excel masih yang terbaik.

Semua Doodles dan Lukisan dihasilkan dengan SAI
Dengan SAI ni aku rasa aku lebih bebas berbanding melukis pakai Excel.
Secara rasminya aku mengucapkan gudbye kepada Excel yang telah banyak berjasa kepada aku.

Walaupun hasil lukisan tak seberapa tapi aku puas hati sebab dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah. Sungguh , SENI ITU SATU BAHASA.

Untuk komik, aku tak masukkan dalam portfolio ni. Itu cerita lain.

KESIMPULAN.

Untuk doodle, inilah kesimpulan perbezaan antara yang mula-mula dengan yang sekarang.

Lukisan tahun 2011 guna basic shape dalam Excel.
Lukisan 2013 guna Paint Tool SAI.


Untuk digital potret :
Kahkah. Lukisan 2011 tu guna Excel. Cubaan pertama yang tak pernah aku tunjuk pada sesiapa pun. Buruk sangat. Muka dah macam mabuk ketum.

Lukisan Jan 2012 tu hasil selepas praktis 3 bulan. Juga dilukis dengan Excel. Lukisan potret digital terakhir sebelum aku bersara.
Sekarang ni jangan suruh aku try lukis balik. Konfem hasilnya jadi sama macam gambar belah kiri tu, 


Sekarang ni ramai pelukis digital art yang sangat hebat. Aku hanya bagaikan seekor kuman di tengah padang pasir kalau nak dibandingkan dengan mereka.
Karya aku tak layak dikategorikan sebagai lukisan pun. Lebih sesuai digelar contengan. Hasil conteng dari orang yang tak pernah belajar seni. Main hentam.

Seiring berkembang teknik contengan aku, sebenarnya ada sesuatu yang jauh lebih penting turut berkembang dalam diri aku. Lebih kepada perkembangan spiritual.
Mungkin aku akan kongsikan dalam entri yang lain. Kalau sudi dengar laa. Eh baca.
Mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk mereka yang minat seni dan melukis. Mungkinla.

#Anggaplah entri ni sekadar catatan peribadi. Untuk rujukan aku suatu hari nanti.

Kalau nak tengok lebih jelas boleh pergi ruangan ni: MyArts


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...