Sunday 3 May 2020

Ink Ramadan Day 4 Jamaah

#inkRAMADAN2020
DAY 4 : JAMAAH



Usahakanlah solat berjemaah setiap waktu biarpun makmum seorang sahaja.

Mungkin lepas ni kita takkan jumpa dah bulan Ramadhan yang free macam tahun ni.

Waktu dah start kerja nanti mesti dah tak sempat untuk jemaah setiap waktu.

#inkramadan2020
#doodledakwah
#day4
#ramadhan
#dragonball
#cats #cat #kucing
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Ink Ramadan Day 3 Kekuatan

Ink Ramadan 2020
Day 3 : Kekuatan



Kekuatan,

Apa definisi sebenar kekuatan?
Tubuh badan sado tegap dan berotot?
Kemampuan berlari pantas dan tangkas?
Mampu angkat beban berat dan besar?
Punya batalion tentera paling hebat?
Punya pengaruh dan kuasa yang besar?

Mungkin ya. Mungkin tidak.

Namun apa jua definisinya,
Berapa ramai yang miliki kesemuanya,
Akhirnya akur tewas pada seorang tua yang lemah kudrat tapi kuat upaya bangun malam untuk mengabdikan diri pada Sang Pencipta.

Kuat fizikal, namun lemah keinginan untuk berbuat amal kebaikan.

Sungguh kita tertipu.
Alangkah bahagianya mereka yg punya kekuatan fizikal dan spiritual.
Menjadi mukmin yg kuat lebih dicintai Allah.

Super Saiya itu kuat. Tapi Super Mukmin itu lebih hebat. Eh.

Muhasabah.

#inkramadan2020
#inkRAMADAN2020
#doodledakwah
#inkramadan
#dragonball
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Ink Ramadhan : Day 2 Perintah

Ink Ramadhan 2020

DAY 2: PERINTAH



Kenapa Muslim berpuasa?

Kerana PERINTAH ALLAH. (Al Baqarah :183)
Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu Rukun Islam.

Antara hikmah puasa:

1. membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka.

2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu.

3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa

4. Faedah kesihatan seperti Memberi rehat kepada sistem penghadaman

* Perintah dan larangan Allah mengandungi
Hikmahnya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya


#inkRAMADAN2020
#inkramadan2020
#inkramadan
#doodledakwah
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 26 April 2020

Cabaran Ink Ramadhan 2020 DAY 1

Assalamualaikum,

Terkial2 mencari macam mana nak buat entri baru, nampak sangat dah lama tak bukak blog ni.

Memandangkan musim PKP masih dilanjutkan, maka aku menyahut cabaran melukis Ink Ramadan kali ini.

Ink Ramadan adalah cabaran melukis satu lukisan satu hari selama 30 hari Ramadhan.

Ada tema yang berbeza setiap hari, terpulang nak ikut atau nak ubah ikut kesesuaian sendiri.

So ini temanya.



Untuk hari pertama, inilah hasilnya .. baru berjinak-jinak sehari dua ni melukis menggunakan henfon, biasanya traditional atau pakai laptop je.



DAY 1 : CABARAN

Bulan Ramadhan adalah bulan jihad,
Melawan hawa nafsu yang cenderung ke arah kemaksiatan,

Setiap orang ada cabarannya tersendiri,
Tahun ini lebih mencabar bagi team wira negara frontliners yang bertugas melawan Covid 19.
Bagi yang terpaksa berpuasa dalam situasi PKP, tiada terawih, tiada bazar Ramadhan, tiada kemeriahan biasa bulan Ramadhan.

Cabaran2 ini, jika mampu kita hadapi, in Sha Allah sesuai janji Allah, akan melahirkan insan bertaqwa di hujung tarbiah Ramadhan.

Dan semestinya, antara yang paling mencabar, KETUA KELUARGA terpaksarela menggalas tugas IMAM TERAWIH pada tahun ini. 
Sila berTERAWIH dan jangan lari.

Semoga terus istiqamah.

Cabaran aku yg baru adalah istiqamah menyahut cabaran ink Ramadhan dan update blog.

Moga berjaya.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...