Assalamualaikum...
Argh, camne aku bleh terlupa tarikh penting dlm sejarah hidup aku ni? semua gara2 TM yang lembab benor settlekan masalah talian Streamix aku yang dah masuk sebulan digantung tak bertali.
Korang cubalah bayangkan kehidupan sebulan tanpa internet. Bukan sebab tak bayar bil, tapi perkhidmatan yg ntahapehapentah. Dah masuk 4 kali repot pun masih tak settle2...
16 September 2012, Hari penting buat warganegara Malaysia.
16 September 2012 jugak genap setahun blog Ilusi Dunia ni dilahirkan , ditimang dan ditatang bagai minyak yg penuh.
sebenarnya blog ni dibuat sebelum 16 sept tapi aku tak reti nak post nak edit nak design jd aku biarkan terbiar selama berminggu-minggu. sampai aku lupa e-mail ngan password
Lepas buat research, kajian, soal selidik dan sedikit interview, barulah dapat idea camne nak design dan nak post entri.
16 September 2011 , hari pertama dan kali pertama aku post entri melalui sebuah medium yg dinamakan blog. ---> ENTRI PERTAMA
Hari tu secara rasminya aku dilantik sebagai seorang blogger.
Neves. Berdebar-debar sampai aku disahkan mengidap penyakit darah merah. Tiga kali pengsan lepas post entri pertama tu. Berlaku penipuan pada ayat tersebut,
Matlamat aku cuma satu, berkongsi pengetahuan dalam bentuk ringan-ringan dan santai. "Ringan- ringan" tu jangan dibaca dengan fikiran biru kekuning-kuningan pulak.
Tapi kadang-kadang corak penulisan aku berubah- ubah. sama cam lukisan jugak. Takde identiti. Maklumlah aku bukannya pelukis profesional mahupun ahli bahasa. Jadi tulisan dan lukisan ikut mood dan suka hati aku.
Apa pun terima kasih pada semua yang menyokong aku secara siaran langsung mahu pun tertunda.
Dan terima kasih jugak kepada semua yang sudi bagi tunjuk ajar , tolong tu, tolong ni. Maklumlah budak baru, noob lagi.
Sampai skang aku tak reti bab edit mengedit coding ni. Takpe, bleh mintak tolong orang2 expert . hehe .
Selamat Hari Lahir, Ilusi Dunia.
Sori lambat wish. Hadiah pun takde. :P
Pages
▼
Tuesday, 18 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!
Assalamualaikum...
Hari ni aku
dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan
menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang
mempunyai blog.
| camne? goyang tak tengok duit camni?? |
Suka tak?
Suka tak?
Mesti kalau
korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan
sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan
duit daripada blog nih?
Adakah korang
rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?
Memang, blog
aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit
berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak
bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!
Jadi camner?
JUTAWAN. Pernah
tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan?
| Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!! |
Apa yang aku
nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan.
Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna
lagi.
Tapi jutawan
dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas...
tapi...
PAHALA.
Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...
Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan
berblogging.
| Waddefishhh???? |
Tak payah nak buat muka
terkejut sangat.
| huuuuh... terkono den... |
Mesti ada yang kecewa kan?
Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi
penting.
Yang berminat boleh teruskan
membaca.
TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :
1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.
Entri bermanfaat bukan
bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum
hakam je.
Kalau rasa ilmu belum sampai
tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke
apa, ajaran sesat ke.
Cukuplah sekadar berkongsi
apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.
Contohnya cara
membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara
memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.
Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat
dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.
Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa,
lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah
mengutuk)
2) Klik Butang “share
“ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.
| banyak cara nak share... |
Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi
suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.
Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak
terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..
Sila rujuk gambar rajah di bawah...
Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..
Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen
MLM tak?
Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk
ke dalam kantung amalan kita.
'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'(Hadis Riwayat Muslim)
3) IKLAN : sebarkan Program
Ilmu dan Ceramah
Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau
ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang
baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar
ada orang tau.
Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau.
(korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)
4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya
Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang reviewblog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.
Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.
Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.
Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,
Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review
Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.
Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.
Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,
Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)
AWAS! Anda
juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara
SONGSANG...
Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi
sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak
takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...
Thursday, 6 September 2012
FREEBIES : POSTER MOTIVASI PELAJAR PMR
Assalamualaikum...
Sebab dah buat Poster SPM, tak adillah kalau tak buat untuk PMR sekali. (setakat tukar sket je)
Aku pun tak tau apa motif buat ni. macamlah ada yg akan print tampal besar2 kat bilik.
Kalau nak ambik, save pun suka hatilah. Nak share kat FB ke apa. Nak guna untuk ucap good luck untuk kengkawan yg nak exam ke. atau pun nak buat bodoh je pun boleh ... :P
cuma jangan mintak buat poster ntuk UPSR ke, STAM ke, STPM ke sudah le.
1. Versi Pelajar Lelaki.
2. Versi Pelajar Perempuan.
PMR bukan sijil Pas Menikah Rendah. Bukan bermakna habis PMR boleh menggedik dengan segala macam jenis kegedikan yang wujud di dunia ni.
PMR adalah kayu ukur kemajuan selama berada di sekolah. Tapi bukan bersifat mutlak.
Tak semestinya yang lulus cemerlang tu lebih bagus daripada mereka yang biasa-biasa resultnya.
Yang penting usaha dan proses bagaimana kita lalui sepanjang pembelajaran. Gagal dalam PMR bukan noktah kehidupan sebagai pelajar.
Belajar dari kesilapan. Itulah pembelajaran paling berharga dan bermakna.
Sebab dah buat Poster SPM, tak adillah kalau tak buat untuk PMR sekali. (setakat tukar sket je)
Aku pun tak tau apa motif buat ni. macamlah ada yg akan print tampal besar2 kat bilik.
Kalau nak ambik, save pun suka hatilah. Nak share kat FB ke apa. Nak guna untuk ucap good luck untuk kengkawan yg nak exam ke. atau pun nak buat bodoh je pun boleh ... :P
cuma jangan mintak buat poster ntuk UPSR ke, STAM ke, STPM ke sudah le.
1. Versi Pelajar Lelaki.
2. Versi Pelajar Perempuan.
PMR bukan sijil Pas Menikah Rendah. Bukan bermakna habis PMR boleh menggedik dengan segala macam jenis kegedikan yang wujud di dunia ni.
PMR adalah kayu ukur kemajuan selama berada di sekolah. Tapi bukan bersifat mutlak.
Tak semestinya yang lulus cemerlang tu lebih bagus daripada mereka yang biasa-biasa resultnya.
Yang penting usaha dan proses bagaimana kita lalui sepanjang pembelajaran. Gagal dalam PMR bukan noktah kehidupan sebagai pelajar.
Belajar dari kesilapan. Itulah pembelajaran paling berharga dan bermakna.
FREEBIES : POSTER MOTIVASI PELAJAR SPM
Assalamualaikum...
Sebenarnya lukisan ni dah lama tersimpan tak tau nak buat apa. Jadi time aura rajin tetibe menjelma cepat2 bukak Photoshop, kaler dan edit jadi poster.
(lukisan asal pakai tangan dan di scan ke dalam komputer)
Jadi kepada yang tertanya2 macam mana nak buat /lukis secara digital, salah satu caranya ialah :
lukis pakai pen atas kertas ---> scan pakai scanner ---> buka dengan Photoshop ---> colour---> masuk tulisan ----> save as jpeg atau png ---> siap!
1. versi karakter pelajar lelaki
2. Versi karakter pelajar perempuan
Untuk Poster PMR, klik SINI
Sebenarnya lukisan ni dah lama tersimpan tak tau nak buat apa. Jadi time aura rajin tetibe menjelma cepat2 bukak Photoshop, kaler dan edit jadi poster.
(lukisan asal pakai tangan dan di scan ke dalam komputer)
Jadi kepada yang tertanya2 macam mana nak buat /lukis secara digital, salah satu caranya ialah :
lukis pakai pen atas kertas ---> scan pakai scanner ---> buka dengan Photoshop ---> colour---> masuk tulisan ----> save as jpeg atau png ---> siap!
1. versi karakter pelajar lelaki
2. Versi karakter pelajar perempuan
RESEPI KEJAYAAN :
DOA + USAHA + TAWAKAL + AKHLAK MULIA = KEJAYAAN.
Jika hanya usaha menggunung tapi tanpa doa dan pengharapan kepada Tuan Empunya Segala Ilmu maka jika mendapat kejayaan pun akan dirosakkan dengan sifat takbur dan sombong.
Ilmu itu datangnya dari Allah, maka haraplah keredhaan-Nya terlebih dahulu.
Keberkatan itu penting. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya, kenalah mendapat restu ibu bapa, guru, dan orang-orang sekeliling kita.
Belajarlah untuk sentiasa memohon maaf jika ada buat silap, dan belajar memaafkan orang lain supaya hati akan tenang dan tenteram.
Wednesday, 5 September 2012
My Doodle Notes #2 : Kasih Sayang
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØِيمِ“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 1)
الرَّØْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØِيمِ“Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 3)
Ar-Rahman
dan Ar-Rahim, bermaksud Yang Maha Pengasih atau Maha Pemurah dan Maha
Penyayang.
“Ar-Rahman
artinya Yang Maha Pengasih terhadap seluruh makhluk, sedangkan Ar-Rahim artinya
Yang Maha Pengasih terhadap kaum mukminin.” (Tafsir Ibnu Jarir Ath-Thabari,
Tafsir Basmalah)
Ar-Rahman adalah
yang rahmat-Nya meliputi segala sesuatu di dunia, Sedangkan Ar-Rahim, yang
rahmat-Nya khusus terhadap kaum mukimin di akhirat.
Rahmat dan kasih
sayang Allah tak terbatas. Segala jenis nikmat diberi kepada hambanya sama ada
yang taat mahupun yang kufur. Yang bersyukur mahupun tidak.
Imam Ghazali
menerangkan, manusia yang memiliki sifat Ar-Rahman adalah manusia yang
menunjukkan sifat rahim pada orang yang lalai dengan mengajaknya supaya jangan
melalaikan Allah melalui teguran atau pun nasihat secara lembut dan bukannya
kasar. Orang yang derhaka pula dipandang dengan pandangan yang penuh rasa
kasih dan bukan dengan pandangan menghina.
Tanamlah sifat
Ar-Rahman ini dalam kehidupan kita sendiri, sebelum kita sebarkannya kepada
orang lain.
Hadis
Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2367.
Dari Salman
Al Farisi r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah memiliki rahmat
(sifat pengasih) seratus (peratus). Maka satu
(peratus) rahmat di antaranya untuk seluruh makhluk agar berkasih-kasihan sesama mereka (di dunia) sedang yang
sembilan puluh sembilan (peratus) untuk hari kiamat kelak."
Tuhan, jadikanlah aku alat kasih mu.Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta.Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku menjadi penghibur.Dimana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan.Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan.Di mana ada kesedihan – biarkan aku berkongsi bahagia.Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya.
Monday, 3 September 2012
31 OGOS : KITA BELUM MERDEKA
(entri tertunggak 3 hari sebab takde internet -_-)
(AWAS! ini
entri agak panjang dan agak serius. Tiada unsur hiburan dan mungkin
membosankan)
55 Tahun
yang lalu, Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka daripada sebarang
penjajahan. Dan sejak tarikh keramat itu, saban tahun kita menyambut Hari
Kebangsaan pada setiap 31 Ogos penuh gilang gemilang.
Err, intro
tu mengingatkan aku time skolah dulu. Cam intro untuk buat karangan esei 350
patah perkataan tu.
55 tahun.
Bukan satu tempoh yang sekejap. Bermacam jenis peristiwa pahit manis terpalit
dalam lipatan sejarah negara kita yang tercinta ni.
55 tahun tu
sebenarnya dah cukup tua, cukup matang, kalau kerja kerajaan tu dah pencen dah,
sebelum umur pencen dilanjutkan ke umur 60 tahun laa. Namun, Malaysia tetap
teguh berdiri, mengorak langkah maju ke hadapan.
Setiap tahun
kita melaungkan laungan kemerdekaan penuh lantang dan semangat, mengibarkan
jalur gemilang di segenap pelosok dan penjuru bangunan dan tempat, sama-sama
ikut berarak dan menyaksikan perarakan penuh bangga.
Tapi, berapa
ramai yang betul-betul menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan? Erti sebenar
sebuah kebebasan? Erti sebenar sebuah keamanan?
Nama
Malaysia semakin gah di persada antarabangsa, semakin harum dengan pelbagai
kejayaan yang tercipta dan dicapai.
Namun, dalam
keghairahan mengejar kemegahan dan kemasyhuran, ramai mula lupa perit dan
payahnya usaha mendapatkan kemerdekaan ini. Darah dan air mata yang tumpah
hasil perjuangan nenek moyang kita sedikit demi sedikit makin dilupakan
nilainya.
Tengoklah sendiri,
setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan, sambutannya sangat gah dan meriah, tapi
semangat dan auranya bagaikan tiada erti.
Ramai yang
terpesong daripada tujuan sebenar sambutan hari Kemerdekaan. Kini ianya hanya
bagaikan pesta dan parti untuk bersuka ria.
Entahla, kat
mana silapnya. Tiap kali ambang kemerdekaan, maksiat berleluasa. Perkara dan
perilaku jahiliyyah bermaharajalela. Terutamanya di kalangan golongan muda dan
remaja.
KITA TELAH LAMA MERDEKA JASAD, NAMUN MINDA
SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERJAJAH.
Mungkin kita
tak sedar, sedikit demi sedikit budaya dan nilai-nilai murni yang menjadi
pegangan dan amalan kita semakin terhakis dan pudar. Hilangnya berkadar
songsang dengan kadar kemajuan dan pembangunan yang terhasil.
Di kaca
televisyen pun tak kurang hebatnya, tayangan sempena Hari Kemerdekaan pun sangat
kurang unsur patriotiknya. Yang banyak berunsurkan hiburan dan rancangan bodoh
yang tak membina minda.
Konsert dan
pesta dah macam sinonim dengan sambutan kemerdekaan. Apalah sangat sumbangan
artis-artis ni dalam pembangunan dan kemajuan negara sampai didewa-dewakan
setiap kali sambutan Kemerdekaan?
Pejuang-pejuang
dan keluarga mereka masih ramai yang terpinggir tanpa pembelaan sewajarnya. Tapi
yang mendapat nama adalah generasi pemimpin yang hanya pandai berteori dan
membodek.
Kita perlu merdeka sekali lagi.
Merdeka
dalam erti kata sebenar. Merdeka dari segala aspek fizikal dan minda.
Merdeka
bukanlah kebebasan melakukan apa sahaja. Bukanlah bebas berbuat sesuka hati
kononnya ini negara milik kita. Negara ini bukan milik kita seorang, bukan
milik parti pemerintah, bukan milik satu kaum sahaja. Ini negara kita semua.
Kenapa perlu
kita musnahkan kemerdekaan ini dengan budaya sampah yang bukan amalan kita?
Yang bertentangan dengan prinsip rukun negara kita? Yang bertentangan dengan
prinsip Agama rasmi kita?
Kita mengaku
Islam sebagai agama rasmi, tapi belum mampu membebaskan sistem kehidupan daripada
amalan dan cara hidup yang bertentangan
dengan ajaran yang disyariatkan.
Kita menjadi Hamba di Bumi merdeka
Kita
merdeka, tapi masih menjadi hamba. Hamba kepada sistem ekonomi kapitalisme yang
menyesakkan hidup. Sehingga menyekat kelancaran kehidupan normal kita sebagai
seorang warganegara. Sistem ekonomi yang mementingkan keuntungan melebihi
segalanya. Biarpun terpaksa melanggar etika cara hidup bersyariat, mencabuli
hak saudara seagama kita.
Kita menjadi
hamba kepada hedonisme. Hamba kepada nafsu yang selalu ingin berhibur. Artis
dipuja. Budaya daripada Barat diagungkan.
Yang
terbaru, serangan dari Timur sendiri. Budaya K-Pop tiba-tiba menjadi virus
menggila. Biarpun budaya itu dari Timur, tapi dari awal telah dicemari anasir
luar. Sampai menteri pun gila k-pop,
kononnya berjiwa rakyat. Falsampah pemikiran kurang matang yang tak selayaknya
ada dalam kepala otak seorang pemimpin bangsa.
Kita perlu
merdeka daripada budaya politik kurang matang, budaya fitnah memfitnah, kutuk
mengutuk, mengaibkan seseorang atas kepentingan tertentu. Kita perlukan pentas
politik sihat yang menggunakan hujah, fakta dan bukti nyata. Debat adalah
contoh perkembangan budaya politik matang. Biarpun ada yang menganggap ia bukan
budaya kita.
Malaysia
perlu bebas daripada rasuah. Negara tak akan bankrap hanya kerana mementingkan
kebajikan rakyat. Tapi percayalah, negara akan muflis jika pemimpin yang korup
dan kaki rasuah yang mentadbir negara. Yang hanya mengaut kekayaan negara ke
dalam kantung poket sendiri. Kekayaan untuk kroni dan kaki bodek.
Masih ada
masa, ruang dan peluang untuk kita membebaskan diri dari belenggu perhambaan
ini. Belenggu penjajahan bentuk moden. Senyap, halus penuh berstrategi. Cukup
tersusun dan terancang. Yang mahu melihat kita terus lalai, lemah dan hanyut
tanpa sedar.
Ini negara
kita, jangan kita turut sama menjadi sebahagian yang merosakkan dan
menghancurkan apa yang kita kecapi selama ini.
Kita berhak
mengubahnya untuk kehidupan yang lebih baik dan diberkati. Insya-Allah.
Entri
berkaitan :






