Friday, 16 September 2011

Adakah anda SAYANG Malaysia?

Entri ni aku tulis sempena Hari Malaysia... ini adalah antara situasi2 pelik di negara ini yang sempat aku nampak... di sebalik meriahnya sambutan Hari Malaysia... bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa, sekadar untuk difikirkan bersama... kerana aku CINTAkan negara ini... tempat aku dilahirkan, tempat aku mengenal agamaku, tempat aku belajar erti kehidupan....



Adakah anda sayang Malaysia?

  • “Aku sayang Malaysia” kata seorng ank muda smbil mlakukn bbrapa aksi rempit yg berbahaya, hmpir2 terlnggar seorng nenek tua yg ingin melintas jalan..
  • “I love Malaysia” kata seorng gadis Melayu smbil dgn bngganya mnunjukkan corak bndera Malaysia pd tube yg dipakainya.... smbil meliuk lentok pinggulnya yg hnya dibaluiti skirt paras paha...
  • “Merdeka...merdeka...!!” kata seorng bdk tadika smbil trsnyum dgn muka innocent dn mengibar2 jalur gemilang yg dibelikn oleh papanya di kedai runcit..
  • “mestilah... i Love Malaysia” kata seorng Datuk ahli perniagaan yg kaya raya smbil mengheret tangan isteri kawannya mengajaknya menemani beliau ke ruang tari di satu majlis keraian...
  • “akan ku pertahankan tanah air tercinta ini!!!” bersemangat sekali jwpan seorng anggota polis  smbil tangannnya pantas menyambut not RM50 yg dihulur oleh seorng lelaki kepadanya sebagai “hadiah” kerana melepaskannya drpada disaman.
  • “saya sayang Malaysia” kta seorng remaja berpakaian sekolah sambil tangannya cepat2 menutup skrin paparan telefon bimbitnya yg sedang memaparkan video  lucah rakaman aksi rakan sekelasnya...
  • “I love Malaysia!” jerit seorng artis wanita dari atas pentas sebaik sahaja selesai konsert amal sempena hari merdeka , sambil terkinja2 dgn gediknya.... sedang penonton terpukau dek terpndang sendatnya pakaian si artis yg terbonjol sana sini...
  • “saya suka Malaysia, keranaMu aku dpt brjmpa buah hati saya” kata seorng Boyfren separa berbisik penuh romantik sambil tersenyum lalu mencium girlfrennya si gadis Melayu terakhir yg penuh dgn sifat malu-malu itu...
  • “of coz saya sayang Malaysia”  kata seorng Bloggers sambil jari-jemarinya ligat menekan papan kekunci komputernya mengupdate cerita2 sensasi dan gmbar2 separa bogel artis2 yg diminatinya separuh mati...
  • “i sayang Malaysia” ujar seorang mak Datin sambil tangannya membelek2 beg tangan berjenama luar negara yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit tanpa menghiraukan seorng anak kecil yg sedari tadinya asyik memandangnya meminta simpati demi sesuap makanan.
  • “ of coz i love Malaysia” kata seorang penjawat awam sambil menghembuskan asap rokok yg berkepul2 keluar daripada mulut dan hidungnya, sambila matanya liar memandang kiri dan kanan bimbang jika ketuanya ternampak perbuatannya yang sedang curi tulang...
  • “Tak akan aku biarkan negara ini dijajah! Tak akan kubiarkan rakyat negara ini terbiar tanpa pembelaan! Demi Malaysia tercinta!” tempik seorng ahli politik bersemangat  sambil tangannya ligat menandatangani dokumen2 dan surat2 yg meluluskan beberapa projek mega daripada kroni-kroninya yg akan memastikan kantung poketnya sentiasa penuh berisi....
Itulah antara beberapa situasi yang sering kita lihat dan kita dengar tatkala laungan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia bergema. Itulah antara realiti yg kadangkala tidak kita sedari..
Laungan kemerdekaan, ucapan Saya Cintakan Malaysia tidak akan bererti jika kita sendiri masih terjajah mindanya, malah kita sendiri yang menjadi antara orang-orang yang merosakkan keharmonian dan kedamaian di negara ini sama ada kita sedar atau tidak.

Jadilah seorang warganegara yang baik, itulah sumbangan paling asas yang dapat diberikan oleh setiap individu di negara ini, terutamanya seorng yang beragama Islam, laksanakan tanggungjawab pada diri, kepada agama, kepada keluarga, kepada masyarakat insya Allah kita dengan sendirinya akan menunjukkan betapa cintanya kita pada tanah air bertuah ini.. Janganlah kita tergolong daripada salah seorang yang menjadi punca kepada keruntuhan negara ini.
Wallaua’lam..

– monolog keri ikhwan-

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...