Thursday 28 June 2012

Jom, Mari tengok Video Tutorial Berhijab/ Pakai Shawl Saya ni...






Sedang aku syok dok buat kerja (lah sangat) sambil jenguk-jenguk wall FB (FB aku gunakan sebagai sotkabar sebab bnyak link2 berita yang di post)........

Tiba-tiba.....

Ceh suspen konon...

Adelah sape nama ntah akupun lupa post link tutorial cara pakai hijab.

Maka terdetiklah di hati aku beberapa persoalan:
1.   Perlu ke sampai buat tutorial dan diupload ke Youtube ni?
2.   Ada ke orang nak tengok tutorial camtu?
3.   Bagus ajar orang pakai tudung ni, tapi camne diorang start tu mesti dalam keadaan tak pakai tudung ke apa? *confuse
4.   Agak-agak ada tak lelaki yang tengok sekali video tutorial tu?
5.   Betul ke mereka ni ajar cara tutup aurat? Ke sekadar berfesyen?
6.   Ikhlas ke ajar tu? Ke semata-mata nak femes?
7.   Tak segan ke upload video dan ramai-ramai orang tengok? Ke bangga?
8.   Apsal aku ni fikir negatif sangat?


Jadi aku membuat beberapa hipotesis :

1.   Shawl ni asalnya panjang, tapi bila dililit, dibelit, dipusing maka menjadi pendek lalu menjadi tudung yang tidak cukup sifat.
2.   Kebanyakan orang view hanya jika orang yang buat tutorial tu wajahnya cantik lagi menawan.
3.   Fesyen yang menarik perhatian dan bertabarruj lebih menjadi keutamaan.

Jadi untuk memenuhi nafsu ingin tahu yang membuak-buak, aku klik la jugak link tutorial tu...

Ok persoalan ke-4 terjawab. Memang ada lelaki yang tengok video tutorial ni. Buktinya aku dah klik dan tonton... ish

Dan bukti lain ada “like” dan komen dari kaum lelaki...
Contoh :” Masya-Allah cantiknya... untung sapa dapat , dahla bertudung “ <---- komen ala-ala ustaz hipokrit.

Dan, memang terbukti, setelah dibandingkan beberapa video (aku tengok sket2 je, takdelah sampai habis, sila percaya) memang yang wajah cun melecun mendapat views yang jauh lebih tinggi dari yang biasa-biasa.

Kenapa semua yang buat video tu muda-muda dan cun? Kenapa bukan makcik-makcik yang yang buat? Kenapa? Kenapa?

Tabarruj diutamakan fesyen didahulukan. Make-up memang tebal 4 inci dan fesyen tudung tak memenuhi syarat menutup aurat. Ini pun terbukti. Tapi bukan semua.

Bab shawl yang membelit tu pun betul. Selabuh-labuh dan sepanjang-panjang kain yang dibuat shawl tu akhirnya jadi singkat di atas paras dada bila dililit berpuluh kali camtu.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.

Dan tak semuanya yang buat tutorial tu semata-mata nak ajar dan tunjuk cara pakai tudung. Sebab mereka semacam berlumba-lumba nak mempromosi video tu supaya dapat like dan views yang tinggi. Link tu diorang paste kat semua jenis page dan ruangan komen kat status di FB:
“Tolong like pastu komen lepas tengok ye? “ Nak glemer cepat ke?

Mungkin ianya satu kepuasan bila video tu ditonton oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya video tutorial tu lebih dikira sopan dan baik dibandingkan video menggedik dan nyanyi lagu ntahape-hape.

Kadang-kadang tutorial tu tunjuk cara pemakaian yang sama macam yang orang lain buat. Dia cuma tiru balik je. Perlu ke sampai macam tu?

Aku tahu entri camni ibarat cuba meremehkan vlogger-vlogger yang suka buat tutorial tu, jadi maaf jika aku tersilap membuat penilaian.

Niat kami baik, nak menarik minat golongan muda supaya bertudung.  Insya-Allah jika niat baik maka Allah bagi ganjaran. Dapat pahala.”

Betul. Mungkin ada yang tak bertudung terbuka hati untuk cuba fesyen bertudung sebab nampak cantik. Itu satu hijrah kecil yang sangat bagus.

Tapi kena ngat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.


Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)-


*tak suka tak payah tengok laa. Kalau nak tegur kenapa tak tegur artis-artis yang tak pakai tudung dan buat video klip dedah-dedah kat luar sana tu?
*huh... dah agak mesti ada yang kata camtu.

MAAF. INI ENTRI NEGATIF. SANGAT NEGATIF. ENTRI NEGATIF PASAL BENDA NEGATIF. NEGATIF darab NEGATIF jadi POSITIF. (multiplication Rules)

 
POSITIF: tak semua yang buat video tu macam tu. Ada yang betul-betul menutup seluruh aurat dan betul-betul mahu tunjuk cara betul pemakaian tudung. Insya-Allah.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 26 June 2012

Tahajjud EURO vs Tahajjud Cinta

Assalamualaikum...



EURO 2012 semakin mendebarkan.
Semakin mengujakan seluruh peminat di seluruh dunia,
4 pasukan telah berjaya menempatkan diri di kelompok 4 terbaik.
Kemuncak semakin tiba.

sebulan ini bagaikan pesta yang meriah
ramai yang sanggup bangun berjaga malam semata-mata mahu melihat pasukan kesayangan beraksi,
penuh semangat dan tenaga,
semua kerana minat dan suka,

Tak kira tua dan muda,
lelaki atau wanita,
masih belajar atau sudah bekerja,
semua sanggup bersengkang mata.



aku pun kadang-kadang terjebak sama,
turut berkongsi rasa debar dan teruja.
best bila layan dengan member sekepala,
mata memberat mengantuk dan pedih buat-buat tak rasa.

Dan aku jadi pelik serta hairan,
bagaimana aku dan orang-orang lain sanggup berkorban,
masa, tenaga untuk menonton setiap perlawanan,
padahal time tu waktu tidur paling nyaman.

Eh, bila cuba bangun untuk tahajjud berat gila,
padahal itu lebih digalakkan malah berpahala,
tubuh terasa berat , lebih berat dari besi waja,
pejam mata balik sambung membuta.

benda yang kita minat semua kita rela,
yang kita tak suka mesti rasa berat biarpun dipaksa,
jadi mari kita terima hakikat,
kita tak suka beribadah lebih masa...

heh.. pedih 

Ok, mari kita berfikiran positif,
ini semua adalah latihan untuk bulan Ramadhan yang akan tiba,
berjaga malam nanti takdelah rasa berat sangat,
sebab dah terbiasa sebulan latihan yang konsisten sebegini.

Tapi macam mana latihan ni mahu berjaya?
jika  Subuh asyik terlajak malah terlepas.
Sedang Qiamullail bertahajjud itu sunat,
tetapi Subuh itu tuntutan wajib Rukun Islam kedua

Euro, Euro jugak, bola, bola jugak,
jangan sampai lupa yang wajib,
jangan sampai mengganggu prestasi kerja,
itu semua amanah, jangan pulak nak khianat.

Dah, dah. cukup-cukup berfikiran negatif,
Tidur lagi bagus.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 24 June 2012

Monolog Cinta : Cinta Bertopengkan Cinta

Assalamualaikum.......

Sebut tentang CINTA, semua mahu tunjuk bahawa dia pakar cinta, dewa cinta, Dewi Cinta, Doktor Cinta hatta seorang budak sekolah sekalipun begitu petah bila berbicara falsafah cinta.

Falsafah cinta suci yang didefinisikan mengikut gerak hati sendiri, melalui tafsiran terhadap fenomena cinta di sekeliling mereka, menterjemah adegan dan plot cinta yang terpapar di layar cerita.

Cinta menjadi fenomena.

Seolah-olah hidup hanya bertunjangkan cinta kepada manusia. Seolah hidup akan mati tanpa cinta seorang lelaki, tanpa cinta seorang wanita.

Tengok sahaja di wall Facebook, di status Twitter, di entri blog betapa cinta menjadi bahan utama untuk diperkatakan.

Meluahkan rindu dendam, melafazkan kata pujangga, mendamba pujuk rayu sehinggalah perbalahan dan sengketa kerana cinta, semua terpampang untuk tatapan umum.

Kisah cinta dicanang merata, foto dan gambar romantik ditayang dengan bangga. Kononnya agar doa restu rakan dan sahabat akan mengiringi. Padahal wali dan penjaga langsung tak tahu menahu.

Itu cinta murahan, tiada harga.
Cinta yang melambak di lorong sepi, di tepi longkang, di dalam semak, di dalam jamban.

Setegas mana pun kita mempertahankan cinta sebegitu, tak merubah hakikat bahawa kita sebenarnya yang mencemarkan kesucian sebuah CINTA sehingga menjadi kotor dan berdebu.

Biarpun pujian melambung bahawa kita pasangan serasi, romantis dan paling sweet di dunia dilontarkan pada setiap gambar yang diupload, tetap tak merubah realiti Cinta sebegitu hanya layak buat mereka yang samar akan makna cinta.

CINTA SEBEGITU TIDAK HALAL BUAT KITA.
CINTA SEBEGITU TIDAK PERLU DIAGUNGKAN
CINTA SEBEGITU TIDAK LAYAK DINAMAKAN CINTA

ITU CINTA BERTOPENGKAN CINTA.
Hanya indah pada luaran, hakikatnya tidak memberi ketenangan.

Jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta, anda salah.
Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu dinamakan cinta, anda silap.
Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta, anda keliru.
Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta, anda berdusta.
Jika berasmara dan menyerahkan raga itu ditafsirkan cinta, anda pengkhianat cinta.

Jadi apakah cinta? bagaimana baru dinamakan cinta?

Bila kamu menyayangi seseorang yang HALAL buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang, dan berusaha membawa orang yang kita sayangi itu ke Syurga bersama-sama kita...
saat itu, baru dinamakan CINTA.

Teorinya mudah, jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah, itu bukan Cinta.

Jika jalan yang membawa kepada cinta itu juga jalan kemurkaan-Nya, itu bukan Cinta.

Saat sah ijab dan kabul, itulah detik permulaan sebuah cerita cinta...
CINTA yang HALAL... insya-Allah.








Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk menikahi... 


- monolog cinta oleh Keri Ikhwan-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday 22 June 2012

Bekam : Sunnah Rasulullah yang Ohsem!

Assalamualaikum...


Berbekam... sape pernah try?
Sebelum tu apa itu berbekam?

Bekam atau hijamah adalah kaedah perubatan pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat. Paling moden menggunakan alat vakum.

Berbekam juga sunnah Rasulullah:


Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas.
 (Shahih Bukhari)


Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:

1.Migrain/SakitKepala/Pening

2.DarahTinggi/Hypertension
3.Gaout/Uric asid tinggi
4.Alergi/Gatal-gatal badan
5.Kencing Manis/Diabetes
6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan
7.Sakit Saraf

alatan bekam




---------------------------------------------
Aku Cuma nak kongsi pengalaman aku berbekam. Memang selama ni tak terfikir secara serius nak try sebab aku fikir orang sakit je yang perlu berbekam. Ceh, takde kesedaran sivik langsung.

Aku tergerak nak try pun sebab member aku ni yang slalu sakit2 ajak aku teman dia pergi berbekam. Rancang punya rancang adalah member lain nak ikut skali. 4 orang la kiranya sehati sejiwa nak join sekali.

Pergh, disebabkan salah seorang member aku tu cuak sebab dah fikir macam2 hal yang buruk, maka aku terpaksa temankan dia cuak sekali. Mana tak cuak tengok gambar kat banner tu separuh cawan darah keluar. Aku dahla kurang darah.

Ada plak cerita ngeri bekam ni toreh pakai pisau la, pisau cukur la. Terkoyak kulit  la.
Tapi aku cool je. Belum ada orang mati sebab bekam ni. Makin hensem adela.

Lenguh gak leher dan bahu sebab kena meniarap lebih kurang sejam (ke lebih). Tak perasan sebab tak tengok jam.

Lega kitorang bila diberitahu yang dia tak toreh pakai pisau cukur tapi guna alat yang cucuk-cucuk macam pen tu... kira takdela kes silap toreh sampai terkoyak. Cuma berlubang sket je. Cam cucuk jarum kot.

Sambil tunggu giliran dalam keadaan meniarap tu sempat la jeling-jeling member sebelah. Adela menggeliat sket-sket time kena cucuk tu. Entah sakit ke geli.

Time giliran aku aku rasa aku dah berlagak setenang mungkin, Cuma time kena cucuk kat pinggang tu geli-geli sket. Tak sakit pun. Cam kena gigit semut je. Adala dekat seratus lubang dia tebuk kat badan kitorang.

Lepas 30 minit ada lagi rupanya cucuk untuk kali kedua. Kat tempat sama plak tu. Proses yang sama diulang 2 kali.

Aku buat kat badan je tak sanggup buat kat kepala sebab kena botakkan. Kalau ada 99 orang puji aku hensem dan macho bila botak baru aku sanggup buat. Ahaks.

Sebenarnya ada satu situasi yang sangat mengazabkan bila berbekam ni. Situasinya bila korang terlupa buang air kecil sebelum mula proses dan terpaksa menahan kencing sepanjang proses yang tak membenarkan kita bergerak tu.

Cis, menyesal tak kencing awal-awal!

*Alhamdulillah rasa ringan sket badan lepas berbekam. Jom try lupakan mitos yang mengerikan dan menakutkan tentang bekam. Dijamin tak berparut :D 

Bleh tengok kajian tentang bekam kat video ni:





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 17 June 2012

Si Comel itu Anugerah dan Amanah buat Kamu

Assalamualaikum...









Alhamdulillah, akhirnya seorang cahaya mata yang comel ini dianugerahkan kepada aku...punya adik. Bukan aku punya anak. Rujuk entri ni.
Kiranya ni anak saudara pertama la... fuyoo ohsem rasa bila jadi bapa saudara ni.. belum jadi bapak lagi tuu..
Tetiba teringat kat budak ni terus update entri ni :)

Anak, adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya kepada seorang ibu dan bapa,
amanah yang perlu dijaga dan dididik dengan ilmu yg secukupnya,
yang akan dipersoalkan tanggungjawab itu di akhirat kelak,
sebagai penyambung zuriat,
juga bukti kekuasaan Allah.


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."
 [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]



 
"Maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya berdasarkan cita rasa masing-masing. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." 
 [Hadis riwayat Bukhari]

 
Bila  dengar kes buang bayi aku cukup pelik bagaimana mereka tergamak melakukannya semata-mata nak tutup aib dan kesalahan diri sendiri. tak pasal2 budak kecik tak berdosa tu jadi mangsa.

Betapa perbuatan itu menjadi bukti bahawa umat manusia semakin berundur tamadunnya kembali kepada zaman jahiliyah. Zaman sebelum tersebarnya Islam ke muka bumi ini. 
Kes buang bayi itu adalah rentetan daripada perangai-perangai jahiliyah yang semakin merebak di dalam masyarakat kita.

Gejala pergaulan bebas, zina, maksiat berleluasa, hiburan melampau, arak dan macam-macam lagi.
Kemuncaknya adalah pembunuhan yang dilakukan seorang ibu ke atas bayi yang tak berdosa.
Dengan seorang bapa dayus yang hanya melihat tanpa perasaan belas.
semoga mereka diberi hidayah dan sempat bertaubat.



Firman Allah yang bermaksud:  
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” 
(Surah al-Isra’, ayat 31)







-Semoga Nurul Husna membesar menjadi seorang anak yang solehah, yang menjaga maruah diri, keluarga dan agama. amiin -


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

[VIDEO] Kisah Khalifah Umar al-Khattab

Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsikan satu video (3 sebenarnya) kisah teladan yang boleh diambil iktibar.
Video ni dalam Bahasa Melayu.





Kisah ni dah banyak kali aku ulang sejak dari kecil, sama ada nenek aku yang cerita, baca buku cerita kanak- kanak, ceramah, dan kali ni bentuk video. Namun cerita ni tak pernah membosankan, dan tak pernah gagal buat hati aku tersentuh.

Alangkah indahnya apabila pemimpin itu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat-rakyatnya.
Alhamdulillah, masih ada pemimpin-pemimpin sebegini di Malaysia walaupun belum sampai tahap seperti Khalifah Umar, namun menunjukkan sifat yang berjiwa rakyat. Tahniah.

Andainya kita bercita-cita mahu menjadi seorang ketua, atau seorang pemimpin atau seorang menteri, pastikan terlebih dahulu kita faham dan meneladani kisah2 pemimpin terdahulu.
Bagaimana Rasulullah dengan sifat dan akhlak mulianya menjadi contoh ikutan seluruh umat.
Kisah bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab yang prihatin dengan rakyat jelatanya,
Kisah bagaimana Khalifah Harun Al Rashid yang begitu mencintai ilmu dan takut akan azab Allah,
Kisah bagaimana amanahnya Khalifah Umar Abdul Aziz menjaga harta negara,
Kisah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang sentiasa mendampingi ulama dalam pentadbirannya dan bagaimana baginda berusaha menjadi pemerintah yang baik, mendidik rakyatnya menjadi baik, serta melatih tenteranya menjadi tentera yang baik.

Mereka semua pemimpin hebat, yang bukan sekadar memerintah sebuah negeri atau sebuah negara, malah wilayah mereka meliputi benua.
Namun mereka tak pernah angkuh sombong dan lupa diri,
tak pernah menjadikan kemewahan dan pangkat sebagai matlamat utama kehidupan,
mereka hidup sederhana, biar kekayaan negara melimpah ruah,
kerana mereka khuatir ada rakyat yang menderita tatkala mereka bergelak ketawa,
kerana mereka takut akan murka Allah.

Dan kita sebagai rakyat, jangan hanya tahu mengharap inginkan seorang pemimpin yang baik,
jika kita tidak mahu menjadi baik.
Kerana seorang pemimpin yang baik itu lahirnya dari seorang rakyat yang baik,
lahirnya dari seorang ketua keluarga yang baik,
lalu dia diangkat menjadi pemimpin yang baik,
dan mendidik rakyat dan orang bawahannya menjadi baik.

Pemimpin yang baik, tak akan melihat sebelah mata kepincangan orang bawahannya,
Pemimpin yang baik, tak akan pilih kasih pada rakyat jelata,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan rasuah bermaharajalela,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan fitnah berleluasa,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan wang rakyat sesuka hati dibelanja,
Pemimpin yang baik, tak akan menyuap kroni dengan segala jenis harta negara,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan ulama dicerca,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan hukum Allah dipersenda,

Pemimpin yang baik, pemimpin yang amanah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang istiqamah  beribadah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menolak rasuah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang bicaranya jujur tak berhelah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang belanjanya berhemah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menegakkan hukum Allah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menjadikan ulama sebagai rujukan dan contoh,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang demi rakyat rela bersusah.

Pilihanraya semakin dekat,
auranya makin terasa,
Jalankan tanggungjawab kita,
jika mahukan pemimpin yang baik,
kita sendiri kena berusaha merealisasikannya.



entri berkaitan :




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 16 June 2012

Merokok di Khalayak Ramai...

Assalamualaikum...





Teringat kes semasa aku pegi dengar ceramah Ust. Azhar Idrus tahun lepas.
Time tengah bersesak, berasak dan fokus dengar ceramah,
dengan pelbagai lapisan umur orang yang hadir,
muda, tua, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan perempuan,
tetiba terhidu bau yang memang cukup ku kenal,
Bau ASAP ROKOK...

bleh plak sorang lelaki dewasa berakal dan mumayiz ni relaks je hisap rokok dan hembus tanpa segan asap rokok kat celah2 orang ramai tu,
aku plak dok betul2 depan dia, dengan adik aku yang baru Darjah 1 time tu.
aku memang dah terbiasa bau asap camtu sebab selalu sedut free sebagai perokok sekunder.
adik aku yang masih suci tu yang kesian, terbatuk-batuk.
terpaksa la aku pindah tempat lain...
begitu jugak dengan beberapa orang yang memang alahan bau asap rokok tu..
nak tegur kang... tak sampai hati orang lebih tua tu

Tu bukan kes pertama dan terakhir, cuma aku ambik situasi paling ekstrem,
MEROKOK sambil dengar ceramah agama dalam kawasan MASJID,
kes penagih rokok tahap kronik le tu, 

dan banyak lagi situasi yang melibatkan seorang perokok merokok di kawasan tempat ramai orang lalu lalang,
tempat orang makan,
tempat orang lepak santai nak berehat,
tempat orang berbincang tentang ilmu,
dan macam-macam jenis tempat lagi...

Mereka tak malu,
mereka tak segan,

Kalau ikut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukum merokok ni HARAM, sebab membahayakan kesihatan... boleh rujuk SINI
Tapi ramai yang tak ambil kisah,
masih berpegang bahawa hukum merokok hanya makruh, 
sengaja pilih kenyataan dan pendapat yang menghalalkan tindakan mereka...

Tak kisah la kalau nak merokok pun,
Tak kisahlah kalau nak menganiaya diri sendiri pun,
lantakla nak bazirkan duit sendiri pun,
Peduli apa nak berlagak macho, stylo atau cool giler pun,
biarlah apa pun alasannya...

CUMA SATU JE NAK MINTAK...

"JANGAN SUSAHKAN ORANG-ORANG SEKELILING ANDA"

 Jangan merokok kat tempat awam,
Tak payah murah hati nak kongsi asap tu,
Jangan cemarkan udara yang dikongsi beramai-ramai tu dengan racun pelik2 tu,

Sedangkan bau perfume pun ada orang yang suka dan ada yang tak suka,
inikan pulak bau busuk asap rokok tu...
dahla busuk, beracun pulak tu,
KENTUT aku lagi wangi...

Tanpa sedar, dah menganiaya orang lain,
mengambil hak orang lain untuk menyedut udara bersih,
meragut  peluang orang lain untuk menjalani gaya hidup sihat,
tolong hormati mereka...

Ah, cakap pun bukan nak dengar, 
dah syok sedut hembus sedut hembus benda alah tu...

PEROKOK TEGAR HANYA MAMPU BERHENTI MEROKOK BILA MEREKA TAK MAMPU LAGI UNTUK MEROKOK.
BILA DAH MATI.....






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 13 June 2012

ILHAM WAKTU MEETING

Assalamualaikum...

Aku paling suka bila ada meeting (kecuali aku yang kena bentang/ bagi laporan)
Kenapa?

Bila masuk je meeting, ilham dan idea akan datang mencurah secara automatik, bukan idea bernas tapi idea merepek yang akan menyebabkan aku secara automatik membuat minit mesyuarat yang lain dari yang lain.

Ni contoh minit mesyuarat :


Semakin rumit masalah yang dibincangkan dalam meeting, semakin kompleks dan berselirat la minit mesyuarat aku. Buktinya :

meeting yang tenang dan lancar. Inilah hasilnya :) lukisan ni tak sempat siap, dan disambung kat rumah

hasil terjemahan drpd perbincangan yg terlalu meleret, terseret, dan banyak yang blurr... bayangkan berapa lama meeting smpai bleh siap lukisan ni :D


Jadi kesimpulannya, masa aku tidak dihabiskan sia2 setiap kali masuk meeting seperti kebanyakan orang lain yang termenung, berkhayal, berborak bisik2 dan tersengguk2.

(entri merapu yang tiada pengajaran)

*sebenarnya bnyk lg koleksi minit mesyuarat aku. tapi dah dibuang lepas tamat meeting untuk menghapuskan bahan bukti :)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 10 June 2012

Kisah Lawak : Tukang Sapu , Komputer dan e-mail

 


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.
lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...
Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya...
Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... Penjual insuran
berkata..

"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Waita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"


………………………………………………………………………….

PENGAJARAN :

Kita mungkin sekadar melihat kisah tersebut sebagai kisah lawak biasa. Tetapi sebenarnya ada kesinisan dalam kisah tersebut. Ada pengajaran yang boleh dijadikan panduan :

1. Rezeki Allah untuk hamba-Nya terlalu luas. Ada di mana-mana sahaja Cuma kita yang tak Nampak dan tak sedar. Kebanyakan orang yang berjaya menggunakan peluang dan ruang yang tidak disedari orang-orang di sekeliling mereka.

2. Jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin hari ini ada kawan kita yang tak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tapi mana tahu suatu hari nanti dia berada di kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada kita?

3. Komputer dan E-mail penting dalam urusan kehidupan pada zaman ini.

4. Jangan mudah putus asa. Ramai graduan siswazah yang kecewa bila tak dapat kerja yang selari dengan bidang pengajian mereka lantas menutup ruang dan peluang dalam kehidupan mereka. Mereka malu diketawakan dan dipandang rendah jika menerima tawaran kerja yang tak selayaknya dengan kelulusan, lantas memilih untuk jadi penganggur terhormat.

5. Berniaga adalah sunah Rasulullah dan para sahabat.

6. Peribahasa “ Lebih banyak akaun e-mail dan FB seseorang manusia, lebih berjayalah hidupnya” tidak lagi relevan digunakan. *yang ni mengarut*

7. senaraikan sendiri :)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...