Aku yakin tiap manusia di dunia tak seorang pun yang tak pernah ditimpa musibah. betul tak? cuma mungkin berbeza dari segi bentuk dan tahap berat atau ringan musibah/ujian itu.
Satu lagi yang membezakan kita ialah bagaimana cara kita menghadapi ujian dan dugaan tersebut. Dengan sumpah seranah maki-hamun? dengan raungan bagaikan terkena histeria? dengan tangisan yang menghibakan? dengan rintihan dan keluhan tak berkesudahan? dengan luahan rasa tak henti2 di wall laman muka buku?
Atau kita memilih untuk sebaliknya? memilih untuk bertenang, menganalisa satu persatu musibah yang menimpa... mengkaji sebab dan punca kenapa kita yang dipilih untuk menerima ujian sebegitu rupa? cuba bersabar dan menyingkap segala hikmah tersembunyi di sebalik setiap cubaan yang mendatang...
Aku sama cam korang semua gak, tak kuat bila ditimpa musibah... goyah dan goyang saat badai menerpa... ya.. aku manusia biasa yang terlalu banyak dosa, sebab itu apabila ditimpa ujian, aku malu untuk mengeluh, merintih lebih-lebih. Aku tau aku tak layak untuk mempertikaikan apa yang telah sedia diatur untuk aku... aku orang berdosa, patut terima peringatan seadanya. Sedang manusia sebaik-baik Muhammad S.A.W pun diuji sedahsyat itu, dan dia masih teguh dengan keyakinannya, inikan pula kita yang hanya diuji dengan ujian yang tidak seberapa ini.
Bercakap mudah, menulis itu senang., hakikatnya bahu yang memikul itu yang menanggung bebannya. Memang, ramai yang tak tertanggung beban yang amat berat itu, dan terpaksa mengalah. Terduduk. Rebah.
Dugaan ini terlalu hebat untuk aku. Aku tak mampu menanggungnya. SABAR AKU ADA HADNYA
Salah... kalau itu yang ada dalam pemikiran kita... SABAR MANUSIA TAK PERNAH ADA HADNYA.... dan tak pernah ada ujian menimpa orang2 yang tak mampu menanggunggnya...
Firman Allah:“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(al-Baqarah, Ayat 286)
SABAR MANUSIA TAK ADA HADNYA???? ya,
betul... tiada hadnya.... katakan hari ini kita ditimpa musibah dan kita rasa
tak mampu untuk sabar, Cuba bandingkan ujian itu dengan ujian yang pernah
menimpa orang lain yang jauh lebih berat dan dahsyat. Bagaimana mereka masih
mampu bersabar, malah menerimanya dengan redha? SABAR dan YAKIN itu
kuncinya.
Memang ada kalanya kita akan sampai satu tahap di mana kita tak
mampu lagi bertahan. Kenapa? sebab kita EGO... jika kita tak mampu untuk menghadapinya
keseorangan, carilah teman untuk berkongsi masalah. Kita ada keluarga, sahabat
dan yang paling utama, Allah yang senantiasa ada untuk mendengar segala
rintihan.
Biasanya
kita akan cuba bermati-matian untuk menyelesaikannya sendirian, dan bila sudah
buntu, barulah teringat akan Allah. itu EGO, ANGKUH dan SOMBONG... Allah
diletakkan sebagai tempat terakhir dalam senarai tempat pergantungan kita. Bila
senang alpa, lalai dan lupa. Bila susah baru terhegeh-hegeh mahu mengadu.
Itupun kalau masih ingat.
Ujian
dan dugaan itu penyeri kehidupan, sebagai warna -warni yang memeriahkan
perjalanan kita di dunia ini. Bukan sengaja ditimpakan pelbagai dugaan, tetapi
dengan semua itulah yang akan menguatkan kita, meneguhkan langkah kita.
Sabar itu pahit, tapi hasilnya sangat indah.
Teringat lirik lagu UNIC-Aishah Humaira:
Tapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora
Firman Allah:Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:" Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(al-Ankabut, Ayat 2 )
-------------------------------------------------
Tool : curve, oval, freeform dan rectangle
geramnya tak mampu nak lukis camni...
ReplyDeleteBETUL TU...TAK PERNAH ADA HAD DALAM BESABAR NI... IBARAT AMINAH, WALAU CINTANYA DITOLAK AHMAD, DIA MASIH REDHA DAN BERSABAR ..* ok merepek..
ReplyDeleteentri ko memang best bro...penyampaian tu sampai.. :) ampai2 kah?
Haziq: cuba lg... bru try sekali je mana nk nmpk hasil
ReplyDeletebiQa : tak habis2 ngan aminah haha..
setiap ujian tu sebenarnya memantangkan kite :)
ReplyDelete#waaa . jeles xreti lukis mcm nie . bru pgg mouse tgn da gigil . hehee
salam..hurm..thx.pertngatan utk sy jga. neway lawa lah doodle tu..
ReplyDeletedengan ujian tu la kita jadi manusia yang bersyukur sebenarnya...dan ujian tu la nikmat hidup di dunia..tanpa ujian..kita takkan jadi seorang yang beriman
ReplyDeletemakain mantap lukisan dia..XD
ReplyDeleteAmirah : try bnyk kali nnti biasala. awal2 dulu pun menggigil gak
ReplyDeletesuzie : sama2 :)
3no : yup. itulah fungsinya sebuah ujian
mij : Alhamdulillah :)
di sebalik ujian itu ada juga hikmahnya, apa2 pun Yang Maha Esa memang tak pernah tinggalkan kita. dia selalu tgk ketabahan kita. (: singgah sini and follow.
ReplyDeletekita x selamanya senang,kita x selamanya susah..takde maknanya hidup kalau takder dugaan dan musibah..:)
ReplyDeleteBismillah
ReplyDeleteAlhamdulillah... siapa pun yang bergelar hamba kepada ALLAH.. PASTI akan di uji..
"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
Itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran dalam surah Al- Baqarah ayat 26
wallahu'alam ^^
Maaf.. kesilapan.. Surah Al-Baqarah ayt 286. Sekian.#akibat tak cukup tidur #
ReplyDeletebersabar selagi boleh..dan gunakan ego tu dengan betul.
ReplyDeletep/s:ujian mewarna doodle tu nampak rumit..itulah cabaran.^_^
Stephany : Dia tak pernh abaikan kita walaupun kita selalu lupa padaNya
ReplyDeletemyra : senang itu ujian, susah itu dugaan
kak Nor : wat ape la tu smpai x cukup tido camtu... ^^
fiza : ego bila tersilap guna jadi bodoh
insyaalah ujian semua utk menaikkan darjat kita dccNya...
ReplyDeletejom baca sekeejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html
setiap ujian menguji tahap keimanan kita.. kita diuji kerna kita disayangi supaya kita kembali kepada yg Hakiki..
ReplyDeletecantik lukisan keri :)
tipulah kalo kata, manusia tak pernah alami ujian kan... setiap ujian mesti ada penyelesaian dia.. siapa yg dapat ujian tu kena bersyukur..
ReplyDeleteL : ujian sbg alat ukur iman :)
ReplyDeletekak Citra : yup... diuji tandanya Allah ingat akan kita
Ain : :) ujian tu salah satu benda wajib ditempuh oleh kita
ujian tu lah yang mewarnai hidup kita.
ReplyDeletecikwahida : jom mewarna! *tetibe
ReplyDeleteujian ni di ibaratkan mcm garam dan gula dlm hidup kita.. mcm mknn & minuman.. kalau xde dua tu mesti tawar je takde rasa kan.. mcm tu juga dgn hidup ni, kalau xde ujian dlm hidup bkn kehidupan yg sempurna namanya.. hehe
ReplyDeleteBak kata pepatah ujian tu ibarat kemeriahan.. eyh bukan.. macam nie, hidup ni tak meriah jika tak di uji.. Jika di uji tu maknanya ALLAH masih sayang pada kita..
ReplyDelete** Suke singgah blog u la abe wei.. best ^_^
https://bayanlarsitesi.com/
ReplyDeleteManisa
Denizli
Malatya
Çankırı
N7D
ağrı
ReplyDeletevan
elazığ
adıyaman
bingöl
KHCQ
yalova
ReplyDeleteyozgat
elazığ
van
sakarya
JD4RO
maraş evden eve nakliyat
ReplyDeletemalatya evden eve nakliyat
ağrı evden eve nakliyat
elazığ evden eve nakliyat
aydın evden eve nakliyat
7828R
2B16F
ReplyDeleteBartın Evden Eve Nakliyat
turinabol
turinabol for sale
Muğla Evden Eve Nakliyat
buy anapolon oxymetholone
primobolan for sale
Tekirdağ Cam Balkon
halotestin
Bursa Evden Eve Nakliyat
AE665
ReplyDeleteÇankaya Fayans Ustası
Kucoin Güvenilir mi
Kütahya Şehirler Arası Nakliyat
Burdur Parça Eşya Taşıma
Çanakkale Şehirler Arası Nakliyat
Kütahya Şehir İçi Nakliyat
Hotbit Güvenilir mi
Adıyaman Parça Eşya Taşıma
Batman Lojistik
8901C
ReplyDeletebinance %20 referans kodu
7ED1C
ReplyDeletereferans
0E958
ReplyDeleteücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
yabancı görüntülü sohbet siteleri
ankara bedava sohbet uygulamaları
van kızlarla canlı sohbet
kilis görüntülü sohbet odaları
kadınlarla sohbet
bursa nanytoo sohbet
adıyaman görüntülü sohbet kızlarla
karaman sesli sohbet sitesi
ADB45
ReplyDeletebilecik random görüntülü sohbet
canlı sohbet odaları
urfa en iyi görüntülü sohbet uygulaması
Adana Bedava Görüntülü Sohbet
kilis kadınlarla ücretsiz sohbet
kütahya görüntülü sohbet kadınlarla
Çankırı En İyi Sesli Sohbet Uygulamaları
bedava sohbet uygulamaları
ığdır bedava sohbet
21CBB
ReplyDeleteCoin Kazma Siteleri
Referans Kimliği Nedir
Coin Nedir
Expanse Coin Hangi Borsada
Binance Borsası Güvenilir mi
Nonolive Takipçi Satın Al
Binance Nasıl Oynanır
Coin Kazma
Caw Coin Hangi Borsada
شركة عزل اسطح بالاحساء 8bmF9W8sDf
ReplyDeleteشركة صيانة افران بالاحساء ogfUnh0xAF
ReplyDeleteشركة تنظيف سجاد بجازان eZMGMUUNKO
ReplyDelete