Saturday, 11 February 2012

ENTRI ROMANTIS BODOH : Valentine's Day....

Assalamualaikum....


Dilukis menggunakan Paint  




Valentine’s Day

Apa itu hari valentine?
Valentine’s day adalah hari di mana cinta-cinta palsu diraikan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak gadis dikorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak teruna mengorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana kedaraan si gadis hilang
Valentine’s day adalah hari di mana kondom-kondom bersepah
Valentine’s day adalah hari di mana botol-botol arak bertaburan
Valentine’s day adalah hari di mana jambangan bunga dihina nilai romantisnya
Valentine’s day adalah hari di mana runtuhnya nilai moral manusia

Valentine’s Day adalah hari di mana para syaitan bersorak gegak gempita
Valentine’s Day adalah hari di mana nafsu merampas takhta menjadi Raja
Valentine’s Day adalah hari di mana iman runtuh menyembah bumi
Valentine’s Day adalah hari di mana Umat Islam diketawakan
Valentine’s Day adalah hari di mana musuh-musuh Islam meraikan kejayaan dakyah mereka
Valentine’s Day adalah hari di mana cinta hakiki dipermainkan
Valentine’s Day adalah hari di mana kita semua menjadi bodoh

Anda pernah menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda pernah menjadi orang bodoh

Anda sedang menyambut Valentine’s Day
Maknanya sekarang anda masih bodoh

Anda ingin menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda ingin menjadi bodoh

Anda akan menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda bakal menjadi bodoh

Diperbodohkan oleh :
Keri Ikhwan
2012


-----------------------------------------------------


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i.          Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu15 Februari bermulanya Pesta Lupercaliaiaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


ii.              Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


iii.         Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.



Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

            Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

  من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

31 comments:

  1. Nak share puisi tu kat fb boleh.. Bermakna sangat.. Btw.. Camna lukis rose tu guna paint? Hebatnya...

    ReplyDelete
  2. yg mama tau berdosa raikannya... cinta tu perlu diraikan setiap hari bersama org yg halal buat kita seperti WAJIBnya kita meraikan cinta buat DIA yang MAHA kita cintai. Ke guane???

    ReplyDelete
  3. Look...what i said.. serius bunga itu cantik... ok2. itu je komen setakat ni..nak sambung baca...huhu

    ReplyDelete
  4. MD: alamak... puisi ke tu? haha.. segannya.. silakan...
    takpe nak share mana2 bahagian dlm blog ni diizinkan selagi mana utk tujuan yg baik :)

    Mama : betul3x
    itu barulah dinamakan cinta... bukan bermusim bukannya atas nama nafsu

    ReplyDelete
  5. BiQa : haha.... komen dulu baru baca...

    ReplyDelete
  6. ok aku dah habis baca.. setiap tahun aku akan baca entry mcm ni sebelum tiba hari valentine. Bagus2 ustaz... mohon share di FB page ya..haha

    Tapi kan masih ramai si bodoh kat luar sana yang sibuk menuntut pasangan masing2 duk sambut valentine. Ajak gi sana la, ajak g sini la, konsert itu la konsert ini la, (geram ni). Padahal bukan tak ada internet. Maklumat macam ni dah byk disebarkan pun masih tak nak faham. Itu lah anak muda (keluh mcm makcik2)

    Ok lah senang cerita aku suka puisi tu. 9 bulan dari sekarang akan heboh lagilah kes2 buang bayi... Bersedia untuk menadah telinga mendengar kisah2 tragis itu nanti.

    alamk... ni komen ke entry aku ni.hahaha sorry bro.. syok plak mengomen.

    ReplyDelete
  7. ya valentine bodoh tapi ros tu lawa gilaa okay :D

    ReplyDelete
  8. baru tahu kisah hari kekasih ni..hari kekasih?geli je..hari jadi saya xde org igt..hari kekasih nak igt..boleh bla..ahahahah

    ReplyDelete
  9. berminat dengan ros tu je..hehe.. pandaii nye lukis guna paint

    ReplyDelete
  10. setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang..so tak perlu umat islam nak sambut valentine's days.

    ReplyDelete
  11. lukisan tuan hamba tampak makin hidup bila bunga yang sebegitu cantik bagai layu dek sesuatu yang tidak pasti =)


    p/s : tahu x di negeri kita ada smabutan hari suami isteri..ada ceramah utk gantikan sambutan valentine's day

    ReplyDelete
  12. lukisan tuan hamba tampak makin hidup bila bunga yang sebegitu cantik bagai layu dek sesuatu yang tidak pasti =)


    p/s : tahu x di negeri kita ada smabutan hari suami isteri..ada ceramah utk gantikan sambutan valentine's day

    ReplyDelete
  13. BiQa : adoi... haha.. takpe.. komen pnjag2 pun takpe.. sebab aku akan baca

    auni : Alhamdulilah.... ingat x menjadi dh ros tuu :)

    mij : ilmu baru :) ye ke xde orng ingat haha

    Misya : alamak... bukan ros tu yg nak dihighlight, tp pasal kisah valentine's day ni haha... :)

    ReplyDelete
  14. hati : trimas. Alhamdulillah :)

    Fiza : semalam hari berkasih sayang, hari ini hari kasih sayang, esok pun hari kasih sayang, lusa, tulat, lepas tulat ape ye ?? :D

    3no : ow.. ye ke? baguslah... nnti nak bawak isteri pegi sama la... eh? ada ke ? ^_^

    ReplyDelete
  15. entry terbaik ^_^ suka part atas tuh..

    ReplyDelete
  16. tak penah ambik tahu pasal valentine..tapi mmg selalu ambik tahu lukisan keri..pakai paint mcm lukis atas kertas...cantik dan kreatif..

    ReplyDelete
  17. nanad : thx :)

    Azzah : woo.. terharu nih... sobs sobs :) trimas ye

    ReplyDelete
  18. boleh jadi penyajak ni.
    walau dah byk kali dibagi alert camni,tpi masih ade yg menyambut..

    ReplyDelete
  19. laskar : mak aih.. paling terbaik tuu..

    myra : ade penyakit kurang daya ingatan kot

    ReplyDelete
  20. dlu mse kcik penah tfikir yg valentine's day ni mmg hari utk org sambut tp ble dah mumaiyiz ni brulah tau hari ni haram..say no to valentine's day! :)

    ReplyDelete
  21. bukan saje valentine's day... bnyak lgi hari2 yg bukannya budaya dan amalan Islam utk disambut

    ReplyDelete
  22. header cantik.. ^_^
    tak terpikir pun ttg ni.tp bila masuk je bulan 2, ramai yg ckp..tiba2 baru pasan.. ^_^

    ReplyDelete
  23. btol..huhu..ajak ler isteri tuan hamba yer..haha

    ReplyDelete
  24. kesian bagi mereka yang terpengaruh dengan budaya sebegini. :(

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum keri...hihi suke ros tu...masyaALLAH hebat nye lukih pakai paint # ikut siifu dani la tu# hehe.. yang akak tao 15 hb Feb besday ayah akak .kikikiki.
    hebat nye berkarya.. kak nor tak reti buat puisi hihihi

    ReplyDelete
  26. Ckin : saya terpaksa fikir sblum orng len fikir haha... pencegahan ....

    3no : err.. :D

    Syafeika : bagus2 :)

    Anyyss : diorang yg x kesian kt dr sndri

    ReplyDelete
  27. Kak Nor : Alhamdulillah :) tu je yg mampu buat... ooo.. besday ayah akak ke... moga dipanjangkan umur dalm sihat dan rahmat-Nya :)

    WRA : trimas :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...