Showing posts with label Paint. Show all posts
Showing posts with label Paint. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

PORTFOLIO 2011-2013 : CONTENGAN DIGITAL SEORANG NEWBIE

Assalamualaikum...

Tengah2 kemaskini fail kat laptop tadi aku terbelek balik koleksi contengan aku dalam komputer.
Bila tengok balik rasa nak tergelak pun ada.

Tapi bila tengok ikut kronologi masa artwork tu dihasilkan aku nampak adalah sikit-sikit kemajuan.
Practice make perfect kata tok penghulu hutan Amazon.
Teringat balik zaman mula -mula kenal dan belajar lukis pakai komputer. Memang menguji kewarasan minda bila buat asyik tak menjadi seperti yang diharapkan.
Sebab tu ramai orang yang kurang sabar berenti separuh jalan je. Terus give up.

Awal- awal tu aku lukis pakai Paint je. Pakai mouse tangan gigil- gigil.

kena sabar kalau tak jadilah camni.



contengan buruk  koleksi dari 2009-2012 (PAINT)

Pakai Paint+mouse memang susah nak control. Tool yang ada pun sangat basic. Tapi orang lain boleh je hasilkan karya superb pakai paint je. Orang lain le. bukan aku.

Sebenarnya dalam tahun 2011 baru aku mula try digital conteng pakai Photoshop. Hasilnya pun lebih kurang sama dengan Paint sebab tau pakai brush je. Ntah mana aku simpan lukisan tu.

Microsoft Excel dan Doodles

Masuk penghujung 2011 aku terjoin group WeLoveArt. (WLA)  Dari situ aku belajar melukis Doodle pakai Microsoft Office Excel. Gara-gara terpengaruh dengan seorang retis bernama Nur Dani.

Aktiviti2 yang dianjurkan oleh WLA banyak membantu aku melatih tangan dan skill menconteng.
Inilah hasil mula2 mendudel guna Excel. Ternyata Excel kurang sesuai dengan jiwa aku bila nak melukis dudel.

Kesemua dudel kat atas tu dilukis menggunakan Microsoft Excel 2007 kecuali ada dua ketul aku pakai Photoshop.
Pakai Excel ni agak senang cuma kalau nak buat lukisan rumit memang aku tak reti.


Microsoft Excel dan Digital Potret

Disebabkan mahu mencabar diri sendiri aku cuba sesuatu yang pernah aku rasakan mustahil untuk aku lakukannya. Lukisan potret pakai komputer. Lebih tepat menggunakan Microsoft Excel 2007.

Aku pernah try lukis potret pakai photoshop tapi hasilnya jadi muka kartun jugak. Setelah bereksperimen maka aku membuat kesimpulan Excel antara sofwer terbaik untuk lukis potret. Bagi aku laa.


Lukis potret pakai excel memang ambil masa yg sangat lama bagi newbie macam aku ni. Dah setahun aku tak melukis potret pakai excel atau apa2 sofwer sekalipun. Kira dah pencen la. Ada la sebab2 nya.

Ok ni versi rejek.

Versi gila-gila jakun pakai excel. semua benda nk try. Inilah kelebihan Excel. Boleh edit shape dan warna sesuka hati. 

Pasal digital potret pakai excel ni aku banyak berguru dengan Nur Dani dan Kak Zarini.

Paint Tool SAI dan Doodles

Paint Tool SAI ni lebih kurang photoshop la tapi takde fungsi edit gambar. Cuma lebih kepada sketch, inking dan colour. Memang owsem.

First time aku try conteng dalam SAI (tahun 2012) aku dah tau dah bahawa SAI ni memang jodoh yang ditakdirkan untuk aku.
Sofwer yang paling memahami jiwa aku. Untuk melukis dudel dan komik, aku memang pilih SAI dan digabungkan dengan Photoshop untuk masukkan teks dan efek.
Untuk potret, Excel masih yang terbaik.

Semua Doodles dan Lukisan dihasilkan dengan SAI
Dengan SAI ni aku rasa aku lebih bebas berbanding melukis pakai Excel.
Secara rasminya aku mengucapkan gudbye kepada Excel yang telah banyak berjasa kepada aku.

Walaupun hasil lukisan tak seberapa tapi aku puas hati sebab dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah. Sungguh , SENI ITU SATU BAHASA.

Untuk komik, aku tak masukkan dalam portfolio ni. Itu cerita lain.

KESIMPULAN.

Untuk doodle, inilah kesimpulan perbezaan antara yang mula-mula dengan yang sekarang.

Lukisan tahun 2011 guna basic shape dalam Excel.
Lukisan 2013 guna Paint Tool SAI.


Untuk digital potret :
Kahkah. Lukisan 2011 tu guna Excel. Cubaan pertama yang tak pernah aku tunjuk pada sesiapa pun. Buruk sangat. Muka dah macam mabuk ketum.

Lukisan Jan 2012 tu hasil selepas praktis 3 bulan. Juga dilukis dengan Excel. Lukisan potret digital terakhir sebelum aku bersara.
Sekarang ni jangan suruh aku try lukis balik. Konfem hasilnya jadi sama macam gambar belah kiri tu, 


Sekarang ni ramai pelukis digital art yang sangat hebat. Aku hanya bagaikan seekor kuman di tengah padang pasir kalau nak dibandingkan dengan mereka.
Karya aku tak layak dikategorikan sebagai lukisan pun. Lebih sesuai digelar contengan. Hasil conteng dari orang yang tak pernah belajar seni. Main hentam.

Seiring berkembang teknik contengan aku, sebenarnya ada sesuatu yang jauh lebih penting turut berkembang dalam diri aku. Lebih kepada perkembangan spiritual.
Mungkin aku akan kongsikan dalam entri yang lain. Kalau sudi dengar laa. Eh baca.
Mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk mereka yang minat seni dan melukis. Mungkinla.

#Anggaplah entri ni sekadar catatan peribadi. Untuk rujukan aku suatu hari nanti.

Kalau nak tengok lebih jelas boleh pergi ruangan ni: MyArts


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 4 March 2012

Koleksi Artwork dan Art Trade

Assalamualaikum....

Semenjak dua tiga minggu ni memang tak sempat nak melukis vektor potret.. banyak jugakla hutang2 vektor dan doodle yang tertunggak dan belum terbayar... maaf -_-

yg kat bawah ni koleksi vektor yang dah lama aku siapkan tapi belum upload je...

1. Yusriey Yunus - follower ke-500 blog aku
  ( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)



2. Meya Lollipop - Pemenang Segmen Adore Your Arts Part 3
( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)


Taktaula si Meya ni dah ambik ke belum lukisan ni... e-mail pun tak respon... klu terbaca entri ni blehla ambik jer yang ni


3. Keri Ikhwan - err ni potret aku sendiri... lukisan potret pertama dan terakhir menggunakan Paint.
    saje je nak test, tak sangka plak paint pun ok gak lukis2 benda camni



4.  Doodle guna Paint





-------------------------------------------------------------------------

Yang kat bawah ni plak hasil tangan geng2 WLA yang bermurah hati menghadiahkan aku vektor dan Doodle yang diorang lukis sendiri. Trimas semua. sori tak sempat balas -_-

1.  Daripada Fatimahma/ jomtonton


 Fuuh superb!! dia ni memang pro bab2 design.. klu rasa nak tempah lukisan/ tulisan khat/ banner ke apa bleh terus ke blog dia....

2. Daripada BiQa


Untung aku dapat lukisan pelukis daripada Italy nih... klu nak baca cerita2 yang bleh buat korang gelak2 sampai tergolek bleh terjah blog Biqa a.k.a kopok Bika nih...


3. Daripada Manzarina


Err.. meriah sungguh warna yang dipilih... merah mulut mak...nyah


4. Daripada Yusrie Yunus


Vektor black and white... cool


5. Daripada Fahmi Mahat


Vektor ni dilukis dalam Adobe Flash... dia ni memang sifu flash... nak tempah header flash bleh la berurusan dengan beliau




6. Daripada Ory Candy - Doodle cute guna Adobe Illustrator


7. Daripada Scya Lollitot yang konon2nya adik kepada Scha Al-Yahya (ntah betul ke tak ejaan)


kejap je dia lukis dudel nih. tapi cute haha


-----------------------------------------------------------

Alhamdulillah setakat ni aku dah mencuba banyak jenis softwer melukis cam Paint, Adobe Photoshop, Microsoft Excel, Adobe Illustrator, Flash dan terbaru Paint Tool SAI... semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. stakat ni yang paling suka PS,SAI dan Excel.


-TAMAT-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 11 February 2012

ENTRI ROMANTIS BODOH : Valentine's Day....

Assalamualaikum....


Dilukis menggunakan Paint  




Valentine’s Day

Apa itu hari valentine?
Valentine’s day adalah hari di mana cinta-cinta palsu diraikan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak gadis dikorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak teruna mengorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana kedaraan si gadis hilang
Valentine’s day adalah hari di mana kondom-kondom bersepah
Valentine’s day adalah hari di mana botol-botol arak bertaburan
Valentine’s day adalah hari di mana jambangan bunga dihina nilai romantisnya
Valentine’s day adalah hari di mana runtuhnya nilai moral manusia

Valentine’s Day adalah hari di mana para syaitan bersorak gegak gempita
Valentine’s Day adalah hari di mana nafsu merampas takhta menjadi Raja
Valentine’s Day adalah hari di mana iman runtuh menyembah bumi
Valentine’s Day adalah hari di mana Umat Islam diketawakan
Valentine’s Day adalah hari di mana musuh-musuh Islam meraikan kejayaan dakyah mereka
Valentine’s Day adalah hari di mana cinta hakiki dipermainkan
Valentine’s Day adalah hari di mana kita semua menjadi bodoh

Anda pernah menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda pernah menjadi orang bodoh

Anda sedang menyambut Valentine’s Day
Maknanya sekarang anda masih bodoh

Anda ingin menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda ingin menjadi bodoh

Anda akan menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda bakal menjadi bodoh

Diperbodohkan oleh :
Keri Ikhwan
2012


-----------------------------------------------------


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i.          Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu15 Februari bermulanya Pesta Lupercaliaiaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


ii.              Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


iii.         Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.



Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

            Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

  من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...