Wednesday 29 February 2012

MyDoodles : FREEBIES | Budak cute dengan Belon

Assalamualaikum.............

Walaupun tengah busy, tapi sempat jugaklah aku explore sofwer Paint Tool SAI yang ohsem ni... skali try terus jatuh cinta sebab sofwer ni sangat seswai dan sejiwa dengan teknik aku menconteng...

Inilah hasilnya selepas beberapa lama aku dok mengadap benda tuu...


100% guna SAI... sangat best pakai sofwer ni... warna pun cantik, dan garisan dia pun senang nak control... walaupun ada jugak beberapa kelemaha jika nak dibandingkan dengan Photoshop/AI. Tapi okla, hasilnya setanding.

Ok, malas citer panjang kat bawah ni aku ada buat beberapa pilihan warna ntuk doodle ni... kalau sape2 yang rasa berkenan bolehla ambik dan suka hatila nak buat apa pun... *tu pun kalau ada orang ambik...

Tak perlulah nak susah2 kreditkan ke nak buat banner besar2 tampal muka aku ucap terima kasih. Tak perlu sume tu. Yang aku minta cuma hormati karya aku dan orang lain. Selagi apa yang korang ambil dari blog aku ni dan digunakan ke arah yang positif insya Allah aku takde halangan :)




---------------------------------------------------------------------------

Doodle ni masih lagi membawa mesej yang sama... tutuplah aurat dengan sempurna... Menutup aurat adalah simbolik yang melengkapkan satu kitaran ke arah kesempurnaan iman dan akhlak kita. 

Tidak dinafikan bahawa orang yang  bertudung tak semestinya baik. Tapi kita silap jika kita mengaku walaupun kita tak bertudung atau menutup aurat dengan sempurna kita masih lagi baik.

Bagaimana kita sanggup mengaku bahawa kita orang yang baik sedangkan dalam masa yang sama kita telah melanggar perintah Pencipta kita secara terang-terangan?

Benar, menutup aurat itu perlu disertai keikhlasan, tapi sanggupkah kita bertaruh bahawa ikhlas itu akan datang lebih awal daripada ajal yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk menjemput kita?

Pernahkah korang naik jambatan gantung? mungkin ada yang melepasinya dengan selamba, ada yang merentasinya dengan cuak, ada yang menggigil dan ada yang langsung tidak mampu untuk melepasinya, dan berpatah balik.

Cuba bayangkan situasi yang sama apabila kita mahu melalui TITIAN SIRAT di hari akhirat kelak. Bagusnya jika titian itu seluas jambatan gantung itu. Tapi tidak, titian itu halusnya lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang.


Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”

 Malang sekali jika kita tergelincir dari titian itu hanya disebabkan kita gagal menutup aurat dengan sempurna. Mengumpul dosa berterusan akibat sengaja mendedahkan diri kepada pandangan ajnabi serta menyebabkan diri menjadi fitnah.

Fitrah kita suka akan kecantikan dan perhatian . Syaitan begitu bijak mengambil kesempatan, menyebabkan kita terbuai dan terlena dalam puji dan perhatian.


Kutukan itu satu refleksi, pujian itu satu apresiasi.... tp pujian bisa melemahkan...   jadi berhati2 dengan pujian :)






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 25 February 2012

MyDesign : Sketch Book untuk conteng- conteng

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak promosi sket buku yang baru je aku lancarkan beberapa hari lepas... Buku apa? bukan buku novel ke buku rujukan ke ape... tapi buku sketch/lakaran/conteng-conteng/nota... serba guna la kiranya....

Sebelum tu meh aku tunjuk dulu bagaimana ghopenya buku tuu...

Design #1 Cute style




 Design pertama ni lebih kepada golongan kanak-kanak Ribena dan seswai jugak ntuk kaum gegirl...


Design #2  Cool n Mysterious Style





Design kedua ni khas untuk kaum lelaki yang sukakan sesuatu yang simple tapi cool (ntahla cool ke tidak haha)....

Setakat ni sambutannya amat menggalakkan, lebih 2000 naskhah terjual.... harganya... er... jap nak check.... *belek2 depan belakang atas bawah takde plak jumpa tanda harga....
...............
Ok, kantoi.... sebenarnya semua tu hanya berlaku dalam mimpi je... haha... entah bila masa plak aku ada terbit buku nih... angan-angan jela sampai 2000 naskhah terjual tuuu...

Sebenarnya design ni hanya satu draft yang aku buat untuk satu contest. Minggu lepas, aku ada la join satu contest yang dianjurkan oleh salah seorang member WLA iaitu cik merahitujambu@ Athirah... Dia minta kitorang designkan cover depan belakang serta muka surat bahagian dalam untuk sebuah buku. (contest ni hanya aktiviti suka2 dalam WLA)

Walaupun aku orang yang hantar paling last, tapi aku buat 2 jenis design, terlebih rajin. Dan aku mempertaruhkan kedua2 design (tapi aku lebih yakin dengan design kedua kerana ramai lagi yg bleh buat buku yg lagi comel dari design pertama aku tu)

Dan, Alhamdulillah, Design #2 aku tu berjaya dapat tempat ke-3.. okla tuuu... semua yang lain hebat2 cuma mungkin aku punye lebih bernasib baik... :)

Dan hadiahnya... sangatla comel,,,, phone straps versi mij ..


(sayang plak nak guna takut tercabut dan hilang, sebab klu ikut rekod2 sebelum ni ape2 aksesori aku mmng tak tahan lama, hilang)


Tu phonestraps ke-2 aku dapat hadiah daripada blogger... yang pertama drpd Cik Cempaka :


Yang ni rosak/patah semasa proses penghantaran -_-

skang ni tengah tunggu phone straps ke-3 daripada CCI... hadiah sesaje sebab tetibe dia bermurah hati nak bagi kepada 5 pengomen pertama post dia kat Wall WLA

Best kan WLA??? macam2 aktiviti ade... ada lag yang tengah berlangsung skang dan masih belum sempat join :(


Apa itu WLA?? WeLoveArts Group... Klik SINI



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 23 February 2012

MyDOODLES : MASA DAN KEBERKATAN....

Assalamualaikum ....

Pernah tak tibe2 je korang dapat macam-macam kerja serentak dengan tarikh akhir yang perlu disettlekan plak sangat hampir dan dekat2???? padahal sebelum ni relax je takde keje sangat. Tapi sekali dia datang hambek ko berlambak! haha

lebih kurang camni laa situasinya....




Walaupun ade part yang mengarut2 tu tapi tula antara dilema yang tengah aku hadapi skang... haha.. tak tau nak utamakan yang mana dulu... elok2 je start buat montaj, tetibe teringat sistem maklumat yang nak kena disiapkan secepat mungkin... alamak dah huru-hara plak rasanya... tinggalkan kejap montaj sambung wat keje lain... dan hasilnya... laptop hang sebab bukak banyak2 program dalam satu masa termasuklah adobe photoshop (yg tu takde kaitan ngan keje pun sebenarnya)

Bukanlah nak cerita kesibukan aku, cuma nak ajak korang temankan aku berfikir tentang MASA dan PRIORITI/KEUTAMAAN.... sebenarnya benda ni masih boleh diatur dan disusun supaya tidak memeningkan dan menyewelkan otak kita.... (ntah bahasa apa yg aku pakai)

Memang agak susah ntuk fokus bila mendapat beberapa tugas serentak dan bidang tugas pulak agak berbeza dan kontra antara satu sama lain... lagi dahsyat jika kemahiran yang ada sekadar cukup2 makan untuk melaksanakannya. lagi pening nak fikir wooo...

Jadi? apa yang perlu kita buat? Cuba bertenang dan relaks... tarik nafas dalam2... tahan... hembus dengan gaya mulut muncung gedix... boleh juga dengan gaya biasa jika tak sanggup... pastu tido..
Minum air masak segelen dua, segelas dua, dan cuba duduk dengan bersopan lagi berhemah...

Ok, cuba ambik sehelai kertas dan sebatang pen, senaraikan balik apa tugasan yang perlu kita siapkan... lengkap dengan tarikh mula diberi task tu dan bila perlu disiapkan/dateline... susun ikut kronologi masa dari yang perlu disiapkan lebih awal dan yang mana boleh disiapkan kemudian...

Lepas tu cuba susun lagi ikut prioriti mana yang perlu disegerakan dan mana yang paling penting.
Jika ada tugasan yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan cuba rancang apa dan bagaimana mahu melaksanakannya. Jangan main buat tanpa apa2 plan nanti ada plak yang terpaksa buat kerja dua kali.... 

Insya Allah jika kita tidak mengabaikan tanggungjawab utama dan hak kita kepada diri, keluarga, dan Allah, segala kerja akan dipermudahkan dan ditunjukkan jalan penyelesaiannya. Jangan sesekali menggunakan alasan sibuk dan kerja untuk meninggalkan suruhan dan perintah yang Wajib ke atas kita. MASA akan datang dan mencukupi buat kita selagi mana kita tidak lari dari landasan yang sebenarnya.

Perlu kita ingat walau sehebat mana pun perancangan dan strategi kita, tanpa izin Allah semuanya boleh musnah sekelip mata. Kerana Allah itulah pemilik mutlak MASA. DIAlah yang akan mengagihkan masa untuk kita sehingga kita mampu melaksanakan apa yang kita rancang sebaiknya. Tanpa keberkatan, MASA itu takkan cukup selamanya.... walau kita diberi waktu 48 jam seharipun... Insya Allah :)

- monolog oleh Keri Ikhwan -




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 19 February 2012

Hidup Tanpa Ujian ibarat Hidup Tanpa Warna

Assalamualaikum.....



Aku yakin tiap manusia di dunia tak seorang pun yang tak pernah ditimpa musibah. betul tak? cuma mungkin berbeza dari segi bentuk dan tahap berat atau ringan musibah/ujian itu.

Satu lagi yang membezakan kita ialah bagaimana cara kita menghadapi ujian dan dugaan tersebut. Dengan sumpah seranah maki-hamun? dengan raungan bagaikan terkena histeria? dengan tangisan yang menghibakan? dengan rintihan dan keluhan tak berkesudahan? dengan luahan rasa tak henti2 di wall laman muka buku?

Atau kita memilih untuk sebaliknya? memilih untuk bertenang, menganalisa satu persatu musibah yang menimpa... mengkaji sebab dan punca kenapa kita yang dipilih untuk menerima ujian sebegitu rupa? cuba bersabar dan menyingkap segala hikmah tersembunyi di sebalik setiap cubaan yang mendatang...

Aku sama cam korang semua gak, tak kuat bila ditimpa musibah... goyah dan goyang saat badai menerpa... ya.. aku manusia biasa yang terlalu banyak dosa, sebab itu apabila ditimpa ujian, aku malu untuk mengeluh, merintih lebih-lebih. Aku tau aku tak layak untuk mempertikaikan apa yang telah sedia diatur untuk aku... aku orang berdosa, patut terima peringatan seadanya. Sedang manusia sebaik-baik Muhammad S.A.W pun diuji sedahsyat itu, dan dia masih teguh dengan keyakinannya, inikan pula kita yang hanya diuji dengan ujian yang tidak seberapa ini.

Bercakap mudah, menulis itu senang., hakikatnya bahu yang memikul itu yang menanggung bebannya. Memang, ramai yang tak tertanggung beban yang amat berat itu, dan terpaksa mengalah. Terduduk. Rebah.

Dugaan ini terlalu hebat untuk aku. Aku tak mampu menanggungnya. SABAR AKU ADA HADNYA

 Salah... kalau itu yang ada dalam pemikiran kita... SABAR MANUSIA TAK PERNAH ADA HADNYA.... dan tak pernah ada ujian menimpa orang2 yang tak mampu menanggunggnya...


Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
(al-Baqarah, Ayat 286)



SABAR MANUSIA TAK ADA HADNYA???? ya, betul... tiada hadnya.... katakan hari ini kita ditimpa musibah dan kita rasa tak mampu untuk sabar, Cuba bandingkan ujian itu dengan ujian yang pernah menimpa orang lain yang jauh lebih berat dan dahsyat. Bagaimana mereka masih mampu bersabar, malah menerimanya dengan redha? SABAR dan YAKIN itu kuncinya. 

Memang ada kalanya kita akan sampai satu tahap di mana kita tak mampu lagi bertahan. Kenapa? sebab kita EGO... jika kita tak mampu untuk menghadapinya keseorangan, carilah teman untuk berkongsi masalah. Kita ada keluarga, sahabat dan yang paling utama, Allah yang senantiasa ada untuk mendengar segala rintihan.

Biasanya kita akan cuba bermati-matian untuk menyelesaikannya sendirian, dan bila sudah buntu, barulah teringat akan Allah. itu EGO, ANGKUH dan SOMBONG... Allah diletakkan sebagai tempat terakhir dalam senarai tempat pergantungan kita. Bila senang alpa, lalai dan lupa. Bila susah baru terhegeh-hegeh mahu mengadu. Itupun kalau masih ingat.

Ujian dan dugaan itu penyeri kehidupan, sebagai warna -warni yang memeriahkan perjalanan kita di dunia ini. Bukan sengaja ditimpakan pelbagai dugaan, tetapi dengan semua itulah yang akan menguatkan kita, meneguhkan langkah kita.  Sabar itu pahit, tapi hasilnya sangat indah.

Teringat lirik lagu UNIC-Aishah Humaira:


Tapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora 

 

Firman Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
 " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 (al-Ankabut, Ayat 2 )

 -------------------------------------------------
Aku sertakan gambar lakaran lukisan menggunakan MS Office Excel 2007



 Tool : curve, oval, freeform dan rectangle



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 14 February 2012

MyKOMIK 6 : Diari Cinta Buta

Assalamualaikum.....









 Dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007


Sejujurnya aku agak mual dan loya sewaktu menghasilkan lukisan kat atas tu, tapi terpaksa kuatkan juga semangat sebab ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.

Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam yang sedar yang menyambut Valentine's Day ni bukanlah budaya dan amalan dalam Islam. Namu tak kurang yang masih mempertahankan amalan ini kononnya tak salah sekadar meraikan cinta bersama ornag tersayang. Terpulang, teguran sudah disampaikan, mahu terima atau tidak, itu hak empunya diri.

Tapi hari ni aku agak terkejut bila terbaca satu artikel NSTP yang memetik kenyataan seorang Menteri yang agak berpengaruh di Malaysia berkenaan Valentine's Day :


"What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down?

::sumber::
Er... korang nilailah sendiri kata-kata yang dikeluarkan oleh menteri "bijak-pandai" nih.... tetibe je aku rasa aku lagi bijak daripada dia... dan korang semua pun jauh lagi bagus fikiran logik akal nak dibandingkan dengan orang yang mengeluarkan kenyataan itu... *gila berani mati aku kutuk menteri..
(aku yakin Menteri tu Islam, sebab nama dia cam nama orang Islam)

--------------------------------------------

Ok berbalik kepada komik di atas, aku rasa ramai masih lagi konfius dan kurang faham apa point penting di sebalik larangan sambutan Hari Valentine nih... sambutan sebegini boleh menjurus ke arah ZINA! Ringan2 atau berat2... paham2la sendiri...

Dan ajaib sungguh, ramai couple2 (semestinya belum berkahwin) beriya2 mengatakan mereka ni tak sambut Valentine Day ni... dengan alasan bahawa tiada hari khusus untuk menyatakan cinta/ mengapresiasikan rasa cinta terhadap pasangan mereka. Setiap hari adalah hari untuk melafazkan dan menghargai cinta...

Wow... falsafah cinta romantik yang sangat indah kedengarannya.... tapi jika diperhatikan di sebaliknya... akan terserlah kelompongan dan kebangangan falsafah cinta itu... apabila diaplikasikan bersama dengan pasangan yang bukan halal baginya.

Apa yang aku nampak, setiap hari bagi mereka adalah Hari Valentine, setiap hari adalah hari memadu asmara, setiap hari adalah hari mereka bercumbu mesra bercangkerama. Sadisnya bila memikirkan mereka ini saudara sebangsa dan seagama kita. Pedulikan jika mereka bukan beragama Islam. 

Betapa bangga mereka mencanangkan bahawa mereka memboikot Hari Valentine yang menurut mereka menjadi perosak nilai romantis falsafah cinta yang selama ini mereka amalkan. Lucu. Tapi menyedihkan. Padahal hari2 lainnya mereka masih mengamalkan perhubungan bebas yang ternyata juga bukan amalan dan budaya Islam.

Begitu mudah anak2 gadis ini diusung ke sana ke mari, dipegang tangan diraba sana sini.... hanya merelakan segalanya ... ATAS NAMA CINTA... haktuiih! Itu semua budaya luar yang mula diindoktrinkan ke dalam budaya kita... meresap tanpa kita sedar....

Tapi tahun ini... sambutan itu masih tetap ada.... dan mereka yang menyambutnya masih saudara2 seagama kita... yang masih berat hati meninggalkan kemeriahan seketika.... dan mungkin sudah ada benih2 yang disemai secara haram, mula bertunas dan tumbuh.... semakin membesar................ dan membesar.... menunggu masa dan detik ketikanya untuk dituai hasilnya.... dan kitaran proses ini akan terus berulang... dan berulang... -_-




Tahukah korang?
Hari ini 14 Februari adalah tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dalam Pertempuran di Bukit Chandu (14 Februari 1942) dan marilah kita hadiah sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.


 Entri berkaitan :


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday 11 February 2012

ENTRI ROMANTIS BODOH : Valentine's Day....

Assalamualaikum....


Dilukis menggunakan Paint  




Valentine’s Day

Apa itu hari valentine?
Valentine’s day adalah hari di mana cinta-cinta palsu diraikan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak gadis dikorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana anak-anak teruna mengorbankan
Valentine’s day adalah hari di mana kedaraan si gadis hilang
Valentine’s day adalah hari di mana kondom-kondom bersepah
Valentine’s day adalah hari di mana botol-botol arak bertaburan
Valentine’s day adalah hari di mana jambangan bunga dihina nilai romantisnya
Valentine’s day adalah hari di mana runtuhnya nilai moral manusia

Valentine’s Day adalah hari di mana para syaitan bersorak gegak gempita
Valentine’s Day adalah hari di mana nafsu merampas takhta menjadi Raja
Valentine’s Day adalah hari di mana iman runtuh menyembah bumi
Valentine’s Day adalah hari di mana Umat Islam diketawakan
Valentine’s Day adalah hari di mana musuh-musuh Islam meraikan kejayaan dakyah mereka
Valentine’s Day adalah hari di mana cinta hakiki dipermainkan
Valentine’s Day adalah hari di mana kita semua menjadi bodoh

Anda pernah menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda pernah menjadi orang bodoh

Anda sedang menyambut Valentine’s Day
Maknanya sekarang anda masih bodoh

Anda ingin menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda ingin menjadi bodoh

Anda akan menyambut Valentine’s Day?
Maknanya anda bakal menjadi bodoh

Diperbodohkan oleh :
Keri Ikhwan
2012


-----------------------------------------------------


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i.          Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu15 Februari bermulanya Pesta Lupercaliaiaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


ii.              Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


iii.         Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.



Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day


Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

            Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

  من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 7 February 2012

MyDoodles : Kelebihan Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.....


Ilmu.... camne nak dapat ilmu? mestilah kena belajar kan? Nak belajar kat mana? tersangatlah banyak tempat yang kita boleh pergi ntuk dapatkan ilmu. Kat rumah, library, kat sekolah, internet, masjid, surau.... dan banyak lagi... Baca buku, search ikut internet pun berlambak -lambak fakta dan maklumat yang kita nak cari...

 Tapi yang aku peliknya dengan pelbagai kemudahan yang dah memang tersedia kat depan mata camtu pun ramai lagi manusia yang sangatlah malas nak cari ilmu. Nak membaca buku-buku ilmiah sebuah dua bukan main liat lagi, tapi bila bab majalah komik atau hiburan separa porno cam Mangga, Hai dan ntahape2 lagi tu ringan je tangan keluarkan duit pegi bayar kat uncle tokey kedai buku tu. 
Ape ke gersang sangat budak2 zaman skang nih???

Kalaulah kata memang takde bajet ntuk beli buku2 agama (konon-kononnyalah) , tapi kat rumah ada internet, takleh ke ambik masa beberapa jam seminggu ntuk cari artikel-artikel yang membuka fikiran, mencambahkan idea, menambahkan ilmu dan memberi manfaat bukan sahaja untuk kehidupan dunia malah akhirat. Boleh? ke tak boleh??

Tapi hairan betul masih ada segelintir yang mampu online berjam2 setiap hari mengepos status FB selang beberapa minit dan menghantar tweet selang beberapa saat, punyalah dahsyatnya komitmen yg diorang tunjukkan... ayat2 yang diguna pulak hebat2 lak tu... jiwang karat penuh emosi sehingga mampu menarik beratus2 like dan beribu2 retweet. tapi apa yang dipost dan ditweet tu kosong, takde manfaat atau sesuatu yang boleh menunjukkan dia tu seorang pencinta ilmu. Sadis.

Alangkah bagusnya kalau korang-korang yang terbabit tu sambil2 on9 tu sambil menyelongkar ilmu yang tak terbatas di alam maya nih... petik jari terus keluar. cuma kena ingat jangan sampai tersesat. Sebab itulah pentingnya ilmu. Ilmu digunakan untuk mencari ilmu. Silap langkah boleh tersalah menuntut ilmu. Ajaran sesat ke ape. Bukan sedikit yang menjadi mangsa dakyah musuh2 Islam yang telah merencana beberapa abad untuk meracuni pemikiran kita sedikit demi sedikit.

Tapi bukan semua camtu, Alhamdulillah, semakin ramai anak muda yang mula tertarik menarik kau memang daboom.. eh ni aku malas wat panjang2 mula la stat perangai tak senonoh nak merapu ni...
Sekarang ni dah makin ramai remaja dan anak muda yang mula cenderung untuk menuntut ilmu agama, mula menitikberatkan soal halal haram dan hukum hakam dalam setiap gerak langkah diorang. Satu perkembangan positif yang sangat mengujakan. Tahniah



“Allah akan meninggikan (mengangkat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa derajat” (QS 58 : 11)

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga" (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah pernah bersabda, ” Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”



 -------------------------------------------------------------------------------------

Kat bawah ni aku kongsikan sedikit lakaran dan proses mewarna menggunakan MS Office Excel 2007...
Tapi poster yang aku hasilkan kat atas tu telah diedit menggunakan Adobe Photoshop CS5




Tadaa! Siap! nama budak ni Ahmad... haa Ahmad bagi salam kat abang akak pakcik makcik nenek atok tuu... :)


Eh, bukan susah pun lukis pakai excel ni... ape kata korang try dulu... dah pandai nanti blehla gunakannya untuk ke arah kebaikan, untuk menyampaikan mesej2 simple dengan cara yang lebih kreatif... :)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

PANDUAN : WANITA DAN KERJAYA



Assalamualaikum....




Kalau kita perhati skang, kat sektor mana pun semakin ramai kaum wanita yang mula memenuhi setiap ruang dan peluang kerja yang ada. Ini fenomena biasa. Zaman ini bukan lagi zaman nenek moyang kita, di mana wanita tempatnya di rumah, sebagai suri rumah sepenuh masa.

            Suka atau tidak, itulah realitinya. Kaum Hawa semakin membanjiri pasaran kerja di negara ini. Bukan kerana tiada kaum lelaki, tapi tuntutan hidup di era kapitalisme ini yang memaksa dan mendesak sehingga sampai ke tahap ini. Bukan semua tapi peratusannya agak tinggi.

Kalau nak bincang memang panjang berjela... kat sini aku Cuma nak ringkaskan sedikit panduan untuk wanita yang ingin atau telah bekerja :


Keharusan wanita untuk bekerja diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duaan dan bercampur baur dengan lelaki.

5)  Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.


Ringkasnya kewajiban mencari nafkah masih lagi wajib ke atas suami/lelaki. Dan perempuan seeloknya jika tiada keperluan yang mendesak, berada di rumah menguruskan keperluan rumahtangga dan pendidikan anak-anak.

Bukan apa, sebab terlalu banyak kes-kes keretakan rumahtangga berlaku apabila si isteri mula menyalahgunakan kebebasan yang diberikan untuk keluar bekerja. Malah bahaya dan fitnah ke atas kaum wanita juga lebih besar apabila mereka berada di luar rumah.

Kalau dapat kerja yang hanya memerlukan wanita ni dok rumah lagi bagus... bekerja dari rumah... Rumahku Syurgaku  ^^
Bukan menyekat, tapi mencegah. Bukan mengongkong tapi memelihara. :)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday 3 February 2012

MUHAMMAD S.A.W - Figura Agung Tauladan Terbaik

Assalamualaikum .....

Sempena Sambuta Maulidur Rasul ni aku cuma nak kongsikan beberapa lagu nasyid yang menceritakan atau memuji Rasulullah S.A.W....
Daripada kita dok dengar lagu2 yang ntahape-ape... yg kadang-kadang maksudnya pun kita tak tau ape..
Mungkin lagu yang kita dok syok dengar sampai meleleh air liur, sampai terkinja2 sorang diri tu sebenarnya lagu yang memuja syaitan, atau mengandungi lirik yang boleh menyesatkan Aqidah...

Jom la layan lagu2 Ohsem nih sambil2 wat keje...

1. Rasulullah by Hijjaz
lagu ni lagu evergreen yang paling aku suka. Dari kecik sampai la besar tak pernah boring dengar     lagu ni






2. Maher Zain - The Chosen One 
Lagu ni memang sedap didengar pastu tambah plak ngan video klip dia yg memang menyentuh hati... sedikit sebanyak memberi gambaran tentang keperibadian manusia agung ini...






3. Law Kaana Bainana
Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. bleh tengok di TV Al-Hijrah.




4.Raihan - Ya Rasulullah 
Lagu yang sangat syahdu... menggambarkan kerinduan seorang umat kepada Nabi Muhammad...





5. Pemergianmu- In-Team





6. Fadhilat Shalawat- Iwan Syahman





7. Junjungan Mulia- Al Mizan





Semoga video2 yang dikongsi ini sedikit sebanyak menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W - Jom berselawat sebanyak2 yang mampu kepada baginda :)
 

Entri ni pun bleh baca... ada kaitan gak :)
KOMIK : Tokoh Inspirasi









Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 1 February 2012

MyArt : HARAPAN

Assalamualaikum....





 Selagi sinar itu masih wujud.... tersenyumlah :)









dilukis menggunakan MS Office Excel 2007







Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...