Sunday, 17 June 2012

Si Comel itu Anugerah dan Amanah buat Kamu

Assalamualaikum...









Alhamdulillah, akhirnya seorang cahaya mata yang comel ini dianugerahkan kepada aku...punya adik. Bukan aku punya anak. Rujuk entri ni.
Kiranya ni anak saudara pertama la... fuyoo ohsem rasa bila jadi bapa saudara ni.. belum jadi bapak lagi tuu..
Tetiba teringat kat budak ni terus update entri ni :)

Anak, adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya kepada seorang ibu dan bapa,
amanah yang perlu dijaga dan dididik dengan ilmu yg secukupnya,
yang akan dipersoalkan tanggungjawab itu di akhirat kelak,
sebagai penyambung zuriat,
juga bukti kekuasaan Allah.


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."
 [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]



 
"Maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya berdasarkan cita rasa masing-masing. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." 
 [Hadis riwayat Bukhari]

 
Bila  dengar kes buang bayi aku cukup pelik bagaimana mereka tergamak melakukannya semata-mata nak tutup aib dan kesalahan diri sendiri. tak pasal2 budak kecik tak berdosa tu jadi mangsa.

Betapa perbuatan itu menjadi bukti bahawa umat manusia semakin berundur tamadunnya kembali kepada zaman jahiliyah. Zaman sebelum tersebarnya Islam ke muka bumi ini. 
Kes buang bayi itu adalah rentetan daripada perangai-perangai jahiliyah yang semakin merebak di dalam masyarakat kita.

Gejala pergaulan bebas, zina, maksiat berleluasa, hiburan melampau, arak dan macam-macam lagi.
Kemuncaknya adalah pembunuhan yang dilakukan seorang ibu ke atas bayi yang tak berdosa.
Dengan seorang bapa dayus yang hanya melihat tanpa perasaan belas.
semoga mereka diberi hidayah dan sempat bertaubat.



Firman Allah yang bermaksud:  
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” 
(Surah al-Isra’, ayat 31)







-Semoga Nurul Husna membesar menjadi seorang anak yang solehah, yang menjaga maruah diri, keluarga dan agama. amiin -


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

29 comments:

  1. wah.. mudah-mdahan post ni dapat membantu membuka mata dan minda masyarakat.. anak itu satu anugerah yang tidak ternilai..

    ReplyDelete
  2. eii comelnya...ye,membesarkan anak zaman skrg mencabar.

    ReplyDelete
  3. salam.. cmne ek nk wat shoubox ajax float yg ada icon mcm dlm blog awk nie? hrp tlg sy,k? sy dh try wat,tp x jadi..
    * http://coret2-hidupku.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. sangat comel!!!!!!!!!!!!!!!!! :)

    ReplyDelete
  5. Dysha :
    bleh geng ngan budak kembar 2 orang tu :)

    ameerul :
    insya Allah

    Azzah:
    persekitaran skang menakutkan -_-

    ReplyDelete
  6. Ida :
    lupa la. tp saya dh letak link tutor dlm shoutbox kat blog

    deno :
    :)

    ReplyDelete
  7. comel..bestnya, da ada anak sedara.

    ReplyDelete
  8. Ingatkan cikgu yang kawin senyap-senyap.Rupa2nya anak adik cikgu ;)

    ReplyDelete
  9. Gadis Misteri:
    tak best sebab dok jauh...

    fatiqah:
    sebab pak long dia comel . haha

    Anith:
    lebih kurang je tu.. anak jugak :)

    ReplyDelete
  10. ingtkan anak keri tadii..haha...patu ada pulak tambahan ayat punya adik.. :D

    ReplyDelete
  11. alahai budak tu. muka dia bersih je.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum keri...comel nyer si kecik tu moga besar nanti boleh tulis blog mcm pakcik yer...:)

    ReplyDelete
  13. ohsem kan bile ada anak buah..dil pon, baru ada sorg anak buah..tp prasaan rindu kt anak buah, mmg kuat giler..mcm anak pulak..hahahaa^^

    ReplyDelete
  14. mata bayi2 zaman sekarang memang besar dah berkilat lah...blog baru-->yuseriyunus.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. comelnye..comel sgt..smoga membesar jd anak yg baik ye si comel

    ReplyDelete
  16. Syarafi:
    haha. anak sndiri lmbat lg

    Asyiqin:
    budak x de dosa sbb tu bersih :)

    mama maszull:
    err.. insya Allah :D

    ReplyDelete
  17. cik Dil:
    tak sabar nak balik cuti. lmbat lg ni

    Yus:
    berapa bnyak blog daa

    Eera :
    Amiin.. :)

    ReplyDelete
  18. eh eh cam muka keri lah..tahniah keri dah jadi bapak.bapak saudara..comel nya baby.

    ReplyDelete
  19. smembunuh bayi tu manusia yang betopengkan iblis..sedangkan haiwan juga sayangkan anaknya...


    p/s: tahniah!! comel anak buah tuan hamba..tapi hamba lagi maju dah ada 15 anak buah..hehe..ohsem x?? (^_-)V

    ReplyDelete
  20. Fiza :
    err... rasanya langsung tak sama

    3no :
    15? waa.. lg maju rupanya

    ReplyDelete
  21. Aisey.. ingatkan anak keri.. tahniah dah jd bapa saudara.. bila pula nak jadi bapa??

    ReplyDelete
  22. comeynya.... ingat anak keri td.. ahahha... :P

    ReplyDelete
  23. kak Citra :
    soklan yg xde jawapan haha.

    CCI :
    alamak. semua ingat anak saya haha

    ReplyDelete
  24. hehe.. ko bile plak nak kawinnye? hehe.. bila hantaran kahwin mahal sgt. tu yg pakat main kawin2 dlam hotel. dapat anak buang.. hmm.. nauzubillah. mintak dijauhkan..

    jom singgah sekejap..=D
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

    ReplyDelete
  25. Salam ziarah...

    anda telah ditagged disini

    http://bloggeralif.blogspot.com/2013/07/selamat-menyambut-ramadhan-1434h.html

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow #1102. Sudilah ke blog saya dan follow ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...