Sunday, 17 June 2012

[VIDEO] Kisah Khalifah Umar al-Khattab

Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsikan satu video (3 sebenarnya) kisah teladan yang boleh diambil iktibar.
Video ni dalam Bahasa Melayu.





Kisah ni dah banyak kali aku ulang sejak dari kecil, sama ada nenek aku yang cerita, baca buku cerita kanak- kanak, ceramah, dan kali ni bentuk video. Namun cerita ni tak pernah membosankan, dan tak pernah gagal buat hati aku tersentuh.

Alangkah indahnya apabila pemimpin itu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat-rakyatnya.
Alhamdulillah, masih ada pemimpin-pemimpin sebegini di Malaysia walaupun belum sampai tahap seperti Khalifah Umar, namun menunjukkan sifat yang berjiwa rakyat. Tahniah.

Andainya kita bercita-cita mahu menjadi seorang ketua, atau seorang pemimpin atau seorang menteri, pastikan terlebih dahulu kita faham dan meneladani kisah2 pemimpin terdahulu.
Bagaimana Rasulullah dengan sifat dan akhlak mulianya menjadi contoh ikutan seluruh umat.
Kisah bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab yang prihatin dengan rakyat jelatanya,
Kisah bagaimana Khalifah Harun Al Rashid yang begitu mencintai ilmu dan takut akan azab Allah,
Kisah bagaimana amanahnya Khalifah Umar Abdul Aziz menjaga harta negara,
Kisah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang sentiasa mendampingi ulama dalam pentadbirannya dan bagaimana baginda berusaha menjadi pemerintah yang baik, mendidik rakyatnya menjadi baik, serta melatih tenteranya menjadi tentera yang baik.

Mereka semua pemimpin hebat, yang bukan sekadar memerintah sebuah negeri atau sebuah negara, malah wilayah mereka meliputi benua.
Namun mereka tak pernah angkuh sombong dan lupa diri,
tak pernah menjadikan kemewahan dan pangkat sebagai matlamat utama kehidupan,
mereka hidup sederhana, biar kekayaan negara melimpah ruah,
kerana mereka khuatir ada rakyat yang menderita tatkala mereka bergelak ketawa,
kerana mereka takut akan murka Allah.

Dan kita sebagai rakyat, jangan hanya tahu mengharap inginkan seorang pemimpin yang baik,
jika kita tidak mahu menjadi baik.
Kerana seorang pemimpin yang baik itu lahirnya dari seorang rakyat yang baik,
lahirnya dari seorang ketua keluarga yang baik,
lalu dia diangkat menjadi pemimpin yang baik,
dan mendidik rakyat dan orang bawahannya menjadi baik.

Pemimpin yang baik, tak akan melihat sebelah mata kepincangan orang bawahannya,
Pemimpin yang baik, tak akan pilih kasih pada rakyat jelata,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan rasuah bermaharajalela,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan fitnah berleluasa,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan wang rakyat sesuka hati dibelanja,
Pemimpin yang baik, tak akan menyuap kroni dengan segala jenis harta negara,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan ulama dicerca,
Pemimpin yang baik, tak akan membiarkan hukum Allah dipersenda,

Pemimpin yang baik, pemimpin yang amanah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang istiqamah  beribadah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menolak rasuah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang bicaranya jujur tak berhelah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang belanjanya berhemah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menegakkan hukum Allah,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang menjadikan ulama sebagai rujukan dan contoh,
Pemimpin yang baik, pemimpin yang demi rakyat rela bersusah.

Pilihanraya semakin dekat,
auranya makin terasa,
Jalankan tanggungjawab kita,
jika mahukan pemimpin yang baik,
kita sendiri kena berusaha merealisasikannya.



entri berkaitan :




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

6 comments:

  1. alahai..line internet slow..xdapat nak tengok..tapi macam dah tengok..banyak pengajaran =)

    ReplyDelete
  2. Pemimping yg hebat adalah yang berjiwa rakyat dan berjiwa agama. Antara pesanan Khalifah Umar al-Khattab yg saya ingat... Solat mesti dijaga, kalau urusan solat selesai... urusan lain pon selesai.

    -Bila agaknya pemimpin kita hendak mencontohi beliau?-

    Hobo beg yg menawan... GR12TL | Nur Diana's Collections

    ReplyDelete
  3. 3no:
    ni cerita Sayidina Umar meronda dan bertemu rumah seorang perempuan miskin yg memasak batu untuk anak2nya :)

    Diana :
    insya Allah pemimpin yg menjaga solatnya masih ramai... cuma belum diangkat menjadi pemimpin :)

    ReplyDelete
  4. pemimpin islam adala terbaik...jom jadikan ni sebagai contoh :D

    ReplyDelete
  5. subhannallah. hebatnya shbat nabi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...