Monday, 15 October 2012

Datuk , Angsi, Nuang dan Broga : Alam adalah guru kita...



Assalamualaikum...

Lukisan ni sama dengan kat header tu...  : SAI + Photoshop

banner : Adobe Illustrator CS6 Portable

T-Shirt : Adobe Photoshop CS5 Portable

Kat atas tu design yang aku buat untuk Program Hari Keluarga Sekolah berserta Program mendaki Bukit Broga yang terletak kat Semenyih.

Akhirnya aku terpaksa akur untuk berbaik dan rujuk semula dengan Adobe Illustrator sebab nak buat banner tu. Kalau buat dalam photoshop kemain besar gedabak saiz file nya smpai nazak laptop aku.

Tapi disebabkan masalah material kain, warna T-Shirt terpaksa ditukar menjadi warna kuning. Tapi okla. Cantik gak macam warna baju BERSIH. (mohon jgn tangkap aku bawah akta ISA)

Hasil selepas siap...

Fuh, 2-3 bulan ni memang aktif sikit gaya hidup aku. Sampai tak sempat sangat nak bermanja-manja dengan photoshop, SAI, excel and the gang.

Hujung September lepas ikut rombongan mendaki Gunung Nuang  kat Ulu Langat, Selangor.  Puncak berstatus gunung yang ketiga sempat aku tawan sepanjang hidup di muka bumi ni selain Gunung Datuk dan Gunung Nuang.

Bulan Julai lepas panjat Gunung Angsi dengan 3 orang member aku. Tetibe je hiking naik carta menjadi hobi paling best mengalahkan hobi- hobi lain seperti mengelamun dan termenung.

Bukit Broga ni sebenarnya kitorang dah naik dulu hari Isnin minggu lepas sebab nak survey jalan dan laluan. Lepas tu datang naik sekali lagi pada hari Sabtu minggu yang sama. Kira 2 kali dalam masa tak sampai seminggu.

Kali pertama naik waktu petang dengan niat nak tengok matahari terbenam. Kali kedua naik pukul 5 pagi dengan harapan nak saksikan matahari terbit pulak. Aku rasa lepas ni aku nak naik lagi untuk tengok bulan mengambang, gerhana matahari dan gerhana bulan. Haha.

Takdelah hebat sangat pun nak dibandingkan mereka yang hari-hari turun naik bukit tu macam berlari pecut 100m. Memang kagum sampai terlupa nak logout fesbuk (takde kaitan dengan fesbuk pun sebenarnya)

Tapi aktiviti macam ni banyak faedah dan baiknya. Yang buruknya Cuma penat dan lenguh- lenguh badan sket. Esoknya, ramai yang terpaksa berjalan macam robot expired yang nak habis bateri sebab sakit kaki dan otot.

Dengan aktiviti ni kita boleh menguji sejauh mana kekuatan fizikal kita dan ketahanan mental.
Kadang –kadang boleh atau tidak kita melakukan sesuatu banyak bergantung pada kekuatan mental kita. Aktiviti macam ni boleh mencabar kekentalan minda dan fikiran kita untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak mustahil untuk kita lakukan.

Ramai yang rasa macam nak berhenti dan mengalah dari meneruskan pendakian tapi bila diberi semangat dan dorongan diorang mampu teruskan sampai ke puncak.

Bila sampai je kat puncak segala penat lelah hilang sekelip mata. Rasa kepuasan tu memang tak tergambar oleh tulisan  Times New Roman mahupun Arial. Hanya empunya badan yang tahu.

Perjalanan ke puncak dan kembali ke kaki gunung tu banyak mengajar erti syukur.
Bersyukur kerana diberi nikmat kesihatan sehingga mampu berjalan, memanjat dan melihat alam yang tersangat indah dan menakjubkan.

Bersyukur kerana kita lebih menghargai nilai makanan dan minuman dalam keadaan seperti ini. Betapa makanan dan air kosong yang selama ini tak dipandang kerana banyaknya makanan lain yang lebih lazat tiba-tiba menjadi begitu berharga dan bernilai.

Sebiji gula-gula 2biji seposen menjadi lazat dan mampu menghilangkan sedikit keletihan. Setitis air yang biasanya hanya dibazirkan menjadi rebutan semua orang. (ini cerita masa naik Gunung Nuang, bawak pelajar-pelajar sekolah)

Sungguh, ego dan hebatnya seseorang boleh ranap di sini. Tercungap dan keletihan sampai terduduk biarpun nampak gagah dan kuat dari luaran. Yang selama ini nampak lemah sebenarnya lebih kuat dan kental semangatnya.

Dan kalau ikut kata member aku seorang kaunselor yang turut ikut sama program ni (sebenarnya program Nuang tu dialah dalang yang bertanggungjawab sebagai pengarah) aktiviti ni bagus untuk mereleasekan tension dan mengurangkan stress.

Walaupun kadang2 aku nampak muka dia sendiri cam stress je nak habiskan pendakian tu sebab penat tapi aku tetap percaya kebenaran kata-katanya tu. Kahkah.

(mintak2 dia tak baca la aku kutuk dia sket2 ni)

Rugilah jika kita tak belajar apa-apa dari apa yang telah kita lalui.  Bodohlah kita jika hanya mendapat penat dan lelah semata. Ilmu Allah ada di mana-mana, bagi orang yang berfikir.

Bak kata seorang lagi kawan aku, jangan mencabar alam, tapi cabar diri sendiri.

Ambil pengajaran dari alam, sisipkan dalam lembaran pengalaman, untuk mengharungi kehidupan.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

20 comments:

  1. dulu masa kat sekolah dn kolej mmg aktif daki bukit,redah gua..bila dah kerja,daki tangga opis jer..

    ReplyDelete
  2. ingatkan p bawak rombogan merisik huhahuha.. sila la berkarya kembali ea

    ReplyDelete
  3. erm..... bukit tabur jum? :p

    ReplyDelete
  4. woaah! syoknya. sy kali terakhir hiking pn masa bukit broga, naik pukol 10 pagi, sampai puncak pertama pukol 11.30pg, oleh krn banyak sgt drama (penat letih, lapar lah), pkol 12.30 turun balik. petang plak ada kelas. xD. lepastu serik nk naik.

    ReplyDelete
  5. aku suka hiking.. tapi takde geng nak hiking.. dan dah lama dah tak hiking.. aku rasa, aku boleh pitam kalau hiking lagi.. wakakaka

    ReplyDelete
  6. woahh.. bestnyer...

    yeayy.. akhirnya keri guna Ai... err.. Ai CS6 ok x.. ^_^ ingt nak cuba... ^_^

    ReplyDelete
  7. lukisan cara pewarnaan awak semakin mantop serius...

    ReplyDelete
  8. penah sampai excel training..dekat2 broga juga...tp bukit tu tak penah panjat lagi..

    ReplyDelete
  9. Azzah :
    fuyoo.. dulu2 x brapa nak join , skang ni je mula smangat blik

    Dysha :
    rombongan merisik puteri broga haha

    ReplyDelete
  10. dee :
    bkt Tabur dengar bleh tahan jugak tough nya. insya Allah akan sampai jika ada peluang :)

    Biskot :
    jgn serik, meh join kitorang konfem tak menyesal :D

    ReplyDelete
  11. Aujinz :
    ko kan slalu training jogging ke market tu. kira dh cukup la tu staminanya.

    cci :
    CS6 ok je cuma klu hntar ntuk printing xleh sbb kedai masih pakai versi lama. aritu pun hantar pakai pdf je

    ReplyDelete
  12. mij :
    err rasanya sama je cam biasa. cuma malas nak buat detail2. biasa buat simple2 je

    Ckgu Ma :
    try la panjat. bkt ni seswai ntuk beginner. budak2 kecik pun ramai yg smpai ke puncak.

    ReplyDelete
  13. pasni kalau ada trip hiking pegi gunung kinabalu. tolong bgtau. seriously nak join. heheehe

    ReplyDelete
  14. Adam :
    insya Allah tu antara target utama. tp tak taula bila. haha

    nazha :
    eh, eh, mana ada , mana ada. haha
    nak kepastian sila check biodata aku kat tab "who am i" tu. :P

    ReplyDelete
  15. tidak pernah pula hamba mendaki gunung..teringin juga tapi tiada peluang

    ReplyDelete
  16. deno dtg dari spital melawat keri... lama tak dtg sini.. huhu.. deno tak pernah merasa nak panjat bukit sejak sakit ni... sakit awal masa umo 10 tahun... tak sempat nak hepi2 enjoy naik bukit.... huhu...

    ReplyDelete
  17. sy tak pernah naik gunung..naik bukit saja...mesti best kan naik gunung..:)

    ReplyDelete
  18. nice design..phew~ 2 kali panjat broga still semputt tau..banyak kali stop.Tapi bila tgk keindahan alam..terus hilang penat >.<

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...