Wednesday, 10 October 2012

Bila Artis Pakai Seksi Terkantoi...


Sejak dua tiga menjak kebelakangan ni asyik kecoh pasal artis pakai seksi...
pasal artis pakai pakaian sampai mencocok , menjolok dan menembus mata...
pasal pelakon, penyanyi atau model bergaya sendat membonjol dedah sana sini...
Senyap sorang, sorang lagi buat hal...

Apa nak heran, dah nama pun artis, mestilah kejenya cari glamer atau publisiti murahan,
hidup mestilah penuh kontroversi, baru artis namanya...
aku yg bukan artis ni pun banyak kontrobasinya haha..
kontroversi tu makanan artis, ibarat friskies dan kucing Parsi.

Bila dah heboh satu negara cerita pasal dia, baru buat2 gelabah,
bila gambar peluk cium dengan laki@pompuan ntah sape2 tersebar, mulalah melenting,
konon-konon superimpose la, pelanduk dua serupa la...
ceih, ingat orang buta ke apa?

Ok, bukan yang tu aku nak fokus....
Tapi point aku ialah cara camne diorang cover balik perangai hantu diorang ni..
macam mana cara diorang nak tawan balik hati peminat,
cara bagaimana diorang ni nak lepaskan diri dan agar kisah itu dilupakan.

"Saya minta maaf jika cara pemakaian saya menimbulkan ketidakpuasan hati dan membuatkan ramai yang tersinggung. Saya tak tau pulak pemakaian camtu dilihat seksi di mata peminat. Bukannya saya berbogel pun. Cuma mengikut trend dan fesyen terkini. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua para peminat"

atau pun :

"Saya minta maaf kepada semua pihak media dan peminat saya kerana bergambar berpeluk-pelukan dan cium2 sket dengan lelaki. Sebenarnya gambar tu diambil pada waktu saya muda remaja dulu, sebelum saya akil baligh lagi. Sekarang ni saya dah berubah jadi baik. Saya dah insaf. Dah tak buat keje-keje seperti yang tertera di gambar tu. Saya memohon jutaan ampun dari semua peminat yang menyokong saya. sayang koram. Terima kasih atas teguran. muah,muah "


Cer perhati elok-elok ayatnya, beria minta maaf dekat peminat, media dan penyokong dia.
Nampak sangat semata-mata nak ambil hati nak cover balik kesilapan.
Lepas tu buat balik. Minta maaf sekali lagi.
Takde pulak kena ban dengan RTM ke TV3suku ke, Utusan Meloya ke, Berita Hairan ke, Radio Era ke, Metroseksual ke.
Yang ban pun cuma al-Jazeera, radio IKIM , Majalah Asuh, Harakah, Ana Muslim dan majalah Solusi je.

Patutnya kesalahan macam tu yang mengancam keselamatan iman pemuda pemudi negara ni boleh dikenakan ISA. takpun buang daerah!
ceh, terover pulak aku ni.

Kenapa nak mohon ampun dengan manusia? sebab nak tarik perhatian manusia?
sebab rezekinya bergantung pada manusia?
Kenapa tak mohon ampun pada Allah? Bertaubat kepada Yang Maha Pengampun?
Barulah betul-betul ikhlas dan diterima..

"Kami cari rezeki halal, tak merompak, tak mencuri tak melacur, halal la tu"

"Uolls, kami walaupun pakai seksi tapi hati kami baik tau. Selalu buat program amal. Jangan samakan kami dengan sundal2 yg menyundal di lorong2 gelap tu. Kami high class tau. diorang tu kasta rendah" -artis baru nak up-

Entah, fikirlah sendiri.

*dah media , blog hiburan dan TV pun bagi sokongan dan liputan meluas, memang naik kepala la golongan ni. semua dua kali lima ,lima kali dua je. 
share la sket sorang dosa tu, wat sistem piramid MLM.

Harap2 blog aku tak di ban RTM dan TV3.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

30 comments:

  1. lepas ni ada plak yang nak buat taubat nasuha, siaran langsung di televisyen..

    Nway, media memaparkan apa yg disukai penonton (bisnes beb). so sebagai penonton teramai, kiter yg perlu ambil peranan. Mcm mana? Mintak keri cuba fikirkan...hehehhe

    ReplyDelete
  2. istilah sebetulnya mencolok mata ... apa pun niat kita sendiri kena betul... nak ubah org lain lagilah berkali payahnya..

    ReplyDelete
  3. kdg2 bergantung pd kita gak..tengok bole tapi jgn ambil contoh.

    ReplyDelete
  4. betul. ade sokongan.. mana lah nak berubah.

    ReplyDelete
  5. zul :
    tp yg peliknya bila yg bertaubat nak berubah tu pulak yg di ban dan didiskriminasi

    Aisy :
    dulu bm saya x tinggi mana pun .haha

    ReplyDelete
  6. Azzah :
    sbnarnya tengok pun tak berapa nak boleh. apatah lagi nak mengikut. :)

    Maria :
    kontroversi je dpt publisiti. memang diorang suka la.

    ReplyDelete
  7. artiskan... munkin belum dapat hidayah tp bnyak gak artis2 yang da menuju k e arah islam contohnya kumpulan ve dulu hip hop skrg da nynyi nasyid, sgt salute

    ReplyDelete
  8. penah tengok dalam melodi bila wartawan tanya kat sorang artis pompuan pasal pakaian dia yang amat azab..sangat senang bg jawapan. "ok saya janji lepas tak akan pakai seksei2 lagi" nampak sangat la just ayat cover masuk melodi

    ReplyDelete
  9. sbb tu malas tngok tv. hahahaha

    ReplyDelete
  10. bak kata zed zaidi, patutnya penganjur majlis buat tema ke arah Islamik. lama2 nanti mereka2 tu akan ke arah lebih baik. macam alternatif berdakwah.

    artis2 ni, kita just doakan diorang ni jadi lebih baik. mana tahu suatu hari nti,diorang lbih baik dripada kita.

    ReplyDelete
  11. Dysha :
    betul, artis ni bila dia di jalan betul mmng bnyak manfaat dia. pengaruh diorang besar

    Cikgu Ma :
    artis kadang2 tak faham maksud SEKSI dan SEKSA.

    ReplyDelete
  12. Adam :
    layan photoshop lg best haha

    nurdani :
    idea tu bagus cuma takut bila dikendalikan oleh orng jahil, jadi macam mempermainkan ajaran Islam plak.
    Doakan mereka berubah. Tp tegur tetap kena tegur, terutama oleh penguasa dan pemerintah

    ReplyDelete
  13. bahlul artis2 macam ni..sori teremo pula

    ReplyDelete
  14. ok..statement nabila huda..xhbs2 la kontroversi dia tu..adesss

    ReplyDelete
  15. nazha :
    mari kita wat demonstrasi aman.. haha

    Fendy :
    tak tau.. aiyok.. tak tau.. tak sebut pn nama sape2 haha

    ReplyDelete
  16. btol tu.. sekang nk ramai tul artis seksa yg x ckup2 kain.. eeii.. pls la..

    ReplyDelete
  17. adat artis cmtu la..huhu..kite singgah sini jap :)

    ReplyDelete
  18. itu perkara biasaaaa dalm dunia retiss, buat2 xreti sudaaa :))

    singgah sebentar disini. heeee :D

    ReplyDelete
  19. alasan pun dah dikomersialkan sesama dorang.. alasan standard & tipikal.

    ReplyDelete
  20. Pasal tu Wilma kurang sikit tengok tv2 @ anugerah2 segala nie...
    Kurang minat dengan peribadi artis...
    Tapi Wilma still tengok drama or filem...
    Coz bagi Wilma kita minat mereka kerana bakat dan bukannya kecantikan or kehebatan mereka ^_^

    ReplyDelete
  21. hahaahaha..kalo kne ban lari la..
    Tapi memg la..jawapn diaorg sama je.. minta maaf pastu esok lusa jumpa la blik perangai lama tu kan?

    ReplyDelete
  22. Entri yang bagus! Setuju sangat.

    Kenapa nak minta maaf beria dengan manusia. Bukan mereka yang beri rezeki. Tapi tak salah pun nak minta maaf kan. Cuma dengan Allah, Pencipta kitalah yang kita wajib minta maaf lebih.

    ReplyDelete
  23. Cci :
    Kain makin mahal. Taraf hdup mkin tggi. Tu pasal la kot

    Miss hearty :
    Nak kejar glemer pnya pasal

    ReplyDelete
  24. Majdiah :
    Asalnya bnda ni sbnrnya luar biasa. Tp dh jd biasa

    Ghost :
    Kan? Mcm dh berpakat plak bg jwpn lebih kurang sama je

    ReplyDelete
  25. Dunia wilma :
    Saya layan jgk lgu dan drama tnpa perlu kenal detail sape penyanyi @ plakonnya. Jnji lagu tu baik

    Inche hlovate :
    Alasan dicipta ntuk lepaskn dri.

    ReplyDelete
  26. Siti nurhuda :
    Tula yg sepatutnya. Bukn skdr ucapan d mulut je

    Miss klanika :
    Kalaulah... Kalaulah... Haha :)

    ReplyDelete
  27. kalau dah salah bertaubat je lah caranya.cakap pun tak guna hanya nak tutup salah sendiri..doakan mereka insaf.

    ReplyDelete
  28. ade yang konfem kantoi terang terang tapi muka selamba jer... tak tahu malu.. kah kah kah

    ReplyDelete
  29. Azhafizah :
    harap2 insaflaa...

    Aujinz :
    tu dah tahap muka tembok. hati batu. kepala besi. kaki bangku. eh eh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...