Sebut tentang CINTA, semua mahu tunjuk bahawa dia pakar cinta, dewa cinta, Dewi Cinta, Doktor Cinta hatta seorang budak sekolah sekalipun begitu petah bila berbicara falsafah cinta.
Falsafah cinta suci yang didefinisikan mengikut gerak hati sendiri, melalui tafsiran terhadap fenomena cinta di sekeliling mereka, menterjemah adegan dan plot cinta yang terpapar di layar cerita.
Cinta menjadi fenomena.
Seolah-olah hidup hanya bertunjangkan cinta kepada manusia. Seolah hidup akan mati tanpa cinta seorang lelaki, tanpa cinta seorang wanita.
Tengok sahaja di wall Facebook, di status Twitter, di entri blog betapa cinta menjadi bahan utama untuk diperkatakan.
Meluahkan rindu dendam, melafazkan kata pujangga, mendamba pujuk rayu sehinggalah perbalahan dan sengketa kerana cinta, semua terpampang untuk tatapan umum.
Kisah cinta dicanang merata, foto dan gambar romantik ditayang dengan bangga. Kononnya agar doa restu rakan dan sahabat akan mengiringi. Padahal wali dan penjaga langsung tak tahu menahu.
Itu cinta murahan, tiada harga.
Cinta yang melambak di lorong sepi, di tepi longkang, di dalam semak, di dalam jamban.
Setegas mana pun kita mempertahankan cinta sebegitu, tak merubah hakikat bahawa kita sebenarnya yang mencemarkan kesucian sebuah CINTA sehingga menjadi kotor dan berdebu.
Biarpun pujian melambung bahawa kita pasangan serasi, romantis dan paling sweet di dunia dilontarkan pada setiap gambar yang diupload, tetap tak merubah realiti Cinta sebegitu hanya layak buat mereka yang samar akan makna cinta.
CINTA SEBEGITU TIDAK HALAL BUAT KITA.
CINTA SEBEGITU TIDAK PERLU DIAGUNGKAN
CINTA SEBEGITU TIDAK LAYAK DINAMAKAN CINTA
ITU CINTA BERTOPENGKAN CINTA.
Hanya indah pada luaran, hakikatnya tidak memberi ketenangan.
Jika keluar berdating bersama itu dikatakan cinta, anda salah.
Jika berpegangan tangan berjalan seiringan itu dinamakan cinta, anda silap.
Jika berbual mesra mendayu-dayu itu cinta, anda keliru.
Jika bergambar romantik berdua-duaan sebegitu adalah cinta, anda berdusta.
Jika berasmara dan menyerahkan raga itu ditafsirkan cinta, anda pengkhianat cinta.
Jadi apakah cinta? bagaimana baru dinamakan cinta?
Bila kamu menyayangi seseorang yang HALAL buat kita, sanggup bersama-sama saat susah dan senang, dan berusaha membawa orang yang kita sayangi itu ke Syurga bersama-sama kita...
saat itu, baru dinamakan CINTA.
Teorinya mudah, jika apa yang kita lakukan itu tidak membawa kita kepada keredhaan Allah, itu bukan Cinta.
Jika jalan yang membawa kepada cinta itu juga jalan kemurkaan-Nya, itu bukan Cinta.
Saat sah ijab dan kabul, itulah detik permulaan sebuah cerita cinta...
CINTA yang HALAL... insya-Allah.
Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk menikahi...
- monolog cinta oleh Keri Ikhwan-
Jika berani untuk bercinta, berani jua untuk menikahi..LIKE!..:)
ReplyDeletemenikahilah segera andai sudah itu jodohnya.
ReplyDeleteermmmm
i like ur header so much.
nice!!
ReplyDeleteharap penulis entry want to jaga nie pun baik-baik org nye..haha
Azzah :
ReplyDeletetu ayat curi dari mana ntah. :D
Alieza :
Alhamdulillah. header simple je pun :)
wanie:
saya tak berapa baik. jd entri ni untuk ingatkan diri sendiri jugak :)
suka ayat last tu berani untuk cinta, berani juga untuk menikahi.. btw comel doodle tu..
ReplyDeleteitulah namanya cinta, boleh menyesatkan hati manusia, apa lg kalau cinta tu cinta berlandaskan nafsu..rosak semua..dunia sekarang kita harus berhati2..jangan sampai diri terjebak ke arah keburukan..
ReplyDeletepaling tidak utamakan cinta Ilahi..InsyaAllah..
Busyra:
ReplyDeletesebab ramai yg bercinta, tp bukan utk tujuan kahwin. sekadar suka2.
KY:
cinta memandu manusia ke arah kebaikan.
tapi nafsu mengheret cinta ke lembah hina.
hanya iman mampu menundukkan nafsu :)
Kite hanya mencari tetapi tuhan yang menentukan...Insya-Allah jodoh sesorang itu akan datang jika seseorang itu berusaha mencarinya...
ReplyDeletelebih kan laa cinta mu kepada Allah sekiranya kamu mmpunyai kekasih...
Hindarilah cinta berlandaskan hawa nfsu
x sbr nk kawin..yeeeaahh..XD..**mesti keri kata saya gatal..XD
ReplyDeletemuazz:
ReplyDeletesebab tu kena betul2 sedia dengan ilmu, baru layak mengejar cinta :)
mij:
haha. takpe. cepat2la kawen kalau dh x sabar tu
cinta :3
ReplyDeleteAssalamualaikumm..wah! best punye artikel..mekaseh penulis..saya follow.. nice!!
ReplyDeletesuka sangat hamba melihat pasangan bercinta selepas kahwin..baru2 ni sepupu hamba yang agak rapat bertemu jodoh yang ditentukan keluarga..sweet sgt =)
ReplyDeleteFatihah :
ReplyDelete:)
Miss:
sama2... ^^
3no :
ALhamdulillah. jarang dah orang terima jodoh aturan keluarga skang ni :)
assalamualaikum keri....memang menarik dan semoga setiap percintaan itu akan diakhiri dgn perkahwinan ...:)
ReplyDeleteCinta lebih indah selepas kawin.^__^
ReplyDeleteAssalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 786 .
ReplyDeleteNanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)
Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .
mama maszull:
ReplyDeletedan semoga setiap perkahwinan diiringi cinta :)
Azhafizah:
so pegilah kawen :D
Fariz:
thx sudi singgah.
Insya Allah :)
salam perkenalan...hehhe, sweet kan bercinta lepas kawenn... =)
ReplyDeletekalau keliru tentang cinta or takut frust better sandarkan cinta kepada yang sepatutnya kan..Yang Maha Esa...=)
bile nk buat buku ni?
ReplyDeleteNorashiqin:
ReplyDeletesalam perkenalan jugak :)
aqila:
buku apakah?....
klu buku hutang tu dah ada..
buku jingga dlm proses :P