Thursday, 28 June 2012

Jom, Mari tengok Video Tutorial Berhijab/ Pakai Shawl Saya ni...






Sedang aku syok dok buat kerja (lah sangat) sambil jenguk-jenguk wall FB (FB aku gunakan sebagai sotkabar sebab bnyak link2 berita yang di post)........

Tiba-tiba.....

Ceh suspen konon...

Adelah sape nama ntah akupun lupa post link tutorial cara pakai hijab.

Maka terdetiklah di hati aku beberapa persoalan:
1.   Perlu ke sampai buat tutorial dan diupload ke Youtube ni?
2.   Ada ke orang nak tengok tutorial camtu?
3.   Bagus ajar orang pakai tudung ni, tapi camne diorang start tu mesti dalam keadaan tak pakai tudung ke apa? *confuse
4.   Agak-agak ada tak lelaki yang tengok sekali video tutorial tu?
5.   Betul ke mereka ni ajar cara tutup aurat? Ke sekadar berfesyen?
6.   Ikhlas ke ajar tu? Ke semata-mata nak femes?
7.   Tak segan ke upload video dan ramai-ramai orang tengok? Ke bangga?
8.   Apsal aku ni fikir negatif sangat?


Jadi aku membuat beberapa hipotesis :

1.   Shawl ni asalnya panjang, tapi bila dililit, dibelit, dipusing maka menjadi pendek lalu menjadi tudung yang tidak cukup sifat.
2.   Kebanyakan orang view hanya jika orang yang buat tutorial tu wajahnya cantik lagi menawan.
3.   Fesyen yang menarik perhatian dan bertabarruj lebih menjadi keutamaan.

Jadi untuk memenuhi nafsu ingin tahu yang membuak-buak, aku klik la jugak link tutorial tu...

Ok persoalan ke-4 terjawab. Memang ada lelaki yang tengok video tutorial ni. Buktinya aku dah klik dan tonton... ish

Dan bukti lain ada “like” dan komen dari kaum lelaki...
Contoh :” Masya-Allah cantiknya... untung sapa dapat , dahla bertudung “ <---- komen ala-ala ustaz hipokrit.

Dan, memang terbukti, setelah dibandingkan beberapa video (aku tengok sket2 je, takdelah sampai habis, sila percaya) memang yang wajah cun melecun mendapat views yang jauh lebih tinggi dari yang biasa-biasa.

Kenapa semua yang buat video tu muda-muda dan cun? Kenapa bukan makcik-makcik yang yang buat? Kenapa? Kenapa?

Tabarruj diutamakan fesyen didahulukan. Make-up memang tebal 4 inci dan fesyen tudung tak memenuhi syarat menutup aurat. Ini pun terbukti. Tapi bukan semua.

Bab shawl yang membelit tu pun betul. Selabuh-labuh dan sepanjang-panjang kain yang dibuat shawl tu akhirnya jadi singkat di atas paras dada bila dililit berpuluh kali camtu.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.

Dan tak semuanya yang buat tutorial tu semata-mata nak ajar dan tunjuk cara pakai tudung. Sebab mereka semacam berlumba-lumba nak mempromosi video tu supaya dapat like dan views yang tinggi. Link tu diorang paste kat semua jenis page dan ruangan komen kat status di FB:
“Tolong like pastu komen lepas tengok ye? “ Nak glemer cepat ke?

Mungkin ianya satu kepuasan bila video tu ditonton oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya video tutorial tu lebih dikira sopan dan baik dibandingkan video menggedik dan nyanyi lagu ntahape-hape.

Kadang-kadang tutorial tu tunjuk cara pemakaian yang sama macam yang orang lain buat. Dia cuma tiru balik je. Perlu ke sampai macam tu?

Aku tahu entri camni ibarat cuba meremehkan vlogger-vlogger yang suka buat tutorial tu, jadi maaf jika aku tersilap membuat penilaian.

Niat kami baik, nak menarik minat golongan muda supaya bertudung.  Insya-Allah jika niat baik maka Allah bagi ganjaran. Dapat pahala.”

Betul. Mungkin ada yang tak bertudung terbuka hati untuk cuba fesyen bertudung sebab nampak cantik. Itu satu hijrah kecil yang sangat bagus.

Tapi kena ngat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.


Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)-


*tak suka tak payah tengok laa. Kalau nak tegur kenapa tak tegur artis-artis yang tak pakai tudung dan buat video klip dedah-dedah kat luar sana tu?
*huh... dah agak mesti ada yang kata camtu.

MAAF. INI ENTRI NEGATIF. SANGAT NEGATIF. ENTRI NEGATIF PASAL BENDA NEGATIF. NEGATIF darab NEGATIF jadi POSITIF. (multiplication Rules)

 
POSITIF: tak semua yang buat video tu macam tu. Ada yang betul-betul menutup seluruh aurat dan betul-betul mahu tunjuk cara betul pemakaian tudung. Insya-Allah.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

35 comments:

  1. hmm tu larh . sokong entry diatas :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 rasa cmtue gk..yg nak masuk youtube tu nk femes kot. Yg cun dpt like..like... Yg xcun, dak da apa..huh..

    ReplyDelete
  3. dulu pernah jugak tengok tapi mcm ni lah yg azzah fikir..

    ReplyDelete
  4. KY pernah juga tengok dan soalan yg pernah ada difikiran soalan no5 dan 6, minta2 mereka benar2 ikhlas dan bukan hanya berfesyen tetapi kerana tuntutan agama kita

    ReplyDelete
  5. glup.nasib baik x buat tuto..kalau x..x pasal kena cop gedik..erkk..XD

    ReplyDelete
  6. yup..shawl ni kalau xbelit dia nipis nampak dalam.. kalau belit jadi singkat plak..

    maka belilah shawl pashmina ala2 arab pakai tu... memang not seen through..dan besar boleh buat selimut.. insya allah menutup dada.. hehe

    ReplyDelete
  7. banyak tutorial pakai hijab dekat youtube. benda yang sama. bagi aku, tak wajar nak buat benda sama. memang bagus tutor ni,cuma bab aurat tu kalau tak kena,memang tak syoq. :)

    ReplyDelete
  8. setuju dgn keri..
    tp shawl juga bole dipakai dengan labuh klu betul gayanya.
    pashmina is more better. ^^

    ReplyDelete
  9. Cik NIsa :
    tq :)

    iella :
    masuk utube ni sama cam masuk tv la skang ni. cuma tak dpt bayaran je

    Azzah :
    ingat saya je fikir camtu :)

    ReplyDelete
  10. KY :
    walaupun ikhlas/niat betul tp ada yg caranya tak betul

    mij :
    haha. nasib baik... :P

    Hikaru :
    tak reti sangat jenis2 shawl ni. taktau plak ada bnyk jenis :)

    ReplyDelete
  11. Dani :
    tula pasal, tiru dan lakon balik je.. ntah apa motifnya

    rAIHan :
    buatla tutor pakai shawl labuh. ahaks :D

    ReplyDelete
  12. sekali dua je aku pernah tgk bnde2 ni

    ReplyDelete
  13. dalam banyak2, (rasanyalaa) hana tajima je kot yg lehernye dia tutup klo buat tutorial.. xDD! ats pemintaan la kot mrk msuk utube. *positive2* xD

    ReplyDelete
  14. Scya :
    tak cuba ikut ke tutor tu ? :D

    Biskot:
    positif! haha

    ReplyDelete
  15. betul sokong2 ! yang tak bestnya bila ajar pakai tudung yang tak memenuhi syarat menutup aurat. ish3.

    ReplyDelete
  16. Segala puji bagi Allah..

    Thumbs up untuk muslimah yag menutup aurat mmereka dengan sempurna lillahi ta'ala...n_n.....

    ReplyDelete
  17. auni :
    kurang jelas maksud menutup aurat kot.

    Sufi Musafir:
    thumbs up! bukan senang tu. yg lelaki ni pun susah nak tutup walaupun sket je bhgn aurat :)

    ReplyDelete
  18. keri lepas ni buat tuto pakai songkok..hehe

    saya tak pernah tengok samapi habis tutor tu.. tak reti nak berpesyen sgt.. guna tudung biasa je..hhuhu

    ReplyDelete
  19. mlambak2 vdio mcm 2... bek tgok mat lutfi

    ReplyDelete
  20. Sokong !
    rasanya ramai yang nak femes dari ikhlas nak ajar. kalau diorg ajar org pkai tudung labuh lagi bagus :D

    ReplyDelete
  21. erm erm erm... aku tak pernah tengok tutor ajar pakai shawl sampai abis.. selalunya aku klik, tengok kejap, bosan dan klik video lain.. koh koh koh

    ReplyDelete
  22. biQa:
    mesti ko try buat pastu x jadi, kan? haha
    *tutor pakai songkok bleh klik video Perhimpunan Agung UMNO :P

    Dysha :
    mat lutfi lg best, :D

    ReplyDelete
  23. Arif :
    zaman utube. semua benda nak rakam n upload

    Aujinz:
    mesti ko tengok tak habis sebab awek kurang lawa kan? haha

    ReplyDelete
  24. niat tak menghalalkan cara.. niat bagus dah.. cara tu yg tak bagus..

    ReplyDelete
  25. biar negatif ketika membaca dan positif selepas habis baca entry ni.memang apa yang kita buat tak semestinya akan buat semua orang suka kan.So,kalau niat dan cara nya betul.alhamdulillah.^__^

    ReplyDelete
  26. L:
    ramai sangka bila niat betul, maka tak kisah nak guna cara apa pun -_-

    Azhafizah :
    tukarkan negatif kpd positif :)

    ReplyDelete
  27. huhuuhh..best la entry...suke bce...stuju kot ape yg dperkatakan...klu niat btol..insya Allah...ade la nnti yg bhijrah nk pki tdung pas tgok vid tuh..tpi org yg jdi model tuk wat tutor tuh..kne la mntup aurat btol2x..baru la jdi..ni ade certain yg xpki tdung pun..tpi nk ajr org cre btudung...huhuhuhh..pikir2xkanlak...:)

    ReplyDelete
  28. Aku rasa kebanyakkan ada yg buat tuto belit2 sana sini sampai jadi pendek kot.bosan aku tengok tuto2 ni berlambak kat youtube -_-

    ReplyDelete
  29. Mama Atiyyah :
    eh, ada ke yg x bertudung ajar pakai tudung? hebat tuu :)

    Myra :
    tutor shawl, tutor make up, baik tengok tutor photoshop... :D

    ReplyDelete
  30. maaf, orang yg benar2 ikhlas bertudung pon tak upload video seumpama itu kan...

    ReplyDelete
  31. b-t-k :
    sebab diorang segan dan malu jadi tatapan umum...

    ReplyDelete
  32. deno tak pernah tengok tutor yang macam ni.. biasanya kalau bukak youtube, deno carik cerita dan tutor pasal photoshop ke,, SAI ke..yg lukis2 tu.. mcm tu la.. sebab deno xde pakai tudung lilit kepala dan fesyen terkini.. deno still mcm dulu.. deno suka tudung bawal.. huhu :)

    ReplyDelete
  33. aah shawl tu mmg kalau dibelit belit jadi kecik.tapi ade je shawl yg jenis besar n cukup syarat.tp fesyen tudung skrg semakin rumit.ntah mcm2 rupe.mcm bengali pn ade.hehe
    kdg2 tudung tu besar je.dibelit belit terus jd sebesar anak tudung.hehe
    n yes betol sgt tu yg buat tutorial tu sume muke cun2.make up lg.
    kalo makcik2 yg buat tutorial tak laku la.hehe :p

    ReplyDelete
  34. hehe... sy sebenarnya agak kagum pada mereka yg berani post video tutorial begini. kagum bagaimana mereka begitu high confidence in public, berani memperagakan cara "berpakaian" di khalayak ramai tu.. hebat, hebat..

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum ,, bagus entry ni.. even entry NEGATIF , tapi hasilnya POSITIF .. itu yg kita mahu.. ^_^
    Pada pendapat saya , tak salah kalau pakai shawl.. asalkan cukup syarat menutup aurat..iaitu, tak jarang, labuh menutupi dada(lebih bagus kalau boleh menutupi bahagian belakang juga), tak nampak bentuk tubuh badan dan warna juga mesti yang tak terlalu menarik perhatian.. sekarang ni pun dah banyak shawl yang besar-besar.. cuma kekadang orang skrang belit2 sampai pendek.. sebenarnya ada ja cara belit labuh dihadapan dan alhamdulillah tutup bahagian belakang(labuh dripada paras punggung pon boleh) .. semuanya terpulang pada diri kita sendiri.. ^_^

    di youtube mmg ramai yg buat tuto shawl ni tapi kebanyakannya sama ja.. tapi alhamdulillah sy terjumpa satu tuto ni, org yg buat tuto ni betul2 menjaga batas dia.. pstt (berpurdah taw dy ni) .. mmg langsung x nmpak aurat dia.. ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...