Tuesday, 8 October 2013

KITAB CINTA BUDAK SEKOLAH : "Rukun COUPLE"

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah berbulan2 aku dok perhati status macam kat bawah ni di wall facebook..





Ok ni versi kedua yang lebih lengkap (kot)



Dan versi blog pun ada... buat entri konon nak kongsi tips "Rukun Couple"



Ok mari kita bincangkan...

Status "Rukun Couple" ni aku syak dicipta budak2 tak cukup umur yang bajet pakar cinta padahal karangan BM tak pernah lulus pun.

Kalaulah "Rukun Keharmonian Suami Isteri" mungkin aku tak akan pertikaikan. Tapi bila melihat pentaksub2 cinta "COUPLE" daripada golongan budak2 sekolah yang dok update maka agak geli- geli di situ.

Bila dikaji (konon2 laa) maka dapatlah difahami  jawapan kepada beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran aku selama ni.

Adakah budak2 yang dok couple ni MAK AYAH diorang tahu pasal aktiviti diorang ni?

Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak.
Ada sesetengah ibu bapa yang dah tahu tapi mereka tak kisah pun anak diorang dok berusung ke sana ke sini dengan boyfren dan girlfren masing- masing.
Sebabnya mak ayah diorang pun lebih kurang sama je perangai dajal nye time muda mudi dulu.

Ada yang ibu ayah tak tahu pun. Maksudnya sembunyi- sembunyi. Tapi jika diamati RUKUN COUPLE tu memang restu Ibu Ayah bukanlah perkara utama. 
Yang aku tak faham mana datangnya "IBUBAPA MERTUA" tu? istilah tu hanya wujud selepas KAHWIN.

Maka dapatlah difahami bahawa COUPLE2 ni tak kisah kalau mak ayah tak izin pun janji mereka heppi dapat melampiaskan gelojak nafsu masing- masing.

Diorang juga tak kisah perbuatan DOSA yang diorang lakukan itu sebenarnya di"SHARE" sekali ke dalam akaun mak ayah diorang.


Tak TAKUT ALLAH ke bermaksiat macam tu?

"Eh kitorang bukan buat maksiat pun, bukan beromen pun, setakat keluar lepak2 dating2 je. Sweet apa"

Ya, bila definisi maksiat disempitkan hanya kepada "BEROMEN".

Sekali lagi rujuk RUKUN COUPLE.
Ada mention "ALLAH" tak kat rukun tu? Takde kan?

Semestinya takkan ada, sebab jika ada, maka terbatallah RUKUN COUPLE tu kerana sudah terang-terangan COUPLE ITU HARAM dan tak pernah wujud istilah tu dalam Islam.

Sebab tu lah pasangan couple ni tak peduli AMARAN ALLAH dalam surah Al Isra' ayat 32 yang melarang mendekati ZINA. diulangi MENDEKATI. bukannya melakukan zina.

Mendekati pun dah dilarang keras, inikan pula terlanjur (lah sangat) yakni berzina sampai beranak pinak.

YA, COUPLE itu bibit2 ke arah perzinaan.

Sewaktu bercouple memang lupa segala, tapi bila dah berantakan, dah break up barulah kata Allah nak uji, nak ganti dengan yang lebih baik laa, macam-macam.
Tetibe tup tup dapat pengganti baru dan ulang kisah lama. Sampai bila baru nak sedar?
Bila dah kena tangkap basah kat hotel bajet baru nak meraung.


Sekarang ni di facebook dan instagram dilanda trend kanak2 hingusan mengupload gambar ber "sweet- sweetan" dengan pasangan couple siap buat video lagi. Shaitonn betul perangai.
Mohon spesies2 ni tak membiak supaya kebodohan generasi mereka tak dilanjutkan ke generasi seterusnya.

Generasi X, Y dan Z ni betul2 mencabar untuk dididik.

Maaflah ayat agak kasar, Aku bukan membenci mereka, bukan membenci batang tubuh mereka, cuma geram dan benci dengan perlakuan mereka.

Mereka, golongan yang patut dikasihani sebenarnya. Bantulah mereka.




"Jangan berbicara tentang "Rukun Couple" andai RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan RUKUN NIKAH pun tergagap- gagap nak sebut."



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

25 comments:

  1. Terima kasih cikgu keri atas teguran tatabahasa dan tarbiah iman yang mengancam..

    remaja baru nk up memang tgh terkial2 mencari2 jalan yang terang..tapi bila dibimbing oleh kawan sebaya yang sesat, mmg ke arah gelaplah perginya..

    berbalik kepada basic, institut kekeluargaan..

    sbb at d end of the day, itu anak kita..kita yang pegang ekuiti dosa pahala mereka..

    ReplyDelete
  2. generasi sekarang terlalu advanced kot keri..tgk je la kan budak kecik dah main i pad bagai..dah tahu gune alat canggih,tak mustahil ade benda canggih yang dorang ikut.ni mesti kes video yang boyfriend bergyomi gi mampus tu eh..yang peliknya ada pulak video bersama berkiss bagai..sampai macam tu sekali kan..parents pun sepatutnya kena amek tahu hal anak anak kan..budak baru nak up susah nak ditegur tapi kalau tak ditegur dengan cara yang betul lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  3. macam ni pun boleh ? errr

    ReplyDelete
  4. @naza hada
    bermula sebagai individu, indvdu yg baik akan membentuk institusi keluarga yg baik dan melahirkan generasi yg baik, in sya Allah.

    masalah bermula apabila 2 org individu yg kurang baik membuat percubaan membiakkan zuriat. err

    ReplyDelete
  5. @Azhafizah Md Nor
    betul, teknologi yg tak dikawal penggunaannya menyebabkn remaja bljr terlebih drpd apa yg sepatutnya mereka tahu.
    entri ni bolehla dianggap sbg kompilasi teguran utk beberapa kes pelik2 tersebut

    ReplyDelete
  6. @CH
    kreativiti di luar batasan imaginasi boleh mecambahkan halusinasi

    ReplyDelete
  7. hahaha. aku suka yang lasttt skali tu. ayat ni :

    "Jangan berbicara tentang "Rukun Couple" andai RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan RUKUN NIKAH pun tergagap- gagap nak sebut."


    ReplyDelete
  8. Mcm2 budak zaman skrg. Terlalu advance. Sepatutnya dorg ni dihantar ke kelas agama dan motivasi dari kecik. Dgn keadaan dunia yg serba canggih skrg, mcm2 boleh jd. Takut kemudahan dan kecanggihan yg ada dislah gunakan.

    ReplyDelete
  9. siap ada rukun kapel..apa2 sajalah budak2 ni..nnt dh dewasa tgok blk mesti diorg pon kutuk blk rukun kapel ni

    ReplyDelete
  10. jangankan budak-budak, yang dah tua bangka pun sama ~ :)

    ReplyDelete
  11. so camne solusi terbaik untuk generasi ni?

    ReplyDelete
  12. @Adam Azra
    Kalau dah lepas semua, ada lagi rukun solat, rukun tetangga, rukun haji... haha

    ReplyDelete
  13. @Norlia Mohd Yusoff
    kadang2 ada yg memang terdidik dgn ilmu agama dr kecil, tp sayangnya apa yg penerapan itu tak diselaraskan dengan pencegahan terhadap unsur2 yg boleh merosakkannya. faktor teknologi dan fktor persekitaran

    ReplyDelete
  14. @merahitujambu
    sebab tu kita biasa nmpak ada blog yg wujud dh lama tp takde entri yg lama2... sbb ada entri yg didelete sebab dirasakan kurang matang :P

    ReplyDelete
  15. @BiskOt
    yup, tua bangka pun sama. dari kecik smpai nak mampos terbawa2 lagi perangai tu. haha

    ReplyDelete
  16. @dee
    solusinya bermula dari rumah. ibu bapa perlu cepat sedar, jangan dah terlambat baru sibuk nak berleter nasihat.

    yg dah terr tu kenalah ditegur. masyarakat kena ambil peranan. bukan mudah tp kena cuba.

    Kembali kpd fitrah, kembali pada Islam, kembali pd Allah

    ReplyDelete
  17. Sy tak pernah kot tgk status mcm tu..
    Ni baru je tgk. So.. ohh haha mmg nak tergelak. Tapi kesianlah.

    We must help them..

    ReplyDelete
  18. Kalau ikutkan, zaman sekolah aku dulu pun gedik gedik juga, cuma tak adalah rukun couple semua bagai.

    Bebudak Baru Nak Up (BBNU) biasalah macam tue dan bebudak sekarang lebih terdedah sebab mereka menulis semuanya di atas talian. Zaman aku dulu, aku tulis atas kertas, zo takdelah nampak sangat Bebudak Baru Nak Up. koh koh koh

    Tapi memang betul pon, zaman la nie, BBNU terlampau taksub dengan kapel mapel nie.

    ai ai ai ~

    ReplyDelete
  19. Erjan :
    Tnggungjawab kta utk mengingatkan

    Badrina:
    Maknanya friendlist anda suci drpd bdk skolah gedik.


    Aujinz:
    Aku syak ko jenis jiwang suka tulis surat tabur bedak

    ReplyDelete
  20. zaman sekarang.. terlalu dengan cinta usia sangat muda. huhu. siap ada rukun lagi ha

    ReplyDelete
  21. @nurdani
    rosak modal insan harapan negara

    ReplyDelete
  22. Haha. kelakor betul rasanya. ada jugak ek rukun couple. baru tahu. haha

    ReplyDelete
  23. zaman dulu dgn zaman sekarang sama ja sebenarnya.. cuma sekarang sudah keterlaluan dan smpai nak meluat pun ada...

    rukun couple?
    r they kidding me?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...