Sunday, 6 October 2013

DOODLE POSTER SPM : Selamat Berjuang SPM Warrior..

Assalamualaikum...


Kadang2 ramai yang mengadu lelah, penat dan mual,
mengejar dan dikejar masa dalam mendambakan diri dalam arena pembelajaran,

Sehingga ramai yang akhirnya jemu,
putus asa dan kecewa kerana tidak mencapai apa yang dikejar.

Sungguh, dunia seorang pelajar, jika tak disulami semangat kental,
jika tak disemai cinta membara terhadap ilmu,

kita akan cepat mengalah, stress dan tertekan.
Lantas berpaling dari amanah dan tanggungjawab yang digalas.



Betapa ramai yang saban waktu menangis,
terlalu kecewa dan amarah pada diri,
yang dirasakan terlalu bodoh dan tak berguna,
lantaran tak mencapai target yang diimpikan.

Harapan ibu ayah yang terlalu tinggi,

dibandingkan pula pencapaian abang kakak yang telah berjaya,
tekanan dari guru yang sentiasa menekan,
kadang2 semua itu membuahkan sakit jiwa yang tenat.




Tapi mengapa tidak kita terbalikkan situasi,
menukar keterpaksaan rasa kepada satu keseronokan yang menghibur,
setting baru dalam minda perlu segera di set up,
supaya kebencian terhadap pembelajaran tak membarah dan merebak.

Perbetulkan niat, biar semua kerana Allah,
kerana apa yang kita belajar itu, semua ilmu dari-Nya,
ikhlaskan niat menimba ilmu,
barulah semua kelelahan membuahkan pahala.


Biarpun akhirnya kita tak mencapai target,
usah bersedih andai segala usaha telah kita curahkan,
andai segala doa telah kita pohon,
andai telah diserahkan segalanya dalam tawakal,

Bukan keputusan itu menjadi ukuran,
Bukan itu yang Allah nilai, biarpun manusia menimbang neraca mereka sendiri,
Tapi proses dan usaha yang telah kita curahkan selama berjuang,
In Sya Allah akan terbalas suatu hari nanti, bila sampai waktunya.




Senyumlah dan teruskan belajar,
menghimpun dalam dada sebanyak mungkin ilmu Allah,
Tak ada ilmu yang Allah cipta sekadar sia-sia,
semuanya ada hikmah dan kegunaan sendiri,



Dengan Pendidikan Islam kita mengenal iman,
Dengan Matematik , kita menambah iman,
Dengan Biologi, kita memperkukuh iman,
Dengan Sejarah, Kita memperteguh iman,
Dengan Geografi, kita menyegarkan iman,
Dengan Sains, kita memperhebat iman.
Jadi atas alasan apakah kita MALAS belajar dan menuntut ilmu?
Ilmu bersifat duniawi juga mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
KECUALI kita orang yang sememangnya PEMALAS berfikir.
Mencipta seribu alasan menunjang kebodohan diri.



Kalau cahaya tak jatuh ke retina, maka dikatakan buta mata,
Tapi kalau ilmu tak jatuh ke dalam hati, itulah buta hati,

Buta mata, sekadar tak nampak jalan di dunia,
Tapi buta hati, tak nampak jalan di dunia malah juga ke akhirat.


Kalaulah dunia ini hanya dipenuhi oleh orang2 yang mudah berputus asa, maka takkan terciptalah mentol, takkan tercipta formula mencari isipadu, takkan terkumpul hadis2 sahih dalam jilid, takkan jatuh konstantinopel ditawan Al Fateh, takkan wujudnya kapal terbang,...
dan kita takkan mampu berjalan andai kita pernah putus asa bertatih semasa kecil..

Putus asa, datangnya dari sifat malas...
Malas akibatnya kebodohan dan kejahilan.


Aja-aja fighting!! SPM Warrior! Tunjukkan pada mereka yang ragu2 dengan kebolehanmu, biar mereka terdiam kelu tak terkata!


Versi PMR:  Doodle Poster : PMR Warriors


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. Kerana SPM lah aku tak tido siang dan malam berbulan lamanya. Hasilnya ~ hahaha. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. giler cuak nak amek SPM dulu..macam rasa hidup dan mati je..alhamdulillah berjaya menghabiskan alam study dengan jayanya..good luck adik adik SPM..

    ReplyDelete
  3. spm dulu mmg stadi gila2 kot...tpi peeeeeh!!! bolehlaa lgi jdi manusia :)

    ReplyDelete
  4. time spm dulu, mcm2 hal jd kat asrama. mengganggu btl. uhuhu. tk memasal je lain yg ditarget, lain yg dpt. hahaha. hye keri!! ngeee

    ReplyDelete
  5. @Azhafizah Md Nor
    time tu fikir ada bnyak tanggungjawab yg bakal digalas, jadi perlu buat yg terbaik supaya membuka lebih peluang dlm hidup selepas alam sekolah

    ReplyDelete
  6. teringat masa SPM dulu. macam hidup dan mati.

    masa nak ambik result ada yang terlompat keriangan, ada jugak yang termenung siap lipat kemas kertas result.

    alhamdulillah aku lulus, gred pun ok walaupun tak la straight A's. hehe.

    macam nak ambik SPM balik pun ada. nak score subjek tertentu.

    ReplyDelete
  7. @nurdani
    meh masuk skolah balik.. aku rasa muat lg baju skolah rendah ko tu haha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...