Sunday 27 October 2013

Budak Umur 2 tahun Pandu Kereta


Assalamualaikum...



Tajuk kemain lagi... sebenarnya bukanlah drive pun, cuma posing drive jer...
Alkisahnya semasa aku nak bertolak dari Kelantan ke Negeri Sembilan time cuti Raya Haji yg lalu, tetibe je anak saudara aku yg umur 1 tahun lebih tu hulur tangan mintak dukung.

Bila aku salam dengan mak ayah dia pun turut excited salam dengan semua orang kononnya nak ikut aku sekali.
Tau-tau je aku nak bawa kereta.

Tak sanggup pulak nak hampakan harapan dia, (konfem nangis kalau kena tinggal) maka terpaksalah bawa dia masuk dalam kereta.
Ingat nak bagi 2-3 minit pastu umi dia (adik aku) ambik la.


Tapi sekali dah masuk taknak keluar pulak. Maka terjadilah aksi2 seperti di bawah.

buat muka comel, bajet nak suruh bawak dia jenjalan le tuu..

ON radio dulu... baru best

Ok, masa utk masukkan kunci

JOM, gerak...


Sebenarnya siap rakam video time dia nak masukkan kunci ke tempat kunci. Tak tahulah bila masa dia belajar semua tu. 
Tapi internet slow malas nak upload video.

Antara kepakaran lain beliau adalah menari gangnam style bila dengar muzik Gangnam Style atau lagu2 yg rancak. Adoii adik2 aku punye ajaran la ni.


Tapi yang bestnya kalau dia nak terjatuh atau tersepak sesuatu dia akan sebut "Allah"
Kalau baca Al-Fatihah pun dia macam nak ikut baca dan bila habis je akan sebut "Wala Dhoollliiin amiin" (ayat terakhir surah al-fatihah) tu je yang pandai sebut.
Pelik padahal dia belum pandai bercakap lagi. Panggil umi dgn abah pun tak pandai. 

Satu lagi kalau dengar azan dalam TV cepat je dia pergi dekat dengan TV dan duduk tengok penuh khusyuk.

Time kecik (belum pandai berjalan) pun senang nak jaga. Kalau menangis senang nak tenangkan. Nyanyikan je selawat atau zikir2 terus diam.



Gaya seorang model beg sandang.



Kat bawah ni adik beliau yang baru berumur beberapa bulan.... Lelaki


Add caption



Biasakan anak2 kecil dengan alunan zikir serta bacaan al-Quran, in sya Allah dilembutkan hati mereka bila besar nanti. Kalau boleh biasakan sewaktu mengandung lagi.

Cabaran membesarkan anak2 di zaman moden ni sangat besar. Suasana persekitaran kadang2 menyukarkan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak2.

Ramai ibu bapa yg mendedahkan anak2 kepada teknologi terlalu awal dan akhirnya mereka tak mampu mengawal. Kalau yakin boleh kawal, boleh teruskan. Kena sentiasa pantaula.

Bina diri sebagai individu yang baik, barulah boleh membina keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah.

Ramai ibu bapa hari ini hanya berfungsi sebagai kilang menghasikan anak tetapi gagal mengoperasikannya dengan baik kerana tidak mengikut manual penggunaan yg sepatutnya.

Kembali kepada Islam. Al-Quran dan Al-Hadis.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

4 comments:

  1. betul tu, budak2 sekarang dah memang terdedah dengan teknologi sekarang sejak kecil..memang ada baik dan buruknya..tapi kena pantau jugak..

    ReplyDelete
  2. nanti dah besar boleh pinjam kete pakcik die kan :)

    ReplyDelete
  3. cabaran mendidik. huhu. harap aku jadi anak yang lebih baik untuk mak ayah aku, dan bakal anak2 aku pun buat lebih baik untuk aku kelak.

    ReplyDelete
  4. Alyn :
    kalau dibiarkan akan jd buruk, kena kontrol

    Azhafizah :
    dia dah besar kereta dah jd besi buruk

    nurdani:
    generasi lepas ni tak tahulah jenis mcm mana pulak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...