Sunday 27 October 2013

Budak Umur 2 tahun Pandu Kereta


Assalamualaikum...



Tajuk kemain lagi... sebenarnya bukanlah drive pun, cuma posing drive jer...
Alkisahnya semasa aku nak bertolak dari Kelantan ke Negeri Sembilan time cuti Raya Haji yg lalu, tetibe je anak saudara aku yg umur 1 tahun lebih tu hulur tangan mintak dukung.

Bila aku salam dengan mak ayah dia pun turut excited salam dengan semua orang kononnya nak ikut aku sekali.
Tau-tau je aku nak bawa kereta.

Tak sanggup pulak nak hampakan harapan dia, (konfem nangis kalau kena tinggal) maka terpaksalah bawa dia masuk dalam kereta.
Ingat nak bagi 2-3 minit pastu umi dia (adik aku) ambik la.


Tapi sekali dah masuk taknak keluar pulak. Maka terjadilah aksi2 seperti di bawah.

buat muka comel, bajet nak suruh bawak dia jenjalan le tuu..

ON radio dulu... baru best

Ok, masa utk masukkan kunci

JOM, gerak...


Sebenarnya siap rakam video time dia nak masukkan kunci ke tempat kunci. Tak tahulah bila masa dia belajar semua tu. 
Tapi internet slow malas nak upload video.

Antara kepakaran lain beliau adalah menari gangnam style bila dengar muzik Gangnam Style atau lagu2 yg rancak. Adoii adik2 aku punye ajaran la ni.


Tapi yang bestnya kalau dia nak terjatuh atau tersepak sesuatu dia akan sebut "Allah"
Kalau baca Al-Fatihah pun dia macam nak ikut baca dan bila habis je akan sebut "Wala Dhoollliiin amiin" (ayat terakhir surah al-fatihah) tu je yang pandai sebut.
Pelik padahal dia belum pandai bercakap lagi. Panggil umi dgn abah pun tak pandai. 

Satu lagi kalau dengar azan dalam TV cepat je dia pergi dekat dengan TV dan duduk tengok penuh khusyuk.

Time kecik (belum pandai berjalan) pun senang nak jaga. Kalau menangis senang nak tenangkan. Nyanyikan je selawat atau zikir2 terus diam.



Gaya seorang model beg sandang.



Kat bawah ni adik beliau yang baru berumur beberapa bulan.... Lelaki


Add caption



Biasakan anak2 kecil dengan alunan zikir serta bacaan al-Quran, in sya Allah dilembutkan hati mereka bila besar nanti. Kalau boleh biasakan sewaktu mengandung lagi.

Cabaran membesarkan anak2 di zaman moden ni sangat besar. Suasana persekitaran kadang2 menyukarkan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak2.

Ramai ibu bapa yg mendedahkan anak2 kepada teknologi terlalu awal dan akhirnya mereka tak mampu mengawal. Kalau yakin boleh kawal, boleh teruskan. Kena sentiasa pantaula.

Bina diri sebagai individu yang baik, barulah boleh membina keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah.

Ramai ibu bapa hari ini hanya berfungsi sebagai kilang menghasikan anak tetapi gagal mengoperasikannya dengan baik kerana tidak mengikut manual penggunaan yg sepatutnya.

Kembali kepada Islam. Al-Quran dan Al-Hadis.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday 8 October 2013

KITAB CINTA BUDAK SEKOLAH : "Rukun COUPLE"

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah berbulan2 aku dok perhati status macam kat bawah ni di wall facebook..





Ok ni versi kedua yang lebih lengkap (kot)



Dan versi blog pun ada... buat entri konon nak kongsi tips "Rukun Couple"



Ok mari kita bincangkan...

Status "Rukun Couple" ni aku syak dicipta budak2 tak cukup umur yang bajet pakar cinta padahal karangan BM tak pernah lulus pun.

Kalaulah "Rukun Keharmonian Suami Isteri" mungkin aku tak akan pertikaikan. Tapi bila melihat pentaksub2 cinta "COUPLE" daripada golongan budak2 sekolah yang dok update maka agak geli- geli di situ.

Bila dikaji (konon2 laa) maka dapatlah difahami  jawapan kepada beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran aku selama ni.

Adakah budak2 yang dok couple ni MAK AYAH diorang tahu pasal aktiviti diorang ni?

Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak.
Ada sesetengah ibu bapa yang dah tahu tapi mereka tak kisah pun anak diorang dok berusung ke sana ke sini dengan boyfren dan girlfren masing- masing.
Sebabnya mak ayah diorang pun lebih kurang sama je perangai dajal nye time muda mudi dulu.

Ada yang ibu ayah tak tahu pun. Maksudnya sembunyi- sembunyi. Tapi jika diamati RUKUN COUPLE tu memang restu Ibu Ayah bukanlah perkara utama. 
Yang aku tak faham mana datangnya "IBUBAPA MERTUA" tu? istilah tu hanya wujud selepas KAHWIN.

Maka dapatlah difahami bahawa COUPLE2 ni tak kisah kalau mak ayah tak izin pun janji mereka heppi dapat melampiaskan gelojak nafsu masing- masing.

Diorang juga tak kisah perbuatan DOSA yang diorang lakukan itu sebenarnya di"SHARE" sekali ke dalam akaun mak ayah diorang.


Tak TAKUT ALLAH ke bermaksiat macam tu?

"Eh kitorang bukan buat maksiat pun, bukan beromen pun, setakat keluar lepak2 dating2 je. Sweet apa"

Ya, bila definisi maksiat disempitkan hanya kepada "BEROMEN".

Sekali lagi rujuk RUKUN COUPLE.
Ada mention "ALLAH" tak kat rukun tu? Takde kan?

Semestinya takkan ada, sebab jika ada, maka terbatallah RUKUN COUPLE tu kerana sudah terang-terangan COUPLE ITU HARAM dan tak pernah wujud istilah tu dalam Islam.

Sebab tu lah pasangan couple ni tak peduli AMARAN ALLAH dalam surah Al Isra' ayat 32 yang melarang mendekati ZINA. diulangi MENDEKATI. bukannya melakukan zina.

Mendekati pun dah dilarang keras, inikan pula terlanjur (lah sangat) yakni berzina sampai beranak pinak.

YA, COUPLE itu bibit2 ke arah perzinaan.

Sewaktu bercouple memang lupa segala, tapi bila dah berantakan, dah break up barulah kata Allah nak uji, nak ganti dengan yang lebih baik laa, macam-macam.
Tetibe tup tup dapat pengganti baru dan ulang kisah lama. Sampai bila baru nak sedar?
Bila dah kena tangkap basah kat hotel bajet baru nak meraung.


Sekarang ni di facebook dan instagram dilanda trend kanak2 hingusan mengupload gambar ber "sweet- sweetan" dengan pasangan couple siap buat video lagi. Shaitonn betul perangai.
Mohon spesies2 ni tak membiak supaya kebodohan generasi mereka tak dilanjutkan ke generasi seterusnya.

Generasi X, Y dan Z ni betul2 mencabar untuk dididik.

Maaflah ayat agak kasar, Aku bukan membenci mereka, bukan membenci batang tubuh mereka, cuma geram dan benci dengan perlakuan mereka.

Mereka, golongan yang patut dikasihani sebenarnya. Bantulah mereka.




"Jangan berbicara tentang "Rukun Couple" andai RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan RUKUN NIKAH pun tergagap- gagap nak sebut."



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 6 October 2013

DOODLE POSTER SPM : Selamat Berjuang SPM Warrior..

Assalamualaikum...


Kadang2 ramai yang mengadu lelah, penat dan mual,
mengejar dan dikejar masa dalam mendambakan diri dalam arena pembelajaran,

Sehingga ramai yang akhirnya jemu,
putus asa dan kecewa kerana tidak mencapai apa yang dikejar.

Sungguh, dunia seorang pelajar, jika tak disulami semangat kental,
jika tak disemai cinta membara terhadap ilmu,

kita akan cepat mengalah, stress dan tertekan.
Lantas berpaling dari amanah dan tanggungjawab yang digalas.



Betapa ramai yang saban waktu menangis,
terlalu kecewa dan amarah pada diri,
yang dirasakan terlalu bodoh dan tak berguna,
lantaran tak mencapai target yang diimpikan.

Harapan ibu ayah yang terlalu tinggi,

dibandingkan pula pencapaian abang kakak yang telah berjaya,
tekanan dari guru yang sentiasa menekan,
kadang2 semua itu membuahkan sakit jiwa yang tenat.




Tapi mengapa tidak kita terbalikkan situasi,
menukar keterpaksaan rasa kepada satu keseronokan yang menghibur,
setting baru dalam minda perlu segera di set up,
supaya kebencian terhadap pembelajaran tak membarah dan merebak.

Perbetulkan niat, biar semua kerana Allah,
kerana apa yang kita belajar itu, semua ilmu dari-Nya,
ikhlaskan niat menimba ilmu,
barulah semua kelelahan membuahkan pahala.


Biarpun akhirnya kita tak mencapai target,
usah bersedih andai segala usaha telah kita curahkan,
andai segala doa telah kita pohon,
andai telah diserahkan segalanya dalam tawakal,

Bukan keputusan itu menjadi ukuran,
Bukan itu yang Allah nilai, biarpun manusia menimbang neraca mereka sendiri,
Tapi proses dan usaha yang telah kita curahkan selama berjuang,
In Sya Allah akan terbalas suatu hari nanti, bila sampai waktunya.




Senyumlah dan teruskan belajar,
menghimpun dalam dada sebanyak mungkin ilmu Allah,
Tak ada ilmu yang Allah cipta sekadar sia-sia,
semuanya ada hikmah dan kegunaan sendiri,



Dengan Pendidikan Islam kita mengenal iman,
Dengan Matematik , kita menambah iman,
Dengan Biologi, kita memperkukuh iman,
Dengan Sejarah, Kita memperteguh iman,
Dengan Geografi, kita menyegarkan iman,
Dengan Sains, kita memperhebat iman.
Jadi atas alasan apakah kita MALAS belajar dan menuntut ilmu?
Ilmu bersifat duniawi juga mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
KECUALI kita orang yang sememangnya PEMALAS berfikir.
Mencipta seribu alasan menunjang kebodohan diri.



Kalau cahaya tak jatuh ke retina, maka dikatakan buta mata,
Tapi kalau ilmu tak jatuh ke dalam hati, itulah buta hati,

Buta mata, sekadar tak nampak jalan di dunia,
Tapi buta hati, tak nampak jalan di dunia malah juga ke akhirat.


Kalaulah dunia ini hanya dipenuhi oleh orang2 yang mudah berputus asa, maka takkan terciptalah mentol, takkan tercipta formula mencari isipadu, takkan terkumpul hadis2 sahih dalam jilid, takkan jatuh konstantinopel ditawan Al Fateh, takkan wujudnya kapal terbang,...
dan kita takkan mampu berjalan andai kita pernah putus asa bertatih semasa kecil..

Putus asa, datangnya dari sifat malas...
Malas akibatnya kebodohan dan kejahilan.


Aja-aja fighting!! SPM Warrior! Tunjukkan pada mereka yang ragu2 dengan kebolehanmu, biar mereka terdiam kelu tak terkata!


Versi PMR:  Doodle Poster : PMR Warriors


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 2 October 2013

Doodle Poster : PMR Warriors

Assalamualaikum...

macam agak terlambat tapi rasanya masih sempat...
Sebenarnya dah lama buat cuma baru teringat nak post..








Software : Paint Tool SAI + Photoshop





Di kerusi itu, di dalam dewan peperiksaan,
kita hanya berseorangan,
di kala tiada manusia lain dapat membantu kita lagi,
tiada guru untuk mengingatkan jika membuat kesilapan,
tiada kawan untuk bertanya,
maka tiada kuasa lain yang mampu membantu kita,
Hanya Allah tempat berserah,
jadi jangan sombong dengan Allah...

Biarpun sibuk dengan study,
Jangan lupa baca al-Quran,
Jangan lupa solat hajat,
Jangan lupa munajat pada Tuhan...

Kita dah berusah sehabis daya,
Biarlah tawakal pelengkap usaha.
Apa pun keputusannya nanti, terima seadanya.


GOOD LUCK!!


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...