Monday, 12 November 2012

Karangan UPSR : Sekolah Saya (Bukan dari Perspektif seorang pelajar)

Lukisan seorang pemalas, dengan gaya malas -_-






Sekolah

Sekolah... tempat memproses komponen-komponen kecil yang akan melengkapkan sebuah masyarakat.

Sekolah... umpama dunia kecil dengan organisasi  tersusun.. nampak ringkas dan mudah namun cukup kompleks bagi mereka yang cuba masuk ke dalamnya.

Di sini juga ada mikropolitik, perlumbaan merebut kuasa, mengejar nama dan pangkat... umpama sebuah dunia sebenar. Cuma dengan skala yang lebih kecil.

Dunia kecil ini, bukan berdiri sendiri dengan kudrat sendiri. Ada kuasa-kuasa lebih besar di atas yang kadang-kadang menghulur tali pertolongan, tangki udara membantu pernafasan, dan kadang-kadang menghulur sebeban tanggungjawab besar yang perlu digalas.


Pejabat

Tempat bermula segala aktiviti.  Punch in sama ada awal atau terlewat...  terkocoh-kocoh berlari mengejar masa yang suntuk. Dan ada yang selamba biarpun loceng telah berbunyi J

Di sini tempat arahan diberi. Pusat pentadbiran dan pertemuan empat mata dengan pegawai atasan mahupun ibu bapa.
Tunjang dan paksi yang menentukan keutuhan sebuah sekolah.


Tapak perhimpunan

Tempat berkumpul semua warga sekolah di waktu pagi. Pelbagai ragam dan perangai murid dapat dilihat. Ada yang semangat ada yang lesu. Ada yang awal dan ada yang lewat.

Tempat segala pendidikan bermula. Disiplin dan menepati waktu. Sama ada sedar atau tidak, pembelajaran telah bermula sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.
Belajar bagaimana mahu hidup sebagai seorang manusia.


 Bilik Guru



Tempat paling meriah dan pusat kehidupan di sekolah. Hampir 80 % drpd jumlah guru berkumpul kat sini .

Pusat segala cerita dan gosip... terkadang ditokok tambah bertukar fitnah. Cerita baik dan buruk paling senang tersebar di sini, dan menembusi celah dedaunan pintu bilik ke dunia luar dari bilik guru, berjangkit dari bilik ke bilik.

Aku, sedaya upaya menjadi neutral. Menapis segala cerita cukup berhati-hati agar tidak menjadi bencana.

Mungkin kerana penghuninya ramai kaum perempuan, kecohnya kadang2 luar biasa.
Ada kalanya bertukar menjadi pasar, umpama Year End Sale tempat berjual beli pelbagai barang.
Atau pusat fesyen, memperagakan aksesori dan pelbagai gaya pemakaian.
Ada tikanya menjadi babak drama, bila plot sedih dan tragedi menusuk kalbu.
Tapi kebiasaannya penuh senyum dan gelak tawa, ramah dan menyenangkan.
Di bilik guru ini, menjadi tempat melepaskan tekanan, dan juga mendapat tekanan.

Aku, memilih untuk jauh dari kebingitan ini, mengasingkan diri di ruang terpencil, bersama beberapa kerat kaum lelaki yang wujud.


Bilik Mesyuarat

Tempat segala program dan aktiviti dibincangkan.
Kadang2 berjalan lancar, kadang-kadang berubah tegang.
Ada yang menjadi ahli aktif menyumbangkan idea, dan ada yang hanya menjadi pendengar setia. Pelbagai ragam mencatat butir perbincangan... atas buku, atas kertas, smartphone, dan ada hanya dalam mimpi... terpejam mata melangkaui batasan dimensi waktu.

Aku, setia mencatat atas helaian kertas, dalam bentuk abstrak yang hanya mampu difahami aku.


Kelas

Tempat pertemuan paling kerap dan lama antara guru dan pelajarnya. Menjadi medan persiapan bagi perjuangan, kehidupan dan peperiksaan.
Segala ilmu dicurah dan ditimba di sini. Biarpun kadang2 tiada yang mahu mendengar.
Segala kesabaran, skil dan pengetahuan teruji di sini. Sama ada mampu bertahan atau kerap kali jua berakhir dengan tangisan sang guru.
Anak-anak sekarang tak sama macam dulu-dulu, pintarnya memeningkan, cerdiknya kadang-kadang menyusahkan.

Tapi ini tempat yang menyeronokkan, jika kena dengan caranya. Mudah atau payah, bagaimanapun cabarannya, itu satu tanggungjawab.
Tempat ini, tempat seorang guru mengajar dan juga belajar.

Aku, kadang-kadang hilang kesabaran jua.


Bilik Kaunseling

Bagi aku ia bilik ajaib, tempat tumpuan pelajar yang hilang arah, yang berkrisis dengan diri dan orang sekeliling. Masuknya membawa hati yang gundah, namun keluar dengan rasa yang lebih lega dan senyuman.

Bilik ini, tempat mengadu segala masalah, atau sekadar peneman bicara. Namun tak bermakna penunggu bilik ini sendiri bebas dari belenggu masalah. Adat hidup, manisnya takkan terasa jika tanpa ada ujian menduga.

Aku, menjadi kagum dengan keajaiban bilik ini biarpun sampai sekarang belum pernah menjejakkan kaki ke sana.


Bilik Peperiksaan

Bilik ini menjadi salah satu sumber pelajar menjadi stres. PEPERIKSAAN. Perkataan yang kurang disenangi sesetengah pelajar.
Segala data dan maklumat ujian atau peperiksaan disimpan di sini. Terkadang penunggu bilik ini menjadi mangsa rungutan para guru dek kerumitan sistem yang tak pernah menyenangkan.

Aku, menjadi penghuni setia di sini tiap kali peperiksaan menjelma.


Tandas Guru

Tempat melepaskan segala hasil pencernaan yang diproses sepanjang hari. Membuktikan guru juga insan biasa, perlu membuang sama ada yang besar mahupun kecil.. seperti orang lain.. haha

Aku, pun manusia jugak... :P


Inilah sekolah, yang penuh ragam dan pancarobanya yang tersendiri. Selagi bekerja dengan manusia, karenahnya sentiasa ada.
Mungkin hari ini orang lain buat silap, tapi mana tahu satu hari nanti giliran kita? Jadi sama sama terima seadanya.
Di sini , sama macam organisasi dan jabatan lain... ada karenah dan masalahnya, sebab semuanya bertunjangkan manusia.

Budaya tikam menikam, menggunakan pisau halimunan namun tajamnya menghiris dalam.
Ada yang kaki bodek, mahu tunjuk konon dia yang terbaik,
Ada yang kaki gosip, semua nak diadu domba, mengorek rahsia sehingga dalam kain,
Ada yang nak tunjuk hebat, kerjanya tak seberapa, tapi kalau boleh biar semua orang nampak.
Ada yang kerjanya memang hebat, sahsiahnya terpuji, namun dipandang sebelah mata,
Ada yang kerjanya senyap-senyap... namun berkualiti...
Ada yang mengelat, semua kerja nak ditolak...
Ada yang nampak baik, tapi gunting dalam lipatan...
Ada yang tegas dan garang menegur, namun niat mahu mendidik...
Ada yang macam seorang ibu, pandangannya menyejukkan hati,
Ada yang biasa-biasa, kerjanya biasa dan kehidupannya biasa...
Ada yang buat hal sendiri, tak suka diganggu dan tak mengganggu...

Aku, hanya mampu berdoa agar tak tergolong dalam salah satu kategori yang tidak disukai itu...

Hidup dalam dunia orang dewasa, tak sama macam hidup di alam remaja.
Baru aku tahu, inilah kedewasaan, bukan sekadar dimamah usia. Bukan sekadar satu angka.
Hidup dalam dunia ini kena banyak bertoleransi, hormat menghormati...
sebagaimana kita mahu orang menghormati hak kita, sebegitu jugalah kita perlu menghormati hak orang lain.

Kena terima hakikat, bahawa kita hanya seorang manusia .. tak selalunya sempurna tiada cela.

Sekolah... bagi aku, sebuah tempat yang menarik dan menyeronokkan. Juga memeningkan. Err...





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

19 comments:

  1. tahu tak betapa rindu sy kawasan sekolah...tp suasan zaman kita..bukan zaman awok bekerja..heheh..lama x jengah blog awok

    ReplyDelete
  2. Saya pun rindu sekolah tp sbagai pelajar la..

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba aku rindu sekolah tapi aku tak nak masuk balik sekolah.heheh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... jd cikgu rupanya dia.

    ReplyDelete
  5. mikro..poli..tik..? T.T kenapa google tak jumpa pun definisinya ?? :O dah lama tak pergi sekolah tatiba2 rasa serius XD

    ReplyDelete
  6. tandas adalah tempat lepak untuk lari kelas...haha

    ReplyDelete
  7. saya sedang "bersekolah" ok ^_^

    ReplyDelete
  8. mana2 sama je keadaannya walau berbeza situasi..

    ReplyDelete
  9. Mij :
    zmn kerja dgn bljr lain cabarannya :)
    saya pn dh lama x jenguk blog sendiri :P

    Azzah :
    kang betul2 masuk skolah blik kang stress nk kena bljr plak.. haha

    ReplyDelete
  10. nurdani :
    rasanya muat lg ko punye uniform tu haha...

    Gadis Misteri :
    eh, ingatkan dh lama tahu

    ReplyDelete
  11. Biskot :
    haha... main bedal je.. google bkn betul sgt pun :P

    Fendy :
    tmpat paling harum kat skolah tu jugak yg jd tumpuan :D

    ReplyDelete
  12. Cikgu Ma :
    selamat bersekolah :)

    Dysha :
    betul.. sama je semua tempat

    ReplyDelete
  13. rindunya zaman sekolah! untunglah jadi cikgu kan..^_^

    ReplyDelete
  14. Bilik kaunseling : pernah jugak jadi tetamu terhormatnya..

    Ekeke..rindunya

    ReplyDelete
  15. rindunya sekolah... huhuhu

    ReplyDelete
  16. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  17. Azhafizah :
    takdelah untung sangat pun :)

    Busyra :
    bleh je pegi melawat2 time free

    ReplyDelete
  18. MD :
    pegi ngorat kaunselor ke? haha

    cci :
    nanti kan selalu pergi time hntar anak2 ke skolah :P

    wisata :
    insya Allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...