Thursday, 17 May 2012

MyDOODLES : Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah

Assalamualaikum....




Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia.

Imam Al-Ghazali R.A telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah ( terpuji ) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat 
2) Khauf ( Takut ) 
3) Zuhud 
4) Sabar 
5) Syukur 
6) Ikhlas 
7) Tawakkal 
8) Mahabbah ( Kasih Sayang ) 
9) Redha 
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )


Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina.

Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah ( tercela / sifat keji ) di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan 
2) Banyak bercakap 
3) Marah 
4) Hasad 
5) Bakhil 
6) Cintakan kemegahan 
7) Cintakan dunia 
8) Bangga Diri 
9) Ujub ( Hairan Diri ) 
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk )


 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. bagus entry ni !
    Like :)

    ReplyDelete
  2. oh ahmad... baik budaknya...

    ReplyDelete
  3. banyak makan tu macam kena highlight je. hehe tula sifat mazmumah yg orang suka buat kan. thanks for sharing. :D

    ReplyDelete
  4. Zaza :
    :)

    biQa :
    haha. lama tak lukis Si Ahmad ni :)

    Miss:
    bnyak makan pastu membazir...

    ReplyDelete
  5. terkadang manusia bukan tidak tahu akan sifat2 mazmumah ni tapi kononnya secara tak sengaja lakukan perkara2 tersebut...huhu..

    p/s : rajin sahabat tukar2 banner ek =)

    ReplyDelete
  6. moge sy dapat menambah lg sifat mahmudah dlm diri sy. terima kasih atas peringatan :)

    ReplyDelete
  7. info yang bagus. kdg2 kita dah tahu tapi alpa..

    ReplyDelete
  8. Moga moga dijauhkanlah dari sifat sifat mazmumah..aminn

    ReplyDelete
  9. 3no:
    kadang2 kta tak perasan. kena ada orng tegur dulu

    ainol :
    insya Allah :)

    raihan:
    kena selalu check.

    Azhafizah:
    amin :)

    ReplyDelete
  10. comelnye budak tu and awesome la info :D

    ReplyDelete
  11. oh saya banyak makan, noted.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum keri....menarik n3ni...:)

    ReplyDelete
  13. salam ziarah...

    maaflah sbb lama tak jenguk2...huhuhu..

    doakan alif berjaya...

    ReplyDelete
  14. megu:
    nama budak tu Ahmad :)

    sis92:
    ye ke bnyak? orng pompuan ni mkn sket pn dh rasa banyak

    mama maszul:
    waalaikumussalam :)

    Alif:
    insya Allah. wat yg terbaik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...