Wednesday, 2 May 2012

GAMBAR LUCAH MENEROBOS MASUK KE SEKOLAH SECARA HALAL?




Hari ini gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo memaparkan pendedahan skandal seks seorang pemimpin parti politik siap dengan gambar tengah beraksi tak senonoh. (kalau taktau cerita apa pegilah search sendiri)

 Aku tak kisah betul ke tidak berita tu, fitnah atau benar itu belakang kira tapi pelik apabila akhbar utama negara boleh memaparkan gambar lucah macam tu tanpa rasa bersalah semata-mata mahu menjatuhkan lawan politik.

Mungkin ada yang buta hatinya akan kata “eleh gambar camtu pun kecoh, bukannya bogel pun”. Jahanamlah negara dan agama kita jika masih ada yang berfikiran camtu.

Aku takut Malaysia jadi macam Turki sebelum kehancurannya. Gambar2 seksi dan lucah disebarkan supaya membiasakan rakyat dengan pakaian kemodenan dan pemikiran yang lebih terbuka.

Rakyat Malaysia yang dulu cukup tebal sifat malunya, kini menjadi biasa melihat gambar2 yang mendedahkan aib, seksi dan mengghairahkan.

Atau mungkinkah orang yang bertanggungjawab menyiarkan gambar tu memang terbiasa dengan porno sehingga gagal membezakan mana yang bersih dan mana yang kotor?

Tak ada lagi aksi comel cam dulu2, tutup muka atau palingkan muka bila ada adegan tak senonoh dan seksi ditayangkan depan mata. Kini kebanyakannya menunjukkan reaksi selamba. Berkat didikan daripada akhbar, internet dan televisyen di Malaysia. TAHNIAH kepada pihak yang membenarkan semua ini terjadi.

Inilah akibat daripada budaya hedonisme melampau yang mengakibatkan rakyat menjadi bodoh dan bebal, hilang sensitiviti terhadap perkara2 yang dianggap sensitif dalam agama. Atau sudah lupakah ikrar untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi yang dijunjung di tempat tertinggi?

--------------------------------------------------------------------------------------

Kat sini aku petik beberapa pandangan daripada 2 orang tokoh yang agak berpengaruh di negara kita:


“Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad.”
-Zaharuddin.net-


 
-----------------------------------------------------
 
Hem.
Utusan Malaysia hari ini, agak membingungkan saya.
Sebagaimana mereka membingungkan saya kala kes video seks Anwar dahulu.

Saya tidak tahu apakah itu 'mendedahkan kebenaran',
atau mereka tidak tahu 'sensitiviti masyarakat'.
Sebab rasanya, Utusan Malaysia, adalah antara surat khabar yang menjadi langganan sekolah-sekolah, termasuk sekolah rendah.

Saya harap, cukup-cukuplah.
Sejak bila surat khabar yang bertaraf 'antara yang utama' di Malaysia ini,
jatuh ke tahap 'blogger-blogger' picisan?

Ini bukan sebab Azmin Ali atau Anwar.
Kalaulah yang disebarkan merupakan gambar artis, selebriti,
pun saya tidak setuju sama sekali. Muka hadapan pula tu.

Dan saya tidak faham kalau perkara ini dirasakan okay, hanya kerana:
"Alah, dia bukan dari parti aku. Padan muka dia kena aibkan macam itu."

Shame on those who support this act!
------------------------------
Saya harap kerajaan saya ambil tindakan,
jika benar kerajaan saya adalah kerajaan yang adil serta menjaga rakyatnya.

Jika tidak,
saya harap rakyat ambil tindakan,
jika benar rakyat di negara Malaysia masih punya pertimbangan yang benar dan jelas akan makna sebenar kita berada dalam kehidupan.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

9 comments:

  1. memang makin pelik.nak tarik pembeli sampai aib orang dan benda2 yang belum sahih nak ditayangkan.malu....

    ReplyDelete
  2. sy x berapa nk suka surat kabar..kadang2 mengaibkan dan ramai akan mengikutinya..er..tapi baca jugak untuk info semasa..tapi jgn mudah terpengaruh..adeh..zaman skang ni sgt merisau kan

    ReplyDelete
  3. dani :
    patut diharamkan je akhbar camtu. sama cam lagu bawa aku pergi diharamkan. akhbar ni lg terus terang dia punye mksud.

    mij :
    saya pn baca mukasurat plg blakang je. setahun beli 2-3 kali je kot sotkabar ni

    ReplyDelete
  4. ne la jdnya bila politik lebih pnting dr ajaran agama Islam... utusan meloya memg teruk.. bukan berpihak pada siapa2 tapi sepatutnya mereka tahu gambar mcmana nak dikeluarkan... huh!!! pening skrang kat tb pun asik cite pasal politik je

    ReplyDelete
  5. sy pun jarang buka paper..kalau baca pun cari berita yg lebih merisaukan contoh accident.

    ReplyDelete
  6. Hal hal politik yang penuh sensasi.

    ReplyDelete
  7. Kita punya pendapat yang sama. Dan kebanyakan surat khabar Utusan dijadikan surat khabar rasmi sekolah. So agak tak sesuai untuk memaparkan berita-berita seperti itu. Bukan hanya mengaibkan seseorang, tetapi menggalakkan lagi maksiat di kalangan pelajar-pelajar. Mereka seharusnya memikirkan soal dosa pahala sebelum melakukan sesuatu, tetapi sesungguhnya pembuat berita ini memang tidak memikirkan soal tu.

    ReplyDelete
  8. x ske gak... napela leh jd camni.. huhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...