Thursday, 31 January 2013

Argh.. sampahnya Drama dan Filem Melayu

ASSALAMUALAIKUM...




Skang ni tengah kecoh pasal sebuah drama terbitan Astro yg dikatakan mencemarkan imej islamik.
Aku tak heran pun. Sebab benda ni memang dah lama terjadi, Cuma orang je kurang perasan.

Dah lama cerita2 Melayu hilang identity ke Melayuannya, yg lebih sedih, hilang ciri ke Islamannya.
Cuma mungkin masih ada 2-3 cerita atau filem yang masih boleh dipertimbangkan untuk ditonton sesuai bagi tontonan sekeluarga.
Selebihnya SAMPAH. Jalan cerita SAMPAH. Nilai murni hampir ZERO. Kadang2 Cuma nak menonjolkan 1 jenis nilai murni tapi yang nilai KEJInya berlambak mengisi sepanjang tempoh tayangan.
 Ya, SAMPAH.
Dan tak keterlaluan menggelar penerbit filem dan pengarah sebegini sebagai tukang buat SAMPAH!

Memang, banyak filem Melayu yang boleh dikatakan agak tinggi kutipannya kebanyakannya juga SAMPAH.
Ko rasa filem Istanbul Aku Datang itu filem bagus? Maaf, aku tetap kategorikan sebagai sampah.
Aku tak Nampak cara hidup seorang wanita dan lelaki Islam yang cuba ditonjolkan dalam filem itu. Istanbul, bumi yg pernah bersinar gemilang dengan syiar Islam suatu masa dulu dijadikan latar bagi sebuah filem Cinta Romantik dengan jalan cerita yang aku kira level biasa. Cerita adaptasi drama Korea. Idea celup.

Korang rasa Filem Rempit, Bohsia itu bagus dan banyak menginsafkan Mat Rempit dan Bohsia di luar sana? Tak mungkin! Malah tak keterlaluan aku katakan ianya semakin menggalakkan kearah itu.
Buktinya? Anak2 remaja di bangku sekolah mula terikut2 bahasa rempit dan bohsia yang dituturkan dalam filem tersebut.

Tak payahlah berangan nak menyampaikan mesej baik melalui filem dan drama jika sekadar aksi 5 minit-10 minit itu yang dikatakan memberi pengajaran. Itupun dah sampai ending baru ada pengajaran. Lagi baki 1 jam lebih? SAMPAH.

Sama ada filem itu bercorak ISLAMIK ataupun tidak, sama saja. Andainya apa yang dipaparkan hanya pelakon sendat yang tak menutup aurat, atau pelakon bertudung tapi bergesel sana sini, apa bezanya?

Kita hanya reti melenting hanya bila ada filem corak Islamik tapi tak Islamik tingkah lakunya. Sebenarnya kebangangan ini dah lama berlaku. Cuma kita menganggapnya biasa. Terpaku di depan kaca TV tanpa mengira masa.

Filem dan drama Melayu dibuat secara cincai dan ala kadar. Sekadar memenuhi selera penonton. Tiada kajian terperinci dan nilai ilmiah untuk dibincangkan.
Hanya mengulang idea lapuk yang dirasakan mampu menarik hati penonton, BIAR BANGANG ASAL UNTUNG.

Kepada Tukang buat SAMPAH yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, berhentilah. Bumi ini sudah cukup tercemar dengan pelbagai pencemaran.
Apa nak dibanggakan kutipan berjuta jika kantung dosa lebih cepat penuh berisi berbanding kantung pahala? Atau memang dah lama korang mengabaikan konsep dosa pahala ini? Heh, patutlah.

Aku, dah lama kecewa dengan filem Melayu. Bukan kerana aksi dan grafiknya yang tak standing Negara luar. Bukan sebab tu. Tapi nilai moralnya yang telah lama diabaikan.
Ah, rindu pulak drama dan filem dulu2. Biar hitam putih tapi mesejnya sampai.







Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

36 comments:

  1. hehehehe , filem ? memg dari dlu , dlu lagik dah banyak menunjukkan tingkah yang tak elok tapi skg maken berleluasa ...

    ReplyDelete
  2. memang banyak sampah drama dan filem melayu ni...
    Dunia Akhir Zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya akhir zaman ni makin bnyk buat filem cara nak hadapi Dajjal ke

      Delete
  3. adakah ini entri emosi sepanas gunung sahara.. keh4. tp mg betul,industri filem melayu sudah jatuh merundum. nak dgr seorg bakal pengarah buat ulasan.. haa syok beliau ni, XDD.

    filem hitam putih.
    http://wayangpacak.blogspot.com/2013/01/p-ramlee-kritik-melayu-dalam-filem.html

    ReplyDelete
  4. bro..yang bikin filem pun 1 hal,orang Islam tapi kurang ilmu agama nya,kurang ilmu la kan kalo yang tak boleh ditunjuk dalam filem/drama tapi ditunjuk jugak kan tabpa pedulikan agama Islam..apa guna geng2 penapis filem kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng penapis filem pun sama je kot cara pemikirannya. bg gula2 seketul dua terus lepas. patut bg cop halal JAKIM gak ni. haha

      Delete
  5. Keri, aku suka artikel ni..lagi lagi yang ni

    "Korang rasa Filem Rempit, Bohsia itu bagus dan banyak menginsafkan Mat Rempit dan Bohsia di luar sana? Tak mungkin! Malah tak keterlaluan aku katakan ianya semakin menggalakkan kearah itu.
    Buktinya? Anak2 remaja di bangku sekolah mula terikut2 bahasa rempit dan bohsia yang dituturkan dalam filem tersebut."

    aku malu sangat makan kat kedai tapi diorang asyik buka cerita rempit bohsia ni..bahasa yang digunakan memang tahi sungguh..yang makan bawak famili budak kecik semua geleng2 kepala aku tengok..

    kononnya : ada pengajaran..
    kononnya : lagi realistik, dekat dengan realiti masyarakat..

    ini semua POYO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. time awal2 fenomena Adnan semput ngan hantu kak limah dulu, pening dgar ayat2 tahi sebegitu

      Delete
  6. Aku sokong gila2 do . wahaha , cite2 Melayu krg ni mmg seriyesly langsung takde langsung nilai2 yg cuba disampaikan . so layak jadi kategori sampah ni . tapi aku suka tgk Lagi - lagi senario dulu , best kot xD movie melayu dulu2 mmg best dan byk pengajaran .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi2 Senario.. haha.. filem lejen time kecik2 tu

      Delete
    2. ada mesej tersendiri

      Delete
  7. Bagus!!! Ada pun org berani tulis mcm ni. Saya mmg x layan filem melayu. Sbb asal tengok je, mesti kutuk2. Tp saya x berani nk tulis sbb kawan2 ramai minat. Huh~~~ (Kagum dgn Keri... saya tak cukup berani)

    ReplyDelete
  8. uiks..sokong..sokong..tu yg jarang tgok filem/drama melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem Melayu itu teruk, tp omputeh itu lg teruk. haha

      Delete
  9. haihh ini lisa sokong, sememangnya drama2 melayu zaman kini hanya cerita kosong sja...artis2 & benda2 yang tak elok dipandang tinggi dan disanjung tapi benda yang baik pula dipandang serong, hummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita sampah. skrip macam dihasilkan budak2 baru bljr tulis karangan

      Delete
    2. sampah utamanye ialah pengarang/penulis novel.. dorg punca semua

      Delete
  10. kadang2 filem Melayu dah bebas untuk buat aksi 18xx

    ReplyDelete
  11. deno jarang tengok drama melayu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg isi slot Ramadhan dan Syawal tu bolehla tengok. ada la pengajarannya gak :)

      Delete
  12. btul tu.. tapi huwaaaaaaaa... sentap kejap pasal istanbul aku datang.... :P yg penting ske lisa surihani.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyok.. aiyokk.. tak tau.. haha... lisa punya pasal haha

      Delete
  13. sampah2 yg merosakkan...kalo btol2 nak bawak mesej Islam, ikut al-quran dan sunnah...

    tak payah filem2 drama bagai....

    ***renung sejenak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita sapu sampah. :P

      Delete
    2. sampah utamanya pengarang dan penulis novel cinta.. susulan pengarang dan pelakon.. kesemuanya sampah bertaraf lima bintang

      Delete
    3. Novelis2 ni kembang hidung sebb novel gred c diaorang ni terpilih. Yg bangang nya,pengarah tak reti nk imaginasikan situasi dlm novel.tu yg drama jd sampah,baik buat porn je,ringkas tp masyuuuuukk.

      Delete
  14. hehe.. zz mmg x minat la drama2 ni.. thu pasal drama sahara tu sbb pun noti dkt fb.. lgpun mse first bce sinopsis cite, dah ckp dh karut je jln cite.. matlamat x menghalalkan cara.. zz kdg2 smpai tkut nk bg adik2 zz tgk cite sbb ade je yg dia org potostat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang ni kalau nak bagi adik2 tengok kena tapis dulu. tp tapis cmne pun tetap ada. baik tayang cite kartun boboboy atau upin ipin jelaa

      Delete
  15. assalamualaikum keri....memang banyak kan tapi itulah dunia skg ni...:)

    ReplyDelete
  16. Dah 2017 dah ni...masih tak berubah lagi, cerita melayu sampah semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  17. 2017 masih lagi pukimak punya sampah,indon & filipina pun reject drama tempatan.bukan salah penonton,tapi bodoh tahap kimak punya pegawai stesen tv yg pengalaman Amat cetek,tahap budak praktikel.mengarahkan membunuh idea2 anak tempatan.kononnya kekalkan nilai ketimuran dan adat melayu,kimak lancau lah.pada hal, realitinya,hidup kimak2 ni diluar sana terlibat dgn skandal jijik zina,aktiviti jijik gay,join parti celaka arak .pas tu nk sebut pasal drama islamik dan ketimuran .babi munafik punya pegawai2 stesen tv.termasuk org2 finas.sampai berjangkit wabak tu pada sykt produksi dan pelakon.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...