Tuesday, 14 February 2012

MyKOMIK 6 : Diari Cinta Buta

Assalamualaikum.....









 Dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007


Sejujurnya aku agak mual dan loya sewaktu menghasilkan lukisan kat atas tu, tapi terpaksa kuatkan juga semangat sebab ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.

Alhamdulillah, semakin ramai umat Islam yang sedar yang menyambut Valentine's Day ni bukanlah budaya dan amalan dalam Islam. Namu tak kurang yang masih mempertahankan amalan ini kononnya tak salah sekadar meraikan cinta bersama ornag tersayang. Terpulang, teguran sudah disampaikan, mahu terima atau tidak, itu hak empunya diri.

Tapi hari ni aku agak terkejut bila terbaca satu artikel NSTP yang memetik kenyataan seorang Menteri yang agak berpengaruh di Malaysia berkenaan Valentine's Day :


"What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down?

::sumber::
Er... korang nilailah sendiri kata-kata yang dikeluarkan oleh menteri "bijak-pandai" nih.... tetibe je aku rasa aku lagi bijak daripada dia... dan korang semua pun jauh lagi bagus fikiran logik akal nak dibandingkan dengan orang yang mengeluarkan kenyataan itu... *gila berani mati aku kutuk menteri..
(aku yakin Menteri tu Islam, sebab nama dia cam nama orang Islam)

--------------------------------------------

Ok berbalik kepada komik di atas, aku rasa ramai masih lagi konfius dan kurang faham apa point penting di sebalik larangan sambutan Hari Valentine nih... sambutan sebegini boleh menjurus ke arah ZINA! Ringan2 atau berat2... paham2la sendiri...

Dan ajaib sungguh, ramai couple2 (semestinya belum berkahwin) beriya2 mengatakan mereka ni tak sambut Valentine Day ni... dengan alasan bahawa tiada hari khusus untuk menyatakan cinta/ mengapresiasikan rasa cinta terhadap pasangan mereka. Setiap hari adalah hari untuk melafazkan dan menghargai cinta...

Wow... falsafah cinta romantik yang sangat indah kedengarannya.... tapi jika diperhatikan di sebaliknya... akan terserlah kelompongan dan kebangangan falsafah cinta itu... apabila diaplikasikan bersama dengan pasangan yang bukan halal baginya.

Apa yang aku nampak, setiap hari bagi mereka adalah Hari Valentine, setiap hari adalah hari memadu asmara, setiap hari adalah hari mereka bercumbu mesra bercangkerama. Sadisnya bila memikirkan mereka ini saudara sebangsa dan seagama kita. Pedulikan jika mereka bukan beragama Islam. 

Betapa bangga mereka mencanangkan bahawa mereka memboikot Hari Valentine yang menurut mereka menjadi perosak nilai romantis falsafah cinta yang selama ini mereka amalkan. Lucu. Tapi menyedihkan. Padahal hari2 lainnya mereka masih mengamalkan perhubungan bebas yang ternyata juga bukan amalan dan budaya Islam.

Begitu mudah anak2 gadis ini diusung ke sana ke mari, dipegang tangan diraba sana sini.... hanya merelakan segalanya ... ATAS NAMA CINTA... haktuiih! Itu semua budaya luar yang mula diindoktrinkan ke dalam budaya kita... meresap tanpa kita sedar....

Tapi tahun ini... sambutan itu masih tetap ada.... dan mereka yang menyambutnya masih saudara2 seagama kita... yang masih berat hati meninggalkan kemeriahan seketika.... dan mungkin sudah ada benih2 yang disemai secara haram, mula bertunas dan tumbuh.... semakin membesar................ dan membesar.... menunggu masa dan detik ketikanya untuk dituai hasilnya.... dan kitaran proses ini akan terus berulang... dan berulang... -_-




Tahukah korang?
Hari ini 14 Februari adalah tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dalam Pertempuran di Bukit Chandu (14 Februari 1942) dan marilah kita hadiah sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.


 Entri berkaitan :


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

31 comments:

  1. owh..brilliant menteri "bijak pandai" tu...xsalah???

    ReplyDelete
  2. haha.. watak pompuan tu punyer style cam makcik2 nk kuar sidai baju je..

    ReplyDelete
  3. pakai tudung tapi nampak rambut + lengan pendek = trend budak sekarang XD

    entry yang bagus ^^

    ReplyDelete
  4. comel jee lukisan tu..awk sweet laa keri.mesti romantik..weekkkk

    ReplyDelete
  5. sanggup menteri tu cakap cam tu..pi bagi dia baca entry keri ni..

    ReplyDelete
  6. lovebite you..hahaha bagus keri bagus... err i mean entri yang bagus..haha... tp nape lelaki tu mcm ko ek?hahaha


    "whats wrong is celebrating Valetine Day?" itulah politik sejati namanya..hahaha

    ReplyDelete
  7. bagus dakwah kamu ni. dah 14hb ye? tak perasan, busy out-station..

    ReplyDelete
  8. minah terlebihh sudahh tu pakai pesen ape keri?ko saje je kan nak tambah BITE2 tu...koh koh koh..

    ReplyDelete
  9. how??huhu cmne buat lawa cmtu..hehe nice post ^_^

    ReplyDelete
  10. huhu..situasi dlm komik tu memang banyak sgt berlaku kat luar..dpn mata sendiri..menyampah memang menyampah..tapi tak tahu jugalah hamba macam mna nk bagi mereka yang amalkan ni faham situasi yang sebetulnya..hurmm

    ReplyDelete
  11. Itula jadinya kalau orang jahil buat-buat pandai.. bodoh sombong.. haha

    ya.. al-fatihah untuk beliau.. pejuang bangsa dan negara~~

    ReplyDelete
  12. tak boleh pakai cara fikiran begitu.perlu fahami...

    btw,hari ni hari birthday mak n abg fiza..memang selalu ingat ^^

    ReplyDelete
  13. Mie : pelik bila menteri tu tak baca fatwa majlis Mjls Kbngsaan...

    GM : aaa... ye ker? haha... makcik vogue tuu

    Misya : betul, watak itu merefleks trend remaja skang... style mak datin tu

    mij : wekkk... haha. romantik la sngat

    ReplyDelete
  14. apabila orang jahil berkata2 macam tu la. terkejut gila. ada jugak yang cakap PAS tak perlu la nak isukan benda ni. ish2..sedih

    ReplyDelete
  15. Azzah : bila ckp pakai emosi, tak pakai otak

    Azib : err.. no komen haha

    b-t-k : orng busy la katekan

    myra : kihkih.. tu namanya sarcasm

    ReplyDelete
  16. cikteddy : excel jer :)

    3no : sbb banyk galakan ke arah tu... TV dan media massa pun bg green light jer

    MD : akhir zman : org jahil jd pemimpin

    Fiza : waa... sanah helwah utk mak dan abg fiza :D

    Dani : bukan isu PAS. tapi PAS hnya mengingatkan blik Fatwa yg dikeluarkan mjlis Fatwa Kebangsaan. tak salah pun . itu tanggungjawab, tapi........ -_-

    ReplyDelete
  17. muehehe..lp plak nak komen..
    setuju ngan pendapat keri...sokong sesangat...dak zaman sekang ni..haish..x tau nak kata apa ntah... ^_^ n dodol tu sweet jerk... ^_^

    ReplyDelete
  18. cci : eh, tak sweet la dudel tu... mana leh kata sweet tu x kawen lg diorang tuu haha

    ReplyDelete
  19. haha aku baca balik komen ni, larrrr terkomen guna blog anak sedara aku rupanya.hahahahahaha

    ReplyDelete
  20. ahahahaha...sib baik tak mual loya sampai muntah2 pastu perut buncit time buat lukisan tu , huhu

    ReplyDelete
  21. dari ringan2,boleh jadi berat.
    naudzubillah min dzalik

    ReplyDelete
  22. BiQa : blog si adib tu kan? haha.. suke2 je salahguna blog org

    CC : geli2 je haha...

    Anyyss : keyword: JANGAN MENDEKATI... dah dekat... paham2la :)

    ReplyDelete
  23. betul tu.. tak guna cuma bila valentine day jer diorang x sambut sebab tau hukum haram tapi hakikatnya hari2 yg lain berpegangan tangan seterusnya ringan2.. kena faham bersentuhan kulit antara sesama yg bukan MUHRIM itu HARAM hukumnya kerana dari ringan2lah bakal terjerumus kearah ZINA dan PEMBUANGAN BAYI akhirnya... Naudzubillah jauhkanlah

    Entry dan peringatan yg bagus Keri!

    ReplyDelete
  24. ape ckgu nie..lukis rmbt trkeluar plk..hahah

    ReplyDelete
  25. Kak Citra : yup... itulah yg patutnya diorng ni faham ...

    Anith : tak sanggup plak nk lukis orng bertudung elok tgh pegang2 tgn camtu
    :)

    ReplyDelete
  26. Ape-ape pun, kena selalu berdoa dan sentiasa ingatkan diri supaya dijauhkan dari sebarang perkara maksiat macam ni.

    *follow you.

    ReplyDelete
  27. romentik nyer suami isteri ni..xpe...blh eratkn kasih syg dlm umah..lg bez kn....

    ReplyDelete
  28. Nurul : betul3x :)

    Yumida : err.. sbnrnya pasngn tu couple belum kawen... bkn nk menunjukkn keromantikan, tp satu sindiran.
    *komik tu perlu dibaca dan difahami bersama huraian di bawahnya
    -atau saya yg salah, buat orng silap paham :)-

    ReplyDelete
  29. * Assalamualaikum keri.. first nk ckp.. mmg bgos entry nih..
    * satu soaln sye pd keri, tujuan keri post entry nih nk bg kesedrn kan? cbe keri fikir, org yg mmg tak kapel dan mmg tguh pndrian tanak kapel dan yg mmg jnis jauhi kapel .. senang nk terime entry nih. bg org yg berkapel tuh sndri?
    * kalau mmg niat keri nak bg org2 yg kapel ni bace, keri pikir diorang akn terime tak? rasenye mmg dyorng tanak pndng pun..
    * jd sye cdgkn, keri olah lg ayt keri bg dterime oleh sume pihak khususnye bg yg kapel ni. n buat komik yg lbih mnyntuh jiwe org yg berkapel. contohnye,.. um keri pikirlh camne.
    * mintak maaf andai kate2 saye mengguris hati Keri
    * salam ikhlas dan perkenalan =)
    -patricia-

    ReplyDelete
  30. Anon/Patricia:
    trima kasih atas pandangan saudara/i.
    insyaAllah akan diusahakan.
    tp saya ni bukan pelukis komik, tu kadang2 idea ada tp bila nk buat, jd mende lain :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...