Tuesday, 7 February 2012

PANDUAN : WANITA DAN KERJAYA



Assalamualaikum....




Kalau kita perhati skang, kat sektor mana pun semakin ramai kaum wanita yang mula memenuhi setiap ruang dan peluang kerja yang ada. Ini fenomena biasa. Zaman ini bukan lagi zaman nenek moyang kita, di mana wanita tempatnya di rumah, sebagai suri rumah sepenuh masa.

            Suka atau tidak, itulah realitinya. Kaum Hawa semakin membanjiri pasaran kerja di negara ini. Bukan kerana tiada kaum lelaki, tapi tuntutan hidup di era kapitalisme ini yang memaksa dan mendesak sehingga sampai ke tahap ini. Bukan semua tapi peratusannya agak tinggi.

Kalau nak bincang memang panjang berjela... kat sini aku Cuma nak ringkaskan sedikit panduan untuk wanita yang ingin atau telah bekerja :


Keharusan wanita untuk bekerja diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duaan dan bercampur baur dengan lelaki.

5)  Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.


Ringkasnya kewajiban mencari nafkah masih lagi wajib ke atas suami/lelaki. Dan perempuan seeloknya jika tiada keperluan yang mendesak, berada di rumah menguruskan keperluan rumahtangga dan pendidikan anak-anak.

Bukan apa, sebab terlalu banyak kes-kes keretakan rumahtangga berlaku apabila si isteri mula menyalahgunakan kebebasan yang diberikan untuk keluar bekerja. Malah bahaya dan fitnah ke atas kaum wanita juga lebih besar apabila mereka berada di luar rumah.

Kalau dapat kerja yang hanya memerlukan wanita ni dok rumah lagi bagus... bekerja dari rumah... Rumahku Syurgaku  ^^
Bukan menyekat, tapi mencegah. Bukan mengongkong tapi memelihara. :)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. dok kat rumah jage anak..dapat la pahala gak..kang laki bini asyik dok kuar pi keje sampai tetibe lak lupa dah ade anak rupanyaaa..haha :)

    ReplyDelete
  2. kene cari bakal suami yang mampu tanggung kos hidup sekarang... lagi berkemampuan lagi bagus. (cepat sikit aku bersara dari kerjaya. duk umah ngan anak..wee.best)
    tapi kalau masih memerlukan aku bekerja, aku sedia.. demi tanggungjawab kita dan anak2 kita..(monolog untuk bakal suami) :)

    ReplyDelete
  3. kalau dapat suri rumah spenuh masa pon bez gakk,, hihi ..

    *ayang,, kopi satuu ..

    ehehe,, gurau2,, nice!!

    ReplyDelete
  4. Myra : jgn masing2 x ngaku anak sendiri sudah :D

    BiQa : eh, seram lak aku dengar monolog tu haha

    Hadi : nk suri rumah suami kena ada kewangan yg stabil.. tp bukan mustahil

    nanad : topik menarik, tp x reti nak hurai :)

    ReplyDelete
  5. kalau suami tak bagi,memang resign la jawapnya..

    ReplyDelete
  6. kalau hamba katakan nak jadi cikgu jgk macam mana?? heheh

    ReplyDelete
  7. lupa plak nk ckp..

    terbaikk la header baru tuan hamba =)

    ReplyDelete
  8. Azzah : apepun restu suami yg paling utama :)

    3no : silalah... moga jd cikgu yg baik :D

    ReplyDelete
  9. err.. nk kje smpai pncen takley eh? hmm.. =,="

    ReplyDelete
  10. sekarang lebih ramai wanita berkerjaya.Ape ape pun kene balancekan kerjaya di luar dan dirumah.

    ReplyDelete
  11. Salam tuan tanah. Nice entry lah. Sekarang memang dah ramai wanita cenggini. InsyaAllah meya pun nak jejak langkah utk jadi wanita berkejaya yg diberkati.

    Btw meya salah sorang pemenang segmen: Adore Your Arts Part III dan meya menang vector dari tuan tanah blog nie. Tp meya takde fesbuk, bole mintak emel tak? Hee harap di hit back kt blog meya. Thanks you (:

    ReplyDelete
  12. Bolat : keje la kalau suami/wali izinkan

    Fiza : yup. balancekan

    Meya : dah bg emel kt blog :)

    ReplyDelete
  13. hee.. skrg ni kos sara hidup tinggi, menyebabkan perempuan pun keluar gi keje, nak sara diri, bayar hutang belajar, hutang kereta.. dah kawen, nak tlg suami pun boleh, kalo dia mampu dan tak bagi keje, eloklah duk rumah jaga anak suami je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...