Tuesday, 11 September 2012

TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!


Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang mempunyai blog.

camne? goyang tak tengok duit camni??


Suka tak? Suka tak?

Mesti kalau korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan duit daripada blog nih?

Adakah korang rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?

Memang, blog aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!

Jadi camner?

JUTAWAN. Pernah tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan? 

Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!!


Apa yang aku nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan. Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna lagi.

Tapi jutawan dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas... tapi...

PAHALA. Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...

Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan berblogging.


 

Waddefishhh????


Tak payah nak buat muka terkejut sangat.


huuuuh... terkono den...


Mesti ada yang kecewa kan? Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi penting.

Yang berminat boleh teruskan membaca.


TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :

1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.



Entri bermanfaat bukan bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum hakam je.

Kalau rasa ilmu belum sampai tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke apa, ajaran sesat ke.

Cukuplah sekadar berkongsi apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.

Contohnya cara membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.

Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.

Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa, lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah mengutuk)


2) Klik Butang “share “ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.

banyak cara nak share...


Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.

Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..

Sila rujuk gambar rajah di bawah...




Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..

Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen MLM tak?

Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk ke dalam kantung amalan kita.


'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)



3) IKLAN : sebarkan Program Ilmu dan Ceramah

Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar ada orang tau.

Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau. (korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)

4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya

Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.

Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.

Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.

Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,



Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)


AWAS! Anda juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara SONGSANG...

Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

28 comments:

  1. btol gk tu.. kita ke arah kebaikkn.. tp xpenah nk kejar earning n xpnah dpt pong..seo n spesisnya pn sya xtau kejadahnya

    ReplyDelete
  2. betul tu.. mgkin ilmu @ info berguna yg kita lekatkan kat blog ni boleh dijadikan pngajaran buat pmbaca lps kt tiada nnti..

    ReplyDelete
  3. fuhuu lpsni xngata customer dh, cuma luahkan pegalaman je.bkn demi pahala/dosa tp demi xnak jadi gila. xDDD.

    ok,k ada soalan, kalau saya ada 1set kertas soalan yang belum dijwp mana2 pelajar (mcm soalan bocor), kalau sy share, itu dlam kategori pahala ke, atau dosa..?? terime kasih.

    ReplyDelete
  4. aku suka entri ni. betul tu, kita kena tinggalkan sesuatu yang bermanfaat dalam blog sebab kita tak tahu bila kita mati. takut kalau kejap lagi mati, tak sempat delete post fitnah dan lain-lain.

    ReplyDelete
  5. huyo............bila cikgu keri berbicara........

    ReplyDelete
  6. hmmm... jika difikirkan balik... semua entri2 aku...

    hmmm... (sambil garu2 kepala)

    kehkehkehkehkeh

    ReplyDelete
  7. dalam keadaan aku yang tak cukup sempurna bajet bulan ini . mati-matian aku membuntang anak mata ke arah skrin PC . Tiba-tiba berkumandang . . .
    aku tertipu lagi
    aku tertipu lagi
    benci
    benci
    lalalala

    hahaa . pep pun congrats bro entri yg bmakna ini . membuatkan aku sedar di alam ini

    ReplyDelete
  8. Dysha :
    saya pn tau sebut je. tp tak paham gak pekebenda SEO tu :P

    yuyu :
    thx :)

    ReplyDelete
  9. ejulz :
    kadang2 boleh jd peringatan utk diri sndiri jugak

    Biskot :
    er, pasal soalan tu lebih kepada "amanah". kalau kita diamanahkan utk tidak membocorkan soalan tu lebih baik tak payah bagi. wlupun niat nak menolong.
    nak jelas kena tnya ustaz la. :)

    ReplyDelete
  10. dani :
    beringat sebelum mati. kalau malas buat baik, cukuplah hanya dgn tak berbuat jahat

    haziq :
    tak berbicara sangat pun... haha

    ReplyDelete
  11. uncle :
    kehkeh... takpe2.. ada sindiran dan teguran jugak katun2 tu

    Adam :
    smbil blogwalking smbil kongsi ilmu :)

    aneng :
    haha. bisnes kencang pun tak cukup bajet lg ke?

    ReplyDelete
  12. Ya,,terimakasih sharenya yang sangat menarik ini kawan,ini hal yang terbaik dari postingan yang saya lihat

    ReplyDelete
  13. mmg x amik pusing pon pasal tu.. tp bila ade mood nak buat.. buat gak.. tgk ar camne.. eheheh

    ReplyDelete
  14. tudia butang share dah mcm anak2 MLM dah tgk .. haha .. perkongsian yg bagos ! kumpul kekayaan PAHALA untuk bekalan kita nanti ;)

    ReplyDelete
  15. smoge kite dpat rahmat allah instead pahala tu..=d

    ReplyDelete
  16. Bodin :
    sama2. thx :)

    cci :
    buat dengan cara yg betul takde masalah :)

    ReplyDelete
  17. mee :
    memang sebijik sistem MLM. mgkn MLM tu dpt idea dr button share tu kot. haha

    anon :
    trimas :)

    ain :
    insya Allah

    ReplyDelete
  18. nice info bro .. nice day ..nice doodlez

    ReplyDelete
  19. .utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don't easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.

    ReplyDelete
  20. Kah kah kah! terkono den! Walau bagaimanapun betul apa yang dicakapkan. Terima kasih atas peringatan yang diberi.. Selamat hari raya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...