Showing posts with label review blog. Show all posts
Showing posts with label review blog. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira

Assalamualaikum...

semata2 nak memastikan blog berupdate tak terbiar menjadi padang jarak padang tekukur, maka terjoinlah segmen ni.

Nak join Klik banner


Hadiah :
Review X 5 
Topup RM5 X 2

Pemilihan Pemenang :
Peserta yang paling banyak blogwalking ke blog peserta [topup rm5 x 2]
Random [review blog x 5]

Tamat :
24/4/2013 Jam 10 malam

"SELAMAT BERBLOGWALKING"



Insya Allah akan cuba sedaya upaya melawat semua peserta. 
Sila pastikan entri-entri anda bermanfaat :)
supaya pengembaraan di alam maya ini tak sia-sia




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 23 February 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum...

Memandangkan blog ni dah lama terabai... maka aku memaksa diri untuk update...
Dah lama tak join segmen camni .. :P



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 18 January 2013

Parody Baik dan Parody Jahat


Assalamualaikum...

2-3 tahun kebelakangan ni kalau kita perasan tetiba banyak video parody, atau artikel berbentuk parody yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. (ceh, ayat buletin utamakah ini? haha)

eh, kejap, apa benda "parody" tu?
Ok definisi parody : A parody (pron.: /ˈpærədi/; also called spoof, send-up or lampoon), in current use, is an imitative work created to mock, comment on or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of satiric or ironic imitation.
sumber : wikipedia

Atau dalam bahasa ibundanya parodi ni bermaksud sebuah bentuk komedi sarkastik , digunakan untuk menghanjeng, menyindir, mempermainkan, atau untuk mendatangkan keseronokan terhadap sesuatu hasil kerja.

contoh parody bentuk logo :





Secara puratanya, parodi dihasilkan semata2 untuk hiburan bagi jiwa2 yg kegersangan. Paham?

Aku memang suka tengok video2 parodi mahupun artikel yg berbentuk parody ni.., kelakarnya kadang- kadang sampai membahayakan usus dan memutuskan urat kentut.

Yang terbaru, parody tentang Kak Pah Listen listen listen pembela hak asasi haiwan sejagat. Dari bentuk artikel, video, lagu, komik, dan barang2 cenderahati seperti baju, seluar dan spender pun turut giat dipromosikan. Meletup habis.

Yang paling hangat, parody video Oppa Gangnam Style, sampai satu dunia terlibat. Penduduk Planet Musytari pula mengambil pendirian berkecuali dalam hal ini kerana tamadun mereka lebih tinggi daripada tamadun dan moraliti manusia Bumi.

Parody, walaupun sekadar hiburan, tetap ada positif , neutral dan negatifnya. Macam bakteria, ada bakteria baik dan ada bakteria jahat.

Parody yang baik, adalah parody yang bukan sahaja menghiburkan, tapi juga memberi sesuatu kepada orang yang menonton/ membacanya.

Parodi baik ni adalah parodi berkonsep serampang dua mata, dimana di samping dia menegur perlakuan asal, dia menunjukkan jalan untuk membaiki kelompongan dan kekurangan yang ada.

Parodi baik juga membolehkan kita sebagai peminat parodi mengambil iktibar dan pengajaran serta nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam kehidupan kita (agak skema ayat ni)

Parodi yang baik tidaklah sampai menjatuhkan air muka makhluk asal yang hendak diparodikan. Sekadar menumpahkan air mata beliau kerana gelak ketawa itu tak mengapa.

Terbakar KLCC nmpak api, terbakar hati, tuan punya yang tahu. Rasakan.

Parodi jahat pula adalah parodi yang semata-mata menhanjeng pihak lawannya dan berniat menjatuhkan maruah beliau tanpa mengambil kira aspek2 keselamatan yang sepatutnya.

PArodi jahat ni biasanya bukan saja menyakitkan hati mangsa parodi tapi juga menyerlahkan kebodohan dan kebangangan pembuat parodi tersebut.

Contoh, ramai yang gigih membuat parodi tentang "BUDAK MC 5 HARI" tahun lepas. Memangla video budak tu agak annoying dengan aksi bodoh lagi sampah yang sangat meruntun jiwa.

Tapi dengan menggunakan logo "Parodi" ramai yang meniru balik aksi tersebut dan publish ke seluruh ceruk maya. Bagi aku cukupla 2-3 video parody. Kalau setiap orang kat dunia ni buat parody benda yang sama, mungkin youtube akan mengalami masalah untuk menampung bebanan memori terhasil akibat banyaknya video yg diupload. Paham?

Parodi jahat, bukan sahaja menjatuhkan maruah mangsa, malah menjatuhkan maruah, moral dan akhlak pelaku. Jangan ingat dengan menggunakan tiket Parodi, kita boleh menghalalkan segala perilaku kita.
Malaikat ni kalau nak catat amal baik buruk, dia takde nak kecualikan perbuatan kita disebabkan alasan parodi tu.

Jadi kepada ahli-ahli pertubuhan Parodi sedunia, janganlah semata-mata nak femes dan terkenal cepat, maka kita pun main hentam je segala aksi kita depan kamera.

Kadang-kadang video parody ni lebih teruk dan menyampah daripada yang original.

Kepada mangsa-mangsa parodi baik atau jahat, padan muka korang sapa suruh buat aksi bodoh di khalayak ramai. Bukan semua suka dengan perbuatan anda semata2 anda pengerusi Kelab atau pertubuhan tertentu. Ramai menyampah dan meluahkannya melalui parodi. Jadi , sekali lagi padan muka.

Selain padan muka, sila bersabar dan perbetulkan diri anda.

Nak tengok contoh parodi baik ? video Mr Bie salah satu contohnya : KLIK SINI

Blog AyeemAyam iaitu sejenis spesies ayam yg hampir pupus juga menghasilkan parody. Tapi beliau kurang konsisten, kadang2 ada parody baik dan kadang2 ada parody jahat. sekian.



-Kitab Parodi edisi Ke-7 : bab 9: parodi baik dan parodi jahat-




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 2 January 2013

Freebies : Doodle - Doa itu Senjata Mukmin (Tutorial Excel)

Assalamualaikum...

Sempena Tahun 2013 dan meraikan follower mencecah 1000 (ok la tu) maka aku pun buatlah freebies tak seberapa ni.
Dan aku sertakan juga proses untuk menyiapkan doodle ni. Kiranya macam tutorial simple la.

Semua ni 100% hasil daripada Microsoft Excel 2007.

Microsoft Excel 2007

Ops lupa plak, ni follower ke -1000 tu, sebagai penghargaan sudi jenguk blog kelam kabut ni :P
ni link blog dia...  http://diarykita695.blogspot.com/



Yang ni Proses menyiapkan :









Maaflah, penerangan yang super simple. Harap faham.


Dan yang ni korang punya, kalau nak laa.. kalau taknak biar je kat situ...















Oh ya, macam tak adil pulak bagi karakter lelaki je, nanti karakter perempuan akan menyusul, insya Allah.


*lama tak melukis guna excel, tangan menggigil*



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 11 September 2012

TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!


Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang mempunyai blog.

camne? goyang tak tengok duit camni??


Suka tak? Suka tak?

Mesti kalau korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan duit daripada blog nih?

Adakah korang rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?

Memang, blog aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!

Jadi camner?

JUTAWAN. Pernah tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan? 

Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!!


Apa yang aku nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan. Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna lagi.

Tapi jutawan dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas... tapi...

PAHALA. Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...

Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan berblogging.


 

Waddefishhh????


Tak payah nak buat muka terkejut sangat.


huuuuh... terkono den...


Mesti ada yang kecewa kan? Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi penting.

Yang berminat boleh teruskan membaca.


TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :

1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.



Entri bermanfaat bukan bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum hakam je.

Kalau rasa ilmu belum sampai tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke apa, ajaran sesat ke.

Cukuplah sekadar berkongsi apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.

Contohnya cara membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.

Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.

Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa, lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah mengutuk)


2) Klik Butang “share “ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.

banyak cara nak share...


Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.

Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..

Sila rujuk gambar rajah di bawah...




Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..

Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen MLM tak?

Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk ke dalam kantung amalan kita.


'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)



3) IKLAN : sebarkan Program Ilmu dan Ceramah

Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar ada orang tau.

Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau. (korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)

4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya

Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.

Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.

Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.

Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,



Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)


AWAS! Anda juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara SONGSANG...

Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 14 August 2012

Kad Raya Dari Blogger -blogger Ohsem #1

Assalamualaikum ....

Dekat- dekat raya ni makin rancak pulak sesi berutus-utus kad raya. Aku rasa dalam berpuluh-puluh kali aku sambut hari raya, tahun ni paling meriah ngan kad raya.

Seingat aku memang jarang gile aku dapat kad raya. Mungkin 1 keping setiap 4 tahun. Dah macam tempoh Piala Dunia atau Olimpik pulak.

Memang padan laa aku tak dapat kad sebab memang aku ni jenis pemalas tahap gaban nak beli kad, nak tulis ucapan, nak masuk sampul, nak beli setem pastu nak jilat setem tu, pastu nak tempek atas sampul, pastu nak jilat pulak sampul tu nak tutup. (aku cerita macam la tak wujud satu infrastruktur bernama "GAM")

Paling aku malas bila kena stat motor nak kena pegi pejabat pos.
Fuuh, mintak jauhla drpd urusan melibatkan pejabat pos atau tempat2 seumpama dengannya yang perlu bersesak-sesak beratur panjang.
*ceh padahal nak pos surat tak perlu beratur pun. alasan semata2.

Ok dah panjang pulak. cuma nak ucapkan terima kasih daun pintu, kalau boleh hari-hari mahu kepada 3 orang blogger ni yang bersusah-payah ikut step2 yang aku terangkan di atas semata-mata mahu bagi aku sekeping kad raya yang ohsem ni.

1. Wan Hazel


kan tak pasal2 dah jeles. :)

2. Cci

Tak rugi aku berbaik2 ngan akak ni. Kan dah dapat kad comel ni...


3. Dysha

Puan suri rumah bersama En. Suaminya. Yang ni sangat cun, terasa suasana meriah hari raya nya.


Aku masih menunggu 2 atau 3 keping lagi kad raya yang belum sampai. Ada beberapa orang blogger ni baik hati nak bagi kad raya kat aku. Semuanya yang diorang design sendiri dengan penuh kasih sayang.


Errr, cuma satu je aku pinta, harap- harap diorang ni tak tertunggu-tunggu kad raya daripada aku. Kebarangkaliannya sangat lah tipis.(boleh rujuk cara mengira kebarangkalian dalam buku teks Matematik Ting 4 bab 7). 
Mungkin aku hanya sempat design e-card untuk didedikasikan buat mereka semua.

Apa pun terima kasih dah diharap tak serik nak bagi lagi untuk Raya Aidiladha, Raya Cina, Thaipusam dan Deepavalii.


Pecah Kaca, Pecah gelas,
Dah baca, sori tak balas. :P



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 6 August 2012

Segmen Kenali Pelukis Doodle/Kartun Malaysia

Assalamualaikum...

Ni segmen yang dianjurkan oleh bakal puan merahitujambu.

Jadi malas panjang-panjang.

syarat :

  • buat tajuk Segmen Kenali Pelukis Doodle/Kartun Malaysia
  • pilih doodle yang anda minat/suka kemudian kenapa
  • kemukakan satu link doodle yang korang rasa dia belum di kenali ramai
  • kemudian paste entry anda di sini 
  • tarikh tutup : 8/8/2012 

Doodle yang aku suka :

 Ni aku printscreen daripada header CCI... memang doodle dia cute giler dan nmpak suci je muka tu walau kadang2 gediks sket. Dan paling penting warna tu.. kombinasi yang cukup perfect bagi aku. harmoni dan secukup rasa.

Sapa rasa nak tempah dudel ohsem, watermark, bisnes kad, dan lain2 bleh la jenguk blog akak ni.




Doodler yang kurang dikenali tu aku tak tau la... tapi kat sini aku senaraikan 3 doodler yang aku suka gaya lukisan dan aku rasa berbaloi untuk dikenali...

1.  Nor Abdullah,


Akak ni agak femes kot kat FB sebab selalu nmpak karya2 dia kat page2 doodle dakwah . Suka cara dia lukis tu simple tapi penuh ngan mesej2 yang berguna.

2.  Azzah Skali skala

Walaupun aku tak tau mende yg skaliskala nya tu tapi karya dia memang cantik. dah macam puzzle yg berselirat tapi kemas dan teliti.


Haa... nampak tak? nampak tak? betapa supernya tangan si cikgu Azzah ni melukis atas box dan frame gambar. aku syak dia ada jumlah tangan yang lebih banyak berbanding tangan orang biasa.

3. Peti Harta Karut


Dia ni pelik sket. Dengan menjadikan seeokor babi bernama Bobby sebagai idola karakter feveret, dia berjaya menjadikan babi yang dipandang hina itu dilihat sebagai cute. haha
Aku suka karya2 dia yang penuh unsur sindiran dan sinis.
Kalau korang rasa ada masa untuk dibazirkan dan ada urat ketawa yang hendak diputuskan, blehla baca entri best kat blog dia.
Aku dah baca entri dia start awal smpai yg paling latest.




Entri tamat secara tiba-tiba.sekian.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 27 July 2012

Art Trade 3 Warna +1 : Doodle master chef Azzah

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku ada lukis satu doodle untuk Art Trade ngan Azzah, seorang blogger dan pendoodle yg suka lukis dudel2 yg kiut miut lagi osem. Tapi hari ni baru teringat nak buat entri ni.

Inilah doodle yg aku lukis guna Paint Tool SAI dan diedit dalam Adobe Photoshop. Sepatutnya bertemakan 3 warna tapi bila aku check balik dudel aku terlebih 1 warna. Jadinya 4 warna.


Disebabkan dia letak nama blog dia Azzah Sayurlemak berkolestrol tinggi maka aku otomatik terfikir nak buat dudel bertemakan master chef (la sangat). walaupun aku tak pernah layan program tu tp bantai jela.

Sesuai la dengan tema seorang suri rumah separuh masa yang berdedikasi menyiapkan juadah berbuka puasa dengan penuh semangat.

Cukupla kot. Kalau nak kenal dengan blogger super rajin update blog ni blehla klik2 kat mana yang patut untuk link ke blog beliau.


*eh, chef tak pakai apron.
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 3 July 2012

Bloglist Dayang Deno

Assalamualaikum...


Lama tak join apa2 aktiviti blogger ni...
Aku join segmen ni bukan semata aku nak blog aku berada dalam bloglist deno ni..
tapi sebab aku tertarik dengan cerita yang disampaikan dalam blog ni..
Cerita benar tentang kehidupan seorang penghidap SLE(Systemic Lupus Erythematosus)  yang sangat tabah...

berjuang untuk terus menjalani kehidupan seperti insan normal lain.
Harapan yang tak pernah pudar...
impian yang sangat menyentuh hati.
Aku tak rasa aku masih boleh seceria dan setabah dia ni kalau aku yang berada kat tempat dia.

Dia hebat.. itu kesimpulan aku,
dan dia mempunyai ibu bapa yang hebat,
Ujian yang hebat, hanya untuk insan yang hebat.
Sama-sama doakan moga Deno sembuh dan mampu menjalani hidupnya dengan lebih baik :)

Jom singgah ke blog beliau.
Cerita yang mampu membuat aku rasa sangat bersyukur akan nikmat sihat.
Untuk Deno, ujian itu tanda kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya yg terpilih.


Blog Dayang Deno : KLIK SINI



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 12 January 2012

"AKU, DOODLE , VEKTOR DAN MEREKA"

Assalamualaikum....

Entri ni dibuat khas sebagai tanda penghargaan buat peminat-peminat  kawan-kawan aku yang begitu baik hati sudi menghadiahkan hasil2 karya mereka kat aku. Tak kisahlah sama ada Art trade atau sesaje je... Doodle dan vektor ni semuanya hasil kreativiti member2 WLA.... yg sempoi n kretip giler... *Alhamdulillah ada yang aku dah balas dan ada yg masih belum.. agak sibuk skang

1. Doodle daripada Nurdani... dia ni  pencetus minat aku menvektor pakai excel... (berapa kali dah nk bagitau) ...

Komen : style wat tone nye simple tapi muka memang sebijik menjadi... memang aku jeles..

2. Doodle dari CCI .... yg lukisan2 kat blog dia slalu wat aku termenung panjang... bnyak masa aku dihabiskan dengan merenung lukisan2nya.... (ini dolly ke-2 aku dpt dari cci) yang Pertama


Komen : Dolly cci sume ceria, cute n gabungan warna yang sangat cantik...


3. Vektor daripada Adam Azman.... seorang pendesign yg hebat... terutamanya design berbentuk 3D dan bangunan... kagum dgn tekniknye mengedit gambar guna photoshop... (tp agak bengang sebab dah sebulan aku mntak gambar dia untuk dilukis tapi x bagi2 lagi, kononnya jual mahal la tu haha)


Komen : Suka tengok rambut yang agak detail garisan simple tapi kemas... ini gaya pro


4. Vektor daripada Myra Azraff .... budak lepasan SPM, skang tengah tunggu orang datang merisik. Blognya penuh ngan entri yg mencuit hati penuh sindiran... haha


Komen : suka lukisan dia sebab ade style n identiti tersendiri... warna yg dia pilih pun lembut dan menarik... style lukisan yg aku suka...


5. Doodle fixie daripada Hafizzy Aziz @ Apit... seorang pakar vektor gak ni... suka melakukan kerja2 amal iaitu menghadiahkan freebies kepada PEMINAT2 dia... *tercapslock plak 


Komen : Suka tengok cara dia buat line... sangat teliti dan kemas... perfect! dan doodle2nya pun comel2...


6.  Doodle daripada BiQa.... seorang warga Italy yg kreatif dengan komik2 yg best kat blognya... terharu sebab dia sudi menjadikan watak aku sebagai sebahagian drpd header d blognya *lap air mata....

Komen : walaupun bukan 100% hasil original , tapi kagum dngan kreativitinya mencipta satu watak iras2 aku... ^_^


------------------------------------------
Jom Join WLA.... Group budak2 pencinta seni... di sini umur tak penting, hanya kreativiti yang bersuara....

Ini bukti aku ahli WLA... bukan cetak rompak... ori punye






p/s : mereka semua blogger femes, untung aku dapat hasil karya daripada mereka.
Kalau ade lagi sesape yg nk bg vektor atau dudel FREE untuk aku, aku terima dengan hati yg riang dan sukacita ^_^



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 3 January 2012

Kena Tag : 11 things Games (ntahler ape nama)

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah bnyak kali kena tag ngan game ntahape2 nih tapi buat tak tau je...
ntah apasal kali ni tergerak hati ntuk join setelah di tag oleh Myra Azraf...
inilah rule yang perlu dipatuhi... (dipaksa)


11 perkara pasal aku yakin korang tak kesah pun...

1. Aku seorang guru di sebuah sekolah menengah di sebuah kota...

2. Aku suka minum kopi ais. Nescafe takkan memberi apa2 efek kepada aku. Aku boleh tido sejurus selepas menghabiskan segelas Nescafe.

3. Suka menconteng di kertas sejak kecil. Pernah kantoi menconteng buku teks B.Arab. (jgn tiru aksi tu)

4. Sekarang suka digital arts. Melukis dan mendesign menggunakan sofwer MS Excel dan Adobe Photoshop.

5. Kadang2 orang nampak aku sebagai seorang pendiam dan tenang. Tetapi kadang2 orang boleh nampak aku seorang yang kelakar dan annoying. (bergantung pada tahap kesihatan mata korang)

6. Lebih suka bercakap menggunakan tulisan daripada menggunakan mulut. Sebab tulisan boleh diedit jika tersilap taip tapi kata2 tak boleh diundur kembali.

7. Tak suka suasana bising, sesak dan meriah. Suka tempat yang membolehkan aku berjiwang2 seorang diri. err..  Kalau pegi jugak aku akan menunjukkan gejala seperti ibu2 yg baru mengandung.

8. Perut aku susah sket nak terima makanan2 orang bandar seperti KFC n McDonald ni... ntah pesal tiap kali makan je mesti x habis... bagi aku, burger n ayam goreng kat pasar malam lg sedap.. dan murah...(sape cakap aku kedekut tu)

9. pernah obses dengan game online, manga, anime dan drama2 Jepun.. tapi mula menunjukkan tanda2 keinsafan sejak mencapai tempoh kematangan ni (yelah tu)

10. Jangan ajak aku gi karaoke. Korang akan tension sebab aku hnya akan jd pemerhati dari luar bilik karaoke tu je... haha (malas nk masuk)... Lg baik ajak aku main boling longkang.

11. Kadang-kadang kata2 aku agak pedas, berbisa dan menyebabkan pedih di bahagian ulu hati. Sila dapatkan gaviscon jika gejala itu berlaku.



Ni soklan yg aku kena jawab
Serius soalan ni memang mendatangkan kemudaratan bg sesiapa yg menjawabnya.  

1) apesal nama aku Myra Azraff? dari mana datangnya Azraff tu?
2) ape yang masih kurang dalam blog ni? apekah?kalau nampak sila bagitahu.aku nak ubah.
3) kenapa kucing comel sangat?apesal bukan anjing?
4) bagi satu blog kegemaran korang yang sangat giler2 super cantik dan kretip habis.
5) kenapa nenek aku lebih tua dari aku?
6) kenapa semua cerita endon plot dia lebih kurang sama?tertuka anaklah,nak hartelah.kenapa?
7) kenapa aku tak minat drama Melayu?
8) kenapa aku tak suka k-pop?
9) apesal trollface tu gila klaka sangat ha???(carik kat gugel)
10) korang suka add math tak?walaupun tak belaja lagi,rasa2 akan suka tak?(aku benci habis)
11) korang rasa jumlah follower tu penting sangat ke untuk kelihatan FEYMES?(bagi aku tak)
dan kenapa?

Ni jawapan aku:


1. Mana la aku tau. ko tak bagitau aku pon.

2. Kekurangan blog ko adalah .... ko belum review blog aku. bila dah review blog aku kaw2 punye, perfectla sudah ko nye blog.
3. Kucing comel sebab kucing ni sangat comel dan menjadi binatang kesayangan Rasulullah. Eh, sape kata anjing x comel?
4. Aku paling suke design blog kat blog nenek aku nih... CCICuteDesign... cun,comel,ceria,cute,comot , cantik dan segala yg bermula dgn huruf "c" la... skang ni dia ada wat segmen . pegila join

5. Mana ko tau? kalau nenek ko meninggal masa usia 110 tahun dan ko plak masa umur 144 tahun, maknanya ko la lagi tua dr nenek ko...

6. Bukan setakat Indon, cite Bangla, Nepal, Filipina , Malaysia, Maghribi , Papua New Guinea, Brazil, Amerika, Korea, dan sebagainya pun plot cerita lebih kurang sama je. Ada cinta, seks, pakaian tak pernah tutup aurat dan bangang yg terlebih. so lebih kurang jelaa... (Kalau David Teo dan Ahmad Idham yg follow blog aku ni baca jangan nak sentap plak, ade aku kesah?)

7. Ko tak minat drama Melayu sebab aritu kan aku bgtau ko yg drama Melayu ni tahyul, tolol, dan tak berapa nak Melayu. Style cerita mesti nk seram yg x berapa seram, kelakar yg x mmbawa pengajaran, cuba menunjukkan nilai moral dengan cara yang tidak bermoral dan tak memaparkan identiti sbg drama Melayu serta Islam. (walaupun ada sebilangan kecil cerita yg sangat bagus)

8.  K-Pop ? mende tu? chicken pop? memangla, sape suke kena chicken pop? habis berlubang muka yg memang dh macam permukaan bulan tuu...

9. trollface tu gila klakar? bg aku trollface tu tak gila, cuma kelakar je. yg gila orng yg lukis tuu.. atau yg buat cerita tuu...

10. Suka Add Math sebab mencabar kesabaran dan keteguhan jati diri. sape yg x kuat iman mesti akan mencarut bila buat/study add Math. Petuanya sila sembahyang 5 waktu d awal waktu.

11. Jumlah follower sangat penting untuk KELIHATAN FEYMES. tapi bukan bermakna betul2 feymes. contohnya blog ko ngan blog aku. follower aku lebih sket berbanding blog ko, tp aku lg feymes sebenarnya.


Ni plak soklan aku 


1. Hari ni korang ada baca Quran tak? klu belum bacalah sket...

2. Bleh aku nak tanya soalan seterusnya? klu tak boleh pun nak tanya gak....
3. Pendapat korang mengenai Filem2 di Malaysia?

4. Apesal budak2 sekolah suka post status jiwang/ pasal BF n GF kt FB? masalah hormon ke ape?

5. Korang kenal Ustaz Azhar Idrus tak? Ape pendapat korang mengenai beliau... OK ke KO?

6. Kes zina dan buang bayi. Apa jalan penyelesaiannya? boleh kongsi?

7. Ape yang korang rasa bila nampak satu pasangan couple sedang berjalan berpegangan tangan di taman yg indah diiringi hembusan angin sepoi2 language di petang nan damai?
 A. Alolo... sweetnya..

B. Jelesnya... kalaula pakwe/makwe aku bleh camtu

C. Hangin satu badan

D. Buat-buat tak nampak

E. Sedih dan kecewa dengan perbuatan mereka

F. Tegur Kelakuan mereka

G. Terjah dan terajang

H. ....sila nyatakan

8. Camne nak bagi keadaan di Malaysia ni lagi best dan harmoni...

9.  ape itu definisi gedik? bagi contoh sekali

10. Ada rasa menyampah, meluat or terasa hati tak dengan cara penulisan aku dalam blog ni? *Ha? tak baca pun? Ok -_-

11. Hobi utama selain berblogging?


Aku terpaksa tag 11 orng  nih. ambek ko!

Nenek aku... CCI pelukis dolly cute
Amin Aizuddin si budak flash
Amar Marcell yg bajet misteri dan selalu busy
Azhafizah seorang retiss berwibawa
CXopportunities yg bijaksana (hentam je)
nak tag 3no gr33ny tapi kesian plak dh bnyk kali kena, budak baik tuu haha
Fiza Nurani yang bercita2 ingin jadi guru disiplin
Kak Nor yang bahagia di Jeddah
Manzarina si ratu coding
Ben Ashaari yang konfem takkan layan aku
Cinta Ilahi pemilik blog warna kelabu

malas nk tag. di sini aku telah mengingkari salah satu rules game ni? bkan berdosa pun kan? lagi hukum Allah orang boleh langgar, inikan undang2 yg ntah sape2 cipta ni... :D


Sesape yang kena tag dan rasa malas nk jawab, abaikan je. tapi kalau sesape yg rajin nak jawab walaupun tak ditag silakan. pastu tinggal link kt komen, nk tau gak ape korang jawab.

Kalau nk jwab trus kt bhgian komen pun silakan... cuma nk tau pndapat, aku bukan main hentam jer tanya soalan tuu... memang soalan yag selalu aku terfikir...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 1 January 2012

2012 : Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum....
(entri yang terlewat)

buruk giler sbab buat tergesa2...

Alhamdulillah, berjaya juga kita semua mengharungi tahun 2011 walaupun bermacam suka duka yg melanda. Mungkin ada yang menganggap 2011 yg bru berlalu sbg tahun bertuah dan mngkin ada yang menganggapnya sebagai tahun yang penuh dukacita.

Walau apapun , takyahla kita nak merungut or nak menyesal dengan ape yang dah berlaku. Jadikannnya sebagai salah satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih matang dan hensem tabah.

Tahun 2011 merupakan tahun pertama aku mula berblog, dan Alhamdulillah banyak perkara baru sama ada yg baik atau pun tidak baik yg dapat aku pelajari melalui aktiviti ni... Yang penting gunakanlah akal, pertimbangkan dengan iman mana yang boleh memberi manfaat dan mana yang mendatangkan mudarat.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog aku yang tak berapa ohsem ni sama ada yg sengaja atau tak sengaja (ada ke). Segala komen dan teguran amatlah aku hargai memandangkan aku ni selalu terlalai dan sering tersilap. Fitrah sebagai manusia.

Maaf juga buat mereka yang terasa dengan cara aku memnyampaikan pendapat, teguran serta peringatan yang kadangkala agak kasar dan penuh sindiran. Semua yg aku lontarkan tu sebenarnya tak lebih daripada untuk mengingatkan diri sendiri. Bila aku rasa ada yang tak kena dengan diri aku, biasanya aku selongkar blik entri2 dlm blog ni dan baca balik apa yg pernah aku sampaikan. sebab semua tu sebenarnya mesej untuk aku yang seorang lagi.. Aku pada masa depan (terpengaruh ngan cite Doraemon, sori )

Di sini aku ingin mengucapkan  terima kasih sekali lagi kepada pengomen2 tegar blog nih :

TOP COMMENTATOR :
3no gr33ny , Azhafizah, mij@Athirah, Amin, Dysha, CCI, Nurdani, Soly Solicius, Kak Zarini, Sufi dan kak Nor serta ramai lagi yang sudi meninggalkan komen2 yg memberi semangat kpada aku... 
x larat nk senaraikan, ada ramai lgi... (aku senaraikan 10 yang tertinggi mengikut statistik Jab Kaji Cuaca yg terkini)


Dan ini khas ntuk semua warga WLA terutamanya kepada azhafizah dan Adam Azman selaku pengemuda dan tukang kebun WLA kerana sudi menerima aku sbg salah seorang warga WLA...
sebuah group yg sangat mesra alam dan daya kreativiti yg infiniti.. anugerah Allah kepada mereka :)


(poster ni dihasilkan menggunakan MS Office 2007)

Kepada warga WLA, maaf jika ada yang terasa dengan gurauan aku yg kadang2 agak di luar kawalan medula oblongata ni... trimas ntuk semua idea n inspirasi yg dicurahkan.... 
Aku harap 2012 ni walaupun kita masing2 busy tapi ttap meluangkan masa ntuk aktiviti2 yg mengujakan di WLA
majulah seni untuk diri sendiri -Adam Azman

Jauhi kontroversi,
tingkatkan kreativiti,
optimumkan imaginasi,
maksimumkan potensi,
pertingkat kolaborasi,
semarakkan motivasi,
lonjakkan prestasi,
rentasi globalisasi,
atasi obesiti,
hentikan segala halusinasi,
matikan semua ilusi,
bangkitlah dari hibernasi,
buanglah segala hipokrasi,
lengkapkan transformasi ,
sertai demonstrasi,
realisasikan reformasi....
biar gemilang bergenerasi....
-2012-

SEMOGA 2012 DITEMPUH DALAM BARAKAH DAN RAHMAT-NYA



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...