Sunday, 1 January 2012

2012 : Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum....
(entri yang terlewat)

buruk giler sbab buat tergesa2...

Alhamdulillah, berjaya juga kita semua mengharungi tahun 2011 walaupun bermacam suka duka yg melanda. Mungkin ada yang menganggap 2011 yg bru berlalu sbg tahun bertuah dan mngkin ada yang menganggapnya sebagai tahun yang penuh dukacita.

Walau apapun , takyahla kita nak merungut or nak menyesal dengan ape yang dah berlaku. Jadikannnya sebagai salah satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih matang dan hensem tabah.

Tahun 2011 merupakan tahun pertama aku mula berblog, dan Alhamdulillah banyak perkara baru sama ada yg baik atau pun tidak baik yg dapat aku pelajari melalui aktiviti ni... Yang penting gunakanlah akal, pertimbangkan dengan iman mana yang boleh memberi manfaat dan mana yang mendatangkan mudarat.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog aku yang tak berapa ohsem ni sama ada yg sengaja atau tak sengaja (ada ke). Segala komen dan teguran amatlah aku hargai memandangkan aku ni selalu terlalai dan sering tersilap. Fitrah sebagai manusia.

Maaf juga buat mereka yang terasa dengan cara aku memnyampaikan pendapat, teguran serta peringatan yang kadangkala agak kasar dan penuh sindiran. Semua yg aku lontarkan tu sebenarnya tak lebih daripada untuk mengingatkan diri sendiri. Bila aku rasa ada yang tak kena dengan diri aku, biasanya aku selongkar blik entri2 dlm blog ni dan baca balik apa yg pernah aku sampaikan. sebab semua tu sebenarnya mesej untuk aku yang seorang lagi.. Aku pada masa depan (terpengaruh ngan cite Doraemon, sori )

Di sini aku ingin mengucapkan  terima kasih sekali lagi kepada pengomen2 tegar blog nih :

TOP COMMENTATOR :
3no gr33ny , Azhafizah, mij@Athirah, Amin, Dysha, CCI, Nurdani, Soly Solicius, Kak Zarini, Sufi dan kak Nor serta ramai lagi yang sudi meninggalkan komen2 yg memberi semangat kpada aku... 
x larat nk senaraikan, ada ramai lgi... (aku senaraikan 10 yang tertinggi mengikut statistik Jab Kaji Cuaca yg terkini)


Dan ini khas ntuk semua warga WLA terutamanya kepada azhafizah dan Adam Azman selaku pengemuda dan tukang kebun WLA kerana sudi menerima aku sbg salah seorang warga WLA...
sebuah group yg sangat mesra alam dan daya kreativiti yg infiniti.. anugerah Allah kepada mereka :)


(poster ni dihasilkan menggunakan MS Office 2007)

Kepada warga WLA, maaf jika ada yang terasa dengan gurauan aku yg kadang2 agak di luar kawalan medula oblongata ni... trimas ntuk semua idea n inspirasi yg dicurahkan.... 
Aku harap 2012 ni walaupun kita masing2 busy tapi ttap meluangkan masa ntuk aktiviti2 yg mengujakan di WLA
majulah seni untuk diri sendiri -Adam Azman

Jauhi kontroversi,
tingkatkan kreativiti,
optimumkan imaginasi,
maksimumkan potensi,
pertingkat kolaborasi,
semarakkan motivasi,
lonjakkan prestasi,
rentasi globalisasi,
atasi obesiti,
hentikan segala halusinasi,
matikan semua ilusi,
bangkitlah dari hibernasi,
buanglah segala hipokrasi,
lengkapkan transformasi ,
sertai demonstrasi,
realisasikan reformasi....
biar gemilang bergenerasi....
-2012-

SEMOGA 2012 DITEMPUH DALAM BARAKAH DAN RAHMAT-NYA



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

20 comments:

  1. cci pon ado....yap sokong 100% sepenuhnyer ape yg keri katakan tu... ^_^ kene tingkatkan lagi sume yg ade si...si.. dibelakang... ^_^

    ReplyDelete
  2. wah belog pnoh informasi.keep it up:)

    ReplyDelete
  3. selamat thun baru..
    teruskan perjuangan..insyaALLAH segala ususan dipermudah oleh Nya

    ReplyDelete
  4. entri ni ada 'perisa' yang penuh dengan semangat =)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru :D
    blog penuh kontroversi..
    eh,penuh kreativiti...
    group WLA paling bess dan ohsem..

    ReplyDelete
  6. CCI : si...si.. jgn air liur basi dahle haha

    atiqa : thx :)

    ayuni : insyaAllah... trima kaseh

    3no : semangat smpai x leh tido ni... moga semangat ni tak terkubur

    myra : semua warga WLA mmng ohsem!

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2012 untuk Keri.... moga apa yg telah berlaku dlm tahun 2011 semakin mendewasakan kita dan 2012 menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih baik =)

    ReplyDelete
  8. medulla oblongata??? waduh2,, hiperbola molekk .. hahaha,, maaf tooo

    ReplyDelete
  9. Blog keri memang banyak ilmu yang boleh diguna pakai..teruskan usaha anda ok!..maaf juga kalau ada terasa apa apa dengan fiza ok..memang kita tak lepas dari buat kesalahan.gunakan kebolehan di jalan yang betul..selamat tahun baru semoga 2012 lebih baik dari tahun 2011..

    ReplyDelete
  10. Mcm mana nak buat 3D guna excel ni?
    Walllauuuweeeyhhhh~~
    Tutorial!
    HahahaXD

    ReplyDelete
  11. blog yang merapu dari segi kata2nya tapi unsur nasihat dan peringatan tu sangat aku suka.haha. ok aku ada terasa dengan ko tahun lepas

    ReplyDelete
  12. kak zarini : Insya Allah...

    Hadi : maafmu diterima.. haha

    Fiza : thx slalu singgah. moga dpt sesuatu tiap kali lepak sini

    Soly : ^_^

    Mar : tutorial ni yg malas nii... tgh bereksperimen ngan 3D ni

    dani : aku rasa itu satu pujian, jd terima kasih :)
    *kan da minta maaf tu haha

    ReplyDelete
  13. kreatif! 1st time datang terus suka.. :)

    ReplyDelete
  14. Ain Dyaza : kb terbaik! haha

    b-t-k : thx.. nnti dtgla lg :)

    ReplyDelete
  15. kata2 yang penuh si dibelakang nya...apa2 pun selamat tahun baru.... target : takmo jadi penerima anugerah khidmat cemerlang ker? wawawa....

    ReplyDelete
  16. manzarina : ade rezeki dptla. mlas nk target2 ni... asal keje ngan hati berbunga2 cukuple.. :D

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum keri keyro hehehe..Alhamdulillah..Tahniah kerana berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran thn 2011.. Moga byk pengalaman dan pengajran dlm thn 2011 di jadikan ikhtibar dan panduan buat masa depan # baca skrip#

    kak nor tak ada nak ckp ape, just doakan keri berjaya duni akhirat.. mendapat kebrkatan dalam hidup.. dan kak nor suka belog keri ..masyaALLAH.. cara penyampaian pun best.. santai je.. pedas dan menyegat.. mcm belacan... makin pedas makin sedap.. hehehe . sungguhpun mengalir air mata pasti mahu di makan juaaaaa heheheh

    ReplyDelete
  18. Kak nor : Alhamdulillah :) syukran ...
    pedas ke? haha... betul... pedas mmng sedap...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...