Saturday, 7 January 2012

KELANTAN JUGA DIJANGKITI VIRUS?



Love Kelate!!
Mercu tanda di tengah bandar Kota Bharu

2-3 minggu lepas, time cuti kat kampung, adela aku g jalan2 kt tesco kb dan KB Mall ngan member aku ni. Memandangkan aku sudah agak lama tidak ke sana,sekadar mahu tengok suasana dan nak hilangkan keboringan. Bukan beli barang sgt, cuma survey2 barang,  tp agak menyedihkn bila tengok keadaan manusia2 kt sini. Aku cuba membandingkn situasi tu dengan situasi di beberapa bandar lain yg penah aku tinggal, seperti Seremban, melaka, pahang n perak. Memang tak seteruk dan sedahsyat d tempat lain, tp nmpknya negeri aku juga tak lepas daripada dijangkiti virus tabarruj, mendedahkn aurat serta pergaulan melampaui batas antara lelaki dengan perempuan.

Aku cuba mengimbas kembali keadaan 10 tahun yang lalu. Seingat aku agak susah untuk aku  jumpa perempuan yg berpakaian menembus mata (bkn lg menjolok) di tempat sebegini. Kerana pakaian mereka mmbolehkn kita nampak bentuk badan dgn jelas, malah mungkin ada bahagian yg terdedah tanpa perlu pakai cermin mata khas cam dalam cite james bond.

Seramai- ramai perempuan yg aku jumpa, hanya 1 per 8 daripada mereka yg betul2 menutup aurat dgn sempurna, satu jumlah yg masih boleh dianggap ok kerana rasanya kt tempat lain lg teruk. Cuma kat sini jumlah mereka yg terlupa pakai tudung masih sdikit jumlahnya. Dan perlu diingat, menutup rambut atau bertudung  itu tidak bererti telah sempurna menutup aurat. Tapi bagi aku tak sepatutnya keadaan memalukan ni terjadi di sebuah  negeri bergelar Serambi Makkah.


Bagaimana di tempat lain?



Sepanjang pengalaman aku, sebagai contoh di Seremban. Tiap kali aku masuk pasar raya besar sangat susah aku nak jumpa seorang yang menutup aurat dengan sempurna, habis satu pasar raya tu aku jelajahi pun belum tentu jumpa. Hingga aku hampir putus asa. (cewah cam sengaja ke sana nak cari tu je) Bayangkanlah antara beribu2 orang di pasar raya tu tp begitu susah menemui yang betul2 menjaga pemakaiannya. Keadaan yang sama semasa aku berada di Ipoh. Dalam berpuluh-puluh malah mungkin ratus, hanya seorang dua yang menepati syarat berpakaian menurut syarak.

Dan pernah sekali tu last2 aku jumpa seorang perempuan berpakaian menutup aurat dan berpurdah bersama anak2nya yg masih kecil, juga bertudung lengkap di celah2 ratusan manusia yang kebanyakannya hampir bogel. Terasa satu rasa takjub yang tidak terhingga mengalir dlm diri aku. Aku yakin, dia menutup wajahnya bukan kerana malu sebab wajahnya hodoh, tidak, aku tau dia wanita yang cantik sebab semua anak2nya pun comel2 belaka. Dia memilih untuk menjadi seorang yang pelik di tengah2 lautan MANUSIA MODEN itu. Hebat kan? Aku juga tak mampu, andainya aku seorang wanita.

(kesimpulan : bukan sebab tiada lagi perempuan yang suka menutup aurat, tetapi tak ramai golongan ini yang suka berpeleseran di pasar raya tanpa keperluan tertentu. Mereka memilih untuk menjauhi tempat2 yang sebegini. Dan aku, sesekali tergolong dalam golongan yang berpeleseran ini.  ^_^)


Salah siapa? 


Aku bukan mahu menghukum kaum perempuan sebab lelaki pun sama gak, cuma dalam bab aurat, tidaklah ketara mana. Mungkin kedengaran kurang adil bg kaum perempuan,tetapi  keadaan ini sebenarnya merefleks kembali kegagalan sebuah institusi keluarga yg diketuai seorg lelaki. Seorang suami. 

Gagalnya individu  yg bergelar seorang suami membimbing isterinya akan berlarutan sehingga dia menjadi seorang bapa yang kemudiannya menyebabkan anak2 menjadi mngsa kejahilannya.  Hasilnya ramailah lelaki dayus yang hebat dalam kerjaya tapi gagal dalam rumahtangga akan muncul. Janganlah menjadi suami yang hanya tahu membuat anak, tetapi gagal mendidik anak menjadi seorang anak yang baik. Lengkapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu rumahtangga, barulah menuju ke alam perkahwinan.



Mungkin bila dengar aku ceritakan keadaan di kelantan mesti ada fikiran jelek dan suara sumbang yg akan terus mnghukum dn menuding jari kononnya kerajaan yg dipimpin oleh seorang ulama atau tok Guru pun tak mampu membendung masalah ini. Jika ada fikiran begitu memang sempitlah pemikiran orang tu.


Puncanya?

Dan soalan2 yg aku terifkir, kenapa orang kelantan yang kononnya agak terdidik dengan budaya Islam bleh sama terjebak? Bagaimana Virus ni boleh tersebar dengan begtu pantas,?

Bagi aku budaya ilmu di Kelantan cukup bagus, sentiasa ada majlis2 dan ceramah yg mengajak dan menyeru ke arah kebaikan, tapi berapa kerat yang sudi melapangkan masa untuk menghadirinya? (aku juga tak terkecuali).

Bagaimanakah seruan-seruan kebaikan yang sering dilaungkan itu mahu sampai ke hati para pendengar jika jalan keburukan terbuka luas serta seruan ke arah keburukan lebih lantang kedengaran?


Kejutan Budaya

Walaupun kita dibesarkan dengan suasana yg baik, namun jika hati tak benar2 teguh, jiwa tidak betul2 kental, kita tetap akan kecundang saat menghadapi kejutan budaya yang melanda bila kita mula melebarkan langkah keluar dari suasana kebiasaan, dan berada dalam suasana baru, keseronokan yang baru.

Inilah situasi yang sering dihadapi oleh orang-orang yang selama ini tidak pernah bertemu dengan budaya-budaya pelik di depan mata mereka. Paling kerap menimpa golongan pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Matrikulasi atau ke menara gading. Terasa satu suasana bebas tanpa ada lagi keluarga yang memantau setiap gerak geri mereka. Mereka akan cepat terpengaruh dengan “rakan-rakan” baru yang lebih terbuka dan moden penampilannya.


Tuhan Baru , Cerita dan Iklan

Awas! penyakit hati banyak tersebar melalui TV

Ada tuhan baru yg disembah dalam rumah mereka, sebuah peti kecil ajaib yg tak putus2 menyampaikan segala berita dan cerita sepanjang masa. Mungkin agak kasar istilah Tuhan baru, tp logiknya memang begitu kerana mereka menontonnya sehingga lupa /berlengah2 untuk solat. Peti itulah yg banyak mempengaruhi dan meracuni fikiran generasi2 sekarang dengan hedonisme  duniawi serta unsur2 keseksian yang melampau.

Di situlah juga si artis bebas berceramah ideologi kebaratan sebagai ejen propaganda sang Yahudi durjana. Iklan2  kecantikan bertubi2 mengajak kita mendedahkan segala perhiasan tubuh badan yg selama ini tertutup rapi. Heh, betapa mudah jiwa2 yg sedia longlai itu mmprcayai definisi kecantikan mengikut acuan musuh2 Islam. Lupakah kita bagaimana sebuah negara  sistem khalifah Islam terakhir hancur disebabkan dakyah2 sebegini?

Ruang tanpa Sempadan



Dan paling dahsyat, pengaruh hebat yang berkali ganda kuatnya jika mahu dibandingkn tsunami yg meragut puluhan ribu nyawa. Kerana kuasa ini telah mengorbankan jutaan jiwa tanpa kita sedari. Internet, jaringan komunikasi dan maklumat tanpa sempadan. Segalanya hanya di hujung jari. Lantaran bagaimana mahu membendung fenomena ini jaka jaringan ini telah menembusi hampir setiap ceruk kawasan d negara ini!?

Laman web porno, laman gosip dan hiburan, blog fitnah memfitnah, penyebaran gambar lucah secara berleluasa dan bermacam jenis bala bencana merebak pantas di dunia maya. Akses kepada benda2 sebegini terbuka luas, tanpa siapa yang dapat menghalang, bila2 masa, di mana2 , dan oleh sesiapa saja.

Mungkin hanya 1 cara, memutuskan talian ini, tp sanggupkah? Aku orang pertama yg x sanggup :)


Media cetak 


sejauh mana kebolehpercayaan akhbar2 ini?
Contohi mereka?
Majalah separa porno
Yang penting rupa, akhlak belakang kira

Media cetak tak kurang hebatnya. Akhbar dan majalah hiburan yang mempamerkan tubuh2 yang hampir bogel atas nama fesyen dan tuntutan kerjaya. Tak percaya? Cubalah selak lembaran akhbar2 utama tanah air? Berapa peratus daripada gambar yang dipaparkan itu yg mnutup aurat? Aku jamin, peratusannya tersangat rendah, malah kadang-kadang menghampiri angka sifar.

Semuanya seakan satu seruan penuh istiqamah  mengajak kita membuka segala hijab yg menghalang pandangan si ajnabi. Sangat mengerikan bagi sebuah negara yg melaungkan Islam sebagai agama rasminya. Serta pemimpinnya di kalangan Islam yang begitu gah memperjuangkan nasib bangsa dan agamanya. Ironi yg sangat kelakar. Sehingga tak mampu lg untuk kita mentertawakannya.

Jadi dengan segala macam serangan dari setiap sudut yang amat hebat sebegini,  sagala persoalan aku tadi terjawab, tak musathil sebuah negeri yg begitu gigih ditarbiyah juga tak akan terlepas dari bahana wabak penyakit akhir zaman ini.


Solusinya?

Lantas bagaimana? Dengan kuasa yg ada di tangan pihak yang telah mendapat mandat memerintah negara ini, sangatlah berkeupayaan untuk setidak-tidaknya membendung gejala ini. Tapislah siaran2 di  TV, akhbar, dan majalah dengan menetapkan etika2 berpakaian dan pergaulan yg sepatutnya. Jangan mengenepikn segala nalai moral hanya demi mengaut keuntungan semata. Aku percaya, pihak ini mampu melakukan jauh lebih baik daripada itu.

Paling penting, membudayakan ilmu dan cara hidup beragama di semua peringkat. Cantaslah segala bentuk elemen jahiliyyah yang baru berputik. Jangan disekat majlis-majlis ilmu dan ceramah agama yang mula subur tumbuh melata di bumi bertuah ini. Jangan kerana persengketaan politik, majlis2 meraikan ilmu sebegini turut menjadi mangsa, malah seolah-olah begitu takut jika Islam berkembang melalui majlis sebegini. Cukup tidak adil jika hiburan mendapat sanjungan, tetapi majlis ilmu dipandang serong. Jika tidak suka akan kebaikan, jangan menghalang orang lain melakukannya. 

Virus dahsyat ini mampu diperlahankan penularannya. Ayuh, sebelum jiwa2 yg masih sihat juga dijangkiti sama. Jangan biarkan umat ini menjadi korban kerakusan kepesatan arus kemodenan yang menggila ini. Jangan hanya dikejar kehebatan untuk memenangi perlumbaan teknologi serta pembangunan lahiriah, sedang nilai akhlak dan moral tercicir ke tahap jahiliyyah.


PROMOSI! 
TV Al Hijrah : satu usaha yang amat bagus dan sangat kreatif
Jom beli majalah ni. tak rugi
majalah ni pun sangat bagus





















 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Nota kuku kakiku kaku: Kenapa aku asyik tegur, hentam perempuan je dalam bab ni? Sebab aku seorang lelaki. Aku mahu mereka tahu, tidak semua lelaki suka mereka berpakaian sebegitu. Cukuplah. Senaman mata ini amat memenatkan. Amat meletihkan jiwa. Sebab aku kasihankan mereka, agar tidak terus menjadi mangsa, dan diambil kesempatan oleh golongan sejantina aku, yang terkadang juga tersangat bangang. Huh...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

18 comments:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  2. =) aku dlm proses mmperbaiki diri..
    bkn senang nk berubah 360 drjah.. =="

    ReplyDelete
  3. betul tuu Keri..kat peneng lagila..haha..aku nk share kat group kelas aku entri ni boleh kan...majalah solusi mama fi selalu beli ader gak baca cket2...menarik jugak majalah solusi tu :D

    ReplyDelete
  4. Emmet : Alhamdulillah... terima kasih :)

    cekbolat : sama2lah kita memperbaiki diri. Ianya satu proses berterusan sepanjang hayat

    Syarafi : sila2... bleh je...
    SOLUSI SANGAT BEST!

    ReplyDelete
  5. ni lah orang skarang..kalau tak buat camtu,nanti kata kuno la ape la...

    biar dorang bahagia buat camtu kat dunia..kat akhirat lain rasanya..

    *suka entri2 macam ni.

    ReplyDelete
  6. apabila manusia trase besar gini ler jadinya.

    ReplyDelete
  7. nice! peringatan yg berguna.memang sedih la tengok sekarang ni ramai sangat yang menempah tiket neraka.


    semoga djauhkan.

    ReplyDelete
  8. masih mencuba untuk menjadi terbaik..thanks keri.btw,fiza suka tgk astro oasis ^__^.setiap manusia pasti berubah..cuma cepat atau lambat.doakan yang terbaik untuk mereka..dan juga fiza ^__^

    ReplyDelete
  9. jolo2,, klate pon loni gak samo jah .. hile habis doh,, budok skoloh arab pon pakai tudung labuh dale kawase skoloh jah,, duk lluar gak,, ccabut abih .. nauzubillah ..

    hadi sdiri sbg salah satu pimpinan duk skoloh pon sero sedih .. =(

    gapo2 pon,, entri yg menarik!! like it ..

    ReplyDelete
  10. menarik entry ini :)

    suke lepak, suka bukak aurat itu salah diri sendiri.. bukan salah sape2..

    ReplyDelete
  11. kadang perempuan juga malu dgn wanita seperti itu..huhu

    ReplyDelete
  12. jolo boh..kawe pun sedih kelate loni..bagus entry demo..kawe sokong...follow demo boh

    ReplyDelete
  13. myra : putaran masa dunia semakin mengundur... ke zaman kuno

    rayquaz : besar kepale

    Woayles : tiket neraka lebih bnyak dipromosi, sbb tula ramai yg tempah

    Fiza : insya Allah. Biar lambat asal jgn terlambat :)

    ReplyDelete
  14. Hadi : jarang2 blik kelate... x nampok sngat

    kaja : tepuk dada tnya iman

    3no : itulah sifat yg patut ada pd semua orng

    seorng insan : bereh... trimo kaseh

    ReplyDelete
  15. aku sokong. mana2 pun sama saja. suasana disekeliling. nabi dah kata akan datang kemungkaran dari atas bumbung. (maksudnya dari zaman sekarang ialah rancgn tv or astro) mudah terpengaruh..

    ReplyDelete
  16. terbaek la setiap kali baca isi blog ko ni keri..hehe

    p/s: abg sy ada jual majalah solusi...abg nak beli *gaya salesgirl..

    ReplyDelete
  17. L : betul. TV sangat menakutkan. segala yg haram seakan dihalalkan

    BiQa : trimas. eh, meh nak beli 3... :D

    ReplyDelete
  18. TV sekarang seakan2 racun yang paling bahaya :D

    Yang Benar,
    Si Kacak Disebalik Monitor

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...