Thursday, 26 January 2012

Sebuah Analogi: Kisah Si Miskin yang Tak Sedar Diri

(dah lama tak update, bukan MALAS, tapi sebab kurang rajin ^_^)



mulanya ingat nk lukis jalan ceritanya, tapi sebab lukis dlm flash, n flash tu plak selalu tetibe hang time da nk siap, aku give up... sempat wat 2 lukisan jer... hehe




Seorang pengembara yang sangat miskin singgah di sebuah rumah. Tanpa sempat dia mengetuk pintu rumah, tuan rumah yg sedari tadi memerhatikannya terus membuka pintu dan mempersilakan masuk.  Si Miskin meminta belas ihsan Si tuan rumah mmeberikannya segelas minuman penghilang dahaga.

                Si Tuan Rumah yg pemurah itu terus menghidangkan makanan dan minuman yang lazat kepadanya. Si Miskin dengan gelojohnya makan makanan itu sehingga kenyang. Dia kemudiannya meminta izin untuk menumpang tidur di situ. Si Tuan Rumah mengizinkannya dan membawanya ke bilik tetamu.

                Si Tuan Rumah memberi SM sepasang baju persalinan tetapi baju itu agak besar dan kurang selesa. SM merungut-rungut tentang baju tersebut tetapi Si Tuan Rumah hanya tersenyum dan meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan pakaian yg lebih baik.

                Setelah berhari-hari tinggal di rumah itu, sehingga dia mula rasa selesa. Si Tuan Rumah melayan dengan baik, tanpa meminta apa2 balasan Cuma satu pesannya, gunakan segalanya dengan cermat, baik dan tidak membazir. Namun kerana selesanya berada di situ, si miskin lupa siapa dirinya. Dia mula membuat seperti segalanya miliknya. Berbuat sesuka hati, malah seakan2 dia yang menjadi tuan rumah.

                Dia terlupa bahawa suatu hari nanti dia perlu meninggalkan rumah itu. Rumah itu dan segala isinya bukan miliknya. Dia hanyalah seorang penumpang, yang telah melebihi haknya sebagai seorang tetamu.

(maaf, cerita ini hanya rekaan, dan aku telah ringkaskan seringkas mungkin ^^)
.............................................................................................................................

                Kisah itu adalah satu analogi (maaf jika analogi yg aku guna tu kurang tepat/ kurang sesuai) bagi kehidupan kita. Kita sebenarnya boleh diibaratkan sebagai seorang pngembara miskin g tak punya apa, sekadar menumpang di muka bumi Allah ini dengan menggunakan segala yg dipinjam drpd Allah. Jika kita sedar, sebenarnya kita terlalu miskin, terlalu hina untuk mendongakkan kepala apatah lagi mendabik dada mengaku semua ini hasil usaha kita.

                Tapi kita terlalu sombong dan angkuh untuk menyedari dan mengakui semua ini. Sedikit kekayaan dan harta membutakan mata kita. Pangkat dan kuasa menyebabkan kita berasa hebat dan meninggi diri. Pujian daripada manusia membuat kita lupa diri. Itulah kita, seorang manusia yang tak sedar diri.

                Kita lupa hidup menumpang dan meminjam ini ada hukum dan peraturannya. Sedang di setiap negara ada perlembagaan dan peraturannnya, inikan pula kerajaan Allah. Sedang kita membuat pinjaman dengan bank atau PTPTN ada kadar bayaran dan bunganya, tetapi pinjaman drpd Allah semuanya percuma, Cuma ada syarat yang perlu kita patuhi. Syaratnya cukup mudah, nikmat yang dipinjam perlu dijaga seeloknya dan digunakan hanya untuk jalan kebaikan.

                Tetapi malang kerana kita manusia, barang yang diberi percuma takkan dihargai, Cuma apabila ianya ditarik balik, barulah merintih dan menyesal. Inilah yang sering terjadi kepada kita. Diberi mata, tetapi diguna untuk melihat maksiat. Diberi telinga, tetapi digunakan untuk mendengar orang mengumpat dan muzik yang  melalaikan. Diberi mulut tetapi memfitnah, mencaci dan bercakap perkara yang sia-sia. Diberi anggota badan, tetapi diguna untuk memusnahkan harta benda, menyakiti manusia, dan bermacam jenis kejahatan lagi.


Allah s.w.t. berfirman :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”.
 (Ibrahim:34)



                Tak malukah kita? Sudahlah meminjam, tak menjaganya dengan baik malah menggunakannya sewenang-wenangnya sesuka hati kita di hadapan Pemberi pinjaman kepada kita?
 Lupakah kita bahawa Allah sedang memerhati tiap gerak geri perbuatan kita? Atau sudah terlalu hebatkah diri kita hanya sekadar selonggok harta dan pangkat yang kita miliki? Sedarlah, pinjaman itu bila-bila masa saja boleh diambil kembali daripada kita. Siapalah kita untuk menghalangnya?

                Sudah terlalu bijakkah kita sehingga sanggup mengenepikan peraturan-peraturan dan hukum-hukum yg  telah ditetapkan oleh Allah untuk kita patuhi? Atau kerana peraturan yang dicipta oleh kita jauh lebih relevan dan hebat berbanding hukum Allah?

                Jika  tak nak percaya, terpulanglah. Tunggulah saat nikmat hidup kita ditarik balik, bila jasad sudah kaku dan tak mampu bergerak lagi. Tunggu sahaja, saat itu pasti tiba. Janganlah bila sampai masa itu, kita menangis merintih merayu agar kita dihidupkan semula, dikembalikan semula ke dunia untuk menggunakan kembali nikmat2  tersebut untuk perkara2 baik. Sudah terlambat. Tiada gunanya.


Allah s.w.t. berfirman :
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan  bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).”
(An-Nahl: 53-55)


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

11 comments:

  1. analogi tu sgt la tepat utk menggambarkan kita manusia yang hanya menumpang di bumi Allah...mema patut ada rasa malu pada tuan rumah untuk melakukan sebarang dosa..

    ReplyDelete
  2. Bravo.. Entry yg sangat best.. Analogi tu pun mnarik.. ingatkan kisah apa la tadi.. thanks share ya..

    ReplyDelete
  3. ye kita hanya menumpang..bila2 Allah boleh tarik balik

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum keri

    Anologi yang sangat bagus dan amat tepat .. ^^ Bravo ala'ik

    Miskin itu sudah pasti.. jangan jadi miskin akhlak. miskin agama. miskin serba serbi...^^

    ReplyDelete
  5. kadang2 kita lupa semua tu..
    bab pinjaman dari Tuhan tu,susah sangat nak ikut syaratnya.nampak senang hakikatnya susah.:)

    ReplyDelete
  6. 3no : sekali lagi, MALU itu sangat penting :)

    Mr.Doctor : sama2

    Azzah : sewa tak bayar, barang plak dikebas :D

    kak nor : miskin di dunia x mengapa..

    ReplyDelete
  7. cerita yang bagus untuk kanak2 dan byk pengajaran..=)

    ReplyDelete
  8. Myra : manusia mudah lupa

    mij : ntuk kanak2 je ke? ahaks

    ReplyDelete
  9. bagus entri ni..thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  10. analogi yang very the tepat keri:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...