Sunday, 15 January 2012

NIQAB : Ikhlas Kerana Allah VS Tabarruj dan Fesyen


Assalamualaikum....




Sebelum aku mulakan bicara, mula2 aku ingin minta maaf jika isu yang akan aku bangkitkan ni menyinggung mana2 pihak... tapi terpaksa juga timbulkan sebab manalah tau orng yg terbabit ni bakal isteri aku ke nanti.. haha... tinggi sungguh imaginasi aku nih... tp siapa tau, itu bukan kerja kita.

(ENTRI NI DAH SEBULAN AKU SIAPKAN TAPI RAGU-RAGU UNTUK PUBLISHKANNYA)

Mula2 cuba perhatikan gambar yg kat bawah ni... gambar ni aku lukis jela, takkan nak tunjuk gambar betul, kan?






Ape pendapat korang? Bagus kan? Bertudung malah berniqab lagi, nmpak solehah dan baik je...  Ok tak klu wat profile picture kat FB? Okla kan? Menutup aurat ape...

            Tapi... tak rasa lain macam ke? Sejak akhir2 ni makin ramai lak berposing gambar yang menutup wajah dan hanya menampakkan dua bijik mata je... Okla tu klu nak bnding dengan mereka yang berposing free hair, baju sendat, lidah terjelir ,mulut itik dan tayang bodi.

            Cuma mungkin dalam tak sedar perbuatan ni boleh menimbulkan salah faham atau fitnah kepada orang2 yang betul2 ikhlas dan istiqamah dalam memakai niqab demi melindungi maruah mereka dari pndangan ajnabi.

            Sebab apa? Kerana daripada pemerhatian aku, orang2 yang wat photoshoot gambar camtu sebenarnya tak pakai niqab pun kat dunia realiti atau gambar2 lain takdelah sempurna sangat menutup auratnya. Jadi ada kemusykilan sedikit tentang tujuan sebenar mereka bergambar camtu. Dengan gaya yang agak berlebih serta sengaja membesarkan anak mata. Sebab mahu kelihatan cantik tetapi sopan?

            Maaf sekali lagi. Aku sedaya upaya cuba bersangka baik bahawa mereka memang adalah orang2 yang ikhlas mengenakannya, tapi sayang sekali post2 mereka yg lain tidak menggambarkan ciri yang sepatutnya ada pada seorang yang betul2 ikhlas melakukannya demi menjaga serta melindungi mahkota kehormatan mereka. Demi melindungi mereka dari menjadi fitnah.  (ayat2 di atas menggambarkan aku sbg seorang stalker yang tegar? Haha)

            Sungguh, daya tarikan seorang perempuan itu maha hebat. Walau hanya sepasang mata yang kelihatan, tapi jika digayakan dengan aksi manja sebegitu, aku yakin tiada lelaki normal yang hatinya tidak bergetar, keimanannya yang tidak akan teruji serta jiwanya yang tidak sedikit pun terganggu... (cam lebih2 la plak).  Nampak? Betapa dahsyatnya kuasa magnet yang ada pada seorang wanita. Atas sebab itulah diwajibkan menjaga setiap gerak serta tingkah mereka.

            Dan harus diingat, bukan semua lelaki yang melihat anda akan memandang dengan pandangan penuh kehormatan. Pandangan seorang lelaki itu ada berbagai jenis pandangan, bergantung pada tahap keimanannya semasa itu, serta bergantung juga kepada keadaan yang dipandangya.

            Jadi, mudah saja, nilai balik diri sendiri, atas sebab apakah niqab itu dipakai? Mahu menarik perhatian, like serta komen? Demi memenuhi keinginan diri untuk kelihatan lebih menarik? Atau ikhlas kerana Allah. Kerana perbuatan itu boleh menyebabkan orang2 yang kurang faham tentangnya salah faham serta memandang serong kepada pemakai-pemakai niqab yang lain.

            Perlu dilihat kembali tujuan asal digalakkan memakai niqab. Orang perempuan diberi hak dan pilihan untuk memakai niqab, dan jika kita (err... kita?) memilih untuk memakainya bermakna pakai untuk menjaga maruah diri dari pandangan mata yang tak sepatutnya. Bukan kerana mahu kelihatan berfesyen. Jika untuk fesyen, niqab bukanlah pilihannya.

             Jika niqab yg berwarna-warni, atau bergermerlapan dan menarik perhatian, rasanya tercapai tak tujuan asal pemakaian niqab? Tapi realitinya itulah fenomena yg mula timbul di negara kita, sama ada perasan ataupun tidak. Niqab bukan untuk melawa, klu nk nmpak lawa, jangan pakai niqab!

errr? niqab?

            Mungkin aku silap. Dan aku masih harap penilaian aku ini silap. Bukan aku tujukan semua ini kepada mereka yang benar2 memakainya demi menegakkan syariat, tetapi kepada mereka yang telah menyalahgunakannya sehingga boleh menjatuhkan martabat mereka sendiri. Belajarlah menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, kemudian barulah bergerak selangkah lebih ke depan , dengan memakai niqab jika dirasakan menutup aurat yang wajib itu masih belum mampu menahan pandangan nakal lagi merimaskan itu.

            Dan kepada mereka yang memilih untuk tidak mengenakan niqab, janganlah memandang serong kepada mereka yang memilih untuk berniqab ini. Kagumilah mereka. Mereka sanagt hebat, dan patut dipuji. Dalam semua manusia sibuk berhias dan bertabarruj, mereka memilih untuk memelihara diri mereka, kerana Allah, dan hanya menyajikan indahnya rupa paras mereka hanya untuk suami-suami mereka.

            Percayalah, dengan adanya golongan-golongan seperti ini, sedikit sebanyak rahmat Allah turut terkena tempiasnya kepada kita di negara ini. Dan bala bencana dielakkan menimpa negara kita. Ucapkanlah terima kasih kepada mereka kerana telah menyejukkan pandangan di muka bumi ini. Janganlah diperli dan disindir kononnya tidak sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Mereka telah memilih untuk menahan kepanasan yang tidak seberapa ini, demi sebuah Syurga yang dingin dan nyaman sepanjang  hidup mereka di alam selepas ini.

            Berani dan sanggupkah kita meninggalkan sedikit nikmat di dunia ini seperti mereka? Jika tidak, cukuplah kita sekadar menghormati pilihan mereka. Jika kita tak mampu berbuat kebaikan sehebat itu, janganlah kita pula membencinya.  

Sekali lagi, maaf jika tersilap bicara terguris rasa.

maaf kepada pemilik2 gambar di atas, hanya sebagai contoh. Moga Allah memberkati mereka. 


- Cukuplah sekadar menutup aurat, tanpa niqab, jika itu yang termampu-


Wallahua’lam






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

23 comments:

  1. Assalamualaikum keri..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..^^

    setuju dengan ulasan keri mengenai pemakain niqab ni.. kak nor lihat sekarang sudah menjadi trean skrg pamakaian niqab ni.. Alhamdulillah jika benar kerana ALLAH dan demi menjaga maruah serta mlebih mendekatkan diri denga amalan soleh..

    Berniqab tetapi bertabarruj.. ini munkin terjadi.. kak nor selalu je nampak... hehehe.. sbb tu bila berniqab dan berjalan di khalayak ramai.. ada anggota lain yg turut di 'niqab'kan > ken afaham maksud berniqab tu sendiri...

    kak nor beri pengalaman kak nor ye..
    kalau kak nor ke salon..sebelum ke party dan mana-mana wedding di sini.. dan kemudian da mekap n now nak keluar masuk ke kereta.. even dalam kerete..

    kami tak pakai niqab.. kami selubung seluruh wajah.. mmg mata pun tak nampak. sbb kami da alas dengan kain warna itam tu..(tudung abaya)..

    so kat sini.. maksudnya even berniqab.. harusla tidk di tonjolkan secara berlebihan keindahan mata tu ^^ jadi lain pula..

    ReplyDelete
  2. betul,, riyak tu susah nk elakk,, hm, -muhasabah diri-

    p/s: saya pon suka jadi stalker fb,, har2,,

    ReplyDelete
  3. Kak Nor :
    wah, pnjag huraian, bleh wat entri nih.
    haa.. tula yg saya nk bgtau sebenarnya tp x reti nak explain camner.. syukran sbb tolong tambah.

    Hadi :
    stalker berhemah. takpe kot haha

    ReplyDelete
  4. kdg2 kita boleh je guna cara halus kepada mereka yang suka sangat posing sebegitu dan telah mencemarkan purdah secara sengajanya...

    apa kata kita puji saja penampilan mereka..dan tambah lagi dengan berkata..cantiknya andai kamu teruskan begini..bukan saja dalam gambar tapi juga menjalani hidup diluar..dan malulah kamu dengan purdahmu dengan berlaku baik...

    macam mana?? jom cuba dulu!!

    ReplyDelete
  5. ye lor..sekang ni bnyak sangt wat camtu... sbb nk nmpak cantik jerk...tmbh2 artis sekang..pon sama gak..hermm...

    ReplyDelete
  6. Mereka sanagt hebat. SANAGT hebat. muahahahahaha.

    ReplyDelete
  7. 3no : idea bagus tu.... tp biar orng pompuan la yg tegur cmtu. tkut klu saya yg tegur kang jatuh hati plak puji2 camtu. hehe

    CCI : semua pengaruh movie Ayat2 Cinta. bagus tp x kena caranya.

    Fyfy : err.. bnyak2 prkataan yg tu jugak yg ko tengok.. typo .. tak sengaja..

    ReplyDelete
  8. errrr...sapakah yang akan jatuh hati tu? si penegur ke yg ditegur?? huhuk

    ReplyDelete
  9. setuju..ianya bagi fitnah pada mereka-mereka yang sememangnya berniqab demi menjaga maruah diri...sebagai contoh, di ipt pun, ada yang berjubah berniqab di dalam kampus semata-mata nak mengelakkan orang untuk kenal diri mereka yang tidak menutp aurat ketika di luar kampus..'bijak' kan? haish ni pun mmberi fitnah kepada mereka yang berpurdah... =_=

    ReplyDelete
  10. 3no : err.. bergantung pd situasi la tuu ... xleh bg jawapan :D

    Ckin : eh, yeke? first time dgr ni. apepon, terpaksa lah bersangka baik kpd mereka. *selagi boleh

    ReplyDelete
  11. seronok tengok dan sejuk mata memandang org berniqab ni..sukaa..moga2 ke arah sana..=)

    ReplyDelete
  12. aku rasa ni komen tependek : i like this entry! teringin juga.. tapi skrg ni hanya buat yg temampu.. insya allah one fine day..thanks atas perngkongsian ni :)

    ReplyDelete
  13. hamba datang untuk mengkhabarkan tuan hamba telah direview di halaman hamba..ehehhe


    http://3nogr33ny.blogspot.com/2012/01/segmen-nasz-aku-dan-rakan-rakan.html

    ReplyDelete
  14. manusia sentiasa nk tunjuk yg dia tu cantik...

    jom bca kejap..=0
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

    ReplyDelete
  15. Cc suker sangan ngan orang pakai purdah ni, tapi kalau berpurdah, tapi mata dimake-up sampai mcm nak menggoda, tak guna jugak..

    tapi, suami yang ada isteri berpurdah patut berasa bangga sebab kecantikan isterinya hanya untuk suami jer..

    ReplyDelete
  16. ipar kak citra juga pernah ditegur oleh kadi semasa handak nikahkannya (waktu menikah tu dia berpurdah) adakah dia memang berpurdah atau hanya fesyen tuk menikah ni sebab bole jatuh haram hukumnya jika cuma masa menikah jer berpurdah atas sebab trend @ fesyen.. jadi berhati2lah kita nak menutup aurat kerana hukumnya wajib bukan sebab hanya fesyen yg boleh mendatangkan dosa plak..

    ReplyDelete
  17. mij : insya Allah. :)

    BiQa : pendek ke? insyaAllah, yg penting tekadkan niat

    3no : sangat2 berterima kasih :D

    L : fitrah. suka cantik. bila cantik mahu tunjuk

    CC : yup. kecantikan wanita hnya utk suaminya. sweet gitu haha

    kak citra : thks kongsi ilmu baru. bru tau :)

    ReplyDelete
  18. wanita itu memang ciptaan terindah..

    ReplyDelete
  19. bagi yg ingin berniqab.. niqabkan dulu hati sebelum meniqabkan wajah..penuliasan yg bernas..amni like.. :)

    ReplyDelete
  20. entry penuh maksud dr pandangan seorg lelaki...

    terime kasih ...

    ReplyDelete
  21. As'kum. nak copy gmbr pakai niqab buat prof pic blh?

    ReplyDelete
  22. Betul ape yg antum katakan… smg Allah swt memberkati usaha antum dlm berdakwah n memberi nasihat yg baik kpd kami yg berniqab ini… kami khilaf n sentiasa memerlukan teman yg blh memimpin kami ke arah nawaitu lillahi ta'ala… =) buat sesuatu utk sukakan Allah bukn utk sukakan selain drp Allah swt… itu Benar kn shbt!!!
    Terima kasih skl lg… (^_^)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum sahabat sahabat ...
    alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah diberi hidayah untuk berhijrah..tetapi sejujurnya ummi berbicara bahawa ummi memang setuju dengan apa yang admin luahkan kerana ummi sendiri tidak menonjolkan diri dan tidak suka bergambar...apabila berpergian ummi lebih suka bersama keluarga secara berjemaah kerana dengan itu tidak mendatangkan fitnah...
    bergambar walaupun berniqab atau berfurdah tetap menarik perhatian...
    ahlia ieja...
    syabas ummi ucapkan...
    semoga Allah memberimu kekuatan untuk terus mengamalkan dalam kehidupan...
    sekiranya ahlia ingin lebih mengetahui tentang cara pemakaian niqab sila hubungi ummi di fb ummi (Izah Ayang)..in sha Allah kita sama2 bermuzakarah kerana Allah dan semoga ada keberkatannya...aamiinn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...