Tuesday, 10 January 2012

TIPS PRU13 : Pemimpin yang adil



Ramai yang bilang, politik itu kotor...
Ramai yang kata, politik itu merosakkan,
tapi tidak bagi aku
Politik itu suci.. lagi menyucikan
Dengan politik rasuah dibanteras
Dengan politik keadilan ditegakkan
Dengan politik, panji2 Islam dikibarkan
Dengan politik hak2 kita dipelihara
Dengan politik umat manusia disatukan
Dengan politik, kemakmuran negara bertambah.
Dengan politik kekayaan negara dikongsi bersama

Tapi harus diingat,kita semua manusia biasa,
Tak lari dari salah dan silap,
Perkuatkan ukhuwah, saling memberi teguran
Buang yg keruh ambil yang jernih
Jika dirasakan semuanya kotor, hina dan songsang
Pilihlah  mana yang paling kurang mendatangkan mudarat
Pilihlah mana yg lebih mendatangkan manfaat,
Bukan hanya duniawi..
Tapi dimensi yang lebih abadi
PRU 13.. realisasikan segalanya
Tunaikan hak anda...
Tapi ingat, setiap pilihan kita... akan dipersoal kelak
Insya Allah, yang benar akan tetap benar,
Yang batil pasti tersungkur layu...

Pilihlah  calon yang berjaya sebagai seorang ketua keluarga, berjaya mendidik ahli keluarganya mengikut jalan-Nya.
Seorang ketua keluarga yang berjaya belum tentu layak menjadi seorang pemimpin masyarakat,
Tetapi seorang pemimpin yang adil dan baik tentunya datang dari salah seorang ketua2 keluarga yang bijaksana.
(kalau keluarga sendiri gagal diurus, bagaimana mahu memimpin jutaan manusia?)
Undilah calon yg dihormati dan disayangi kerana wibawanya, bukan kerana kuasa dan pangkatnya.
Renung-renungkan sambil termenung....

Di sini aku nak kongsikan sebuah lagu... terimalah....



Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


-monolog by keriikhw@n-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

7 comments:

  1. mari..lah...mari...kita mengundi... ^_^ btol2.. mengundi tanggungjawap kita..

    ReplyDelete
  2. jom jom mengundi pada yang dah bole mengundi tu

    ReplyDelete
  3. penin pala nk pikir siapa nk di undi..haish

    ReplyDelete
  4. hamba suka ayat ni

    Pilihlah calon yang berjaya sebagai seorang ketua keluarga, berjaya mendidik ahli keluarganya mengikut jalan-Nya.

    sbb bg hamba kepimimpinan itu bermula dari rumah sebelum memimpin orang lain

    ReplyDelete
  5. cci n Fiza : jgn lupa bawak ic :)

    mij : pikirlah elok2.. dngan hati yg tenang :)

    3no : pimpin diri, keluarga barulah ke peringkt lbih tinggi

    ReplyDelete
  6. setuju dengan entri ini. politik mmg bersih cuma dilihat kotor kerana salah pencorak yg mencorak dunia politk lantas dilihat kotor. oleh sbb itu, kita ada tanggungjawab memilih pemimpin dlm corak dunia politik dan pentadbiran negara.

    jika mereka salah, dgn berani lantang dan beradab menegur mereka bkn main hentam dan maki tanpa ada adab dan membelakangi akhlak. menegur mereka tidak salah, sbb kita sememangnya tak akan lari drpd melakukan kesalahan. :) tegur sblm melarat.

    ReplyDelete
  7. riffzam:
    Kita (rakyat) sebagai pencorak... sebab kita yang memilih corak(pemimpin) yg kita suka... jika cantik corak yg dipilih, cantiklah hasilnya... jika buruk, sebaliknyalah yg berlaku.

    *tak salah menegur dgn "keras" tp bukan mencarut n mengarut... sebab kata2 kita merefleks kembali peribadi kita

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...