Friday 11 May 2012

Couple Untuk Kahwin?




Aku couple sebab ikhlas mahu kahwin ngan dia!
Ustaz kata, klu niat untuk kahwin takpe. Kalau main2 tu yang takleh.
Aku sayang dia, dia cinta aku. Jadi tak salahkan kalau kitorang teruskan hubungan ini sampai ke jinjang pelamin?

Bukannya kitorang buat benda salah, bukannya kitorang terlanjur. Kitorang masih tau halal haram. Betul dan salah.
Kitorang tak pernah keluar dating kat tempat sunyi.  Selalunya kat tempat ramai orang. Terang benderang plak tu . So, tak langgar syariat kan yang larang berdua-duaan di tempat sunyi?

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Keluar pun jarang-jarang. Biasanya mesej-mesej je. Call pun sekali sehari je... tu pun sebelum tido.
Jadi, tak salah! Aku akan kahwin ngan dia! Kitorang tengah berusaha buat persiapan untuk kahwin!
FAHAM????  Err.. Cuma tarikhnya belum pasti... tapi harinya pasti akan tiba..

Dan masa pun terus berlalu.............

Itulah antara hujah dan alasan menyedapkan hati pasangan-pasangan merpati dua sejoli yang sedang asyik memadu asmara.
Yang sedang hanyut dalam khayalan cinta syurga ciptaan sendiri.
Panahan cinta membutakan hati. Menyempitkan akal dan membekukan fikiran.
Menggunakan alasan kononnya niat berhubungan adalah di landasan benar. Niat yang betul.
Semuanya konon mahu ditamatkan dengan akad. Menyatukan dua jiwa menjadi satu dengan ijab dan kabul.
Maka berterusanlah  episod cinta penuh indah melayan amukan nafsu yang tak pernah reda.

Betul, tak dinafikan perhubungan untuk perkahwinan memang dibolehkan, tapi bagaimana?
Ada syarat yang perlu dipatuhi, ada peraturan yang membataskan. Ada jalan yang disediakan.
Bukan sewenang-wenang mencipta takrifan cinta sendiri, menyediakan pelbagai hujah dan alasan semata menghalalkan tindakan sendiri.

Adakah budak2 sekolah bercouple dengan tujuan untuk berkahwin suatu hari nanti dibolehkan?
Adakah pasangan remaja yang belum tahu hala tuju hidup sendiri layak mengekspresikan cinta seteguh gunung padahal belum ada apa2 persiapan ke arah itu?
Tiada sebarang persediaan, tiada sebarang jaminan, tetapi begitu berani menyunting sekeping hati menabur hamparan janji.

Eh, kalau dah bertahun-tahun bercouple tu dah bukan untuk kahwin namanya. Dah lunyai usung ke sana ke mari macam dah kahwin pun. Entah apa lagi yang nak ditunggu.

Dunia ini penuh dengan babak-babak yang tak terduga. Kadang2 kita mencipta skrip, cuba menjalani kehidupan dengan plot yang kita suka. Namun belum sampai klimaksnya tiba-tiba sudah sampai penamatnya. Terpaksa mencipta skrip dan plot cerita yang baru.
Kita hanya merancang dan Allah menentukan apa yang lebih baik buat kita.

Mata aku jadi saksi. Betapa banyak kisah cinta yang terjalin bertahun kecundang musnah saat gerbang bahagia telah terbuka luas.
Rupanya semua fatamorgana. Khayalan yang nampaknya indah tapi hilang lenyap bila menghampiri.
Perjanjian cinta zaman sekarang cukup mudah. Cukup sekadar janji manis yang belum tentu kesahihannya untuk menjalin satu hubungan.

“Dia jodoh aku. Dialah orang yang dicipta untuk aku” begitu lantang dan yakin kata itu dilafazkan (kat status facebook pun ada) padahal baru berkenalan dan berhubung tanpa apa2 ikatan.
Lakonan di pentas dunia cukup hebat. Tak dapat dibezakan antara lakonan dan realiti.
Time couple semuanya nampak baik, romantis dan indah. Kenapa?
Sebab semuanya hanya lakonan. Semuanya cuba menonjolkan sisi baik diri sendiri dan pada masa yang sama sisi gelap cuba ditutup sebaik mungkin.
Maka terpedayalah pasangan mereka. Saling memperdayakan dan menipu.

Bila tiba saatnya, semua terbongkar. Dan perasaan dikhianati menjengkelkan hati. Lantas pergaduhan tercetus dan membawa kehancuran kisah romantis yang terjalin sekian lama. Dalam sekelip mata.
Dan saat itu dirasakan dunia bagaikan terbalik, mengulang kisah bagaimana bumi diterbalikkan sehingga terbentuknya Laut Mati.
Segala pengorbanan selama ini dirasakan sia-sia. Tidak berbaloi. Kisah cinta yang dicanangkan terkubur sepi tanpa nisan. Gelap.



Semua terjadi kerana keangkuhan diri sendiri. Begitu ego membelakangkan amaran Allah. Begitu yakin dengan perancangan sendiri. Biarpun niat sudah betul, namun jalannya begitu terpesong.
Berkat dalam perhubungan tidak pernah diambil kira, janji Allah dipandang sebelah mata, fitrah sendiri diabaikan kerana kemanisan yang dipandu nafsu.
Suatu hari nanti balasan dan kebenaran akan tiba di depan mata.

Perhubungan yang tidak berkat. Jika terbina keluarga darinya, jika tercipta zuriat daripada perhubungan itu, mungkinkah tanpa izin-Nya bahagia akan tercipta?
Itulah jawapannya kenapa pasangan COUPLE sweet romantis manis bergula juga akhirnya kecundang.

JIKA LANGKAH YANG DIMULAKAN TEMPANG, JALAN YANG DILALUI SONGSANG, JANGAN MERUNGUT JIKA PENGAKHIRANNYA GAMPANG!

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Al Israa' ayat 32-





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

25 comments:

  1. kalau jadi mcm org dulu dulu bagus gak kan keri..family yang uruskan..lepas sekolah terus family kahwinkan..xde timbul kes nak couple ni semua..pelik gak budak budak sekolah zaman skang ni time sekolah je dah bercouple..sampai bertukar2 couple pun ada..

    ReplyDelete
  2. walaupun bercouple berniat untuk kawen, tapi tetap tak boleh berlebih2 jugak kan , hihi

    ReplyDelete
  3. kak citra ada gak couple dulu tapi mak bising tak bagi couple2 kalo nak kawen tu yg suami terus masuk minang.. alhamdulillah umur 31 anak dah 10 tahun yg besar :)

    ReplyDelete
  4. berdasarkan pemerhatain daripada keluarga hamba sendiri..jodoh yang ditentukan keluarga lebih bahagia selepas kahwin berbdaning dengan yang bercinta bagai nak rak ni..huhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum keri...mmg betul tu kalau ada niat nak berkahwin pun tapi x boleh melebih2 kena kawal hati,nafsu dan perasaan...:)

    ReplyDelete
  6. azzah x couple sbelum kawen..first time hasben nampak,terus masuk minang...lepas kawen baru couple.

    ReplyDelete
  7. xpyah kapel2, da berkenan terus je dirikan masjid.. lebih barakah

    ReplyDelete
  8. nice entry....semoga kita terhindar dari zina dan semoga kehidupan kita sentiasa diredhai oleh Allah...benda ini juga menjadi satu peringatan pada diri ena

    ReplyDelete
  9. Fiza :
    camne nak serah kat femili sbb sume dh ada pilihan masing2 :)

    CC:
    ada batas dan syaratnya ^^

    Kak citra:
    kalau dh ada tu cepatla, kan haha

    ReplyDelete
  10. 3no:
    kalau pilihan kluarga tu memng terbaik, terima jela. tp klu tak setuju bersebab, bleh tolak :)

    mama maszull:
    mencegah lebih baik :)

    Azzah :
    patutla lepas kawen pun sweet je :D

    ReplyDelete
  11. Dysha:
    msalahnya ramai yg belum bersedia nak beli bahan2 bina masjid tu. tp gedik gak nk kapel XD

    Ainaa:
    Insya Allah :D

    ReplyDelete
  12. jaga2 dalam perasaan. orang2 dulu best. kekal berdua dengan anak2 ramai sampai sekarang. contoh terbaik tok nenek dengan mak ayah kita...wuwuuuuu

    ReplyDelete
  13. dani :
    org dulu2 x pndai berlakon. orng skang terlebih pndai berlakon. sblum kawen kemain lg, dh kawen habis keluar prangai sbenar.

    ReplyDelete
  14. skrg ni ada ke org couple niatnya mcm tu? hehehe.

    ReplyDelete
  15. kebanyakan bdk2 skg ni hanya nak seronok2 je kn.. erm, tak sabar dh nak kawin

    ReplyDelete
  16. Alya :
    err..pantun ke camtu? :)

    Eyfa :
    ramai. cuma silap pilih cara

    babycomel:
    kawin cepat2 :D

    ReplyDelete
  17. Bismillah..
    Assalamualaikum keri :)

    "Jika najis tu .. najis juga.. tidak ada alternatifnya.tidak ada ..tidak ada.. tidak ada... :)"

    Ramai beranggapan "cinta islamik" itu halal..sedangkan ia hanyalah satu penipuan dari syaitan untuk mereka yang lemah "jiwanya" :)

    ReplyDelete
  18. Kak Nor:
    couple islamik mmng xde. tp Islam ada "pertunangan" . perhubungan sblum kahwin yg mana pertemuan hnya untk urusan prkahwinan yg ditemani mahram :D
    *betulkan jika saya silap ^^

    ReplyDelete
  19. Benar..
    Adanya pertunangan..
    Bersyarat.
    Hatta syarat sudah bertunang pun..
    sama sahaja dgn seperti belum bertunang..Batas2 nya sama :)

    Takde call2 nak suruh bangun tahajud la..Nak reminder solat sunat dhuha la..
    apa la.. semua la,, alasan akan berkahwin :)
    buat mcm biasa :)Sbb tu tunang jangan lama2. terus kawen is better :)

    ReplyDelete
  20. ada orang kata kalau bercouple niat untuk berkahwin n dah janji dengan pasangan tu nak berkahwin dah kira bertunang .. betul kea ?

    ReplyDelete
  21. ada orang kata kalau bercouple niat untuk berkahwin n dah janji dengan pasangan tu nak berkahwin dah kira bertunang .. betul kea ?

    ReplyDelete
  22. Salam...Tumpang Iklan Ye..

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    BBQ CORNER (PERCUMA)
    1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
    Stall & Buffet Berasingan
    Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan

    Hubungi:
    Ayu
    017-975 1039 (Call/Sms)
    017-925 7897 (Whatsapp)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...