Saturday, 19 May 2012

JOM FIKIR TENTANG MATI!!!!! (Kalau takut jangan baca)





Mati...
Perkataan yang kita sering lupa...
Atau sengaja dilupakan
Kerana bunyinya sudah cukup meremangkan roma
Benda yang kita takut dan kita tak suka
Biasanya akan cuba kita lupakan
Paling kurang buat-buat lupa
Kalau boleh, ramai yang tak nak mati
Atau kalau mati, biarlah boleh hidup semula
Macam kepercayaan sesetengah agama
Dihidupkan semula sebagai pokok, burung, atau orang lain
Kalaulah wujud Dragon Ball... kalaulah....

Sebab tu kita rasa selesa
Kononnya hidup rasa macam panjang lagi
Sebab umur masih muda, boleh enjoy
Dah tua nanti boleh taubat
Masa tu barulah fokus pada ibadat
Tu pun kalau sihatlah, kalau tak uzur
Tapi ramai jugak orang tua , jiwanya masih “muda”
Nafsunya masih tetap muda
Sampai ke tua tak tua-tua

Aku pun sama jugak, macam kebanyakan orang
Ada masa ingat, ada masa lupa
Masa lupa, seronok semua benda nak dicuba,
Masa teringat MATI, insaf kejap
Beria bertaubat teresak-esak
Lepas tu lupa balik
Kembali kepada perangai asal
Biasalah, manusia kan mudah lupa.

Hari ni buat dosa, tapi rasa biasa-biasa
Takde rasa berdosa buat dosa
Tenang je sebab dah terbiasa
Alah, orang lain pun ada yang lebih teruk
Aku ni kira baik, oklah lagi
Maka terus selesa dalam berdosa
Tiada rasa bersalah atau serba salah
Hari ini berlalu normal, macam semalam

Hari ini nampak orang buat maksiat,
Biasalah, orang muda zaman sekarang
Kita dulu pun pernah muda, sama jugak
Nanti bila dah matang dan pandai berfikir insaflah tu
Itu perkara biasa, tak perlu diheboh
Nanti kau dicop ketinggalan arus moden
Orang moden dan maju kena berfikiran terbuka

HOI!!!!
 kau,kau...kau dan kau... termasuk aku...
Walaupun majoriti penduduk dunia buat perkara sebegitu
Kalau salah tetap salah
Kalau dosa tetap dosa
Bukan kira biasa atau tidak
Jangan nak amalkan prinsip demokrasi suara majoriti kat semua tempat
Cukuplah di parlimen nak berbahas pasal demokrasi
Tau tak, majoriti penduduk dunia ni PENGHUNI NERAKA?
Ikutlah sangat majoriti tu


Tadi kau buat dosa, bercium berpeluk dengan “bakal tulang rusuk ko”
“atau bakal pemilik tulang rusuk ko”
Pastu tersengih puas, lepas nafsu dilampias,
Tetibe ko MATI
MATI.... berpisah roh dari jasad
Agak-agak boleh rileks ke dalam kubur tu?
Agak-agak lepas tak nak masuk syurga?
Agak-agak boleh lepas ke dari tergelincir ke NERAKA?
Eh, lupa ko dah sembahyang Asar dah sebelum keluar dating tadi
Mungkin boleh masuk Syurga kot. Mungkinlaa....
Jangan tanya aku, aku pun tak tau...
Aku pun belum tentu mana hala tuju nanti

Itu hanya contoh,
Yang dipilih dari banyak-banyak contoh
Tak payah nak terasa sangat.

Bila dah lupa tentang mati,
Sebab terlalu seronok dan cinta pada dunia,
Hati akan mati
Bila hati mati
Susah nak menangis bila teringat dosa
Susah menangis bila terkenang azab Allah
Itu tandanya hati dah hitam
Gelap dan legap
Tak payah scan. Tengok akhlak pun dah tau


Bertaubatlah, berubahlah!
Takpe, tunggu ESOK...
Esok masih ada...
Tapi...
ESOK SELALU DATANG
TAPI TAK PERNAH TIBA
Mungkin apabila “STOK ESOK” sudah habis
Baru nak menggelabah,
Time tu dah terlambat
Sebab kau dah MATI.
Atau KIAMAT sudah datang.


HAHAHAHA! Padan muka korang! 
Syaitan-syaitan bersorak menang.








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. benar manusia mudah lupa.. bila diingatkan taubat sekejap pastu tau buat lagi.. jgn terus alpa dan menyesal kemudian hari.. thanks keri entry yg menusuk kalbu menyedarkan hati..

    ReplyDelete
  2. entry yg bole buka mata + minda...x dinafikan manusia mudah lupa...walaupn sntsa beringat, tp dgn hasutan ttp tlupa...jd sntsa berusaha berubah ke arah kebaikan...

    ReplyDelete
  3. bgus entry ne, ingt dan mengingati.. memg mudah lupa n ambil ringan tp bila kta ingat saat kematian dan keadaan yang akan kita alami dlam kubur atau akhirat nanti, akan buat kita takut dan insaf, 2 sebab memang wajib kita ingat mati sb mati xkira umur, tmpat dan masa.. anytime je!! so get ready

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana mengingatkan. Biasa la, manusia memang selalu lupa. Jadi ingat mengingati especially tentang mati ni tersangatlah penting. Thanks again!

    ReplyDelete
  5. kalo kita ade nk bnde jahat..senang jer ubatnyer iaitu ingat mati...konfem akn pkir balik...

    ReplyDelete
  6. kita hidup ni sentiasa buat dosa tanpa sedar atau tak..insyallah akan sentiasa ingat..

    ReplyDelete
  7. biasa bila dlm susah je kita akan igt Allah dan nk dekatkan diri dgn Dia dengan bertaubat dan sebagainya..tak pon masa nak dapatkan sesuatu pertolongan...barulah sibuk2 buat solat taubat, tahajud dan semua2 tu..huhu

    hipokrit manusia dengan Yang Maha Pencipa memang tak terbilang banyaknya..dan entah bila hamba juga dapat mengelak daripada semua yang diperkata..huhu

    ReplyDelete
  8. Kak Citra :
    takpe2.. jgn putus asa utk bertaubat :)

    iEdA:
    sebab tu kena pilih kawan. biar kawan tu boleh tunjuk ke arah kebaikan

    Dysha:
    takutnya kalau tetibe mati time penuh dgn dosa -_-

    nana:
    sama-sama. sekadar usaha yg sedikit :)

    ReplyDelete
  9. jelah :
    kalau ingat baguslah. tp kadang2 terlupa terus hidup ni sekejap je

    Azzah :
    takut bila terbiasa dgn dosa. dosa tu tak rasa cam dosa dah. kena ada yg sentiasa ingatkan kita :)

    3no :
    yup. ujian kesenangan kadangkala lebih susah utk dihadapi berbanding ujian berbentuk musibah

    ReplyDelete
  10. harap kita kembali padaNya dalam keadaan beriman..amin

    ReplyDelete
  11. beringat sentiasa tignkatkan amalan.insyaAllah

    ReplyDelete
  12. ♥ ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara :)

    ♥ Mati itu terlalu lazat
    bagi syuhada di medan jihad
    oleh itu wahai sahabat
    sentiasalah kita beringat :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...