*********************** TIGA ***********************
“Hmmm, buhsannyeee” Dia menekan button post. Mahu menguji
trafik di facebook.
Sebaris ayat pendek itu bertubi-tubi menerima like dalam sekelip
mata. 527 likes dalam masa 1 minit. Meena tersenyum lebar.
Dia mula mengupload gambar pertama duckfacenya ke dalam album
‘Bila aq Buhsan’.
Captionnya macam biasa “ saya burok, tak canteq macam girlfie kamoo”... ayat yang
menjadi taktik ramai gadis belasan tahun
untuk menarik banyak komen dan like.
Bibirnya menggetap geram sambil memandang broadband yang
kadangkala dipanggil “Berukband” kerana kelajuannya yang hampir sama dengan
kelajuan seekor siput babi memanjat Tembok Besar China.
5 minit menunggu. “Siput babi.. siput babi.. siput babi...
siput babi...” Meena menggerutu.
Akhirnya gambar berjaya diupload.
Meena pejam mata. 1...2...3.... dia buka matanya semula.
Tersengih.
999 likes terpampang di skrin. Dan angka itu terus bertambah.
Meena menekan hidungnya yang mula kembang, bimbang terkoyak.
“ mana ada buruk, cantik la awak ni”
“ fuuuh, perempuan Malaria terakhir, boleh berkenalan?”
“Rambut you nice laa... seswai dengan muka u”
“Subhanallah, cantiknya...”
“aww, akaq santek sanad2.. adeq jelly taw”
Dan banyak lagi komen yang menambah bunga-bungaan di taman
hati Meena.
99% komen dari kaum lelaki.
Meena tambah semangat untuk upload gambar kedua.
Chatboxnya mula dihujani sapaan mesra bertalu-talu sama ada
dari orang yang dia kenal mahupun tidak.
Meena leka sendiri melayan karenah lelaki-lelaki gatal yang
cuba mengayat dan mengoratnya.
Dia cukup lemah bila dipuji. Dirasakan seperti mahu terbang.
Langkahnya bagaikan tak mencecah tanah.
Terbang bagaikan pontianak harum yang menyundal di tengah malam.
Meena sendiri pun kadangkala lupa berapa ramai lelaki yang
menjadikannya sebagai adik angkat. Itupun selepas menerima tapisan ketat
darinya.
Baginya dia tak memilih, cukuplah handsome dan berduit. Yang
rupa paras tak menarik semuanya Meena dah ‘block’ awal-awal.
“pegi matilah. Dahlah muka tak hensem, poket pun kering. Ada
hati nak tackle aku. Haktuihh” Meena meludah ke lantai. Kahak hijau pekat
berlendir itu seakan satu terapi buat Meena setiap kali berasa marah.
Meena sekilas menjeling jam di dinding. 3.45 petang. Maknanya
dah hampir 4 jam dia mengadap skrin komputer.
Dia teringat bahawa dia belum menunaikan Solat Zohor lagi.
“Takpe. Kejap lagila aku sembahyang. Kesian pulak nak tinggal
mamat-mamat ni yang tengah syok layan aku chat” Sifat belas kasihan Meena yang
tinggi menyebabkan dia terus melayan.
*********************** EMPAT ***********************
Ah! Tiba-tiba Meena melompat dari katil. Lagaknya bagai
kucing terkejut bila disergah.
Dia teringat sesuatu. Hari ini dia ada temujanji dengan Zaki,
jejaka idaman dambaan semua gadis di kampusnya.
Zaki, berjaya dipikatnya dengan lenggok dan gaya menggodanya.
Zaki tewas. Dan Meena tersenyum bangga bila ramai yang cemburu kepadanya.
Biarpun Meena mempunyai ramai teman lelaki, namun semuanya
tak seistimewa Zaki. Zaki anak ahli perniagaan tersohor. Keluarganya kaya-raya.
Meena berharap dapat menumpang kemewahan Zaki.
Dia berjanji akan berjumpa Zaki pukul 4.00 petang. Ada lebih
kurang 10 minit lagi.
Meena pantas mencapai perfume ASADI haruman Ultra Light.
Meena kesuntukan masa. Dia pantas membetul-betulkan rambutnya tanpa sempat memakai
tudung.
Sambil berlari-lari menuruni tangga dia membuka cemin
kecilnya, dan mengenakan gincu dan segala alat make-upnya.
Meena bertuah kerana kebiasaannya tidak menanggalkan make-up walaupun ketika berada di rumah menyebabkan dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap.
Mujurlah dia berjanji menunggu Zaki menjemputnya di taman
permainan kanak-kanak yang hanya terletak di seberang jalan berhadapan dengan
kolejnya.
Dalam kegopohan itu, Meena mengabaikan kewujudan jejantas
yang biasanya dia gunakan untuk melintas jalan di kawasan itu.
Melihat kereta dari arah kanannya masih jauh, Meena pantas
berlari melintas jalan.
Namun nasibnya malang apabila kasut tumit tingginya
menyebabkan dia tergelincir. Berkerut dahinya menahan sakit. Meena terhenti di
tengah-tengah jalan itu.
Pada masa itu juga, sebuah Proton Alphard meluncur laju ke
arahnya. Pemandu itu tidak sempat membrek namun dia sempat memulas stereng
sekuat hati untuk mengubah haluan mengelakkan Meena.
Kereta itu terbabas ke arah laluan bertentangan dan terus
merempuh sebuah kedai serbaneka di tepi jalan seberang sana.
Meena terselamat . Mulutnya terlopong. Namun sempat menarik
nafas lega.
Proton Alphard yang terbabas tadi rupanya menyebabkan pemandu
sebuah kereta Perodua Ferrari dari arah bertentangan hilang kawalan dan
terbabas ke laluan tempat Meena masih terpaku.
Kereta itu terus merempuh Meena dan menyebabkan Meena
terpelanting berpuluh-puluh meter ke hadapan. Kereta itu berputar-putar,
merempuh tebing dan terbalik.
Suasana kecoh serta merta.
*********************** LIMA ***********************
Meena tercampak ke depan. Kepalanya terhentak keras ke jalan
raya. Dia bergolek- golek seperti bola boling yang menuju longkang. Semuanya
berlaku sekelip mata.
Meena terbaring lemah. Darah merah membuak2 keluar dari
seluruh tubuhnya. Matanya terbeliak.
Meena menggeletik bagai cacing kepanasan di gurun Sahara. Dia
cuba membuka matanya.
Dia terpandang seorang pakcik tua penjual buku agama yang
pernah dihalaunya dulu semasa menawarkan buku-buku yang baginya membosankan.
Kelihatan pakcik itu terlopong melihat situasi yang
mengejutkan itu...
Tiba- tiba dia teringat akaun Facebooknya ... “Alangkah
bagusnya kalau komputer aku ada di sini. Aku mahu update pasal kemalangan ini”
Dia merintih.
Jadah. Aku dah nak mati masih ingat update facebook. Petanda
betapa teruk ketagihannya terhadap Facebook.
Pandangannya makin kabur. Kelam. Gelap.
Tiba-tiba satu cahaya memancar terang. Menyilaukan pandangan.
Dia merasakan bagai berada di sebuah pawagam.
Meena meninjau-ninjau. Ada sesuatu sedang ditayangkan pada
skrin di hadapannya.
Segala aksi buruknya terpampang jelas pada sebuah layar
putih. Bagai sebuah cerita yang dilakonkan sendiri olehnya. Meena kaget.
Dia malu sendiri melihat kelakuan jeleknya selama ini. Bagaimana
dia menggunakan kecantikan paras rupanya untuk menggoda lelaki-lelaki yang
dirasakan boleh dipergunakan untuk mencapai matlamatnya.
Dia melihat pembaziran masanya yang banyak dihabiskan di
depan skrin komputer.
Dia melihat kembali pembohongan dan penipuannya kepada ibu
dan ayahnya semata-mata mahu menutup kelakuannya. Berkali-kali.
Meena tak sanggup lagi menontonnya. Dia jijik dengan dirinya.
Dia cuba menutup mata denga kedua belah telapak tangannya.
Malangnya, tayangan itu seakan semakin jelas. Biarpun dengan
mata terpejam, Meena masih mampu melihat semuanya.
Meena teresak-esak. Air matanya mengalir tiada henti. Laju
menuruni kolam matanya membasahi pipinya. Tak pernah seumur hidupnya dia berasa
ketakutan seperti ini.
Bayangan-bayangan menakutkan lagi mengerikan mula
menggantikan tayangan tadi. Api marak menjulang tinggi membakar apa saja di
laluannya. Ular-ular besar dan segala jenis binatang berbisa yang tak pernah
terbayang muncul seakan mahu membaham dirinya.
Azan Asar berkumandang. Dalam kesamaran fikirannya Meena
teringat Solat Zuhur yang belum sempat dia tunaikan.
Nafas Meena tersekat-sekat. Nyawanya hanya tinggal di
kerongkong. Matanya terbelalak menahan azab sakaratul Maut.
Suara-suara orang ramai yang cuba mengajarkan kalimah
syahadah kepadanya bagaikan tak membawa apa-apa erti kepadanya. Kalimah suci
itu dirasakan terlalu asing pada pendengarannya. Lidahnya kelu tak mampu
mengikut bacaan itu.
Akhirnya Meena terkulai. Rohnya berpisah dari badan. Kembali menghadap
Allah, Tuhan pemilik sekalian nyawa.
Klik! Klik! Klik! Jurugambar polis dan wartawan Utusan
Malaria, Berita Hairan, Megatron, Sinar Durian tak putus-putus menekan butang
kamera.
Esoknya terpampang di semua akhbar melaporkan kemalangan
ngeri itu.
Zaki yang kebetulan terbaca berita itu terkesima. Terkejutnya
bukan kepalang. Barulah dia teringat akan temujanjinya dengan Meena.
Kesibukannya menguruskan urusan pertunangannya yang akan
berlangsung minggu depan menyebabkan dia terlupa temujanjinya itu. Dia akan
bertunang dengan Sheela, gadis rupawan anak tokoh korporat pilihan hati ibu dan
ayahnya.
Meena, baginya hanya tempat dia melampiaskan nafsunya. Gadis
itu terlalu senang dikaburi wang dan kemewahan.
Zaki hanya menganggap Meena sama seperti gadis-gadis lain
yang hanya mampu singgah sekejap di hatinya, dan diusir pergi bila dia tak lagi
memerlukannya.
*********************** EPILOG ***********************
Sedang di alam maya, akaun facebook, blog, Twitter,
Instagram, Myspace Meena saban waktu
diakses dan dilihat beribu-ribu orang sehari. Gambar-gambar Meena terus-terusan
dilike, didownload dan disimpan oleh
ribuan manusia.
Tiada seorang pun tahu password, e-mail bagi semua akaunnya
itu. Ibu bapanya yang buta IT itu langsung tidak tahu kewujudan semua itu.
Dan masa terus berlalu. Saat berganti minit, minit berganti
jam, jam berganti bateri baru. Bila jam rosak, jam pula diganti baru.
Meena, merintih sendiri di kuburannya. Gelap. Sempit.
Menghimpit. Sesalnya tak berpenghujung.
“Ya Allah, kembalikan aku ke dunia. Aku berjanji akan
menggunakan masa aku sebaik-baiknya. Hanya untuk beribadat kepada-Mu”
Rintihan sayu meruntun hati itu kedengaran bertalu-talu
dipohon. Bersahut-sahutan dari satu kubur ke kuburan yang lain.
Semuanya sudah terlambat. Masa dan waktu yang dipinjamkan
kepadanya sudah habis digunakan.
Dan masa hanya akan terus bergerak ke hadapan, mengikut
aliran waktu, takkan sesekali berundur ke belakang.
Kecantikan, anugerah Allah untuk hambanya... yang hanya
bersifat sementara.
Syaitan akan cuba menghasut dan mengaburi pandangan manusia
dengan nafsu. Cantik itu anugerah, tapi kesilapan menggunakannya boleh
mendatangkan bencana.
--- TAMAT ---
best,..cter santai and banyak pengajaran..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. moga memberi manfaat :)
Deletebak kata pepatah..menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna
ReplyDeletebetul... pilihan di tangan kita
Deleteakhirnya, tiada apa yang dibawanya pergi..
ReplyDeletedlm kubur, kita hnya sendiriran
Deletewah wah wah! blog hijau~ :D
ReplyDeletecite best~!
btw cite ni memang kena la dengan perangai remaja sekarang ni. arap sape2 yang baca dapat ambik iktibar. peringatan untuk azie jugak. :)
peringatan utk saya jugak :)
Deleteterbaik sgt2..
ReplyDeletesy mmg ada sorg member yg sbjik dlm cite ni cma....... dia msih lg hdup dn terus mnerus mlakukan aktviti mcm 2..xserik2
doakan dia berubah...
Deletesambil2 tu tegurlah sikit..
terdetik di hati, macam mana la gamaknye kesudahan hidup aku pulak...??
ReplyDeletehidup kita, kita yg tentukan pilihan.. dgn rahmat Allah, insya-Allah kesudahan yg baik
DeleteBagus sangat entry keri ni.Moga jadi pengajaran pada semua.Jangan dengar bisikan syaitan yang suka menggoda..
ReplyDeletesyaitan dan nafsu sentiasa akan berusaha merosakkan kita
Deleteahirnya...citer ni banyak yg benarnya kan. ^_^
ReplyDeleteada kaitan dengan yg masih hidup dan yg akan mati... :P
Deletebest!!!!
ReplyDelete:) Alhamdulillah
Deletebest!....mmg terbaik arr entri ni :D
ReplyDeleteayat tunggang langgang..haha.. tp Alhamdulillah bleh sampai mesej tu
Deleteterbaeklah Keri!
ReplyDeletebyk benarnye cite ni :)
hasil pemerhatian di alam maya :P
Deleteyes....suka entri ni.. :D akhirnya dapat tamatkan jugak... #penuhpengajaran
ReplyDeletedah tamat. bleh gi study plak haha
Deletemoga dpt dijadikan iktibar..
ReplyDeleteinsya Allah.. :)
Deletepengajaran kepada semua tak kisahlah di fb, blog atau mana2 laman sosial. berpada2.
ReplyDeleteentri yang bagus
juga di alam nyata.
Deletedunia ni indah. tp penuh tipu daya
dah habis baca dah..huh huh gigih betul aku baca setiap perkataan..dengan titik-titik sekali aku baca:D
ReplyDeletekeri, jom buat nomik:)
Nomik? Novel Komik? haha.. belum layak lagi la... yg ni pn dah menggigil otak perah idea.
DeleteLukisan pun lukisan org malas yg tergesa2.. haha
akhirnya,,, di kuburan juga,, hahaa
ReplyDeletedan kita pun akan ke sana juga.. :)
Delete2 kali khatam,cuma.. kali pertama baca, terus teringat tentang kartun yg pernah saya buat yang tidak menutup aurat.. haa! tetiba. sampai fikir (perlu ke delete kartun yg dedahkan rambut tu, nanti klo meninggal, kartun tu angkut sekali dgn dosa dan kita terseksa juga ke kerana kartun, persoalan) pastu blank..tgok tajuk blog, ilusi fantasi, ok akur...2x. XDD.
ReplyDeletesebnarnya mmng konfius jugak time nk lukis ni... sbb nk mnggambarkan supaya mudah faham dan lagi menarik.
Deleteseboleh2nya cuba elak klu tanpa apa2 tjuan.. er.. entahla haha
|بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ |
ReplyDeleteالسلام عليكم :)
hm, abg ikhwan xnk follow peraduan cerpen Dewan & Pustaka ke? hm, xt'lambat lg utk siapkn cerpen. :D ! follow la, cerpen abg ne, hm, mmng hot2 belaka! :) if nk mklumat lanjut, sila la pi http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php
hm, slm kasih syg, Allah yubari fik, Insyaallah . :)
*penaku Mawar Islam