Thursday 13 February 2014

Apabila Perempuan Perasan


Lukisan lama yang diberi nafas baru. Microsoft Office Excel 2007

Perempuan.
Bila datang penyakit perasan. Habis gambar diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan, anak remaja, dewasa dan mak orang pun penasaran.
Bila datang penyakit perasan. Gambar muka diedit hilang jerawat tanpa kesan.
Bila datang penyakit perasan. Mahukan pujian. Tersengih sendirian.
Bila datang penyakit perasan. Jangan sampai jadi murahan.
Perempuan perasan. Senjata syaitan merosakkan iman.

Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya perempuan lebih menonjol dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya.
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan bersolek, memakai pakaian baru, maka mereka berasa mereka lebih cantik dari kebiasaan dan mula terperasan.
Secara automatic akan timbul satu perasaan inginkan penghargaan atau inginkan pujian. Maka mereka cuba menunjukkan kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji.
Itu normal.

Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap kronik, mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang terdekat di rumah. Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya yang diyakini paling comel dan paling menarik.
Ditambah dengan software photo editing atau camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih menakutkan.
Mereka mula mengupload gambar bajet comel tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian. Apabila selalu dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat.

Malah ada yang tak segan silu meng”tag” friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la. Tak suka berambus. Komen yang murni-murni jew”
Hatta gambar yang diupload itu secara logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana komen yg murni tersebut)

Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak, kalau awak tutup aurat pakai tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni tapi nyata silap apabila komen itu biasanya akan didelete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”.


Snap. Upload. Tag .
Snap. Upload. Tag.
Change profile picture. 
Change profile picture. 
Change profile picture.
Berulang –ulang.
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan anak gadis remaja, malah yang dewasa dan mak-mak budak.

Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang disolek menggoda.
Maka terpaksa pula dibuka bab baru membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnah buat tudung labuh dan niqabnya.
Kadang-kadang, gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbanding perempuan yang freehair.

Juga lukisan lama. Microsoft Excel.

Ternyata penyakit perasan ini menyerang tak pilih kasih. Anak gadis berambut perang, para niqabis yang nampak sopan, cikgu perempuan yang bergaya sakan, makcik pakai selendang bergelar isteri orang, atau janda berhias beranak sorang.
Sungguh, kecantikan dan kecomelan yang ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh iman. Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam.

Perempuan, janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki. Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yg teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan mereka.
Sesungguhnya ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda.
Lagikan jubah boleh tembus apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu.

Dan kalau masih berdegil juga, jangan meroyan menyalahkan sesiapa jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi.
Redhalah, pasrahlah. Itu pilihan korang sendiri.
Juga, bila mati nanti, tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan atau mak ayah merayu supaya didelete akaun Facebook atau instagramnya. Seram tau. Seram!

Jelas, dengan hanya sedikit suntikan virus perasan, syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa, bersenang lenang bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil yang cukup berkesan.


Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini dengan rela menjadi senjata sang syaitan laknatullah untuk merosakkan iman mereka sendiri malah iman para lelaki yang kurang budiman.


Maaf kerana terpaksa menulis entri yang cukup mengguris hati ini.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

17 comments:

  1. pujian tu macam satu keseronokan. ada yang dipuji, rasa megah. untuk elak benda ni terjadi, jangan upload. selesai.

    ReplyDelete
  2. adakala terlalu berharap juga adanya sistem yang boleh hapuskan data macam dalam cerita 'I Am Number Four' :3 (orang lain upload gambar, orang lain yang delete).


    ReplyDelete
  3. Ha ah.. kengkadang lelaki pon ada jugak.. koh koh koh

    ReplyDelete
  4. @nurdani
    mencegah lebih baik daripada mengubati
    An apple a day keep doctor away.

    ReplyDelete
  5. @BiskOt
    i am no 4? tak pernah tengok plak cite tu. tp kalau ada nnti disalahguna plak. jadi sendiri kena ingat

    ReplyDelete
  6. @Aujinz
    lelaki pun dah makin membiak spesis perasan ni. spesis bobo barangkali

    ReplyDelete
  7. Salam..aku perempuan, tapi aku setuju dgn apa yg kau tulis ni..mgkin sbb aku xbuat mcm tu, bukan tak perasan, perasann~ haha, cuma aku agak malu lah klw nak pamerkan smpai tunjuk kat smua org or upload di laman sosial.. (eh, adakah aku tgh perasan bagus ke ni, haha)tp entry ni mmg best, aku mmg setuju!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, tak sedar sampai noktah terakhir penceritaan yang santai dan best. Mesej diterima.

    ReplyDelete
  9. viral selfie is trending now..upload 5 minit sekali tanpa sedar orang meluat..huhu.kalau 360 camera xde,orang tak upload gambar kot.hahaha

    ReplyDelete
  10. bestnya sajak tu cikgu keri..hehe..

    hmm..good point keri..in fact aku rasa sesape pun tak payah nak terguris bagai..ni semua fakta..

    tapi memang seram kalau mimpi2 macam tu suh delet e fb bagai..hahaha..

    aku pernah ketagih fb masa memula create dulu, serius aku rasa sangat selamat dan syukur dapat delete benda tu..

    sekarang, aku rasa hidup lebih bermakna tanpa fb..dan aku agak kesian dengan orang yang asyik belek hp 24/7..

    ReplyDelete
  11. lyndamya:
    tenkiu. setiap org ada perasaan perasan tu.. haha. wajib. cuma bezanya cara mengendalikan

    Nurul Hidayah:
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Azhafizah :
    takde 360 ada instagram. takde instagram ada photoshop.. ada sofwer lain. cuma 360 paling cepat la :D

    nazha anua:
    kalau ada yg masuk mimpi aku, rasanya esok tu jugak aku deactivate akaun fb haha.
    Tahniah kerana berjaya membebaskan diri drpd penjajahan fesbuk

    ReplyDelete
  13. ya, entri mcm ni mmg patut tulis. peringatan untuk semua termasuk saya :)

    ReplyDelete
  14. Agreed.. fenomena nie memang berlaku zaman skg nie... Semoga kita tergolong dalam kalangan org yang baik dan terhindar daripada keburukan laman sosial... :)

    ReplyDelete
  15. mohon share boleh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...