Thursday, 22 November 2012

My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...





Siapakah Wanita Cantik itu...

Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita cenderung untuk berhias dan kelihatan menarik. Kadang2 bukan sebab untuk menarik perhatian lelaki, cuma naluri mereka sememangnya ke arah itu.

Namun ramai hanya obses dengan kecantikan fizikal dan luaran semata. Memang, dengan segala jenis perhiasan, pakaian dan make-up mampu menjadikan mereka menarik, dan nampak menonjol.

Tapi, menariknya hanya pada pandangan mata dan nafsu. Pandangan mata yang dilabuhkan ke atas para wanita dengan perhiasan sebegini biasanya tak mampu menyejukkan hati.

Cantik, aku definisikan mengikut pemahaman sendiri. Yang aku cuba simpulkan seringkas mungkin dengan akronim supaya lebih mudah difahami.

C- Cerdas fikirannya
Bukan bermaksud tinggi pelajarannya, atau mendapat keputusan cemerlang dalam semua jenis peperiksaan yang ada di dunia ini.
Cerdas adalah mampu berfikir dengan rasional, suka berfikir dan menggunakan akal, berlandaskan ilmu dan agama.
Bukan jenis yang hanya berwajah cantik, tapi bebal dan malas berfikir.

A- Akhlak terpuji
Apalah gunanya berwajah cantik dan berbadan langsing jika perangai hanya menyakitkan mata dan hati.
Akhlak dan tingkah laku sopan kadang-kala menjadi kayu ukur ketinggian darjat melebihi paras rupa.

N- Nyaman dan tenang wajahnya.
Bila dipandang wajahnya, terasa redup di mata, terasa sejuk di hati. Wajah wanita solehah itu mencerminkan keluhuran hatinya.

T- Tutup Aurat, Tabarruj dijauhi
Yang tertutup itu lebih cantik dan tinggi nilainya. Menutup aurat bukannya membalut aurat.
Wanita cantik itu lebih rela memakai pakaian yang dianggap ketinggalan zaman daripada menanggung seksa di akhirat akibat memakai pakaian akhir zaman.
Tabarruj atau berlebih-lebihan dalam berhias bukanlah jaminan untuk kelihatan cantik. Mungkin pada pandangan mata manusia, tapi tidak pada pandangan Allah. Pilihlah.

I – Indah tutur kata
Bukan bermaksud pandai berpuisi dan menuturkan kata-kata indah berbunga-bunga.
Tapi cantik pada tutur katanya yang sopan, lemah lembut tapi tegas, tidak menuturkan kata-kata kesat dan keji, serta menjauhi gosip serta fitnah.

K- Kehormatan diri terpelihara
Wanita cantik wanita bermaruah. Menjaga kehormatan diri dan maruah diri, keluarga, suami, dan agamanya.
Wanita cantik bukan sewenangnya membiarkan sang kumbang datang hinggap, menghisap madu dan membiarkannya berlalu pergi.

Kata orang, cantik itu subjektif.... bergantung pada mata yang melihatnya...
Tapi, kecantikan yang sebenar hanya akan terzahir bila dipandang dengan hati, dan barulah dilihat dengan mata...
Menjadi wanita cantik tak semudah mengenakan make-up SimplySiti di wajah, menyarungkan pakaian cantik jenama Gucci atau Valentino di badan, memakai aksesori Habib Jewel bergemerlapan di tubuh, bersenam setiap hari atau mengamalkan diet serta pemakanan yang sihat.
Tak semudah itu, kerana hanya wanita solehah yang selayaknya mendapat gelaran itu..
Belum terlambat, untuk memulakan langkah, untuk menjadi wanita cantik itu...



Firman Allah :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
 

(An-Nuur 24:31)


Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” 
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


*berwajah cantik dan paras rupa menarik itu satu bonus... eh, bonus?... ramai yang suka... ahaks


Entri berkaitan : 
My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

22 comments:

  1. betol tu...setuju...wanita yg cantik, cantik dlm pelbagai aspek

    ReplyDelete
  2. kalau ENSEM cmne plak??xaci kot..pompuan je kena

    ReplyDelete
  3. macam Heliza Helmi.. ok kot cantiknya..(walaupun dia artis).. atau klo hensem lak mcm hafiz hamidun, tegas! huu...=3= ganah2 entri gini.

    *nk tanya guna produk gincu apa kt bibir doodle tu ? XD*

    ReplyDelete
  4. nak hati yg cantik, akhlak yg cantik walau rupa x cantik...

    ReplyDelete
  5. tapi insan bergelar lelaki mejoritinya menilai dari luaran sahaja

    ReplyDelete
  6. Kecantikan paras rupa hanya sementara..hati yang cantik dan bersih lagi penting.. :)

    ReplyDelete
  7. Fendy :
    baru tau bukan senang kan nk jd pompuan cntik :P

    mij :
    amboii.. apa plak x adil, patut suka la...
    yg lelaki pun dh buat cuma blum publish.

    ReplyDelete
  8. Biskot :
    guna sirap cap 3 lion je kt bibir tu.
    kantoi skodeng hafiz hamidon haha

    Azzah :
    ibu yg baik, isteri yg patuh dh bleh jd wanita cntik :)

    ReplyDelete
  9. Cikgu Ma :
    automatik rupa pn nmpak bercahaya dan berseri :)

    3no :
    majoriti x selalunya betul.

    Jobs view :
    hati boleh guna sampai tua. muka time muda je :P

    ReplyDelete
  10. ctk luar..n ctk dalaman melupakan pakej yg penting buat wanita..thnks for the info..

    follow sini :)

    ReplyDelete
  11. itu kalau cantik kan..

    kalau lawa macam mana?

    L =
    A =
    W =
    A =

    ReplyDelete
  12. keri... emm...ustzh nk buat pmbetulan bleh...heee... rasanya bukan taqarrub...taqarrub maknaha menghmpirkan diri dgn Allah... yg sbtulnya Tabarruj...bil makna berhias secara berlebih-lebihan... mohon maaf kalau sy salah... peace... =)

    ReplyDelete
  13. sHarina :
    sama2. thx sudi folow

    nazha :
    haha... masing2 ada definisi sendiri.
    cubalah try :P

    ReplyDelete
  14. Tengku Puteri :
    Ya Allah... macam mana bleh buat kesilapan besar camni haha..
    syukran ustazah puteri tolong betulkan. adoi, sbb dh lama x guna bleh plak tertukar.. :P
    untung ada orng tolong betulkan

    ReplyDelete
  15. itulah ciri2 wanita cantik yang sebenar. dan memang orang yang wajahnya cantik sangat tu satu bonus. tapi bagi aku, semua cantik yang tersendiri.so aku tak suka beza-bezakan kecantikan/kehenseman seseorang ikut level.hehe

    ReplyDelete
  16. Itulah..sentiasalah ingat, dunia hanyalah tempat sementara..akhirat jualah yang kekal selama-lamanya, oleh itu, marilah kita berbakti kepada Allah, semoga kita tidak tercebur ke dalam api neraka..

    jazakallah

    ReplyDelete
  17. menarik!

    nak tahun camne nak iklan berkesan di blog?
    http://aces15.blogspot.com/2012/11/tips-khas-untuk-blogger-bagaimana-untuk.html

    ReplyDelete
  18. nak semuanya cantik.. rupa cantik satu kelebihan

    ReplyDelete
  19. jika akhlak cantik..cantik la semuanya

    ReplyDelete
  20. info yg sgt berguna...salam kenal dr bunda..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...