Cuaca
tenang, angin sepoi-sepoi language... di sebuah pasar raya...
Sedang aku
tengah beratur nak membayar barang yang aku beli, datanglah seorang akak dengan
anak perempuannya yg berumur dalam lingkungan 4-5 tahun.
“mak, nak
tuu” sambil tangan dan muncung mulut dihalakan kat satu barang yang aku tak tahu apa
bendanya. (sebab aku tak tengok cuma dengar)
Emaknya buat
tak peduli...
“Mak, nak
tuu... “ ulangnya lagi.
“Tak payah”
emaknya membalas. Tegas.
Anaknya mula
buat muncung itik atau bahasa modennya duckface...
Tiba-tiba
terdengar dialog ajaib dari mulut mongel si budak tembam tu.
“Apsal mak ayah orang lain tu baik jee... apa yang
anak diorang nak dapat aje”
Lancang
sekali mulut budak tuu.. Tepat sekali tona, intonasi, sebutan dan pitchingnya
dengan nada yang cukup menikam kalbu. Tak syak lagi, mak dia kena troll...
Aku serba
salah nak gelak ke nak diam je. Orang2 kat tepi semua buat2 tak dengar.
Aku jeling
sket ngan ekor mata. Nampak emaknya sedaya upaya kontrol dan cover malu.
Mahu sahaja
aku mencapai Gaviscon di rak berhampiran dan hulurkan pada akak tu.
Sekurang2nya mampu merawat sedikit kepedihan di ulu hatinya.
“cubit
nak??” sambil tangan mencubit-cubit lengan anaknya.
Aku, tumpang
simpati kat akak tu... aku nampak mukanya
dah kemerahjambu- jambuan...
Lepas aku
habis berurusan dengan awek kat kaunter selepas bertukar-tukar nombor (bukan no
phone, tapi nombor-nombor pada resit dan
nombor pada duit) aku tengok aksi cubit-cubitan pada pipi dan bahu anak itu
masih berterusan.
Budak itu
sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu menangis.
Heh, nasib
ko la budak.
Happy
ending.
Segmen Pendidikan MORAL :
- Jangan bawa anak-anak kecil ke pasar, nanti permintaannya susah nak ditunaikan.
- Jangan suka menconteng “Permanent Marker” ke muka orang tua kita, bergegar pintu syurga kat bawah telapak kaki ibu tu nanti.
- Budak-budak zaman sekarang, lebih berani dan pintar berkata-kata... terpulang bagaimana ibu bapa mahu mencorakkan mereka.
- Ibu bapa jangan terkejut jika tiba-tiba anak mereka pandai mengatakan sesuatu yang tak pernah mereka ajar.. kerana anak-anak cepat belajar daripada orang sekeliling, rakan sebaya, TV dan internet.
balik umah sure kena cubitan lebih sadis lagi. keh4.
ReplyDeletemoral juga pada ibubapa, sila jgn bawa anak2 kecil ke kedai printing (walaupun kedai tu kecil), bila makpak budak tak marah, staff akan merasa nak bebabap je anak2 kecil mereka yang berani mati usik pc / mesin printing yg sedang dalam pemprosesan.. =.=' kanak2 zaman IT. jem4~.
budak budak sekarang banyak terpengaruh dengan macam macam budaya..parents kene rajin panta takut nanti org akan salahkan parents kalau jadi camtu kan..
ReplyDeletebahahaha!
ReplyDeletepatutnya ko dengan gentleman nya tolong menyelamatkan keadaan keri.. 2in1..belikan jajan apa budak tu nak dengan gaviscon untuk kelegaan ulu hati ahkak tu..
hahaha
Pengajarannya adalah..
ReplyDeleteBanyak-banyakkanlah bersabar dengan anak-anak...hihi
budak skrg memg cepat belajar. tu pasal kalau dorang main ke hape layankan aje.. jgn garang tp tegas.. ikut panduan mengajar anak cara islam
ReplyDeleteBiskot :
ReplyDeletetu lg naya. bila mak bapak buat dono je anak2 diorang usik brg2 rasa nk cubit je mak bapak diorang tu :P
Azhafizah :
sbb tu jgn lepas spnuhnya tugas mndidik tu pd skolah atau pengasuh atau nursery atau...
nazha :
ReplyDeleteduit cukup2 je ntuk bayar barang yg dh dibeli haha (alasan)
syaizzalkiz :
haha... sabar.. sabar...
Dysha :
ReplyDeletetegas tu yg pling penting. tak garang sangat pun takpe. :)
adeh . kesian kat mak cik tu .
ReplyDeletebdkbdk yg prangai mcm ni , biasanya , bila org yg xkenal tegur dia time dia tgh meragam, dia akn diam . hehe
hahaha. budak2 sekarang ni kan..hohoho bunyinya. betul tu. sekeliling tu adalah 'cikgunya'. terutama televisyen.
ReplyDeleteizzah :
ReplyDeletebuat muka garang sket... diam letu.. haha
nurdani :
boikot tv. :P
mungkin salah ibu bapa yang terlalu manja dalam mendidik
ReplyDeletekalau anak saya macam ni, balik umah siap la kena.. kkadang bnda ni semua mula dari dalam umah jugak, kalau parents cakap main lepas ja, anak2 tgk, hbis la dapat kat dorang
ReplyDelete3no :
ReplyDeleteEntahla.. Tp mgkin betul
Nurul :
Alamak. Garang nih :D
Tp kena jelaskan jgk kt anak tu knape perbuatan tu salah. Jgn hukum je :p
tula opasal kena slalu gilir2 salah sorang (suami atau isteri) jaga anak kt umah, yg sorang lg pi bli barang2 keperluan. tak payah la nak angkut semua budak2 keluar.
ReplyDeleteaku stuju komen BisKOT, tp masalahnya dah bos sndiri yg slalu bawak anak2 kecik kt opis, mmg sakit paler staf2. nak marah, anak bos. arghh
pendapat aku kan, aku setuju sangat dengan 3 'jangan' yang kat bawah. untuk yang first tu ak tak berapa nak setuju sangat sebab budak2 ni kalau tak dibawak biasanya merajuk, kalau tak penah bawak karang 'perak' pulak macam tak pernah gi supermarket. bila bawak tu kena jaga kelakuan depa. tapi kalau dah dididik dengan disiplin & adab, insyaallah tak ada masalah. nak tunaikan permintaan diorang pun tak ada masalah.. Cumanya, perlulah berpada-pada...
ReplyDelete