Friday, 23 November 2012

My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

Assalamualaikum...



Menjadi Lelaki Tampan... 

Istilah dan definisi ketampanan seorang lelaki sentiasa berubah-ubah mengikut mata siapa yang memandang.
Ada yang kata lelaki berbadan sasa macam Ben Ashaari itu tampan... uhuk uhuk..
Ada yang kata bermuka jambu macam Penyanyi dan pelakon Korea itu tampan...
Ada yang kata lelaki Negro itu tampan...
Ada yang kata lelaki Melayu berbaju Melayu bersamping itu tampan..
Entahlah.. pokoknya tiada definisi tepat.

Namun itu daripada pandangan mata manusia yang lemah dan sentiasa silap..
Sebenarnya tiada guna berwajah tampan berbadan sasa jika sifat kelelakian itu belum cukup...

Huraian akronim T.A.M.P.A.N mengikut kamus aku :

T : Tanggungjawab Diutamakan 
Sebagai seorang lelaki memang dilahirkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab yang berat.
Maka dia perlu pandai membahagikan masa dan ruang hidupnya untuk perkara2 yang lebih penting berbanding dengan keinginan dan kehendaknya.      
Tanggungjawab sebagai hamba Allah, pada diri, pada Ibubapa, adik2, keluarga, anak isteri, dan masyarakat.
  
A : Allah dan Rasul Didahulukan
Seorang lelaki tampan adalah seorang lelaki Soleh. Mendahulukan kewajipan terhadap Penciptanya. 
Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan manual kehidupannya.  



M : Menundukkan Pandangan
Menjaga penglihatannya dari memandang yang haram.

A030

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)




P : Pemimpin yang Adil
Setiap orang adalah pemimpin sama ada pemimpin bagi dirinya sendiri, bagi keluarga atau pemimpin kepada masyarakat dan negara.
Lelaki tampan adalah lelaki yang mampu bersifat adil dan tidak menzalimi hak orang lain.
Berani menyatakan kebenaran dan rela mengaku salah bila membuat silap.

A : Akhlak terpuji
Akhlak dan tingkahlaku yang terpuji adalah lambang keperibadian mulia.
Menghormati orang yang lebih tua dan sopan santun dalam perlakuan serta pertuturan.

N : Nafsu dibatasi Iman
Manusia dilahirkan dengan bermacam jenis nafsu sama ada baik atau buruk.
Lelaki tampan mampu mengawal nafsunya. Nafsu amarah dikawal dengan sifat sabar. Nafsu syahwat dikawal dengan menundukkan pandangan. Nafsu makan dikawal dengan puasa.
Imannya mampu membatasi segala keinginan yang ditimbulkan oleh nafsu jahat dalam diri.

Pendek kata... lelaki tampan itu adalah lelaki soleh.
 


Entri Berkaitan :
My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...
 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

15 comments:

  1. doodle tampan dengan kata2 yang tampan dilukis oleh orang yang tampan..hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum keri...betul tu...:)

    ReplyDelete
  3. keri..sy baru baca entry sblum ni...cuba check komen sy utk entri sblum..huhu... asif..

    ReplyDelete
  4. Nieyxzha:
    dudel ni dah pernah guna dulu utk entri sblum ni

    nazha :
    terlebih dah tu pujiannya en nazha oi haha

    ReplyDelete
  5. Tengku Puteri :
    saya dah betulkan. syukran sebab tegur, serius tak perasan :D

    mama maszull:
    waalaikumussalam... :)

    ReplyDelete
  6. nice (n_n) and info yg bagus, thank you :)

    ReplyDelete
  7. anda tampan jika ini amalan anda ^_^

    ReplyDelete
  8. lynndAmya :
    sama2.. :)

    Cikgu Ma :
    ni list to do... perjalanan utk menjadi tampan masih sangat.. sangat jauh :)

    ReplyDelete
  9. lelaki tampan tak semestinya pembersih, tetapi lelaki pembersih sudah tentunya tampan.. :DD

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah..moga bakal imam dapat jadi lelaki soleh a.k.a lelaki tampan..aminn

    ReplyDelete
  11. Biskot :
    yela kot.. haha :)

    Azhafizah :
    cantik dan tampan. baru sepadan :)

    ReplyDelete
  12. tak dinafikan dulu masa sekolah, beriya nak cari suami tampan. muahahaha. tapi sekarang tak lagi. sebab dah dapat bakal imam tampan luar dalam bagi aku. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. dani :
    ooo.. rupanya ko kawen dgn imam masjid kg ko... haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...