Fuuh tajuk pun ntahapehape...
Sebenarnya aku ni memang dah terlalu lama tak layan Drama Melayu ni...
Kalau layan pun yg slot Ramadhan dan Syawal je.. sebab yg tu je nmpak kualiti jalan cerita dan moralnya..
Jadi bila ada orang dok kecoh2 pasal SSID episod last bru aku terdetik nak tau apa kebende citer tu.
Baru aku tau SSID tu singkatan Sebenarnya Saya Isteri Dia.. sadis betul.
Lepas gugel2 maka muncullah idea nak buat poster ni ...
SEBENARNYA SAYA AURAT DIA!
Agak2 nampak tak apa kesalahan cara berpakaian kat poster tu?
Sangat banyak kesalahannya, tapi itulah majoriti cara berpakaian orang Islam MELAYU sekarang..
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Yang paling jelas, lengan terdedah. Aurat bagi seorang perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Kedua, baju dan seluar terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Kalau ketat itu namanya membalut aurat, bukan menutup aurat. Ada beza tu.
Ketiga, tudung tak dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada. Atau dengan kata lain tudung terlalu singkat. Kalau labuh tapi jarang sehingga menampakkan bayang rambut pun belum dikira cukup sempurna.
Keempat, baju terlalu singkat. Sepatutnya dilabuhkan sehingga menutup punggung. Baju biarlah longgar sikit.
Banyak ayat al-quran dan hadis yang cerita bab aurat ni. Kalau nak bleh godek2 entri lama aku berkaitan aurat. Ada disertakan sekali.
Kenapa asyik pompuan je kena tegur? bajet lelaki takde aurat ape? itulah soalan tak puas hati yg slalu aku dengar dari mulut becok seorang pompuan.
Kenapa? Sebab kaum minoriti di Syurga adalah perempuan. Ramai yg terhumban ke Neraka kerana mengikut fesyen "Berpakaian tapi telanjang" ni. Dahlah seksi, buat gaya menggoda, upload lagi dekat instagram dan fesbuk.
Berganda-ganda lah dosa berkejar-kejaran masuk.
Mungkin pakai pakaian menutup aurat ni dikatakan kolot ikut pandangan manusia. Tak up to date. Tapi kalau itu dikatakan ketinggalan zaman, tetap lebih baik daripada pakaian akhir zaman.
Dan kepada mereka yang telah berjaya menutup aurat, TAHNIAH. Tapi jangan pula memandang penuh benci dan hina mereka yang belum dibuka pintu hati untuk menutup aurat ni.
Pandang mereka dengan perasaan kasihan, dan pandangan kasih sayang (yg lelaki takyah pandang sangat laa). Jangan benci batang tubuh mereka, tapi cukuplah benci akan perbuatan mereka.
PENDOSA. Masih ada pintu taubat untuk kamu. Masih ada masa.
Pandang mereka dengan perasaan kasihan, dan pandangan kasih sayang (yg lelaki takyah pandang sangat laa). Jangan benci batang tubuh mereka, tapi cukuplah benci akan perbuatan mereka.
PENDOSA. Masih ada pintu taubat untuk kamu. Masih ada masa.
JOM JADI ORANG BAIK :)
betul3.. kadang2 kita sndiri alpa.. baik utk peringatan bersama.. :)
ReplyDeletejom jom . bukan hanya orang perempuan je yang kena tutup aurat eh . lelaki yang mudah auratnya pun susah nak jaga :/
ReplyDeleteSetuju.. Muhasabah diri :)
ReplyDeletesebab nak ikutkan fesyen...aurat hanya sekadar dibalut sahaja..
ReplyDeletelengan,antara bahagian aurat yang perempuan yang dipandang ringan :(
ReplyDeletenice entry ^_^
@ejulz
ReplyDeletekita lupa org ingatkan, org lupa, kita ingatkan.. kan best :)
@Aina Sofea
ReplyDeleteyup, org laki aurat sikit tp tetap ada yg gagal jaga. inikan pula yg hmpir seluruh tubuh
@Aniq Bukhary
ReplyDeletemuhasabah.sebelum ramadhan
@Diya Hanun
ReplyDeleteterlebih simple pun payah jugak :p
@nanad
ReplyDeleteramai tak perasan dan mngkin tak tahu. biasanya explain bab tudung je
ambe mngaku bab yg berpakaian baju lengan panjang (style hiphop gi kerja XD), tapi...bila bebuat sesuatu pekerjaan misalannya, mesti tangan tu gatal nak sengsing lengan baju.. zzzz. melainkan aircond sejuk pandai plak tarik jatuhkan kebawah. =3=" usaha sndiri belum mebuahkan hasil. terimakasih mnegur scara tak langsung.
ReplyDeletejom jadi orang baik .. ~ :'D
ReplyDeletehopefully , diri ini sentiasa cuba ke arah yang lebih baik. namun, kekadang sering juga terlupa.
tq~
betul tu..kadang2 ramai yang tak sedar semua tu pun dikira aurat..
ReplyDeletep/s : malu tgk gambar poster tu..err huhu
@BiskOt
ReplyDeletebab sinsing lengan baju paling ramai.
@cikmisi leen
ReplyDeletelupa tu biasalah. sebab tu gunanya nasihat dan teguran :)
@3no gr33ny
ReplyDeleteyg sedar pun ramai buat2 taktau.
time org histeria pasal ssid., mati² aku ingatkan ssid tu term dalam network., rupanya bukan, pelik gak ramai yg minat pasal network., hahahaha.. :))
ReplyDeletejom keri jadi baik:-)
ReplyDeletesy tengok ada jugak yg dah stat pakai tight tutup aurat masa main bola kat liga malaysia:-)
@Botak
ReplyDeletehaha. tula pasal.. ingatkan cite omputeh... nasib baik cepat bertanya dan menggugel
jom jom :D
ReplyDeletebagus lah awak nie .. boleh bg kesedaran sikit pada diri saya nie.. :)
ReplyDelete@Nur Azwa Edora
ReplyDeleteSelamat menutup aurat dgn sempurna :)
Oh ingatkan apa tadi SSID tu.
ReplyDeleteSaya pun ada juga mengikuti drama ini.
Moga golongan yang terlibat mendapat hidayah untuk berpakaian dengan betul.
so true Keri ...jom kita jadi orang baik hehe
ReplyDelete