Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

POSTER: Sebenarnya Saya tut tut Dia...

Assalamualaikum...

Fuuh tajuk pun ntahapehape...
Sebenarnya aku ni memang dah terlalu lama tak layan Drama Melayu ni...
Kalau layan pun yg slot Ramadhan dan Syawal je.. sebab yg tu je nmpak kualiti jalan cerita dan moralnya..

Jadi bila ada orang dok kecoh2 pasal SSID episod last bru aku terdetik nak tau apa kebende citer tu.
Baru aku tau SSID tu singkatan Sebenarnya Saya Isteri Dia.. sadis betul.

Lepas gugel2 maka muncullah idea nak buat poster ni ...

SEBENARNYA SAYA AURAT DIA!



Agak2 nampak tak apa kesalahan cara berpakaian kat poster tu? 
Sangat banyak kesalahannya, tapi itulah majoriti cara berpakaian orang Islam MELAYU sekarang..

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Yang paling jelas, lengan terdedah. Aurat bagi seorang perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Kedua, baju dan seluar terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Kalau ketat itu namanya membalut aurat, bukan menutup aurat. Ada beza tu.

Ketiga, tudung tak dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada. Atau dengan kata lain tudung terlalu singkat. Kalau labuh tapi jarang sehingga menampakkan bayang rambut pun belum dikira cukup sempurna.

Keempat, baju terlalu singkat. Sepatutnya dilabuhkan sehingga menutup punggung. Baju biarlah longgar sikit.

Banyak ayat al-quran dan hadis yang cerita bab aurat ni. Kalau nak bleh godek2 entri lama aku berkaitan aurat. Ada disertakan sekali. 

Kenapa asyik pompuan je kena tegur? bajet lelaki takde aurat ape? itulah soalan tak puas hati yg slalu aku dengar dari mulut becok seorang pompuan.

Kenapa? Sebab kaum minoriti di Syurga adalah perempuan. Ramai yg terhumban ke Neraka kerana mengikut fesyen "Berpakaian tapi telanjang" ni. Dahlah seksi, buat gaya menggoda, upload lagi dekat instagram dan fesbuk.
Berganda-ganda lah dosa berkejar-kejaran masuk. 

Mungkin pakai pakaian menutup aurat ni dikatakan kolot ikut pandangan manusia. Tak up to date. Tapi kalau itu dikatakan ketinggalan zaman, tetap lebih baik daripada pakaian akhir zaman.

Dan kepada mereka yang telah berjaya menutup aurat, TAHNIAH. Tapi jangan pula memandang penuh benci dan hina mereka yang belum dibuka pintu hati untuk menutup aurat ni.

Pandang mereka dengan perasaan kasihan, dan pandangan kasih sayang (yg lelaki takyah pandang sangat laa). Jangan benci batang tubuh mereka, tapi cukuplah benci akan perbuatan mereka.

PENDOSA. Masih ada pintu taubat untuk kamu. Masih ada masa. 

JOM JADI ORANG BAIK :)








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 28 June 2012

Jom, Mari tengok Video Tutorial Berhijab/ Pakai Shawl Saya ni...






Sedang aku syok dok buat kerja (lah sangat) sambil jenguk-jenguk wall FB (FB aku gunakan sebagai sotkabar sebab bnyak link2 berita yang di post)........

Tiba-tiba.....

Ceh suspen konon...

Adelah sape nama ntah akupun lupa post link tutorial cara pakai hijab.

Maka terdetiklah di hati aku beberapa persoalan:
1.   Perlu ke sampai buat tutorial dan diupload ke Youtube ni?
2.   Ada ke orang nak tengok tutorial camtu?
3.   Bagus ajar orang pakai tudung ni, tapi camne diorang start tu mesti dalam keadaan tak pakai tudung ke apa? *confuse
4.   Agak-agak ada tak lelaki yang tengok sekali video tutorial tu?
5.   Betul ke mereka ni ajar cara tutup aurat? Ke sekadar berfesyen?
6.   Ikhlas ke ajar tu? Ke semata-mata nak femes?
7.   Tak segan ke upload video dan ramai-ramai orang tengok? Ke bangga?
8.   Apsal aku ni fikir negatif sangat?


Jadi aku membuat beberapa hipotesis :

1.   Shawl ni asalnya panjang, tapi bila dililit, dibelit, dipusing maka menjadi pendek lalu menjadi tudung yang tidak cukup sifat.
2.   Kebanyakan orang view hanya jika orang yang buat tutorial tu wajahnya cantik lagi menawan.
3.   Fesyen yang menarik perhatian dan bertabarruj lebih menjadi keutamaan.

Jadi untuk memenuhi nafsu ingin tahu yang membuak-buak, aku klik la jugak link tutorial tu...

Ok persoalan ke-4 terjawab. Memang ada lelaki yang tengok video tutorial ni. Buktinya aku dah klik dan tonton... ish

Dan bukti lain ada “like” dan komen dari kaum lelaki...
Contoh :” Masya-Allah cantiknya... untung sapa dapat , dahla bertudung “ <---- komen ala-ala ustaz hipokrit.

Dan, memang terbukti, setelah dibandingkan beberapa video (aku tengok sket2 je, takdelah sampai habis, sila percaya) memang yang wajah cun melecun mendapat views yang jauh lebih tinggi dari yang biasa-biasa.

Kenapa semua yang buat video tu muda-muda dan cun? Kenapa bukan makcik-makcik yang yang buat? Kenapa? Kenapa?

Tabarruj diutamakan fesyen didahulukan. Make-up memang tebal 4 inci dan fesyen tudung tak memenuhi syarat menutup aurat. Ini pun terbukti. Tapi bukan semua.

Bab shawl yang membelit tu pun betul. Selabuh-labuh dan sepanjang-panjang kain yang dibuat shawl tu akhirnya jadi singkat di atas paras dada bila dililit berpuluh kali camtu.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.

Dan tak semuanya yang buat tutorial tu semata-mata nak ajar dan tunjuk cara pakai tudung. Sebab mereka semacam berlumba-lumba nak mempromosi video tu supaya dapat like dan views yang tinggi. Link tu diorang paste kat semua jenis page dan ruangan komen kat status di FB:
“Tolong like pastu komen lepas tengok ye? “ Nak glemer cepat ke?

Mungkin ianya satu kepuasan bila video tu ditonton oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya video tutorial tu lebih dikira sopan dan baik dibandingkan video menggedik dan nyanyi lagu ntahape-hape.

Kadang-kadang tutorial tu tunjuk cara pemakaian yang sama macam yang orang lain buat. Dia cuma tiru balik je. Perlu ke sampai macam tu?

Aku tahu entri camni ibarat cuba meremehkan vlogger-vlogger yang suka buat tutorial tu, jadi maaf jika aku tersilap membuat penilaian.

“Niat kami baik, nak menarik minat golongan muda supaya bertudung.  Insya-Allah jika niat baik maka Allah bagi ganjaran. Dapat pahala.”

Betul. Mungkin ada yang tak bertudung terbuka hati untuk cuba fesyen bertudung sebab nampak cantik. Itu satu hijrah kecil yang sangat bagus.

Tapi kena ngat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.


Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)-


*tak suka tak payah tengok laa. Kalau nak tegur kenapa tak tegur artis-artis yang tak pakai tudung dan buat video klip dedah-dedah kat luar sana tu?
*huh... dah agak mesti ada yang kata camtu.

MAAF. INI ENTRI NEGATIF. SANGAT NEGATIF. ENTRI NEGATIF PASAL BENDA NEGATIF. NEGATIF darab NEGATIF jadi POSITIF. (multiplication Rules)

 
POSITIF: tak semua yang buat video tu macam tu. Ada yang betul-betul menutup seluruh aurat dan betul-betul mahu tunjuk cara betul pemakaian tudung. Insya-Allah.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...