Saturday, 14 April 2012

AMARAN KEPADA BLOGGER GILA TRAFIK!!


Assalamualaikum....





 dilukis menggunakan Paint Tool SAI dan diedit BG/word dalam Photoshop


Apa itu trafik? Trafik adalah bilangan pageviews atau kekerapan pengunjung berkunjung ke sesuatu blog dalam satu tempoh masa tertentu. Trafik ni menjadi salah satu penentu kehebatan dan kefemesan sesebuah blog. *definisi ni ikut sedap aku jer.

Maka dek kerana gila glamor, terkejar populariti ataupun gila duit hasil per klik setiap iklan, maka ramailah blogger2 sama ada yang baru belajar bernafas di alam blogger mahupun yang dah lama bertapak menjadi tak keruan.

Masing-masing asyik memikirkan apa cara terbaik nak tarik pengunjung ke blog mereka. Tak kisah la blog buruk cam hampeh sekalipun.

Aktiviti  copy paste segala entri ,cerita dan berita yang dirasakan boleh dijadikan tarikan kepada pengunjung pun semakin giat dijalankan. Itu ok lagi, jika apa yang dikongsi itu bermanfaat.

Tapi blogger gila trafik ni memang gila. Akal waras memang dah lama tolak tepi. Janji trafik mencanak naik dan iklan yang ditempek sehingga penuh blog tu diklik banyak2.

Blogger gila trafik ni tak kisah apa jenis cerita yang ingin dia paparkan dekat blog mereka. Mana yang hangat hot panas berapi dan terkini semua nak disumbat dalam blog. Tak perlu tapis, tak perlu saringan. Lagi hebat dari persaingan akhbar2 terkemuka di negara ni.

Maka akibat gila trafik, muncullah cerita –cerita berbentuk andaian dan ikut cakap orang. Sahih atau tidak itu belakang cerita. Ada unsur suspens lagi umph! Hanya cerita tanpa sokongan fakta dan bukti yang nyata. Janji ada orang baca.

Fitnah dan gosip umpama mainan dan rencah dalam penulisan mereka. GOSIP biarpun hanya khabar angin terus diupdate tanpa perlu dipastikan dan disahkan kebenarannya oleh tuan punya badan. Lebih-lebih lagi melibatkan artis dan orang kenamaan. Kononnya mereka ni milik masyarakat, tak perlu minta izin untuk berkongsi setiap cerita mengenai mereka, hatta cerita dalam kain sekalipun.

Blogger gile trafik ni biasanya jenis memahami bahawa rakyat2 sedunia memang gemar dengan cerita lucah dan noti2. Maka berebutlah blogger2 gila trafik ni mengupdate cerita bergambar 18SX walaupun kadangkala gambar tu takde kaitan pun dengan entri mereka. Apejadah?

Tajuk entri biasanya dah panas, lucah dan mengghairahkan. Padahal isinya takdelah hebat mana pun. Karangan budak darjah 5 pun lagi bagus. Hampeh.

Blogger gila trafik ni jugak biasanya sangatlah ghairah mempromote blognya. Tak kira ping dekat group, wall orang mahupun buat segmen2 ntahapae2 yang sememangnya tak membawa faedah kepada diri, masyarakat apatah lagi kepada kebaikan ummah. Janji follower meningkat, pageview berganda, dan iklan separa lucah di sidebar tu di klik orang.

Biarlah blognya hanya memaparkan mukanya dengan aksi muka comel badan melentik gedik, ayat euw, euw... dan cerita pasal pakwe, makwe, dan segala ex-nya tetap dipromote gile2 seolah2 sesiapa yang membacanya akan beroleh manfaat , beroleh pahala dan dia pun akan cepat masuk syurga.

Blogger gila trafik yang agak merbahaya juga apabila kononnya dia memaparkan sesuatu cerita untuk memberi pengajaran. Tapi dalam entri tu siap lengkap dengan gambar orang yang dikutuk tu. Sebagai contoh mahu menegur orang yang tidak menutup aurat dan seksi, tapi dia sendiri meletak gambar seksi malah kadangkala layak dikategorikan bogel semata2 mahu menjadikannya lebih menarik. Ramailah orang-orang yang gila seks datang mengomen mengutuk padahal mereka sama terjojol biji mata tengok gambar tu. Siap save lagi.

Dan ini pesanan aku kepada blogger2 gila trafik di luar sana. Tak salah mempromosi blog,, tak salah mahu menarik perhatian pengunjung, tak salah mahu menjadikan blog kita sumber pendapatan sampingan. Tak salah. Aku tak pernah kata itu salah.

Yang salahnya apabila apa yang korang paparkan itu menyusahkan orang lain. Jika itu fitnah, tanggunglah akibatnya, tanggunglah dosa memfitnah itu. Mungkin hari ini korang seronok menyebarkan fitnah, tetapi percayalah suatu hari nanti korang akan kena balik.  Itu lumrah hidup.

Korang nak ping entri 10 saat sekali pun lantaklah. Nak buat segmen setiap hari pun buatla. Asalkan tak mengganggu ketenteraman dan merosakkan imej agama yang korang anuti tu. Nama blog bukan main lagi islamik dan suci, tapi ping entri lucah dan unsur seksi. Bodoh.

Dosa dan pahala. Masih adakah konsep itu semasa korang syok menaip entri dan mengupload video mahupun gambar? Keseronokan dan populariti yang hendak dicari? Tak ke mana pun sedara. Takat dunia jela. Hancur dunia, hancurlah populariti tu.

Eh, kalau rasa blog tu tak membawa manfaat untuk diri dan orang lain, tutup jela. Jangan dok kumpul dosa kering, lembab dan basah camtu. Kalaulah blogger ni dapat pamerkan statistik dosa dan pahala yang terhasil dari blog korang tu, aku rasa berat lagi bahagian dosa tu.

Ya, aku bukan Tuhan, yang layak menentukan dosa dan pahala. Aku bukan penjaga pintu Neraka apatah lagi pintu Syurga, tapi dengan sedikit ilmu yang kita belajar time sekolah dulu sekurang2nya kita tau apa perbuatan yang memberi pahala dan apa perlakuan yang menyumbang dosa. Tak gitu? Kot ye pun kalau fail subjek agama takkan la takleh fikir benda se simple tu?

Okla, panjang-panjang pun belum tentu orang baca. Cukupla tu. Kalau ada blogger2 gile trafik yang terbaca, harap ambil iktibar apa yang aku cuba sampaikan ni.

Buat sesuatu biar ada prinsip. Biar membawa manfaat. Tak guna trafik sesak, kalau yang masuk itu dosa.



- monolog by Keriikhw@n -



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

43 comments:

  1. payah org yg gila trafik ni..

    kadang2 naik cemuih..!

    cemuih tu sama dengan bosan..hihi.

    ReplyDelete
  2. wah,bgs info.well done :-D

    ReplyDelete
  3. saya bkn jenis gila trafik. tp risau gak. mungkin ada post x bermanfaat sblm ni... thnks ingt kan.

    ReplyDelete
  4. Mula-mula makan dalam gak.. sebab md mmg suka traffic ngan follower ni.. tapi tapi tapi.. alhamdulillah, md masih sedar halal haram.. takda la sbrg gmbr bukak aurat seksis seksa dlm blog.. mmg sokong sgt keri! rmai yg nak glemer ngan "gmbar seksi neelofa blablabla.." x pun politik.. fitnah sana sini.. letak gambar mekap mengalahkan puntianak la.. adehh

    **agak terasa blog kurang bermanfaat.. tak sanggup nak tutup.. sob sob sob.. insyaAllah akan ditingkatkan :)

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum.
    Tazkirah yang sungguh masuk sukmaku. Alhamdulillah dapat pengajaran sini. Tak dinafikan macam2 ada. pesona blog ...adakah nilai dan manfaatnya pada umum?
    Saya drop komen, inilah bukti saya 100% dan baca dan selebihnya faham mesej di blog ini.Terima kasih dan syukran

    ReplyDelete
  6. Persilakan nilai blog saya, sebab tanpa minta izin saya dah linkkan blog ilusi ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. nice post.. stuju 100% halal haram un perlu diambil kira.

    ReplyDelete
  8. tak nafikan blogger lama cm sy pon nk kejar pembaca..tipu lah kalau buat blog syok sendiri kan??huhuhu..mesti nk ada pembaca..kalau ada pembaca baru semangat nk update..XD..kalau diorg klik iklan tu kira rezeki saya..kalau x sy pasrah..XD

    ReplyDelete
  9. badan melentik ayat ew ew.hhahaha. ok jadilah blogger bermanfaat.

    ReplyDelete
  10. very nice post!
    Banyak nilai dan pengajaran yang boleh dicontohi.

    ReplyDelete
  11. em..bagus la menegur..tapi diorang tak peduli pun sbnrnya..bila duit jadi keutamaan..dosa pahala campak tah mana..em..anda dah menjalankan tanggungjawab utk menegur..thumbs up

    ReplyDelete
  12. owhh ada jugak sebegitu ek..tidaklah pernah pula hamba terjumpa halaman yang seteruk itu rasanya..huhu

    ReplyDelete
  13. Cik Nur :
    cemuih2... haha..

    megu:
    :) harap mesejnya sampai

    Gadis Misteri:
    selagi apa yang kita kongsikan itu sesuatu ilmu, insya Allah bermanfaat. :)

    ReplyDelete
  14. MD :
    jika kita yakin kita sebarkan kebaikan, tak salah kita nk ramaikan follower dn tingkatkan trafik.
    supaya ramai2 dpt manfaat :)
    MD punye blog mmng kategori bermanfaat

    etuza :
    tak perlu izin pun nk masuk dlm bloglist :)
    saya tak layak menilai. Cukuplah asal empunya diri tau apa yg baik dan apa yg buruk utk dirinya :D

    ReplyDelete
  15. ain :
    thx :)

    mij :
    betul. kita berkongsi sesuatu untuk dibaca. jgn bimbang. blog tyra sentiasa ada info dan ilmu baru. pengalaman dan berkongsi hasil karya pun satu ilmu

    dani:
    eww... eww... ulat haha
    blogger juga ada tanggungjawab sosial :)

    ReplyDelete
  16. Mieya :
    harap2 begitulah ^_^

    Zarith :
    mungkin sekarang diorang tak peduli. tp kalau kita terus tegur dan tegur... mngkin ada yg terbuka hatinya utk terima teguran. slow2

    3no :
    terlampau banyk. dekat wall FB bnyk yg ping pelik2. ingatkan page info dan ilmu. tu yg like. rupanya... -_-

    Ayuni :
    :)

    ReplyDelete
  17. memang ada. topik entry wajib blue. gambar pon nak blue jugak

    ReplyDelete
  18. saya bukan blogger, trafik p0n bukan.. Tapi selalu sesat kat blog orang.. Haha. Terima kasih sebab mngingatkan. Insyaallah entry keri mesti ada ganjaran dari allah..

    ReplyDelete
  19. SoutulMujahid :
    entah mana hilang rasa malu dlm diri diorang nih

    Fidz :
    Insya Allah :)
    takpe. sesat di alam maya senang nk patah balik. klik button home je haha

    ReplyDelete
  20. copy artikel org lain...artikel brmanfaat cntoh informasi agama, info2 sains dan fakta..dpat phala sebab sebar ilmu..tp kbyakan skrang blogger post artikel 18sx, gosip liar..saham jgak tuh!

    ReplyDelete
  21. huhu..macam2 hal la dunia sekarang

    ReplyDelete
  22. amboi pedasnya ayat cikgu keri nih

    ReplyDelete
  23. Terima kasih datang menjenguk blog pacik ya..masih ada kesan rasa takut, sedar dan inginkan yang terbaik dalam blog pesona, meskipun mungkin hanya pcik yang membaca dan jg anak2. Sungguh ngeri kiranya dalam hidup realiti memijak bumi ini kita berbuat dosa, lalu dialam mayapun kita berbuat dosa. Maknanya kita di dua alam realiti mencipta dosa demi dosa. Masyaallah. Apapun kita yang masih sedar semampunya elakkanlah berbuat dosa, menyinggung orng di dalam blog. Insyaallah & wallahualam..

    ReplyDelete
  24. dah nama pun GILA.. memang GILA la.. hehe.. semoga semua yg berkenaan itu sedar..

    ReplyDelete
  25. Anonymous :
    nak copy pun kena pilih betul2 :)

    3no :
    akhir zaman

    Haziq:
    pedas bg yg berkenaan :D

    etuza :
    Alhamdulillah. blog pakcik sgt bagus. bnyk ilmu yg dpt dikongsi :)

    SZ :
    Gila-gila ok lagi. bila dh gila tu yg susah haha

    ReplyDelete
  26. dulu aku selalu buat entri sex
    skrg xnk la
    bia trafik tu halal hehe

    ReplyDelete
  27. semoga entry ni dapat buat mereka sedar supaya jangan gila traffic sgt dgn info yang tiada manfaat.harap hrap juga tak tergolong dalam blogger gila traffic ni.good for share this entry.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah.. Thanks ya abe wei.. samo2 la kito saling mengingati tak gitu ?? Apa pun semoga blog ambo tak tergolong sekali jika ada ampun ya readers... huhu

    ReplyDelete
  29. Terbelog :
    hehe pengakuan jujur. Alhamdulillah
    yup, trafik halal brulah hasil pun halal :)

    Fiza :
    harap-haraplah. :)

    Una :
    haha. sebab tu sebelum post/taip tu kena fikir dulu sblum publish.

    ReplyDelete
  30. nice entry..
    terima kasih kerna mengingatkan..

    ReplyDelete
  31. kdg2 kite lalai . main post jeee . haihhh .

    ReplyDelete
  32. Kak Citra :
    sama2 :)

    Supergirl :
    sebab tu kena ada orang tolong ingatkan balik :D

    ReplyDelete
  33. hi.. jom join segmen pka nak..??

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-surprise.html

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  34. whoa !!!!! sgt seronok bace entry ni sbb before ni pon sy sgt geram dgn blogger2 yg tau nk naikkan trafik blog dy je dgn mcm2 citer and gosip psl artis, lepas tu gambar nk hot aje, mesti tak trtinggal label utk entry yg 18SX..menyampah betul !! dan entry ni sgt best, puah hati bace, and klw diberi keizinan, sy nak mohon copy entry ni dan di paste ke blog sy, tp sy akan kredit kpd blog dan tuan punye blog ni sbg penulis, sbb sy nak buat entry tentang ni tp takut 'tercarut' je lebih, so sy tgk entry ni okay lah, bahasa pon sdap dibaca, so apa2 bgtau sy ye, and jgn risau, selagi tak dibenarkan or tak dibnarkan lgsung, sy takkan copy entry ni, terima kasih :)

    ReplyDelete
  35. mmg ada kan blogger mcm tu..letak gambar artis seksi meksi cite hot semata2 nak up traffic..


    nice entry keri.

    ReplyDelete
  36. LyynDamya :
    err.. silalah klu nk copy.. ayat tunggang terbalik ni

    Azzah :
    gila glamer punye pasal :)
    thx

    ReplyDelete
  37. traffik yang atas jalan pun dah sakit kepala. inikan pulak orang yang gila traffik post benda2 yang tak senonoh. sakit hati terus jadinya.
    nice entri keri.

    ReplyDelete
  38. Nice entry, banyak pengajaran yang perlu diambil daripada entry ni..

    Anyway, thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  39. When someone writes an post he/she maintains the thought of a user in
    his/her brain that how a user can be aware of it.
    So that's why this paragraph is great. Thanks!

    Feel free to visit my blog post :: cost of dental implants

    ReplyDelete
  40. Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.
    I'll make sure to bookmark it and come back to read more of your useful info. Thanks for the post. I'll certainly comeback.



    Here is my web blog - www.euromixbug.org

    ReplyDelete
  41. Thanks and I have a nifty present: What Do House Renovations Cost house renovation stardew

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...