Monday, 5 December 2011

myKOMIK : APABILA SI BODOH DIJADIKAN IKUTAN

Assalamualaikum....

Jom layan Komik MS Excel yg x berapa layak dikategorikan sbg komik nih :)










Situasi-situasi di atas  ni sangat kerap terjadi ,terpandang ,terdengar atau dialami sendiri oleh kita, betul tak? Mungkin kita sendiri yg memegang watak sang Ayah, Mira, cikgu, pelajar, Adik, Nenek, anjing, Ustazah, Neelofa, Fasha Sandha , Kak Ros atau Abang Jib.

            Apakah persamaan yg dpt korang tengok dri situasi2 di atas? Cube teliti betul-betul.... jangan main angguk-angguk je...

            Yang pertama watak Ayah,Cikgu , Nenek dan Ustazah adalah mewakili kelompok orang2 yg cuba menegur orang2 yang dikenalinya. Cuba menyatakan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab mereka mengajak kepada yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Tetapi ingat, jangan hanya melarang, tapi tunjukkan sekali jalan yang betul untuk melakukannya. Persiapkan diri dengan ilmu, agar tidak kematian kata-kata dan hujah.

            Yang kedua, watak Mira, pelajar, cucu, dan Neelofa adalah contoh orang2 yg perlu ditegur dan diberi bimbingan. Mungkin ada yang menerima dan mungkin ada yang membantah dengan seribu macam alasan. Malah mereka juga akan cuba berhujah untuk menghalalkan tindakan mereka. Mungkinkah juga kita sendiri pernah atau masih tergolong dalam golongan ini? Semestinya, kerana manusia tidak pernah lari daripada sifat lalai dan alpa.

            Yang terakhir ini yang aku ingin tekankan... watak orang ketiga, iaitu Kak Long, Cikgu X, Pemain Harimau Malaya, anjing, Pak Su, Fasha Sandha dan Kak Ros. Apa yang tak kenanya dengan mereka? Sekali imbas macam mereka ni tak bersalah. Tetapi golongan inilah yang sebenarnya yang banyak memberi impak dan kesan terhadap corak pertumbuhan dan pendidikan remaja zaman skarang.

            Siapa mereka? Inilah orang2 yang dijadikan contoh teladan, ikon ,idola, pujaan dan sebagainya. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya golongan ketiga ini sebenarnya adalah kita sendiri? Alangkah CELAKAnya diri kita jika kita menjadi contoh yang tidak baik bagi orang lain.

Mungkin kita mahu membela diri : “yang diorang bangang dok tiru aku tu apsal? Diorang punya pasallah... Ade aku kesah?”

            Jika itulah yang ada dalam fikiran kita, CELAKA kuasa dua lah kita.  Marah? Baik marah kat diri sendiri.  Andainya kita seorang ibu atau bapa, solat pun jarang, baca al-Quran kadang-kadang , tak pernah tunjuk cara berpakaian yang baik, alangkah ruginya bila mati nanti. Sedangkan anak soleh itu punca rezeki kita di Alam kubur dan Akhirat kelak. Bagaimana mahu menjadi Soleh? Jika mereka dibesarkan dalam suasana yang tidak memandu mereka ke arah itu.

            Begitu juga jika kita seorang abang, kakak, bapa saudara, guru mahupun seorang pemimpin. Jika kita menjadikan diri kita sebagai contoh yang buruk dan diikuti pula oleh orang lain, maka bersedialah kita untuk menanggung akibat daripada apa yang kita lakukan itu. Aku bukan bercakap ikut sesedap rasa. Ada dalil dan hadis yang menyebut tentang perkara ini.

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.
[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]


“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka."
( Imam Muslim )

            Pilihlah sama ada kita mahu jadi pemegang kunci kebaikan atau pemegang kunci keburukan. Kita sendiri yang menentukannya.  Sama ada mahu mendapatkan ganjaran pahala yang melimpah ruah atau mahu mengumpul dosa secara percuma.

            Tanpa kita sedar , di saat mulut kita mengatakan bahawa itu adalah hak kita untuk bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak menyusahkan orang lain, saat itu jugalah dosa mencurah masuk ke dalam kantung amalan buruk kita. Sedih kan? Lagi sedih jika kitalah orang itu. Berbuat sesuka hati itu bukan hak kita. Sebab kita sendiri pun tiada hak mutlak ke atas diri sendiri. Kita adalah hak Sang Pencipta kita. Dia mencipta kita bukan supaya kita bebas berbuat maksiat atas nama hak asasi manusia.

            Jadi bagaimana? Janganlah kita terus menjadi seperti golongan ketiga itu. Jom kita menjadi salah seorang yang memegang kunci kebaikan. Watak yang memberi contoh teladan dan ikutan yang baik kepada orang lain. Tak perlu banyak bicara, biarlah gerak geri dan akhlak kita mencerminkan serta menceritakan segala-galanya. Dari segi tingkah laku, cara pergaulan, cara berpakaian sampailah cara makan dan minum.

            Kepada peminat  kawan-kawan, adik-adik, abang, kakak pakcik makcik kt luar sana tu, pilihlah seseorang yang baik akhlaknya untuk dijadikan teladan dan inspirasi. Jangan sesekali menjadikan orang-orang BODOH lagi CELAKA sebagai ikutan kita. Otak ada, akal pun ada. Tentukan sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Kalau malas menggunakan akal, apa bezanya kita dengan anjing haiwan?


"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." 
(Hadis Riwayat Muslim).

Apa tunggu lagi? Ayuh, muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam senarai pemegang kunci kebaikan atau pemegang kunci keburukan? Belum terlambat.

- monolog by keriikhw@n - 





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

23 comments:

  1. kalau orang yang rapat dengan kita tidak menerima nasihat kita, apa yang harus kita lakukan pada pandangan mr. keri?

    ReplyDelete
  2. kedegilan dan keras hati ni ada bnyk peringkt... klu yg susah terima nasihat tu mngkin kita kena ubah cra teguran.. itu pentingnya hikmah dlm mmberi nasihat. jngn terlalu cpat mnghukum, bg dia peluang berubah perlahan-lahan.
    dan teruskan berdoa supaya Allah buka pintu hati dia... klu dh rasa mmng dh mati akal, bleh minta bntuan orng lain menasihati dia.
    -soalan agak umum, jd susah nk spesifikkn :)

    ReplyDelete
  3. yang penting..perbaikilah diri kita terleih dahulu..yer dak tuan halaman?? manalah tahu ada yang menjadikan kita sebagai ikon atau idola..ngerinya dapat dosa free ni..huhuu

    ReplyDelete
  4. 3no : betul3x..
    klu gian sngt nk wat dosa tu x yahla tunjuk terang2.. sbb ramai mata yg memandang dan akan terikut2 dgn kita...

    ReplyDelete
  5. menegur xsalah..tapi bila ditegur, kita patot ambik teguran tu dengan positive..^_^

    p/s:kalau teguran tu berbaur perli, syieda pun terasa. hihi

    ReplyDelete
  6. masyallah...entry terbaik...dan bakat yg sangat ohsem...mcm mn nak tiru cikgu? =)

    ReplyDelete
  7. Syieda : perli tu perlu kadang2.. hehe..
    tp jgn perli tnpa fakta, dalil dan hujah. :)

    Cikgu Ma : Alhamdulillah :) sume anugerah Allah.
    Er,.Nk tiru ape? buatla style sndiri :)
    bru selesa dn bebas berkarya.

    ReplyDelete
  8. Fiza : sama2. terima kasih jugak sudi singgah baca. :)

    ReplyDelete
  9. teguran yg baik.

    santai dipermulaan, berisi di pertengahan. :)

    ReplyDelete
  10. yang penting, ubah diri sendiri dulu sebelum menegur orang lain..

    ReplyDelete
  11. ibnuismaini : thx. sekadar menyampaikan sedikit apa yg saya tahu.


    CC : ubah diri ke arah yg lbih baik tu satu proses spnjang hidup. tiada titik noktahnya.
    tp jgn tunggu smpai diri betul2 perfect bru kita nk tegur orng len. sbb itu kewajiban. tiada mnusia smpurna d dunia ni :)

    ReplyDelete
  12. tang Cikgu X tuu... ramai yg camtu... Selalu org akan ckp, "ape la, nama jer cikgu tp perangai teruk!".... Cikgu pon manusia biase... Tapi langkah baiknye jika segelintir cikgu/guru tu dapat membawa nama baik cikgu tu sebaik yg boleh.... Kalau x jaga, nnt jadi seperti 'sbb nila setitik, rosak ler susu sebelanga'....

    ReplyDelete
  13. Kak Zarini : spesies ckgu X mmng ramai. klu rasa xleh bg cntoh yg baik, saya rasa elok je tkar profesion. cri keje lain.

    ReplyDelete
  14. KAN..rosak anak2 daku akan dtg nanti..haish..=_+

    ReplyDelete
  15. Tyra : sebb tu pntingnya didikan drpd rumah

    ReplyDelete
  16. lai lai lai
    seronok baca entry ni
    haha
    thanks
    (^_^)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum keri. ^^
    enrty yang sgt menarik dan situasi benar zaman kini . menghalal byk perkara haram atas dasar "org lain buat ok jer"..Saat itula terbit perasaan .. "bukan aku sorang yang buat".. Alangkah baiknya jika perasaan itu hanya utk kebaikan, menuju jalan ALLAH.. Allah hurabbi ...Akak share ye ^^ kat fb .

    ReplyDelete
  18. Nur Zawawi : thx jugak

    Kak Nor : Ya, betul... pling tkut jika dosa bukn lg dirasakan dosa sebab telah menjadi satu kebiasaan.. Silakan klu nk share ^_^

    ReplyDelete
  19. macm tu la manusia jika pegangan agama masih goyah dan sombong dalam belajar ilmu agama..menolak hukum yang jelas nyata dalam Al-Quran...

    ReplyDelete
  20. yg baik kite ikut. yg tk baik. itu adlh assignment Allah kpd kita agr kite bijak guna akal fikiran yg Allah dah beri :) thumb up keri for dis entry :)

    ReplyDelete
  21. aurat is always an issue nowadays...
    Thanks for reminding! XD

    ReplyDelete
  22. hehehe dialog nenek rockers btol XD

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...