Wednesday, 18 July 2012

Jom Bawa Henfon ke Sekolah : Ni Idea bagus ke idea Bangang?

Menteri :
Saya rasa saya nak benarkan budak2 sekolah bawak henpon ke sekolah la. Sekurang-kurang femes sket aku ni sebab perkenal benda baru. Nampak sket ada sumbangan.

Pembodek:
Ok. Cun ar. Bernas idea tu. Bawak henpon ke sekolah banyak kebaikannya. Keburukannya pulak... TIADA.



RESPON- RESPON RAKYAT JELATA :

Bapa :
Budak skang tau nak senang aje. Ipad, iphone, ipod... but .. ipay u tau tak? Kering poket aku pasni.

Ayah :
Ok. No problem. Duit tak jadi masalah. Pilih je henfon mana yang berkenan. Janji belajar rajin- rajin.

Abah :
Tanyalah mak kau. Abah ikut aje.

Mak :
Akak sokong benar cadangan kerajaan Melesia benarkan bawak henpon ke sekolah. Bukan apa akak risau ngan keselamatan anak2 akak pegi balik sekolah. Ada papehal senang nak roger.

Ibu :
Anak makcik baik. Dengar kata. Makcik yakin anak makcik akan guna henset tu untuk kebaikan manusia sejagat. Dia takkan guna untuk benda-benda tak elok. Kalau anak orang lain makcik tak yakin laa.

Ummi :
Jangan dimanjakan sangat anak2 ni. Nanti hidup hanya tahu nak senang aje. Saya tak setuju.


Pelajar sekolah :
Pergh, syok ar pasni. Bleh aku tayang henset canggih aku ni kat kengkawan. Mau tak berbulu diorang tengok.

Student sekolah:
Yahooo! Bleh la aku mesej2 ngan boypren/gerlpren aku walau di mana jua kitorang berada. Lepas ni takdelah hilang fokus time belajar sebab dok pendam rindu dendam kat si dia. Auumm..

Budak Sekolah :
Babi. Babi. Eh... silap. Baby, baby.. nanti kalau baby rindu kitew baby bleh la tengok2 gambar kitew kat dlm henset tu. Bleh kite chat2 or tweet-tweet nanti.

Murid Sekolah :
Bapak, nak galaxy S3. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh nanti. Tepon tu pun saya akan guna untuk baca nota-nota dan cari maklumat. Sumpah pak!

Penyangak Sekolah:
Pasni bolehla kita bentuk krew produksi 3gp kat sekolah. Aku dah usha port2 baik punya. Konfem kaya kalau kita jual filem buatan tempatan tu nanti.

Pelajar X :
Huh. Lantaklah korang. Kalau benarkan bawak henset pun bukannya mak ayah aku mampu belikan. Cukup makan pakai pun Alhamdulillah.

Pelajar Y :
Alamak.. camne ni... mak ayah aku miskin tak mampu beli. Malu la aku kalau aku je yang takde henset nanti. Tak setuju ar camni.

Pelajar Z :
Facebook... twitter... Blog... Friendster... myspace... wassap... fuh.. sekolahku syurgaku...

Student P :
Best gak ni. Bleh aku kebas sume henset mahal-mahal tu pastu jual kat pasaran gelap. Kalau camni takyah keje pun ok.



Guru Bertugas :
Eh, bagus tu. Kalau ada student sakit ke apa, bleh diorang call je ambulans sendiri. Takpon tepon je mak ayah diorang datang ambik.  Apa guna benar anak bawak henpon kalau tepon pun takleh datang.

Cikgu Praktikum :
Habislah aku, pasni ramaila student2 aku SMS nak usha2 ngan ngorat aku. Tak tenang la hidup pasni.

Cikgu Disiplin :
Ok je. Kalau henpon hilang ke kena curi ke. Pandai2la report polis takpun terus ke Aduan Rakyat. Jangan repot kat cikgu.

PK HEM :
Eh, saya stuju. Setuju sangat sangat kalau student tak dibenarkan bawak henset ke sekolah.

Tukang Kebun :
Pakcik dulu2 belajar takde bawak henpon pun boleh jadi tukang kebun jugak. Kalau pakcik bawak henpon dulu ntah2 jadi PM. Sebab soft skill pakcik power gak.


 
MAKA KELUARLAH LAPORAN SOAL SELIDIK BADAN KERAJAAN YANG BERBUNYI:

Ok. Semua lapisan masyarakat bersetuju bahawa adalah sangat relevan jika pelajar dibenarkan bawak henset ke sekolah. LULUS

Idea dan cadangan Pak Menteri ni kadang –kadang sama level ngan lembu. Aku rasa mak bapak yang setuju ni pun dari kalangan menteri- menteri dan kasta-kasta atasan je. Bukan ambil kira pandangan keseluruhan pun.

Ada lettew kroni-kroni yang bukak syarikat jual henset. Dapat projek jual henset kat skolah ke? Takpun dah ready projek sofwer pembelajaran dalam henset yang indah khabar dari rupa.
Jangan risau, bila dah sampai target jualan tu, kebenaran ni akan ditarik balik. Heh


Ada 99 keburukan , 1 kebaikan. Ok, kita fikir positif kena terima yang baik tu. Abaikan yang buruk-buruk supaya kita tak ketinggalan.
–Falsafah Tahi-

PTUIIH!

Guru-guru , sila bersedia mental dan fizikal. Sebab ada kemungkinan anda semua bakal menjadi terkenal apabila video-video anda dalam kelas diupload oleh student dalam YouTube.


Sebulan Sebelum Pilihanraya :
“Setelah dikaji dengan teliti. Atas dasar keprihatinan kerajaan pada suara rakyat dan sebagai kerajaan yang mengutamakan pandangan rakyat, kerajaan menarik balik kebenaran membawa henfon ke sekolah. Inilah bukti sebuah kerajaan yang adil dan wasatiyyah” -TV3-

Rakyat : Bersyukur pada kerajaan.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

35 comments:

  1. kadang-kadang benda-benda gini kena relax jer, sebab kalau cikgu kuat melatah, pelajar lagi suka... hal ini boleh menyakitkan hati cikgu... haha

    ReplyDelete
  2. erm.. ada baik buruk dia tpi entahlah. mesti budak2 skola suka

    ReplyDelete
  3. baru ja buat entri pasal ni tadi, banyak buruk dari kebaikannya.

    ReplyDelete
  4. aku dah terbayang cane naseb aku masa praktikal tahun depan. hahahaha!

    ini idea terbrilliant sepanjang hidup aku! pehhhh!

    ReplyDelete
  5. semua itu untk meraih undi... sbgai mama sy tak setuju beno bnda alah ne bwak p skola...

    ReplyDelete
  6. hahaha. aku suka entri ko yang ni. sungguh menyentap rohani dan jasmani. eh?

    bertuah eh budak2 sekarang kalau dibenarkan bawa handphone ke sekolah. berbulu mata aku tengok nanti

    ReplyDelete
  7. kalau ada idea brilliant utk pantau.. maybe lah xda masalah.. kalau xjaga betul2... hummm

    keputusan : idea bangang =p

    ReplyDelete
  8. kalau bawak hanpon ke sekolah, konfem senyuman pelajar sampai ke telinga, kalau hilang ? siapa nak bertangungjawab .. huhu ~

    ReplyDelete
  9. Kadang2 no idea tu lebih baik dari ada idea..hahahahaha

    ReplyDelete
  10. pro and cons tetap ada. kebaikan ialah snang call parents. kalo keburukan dia some students tu maybe tak fokus dan lebih kepada ipad and their gadgets. pada pendpt sya la. hehe (:

    ReplyDelete
  11. Munirah :
    haha. rileks je. saja kasi panas sket :D

    Cik Tikah :
    setakat ni memang ramai yg suka dan teruja. mahu cepat2 habiskan 2012 nak cepat2 2013

    ReplyDelete
  12. auni :
    haah. kenapalah pak menteri ni takleh fikir

    dee :
    haha. gud luck ye. jgn tensen dingorat student :D

    ReplyDelete
  13. Dysha:
    tengok. mama pn tak setuju :D

    nurdani :
    bertuah ke bala? haha. eh bukan mata ko memang berbulu ke? bulu mata :)

    ReplyDelete
  14. Hikaru Yui:
    kena tubuhkan skuad khas utk pantau. atau wujudkan Guru Henset. bertugas bersama guru disiplin

    Laurie :
    saya!saya akan bertanggungjawab! -jerit pak menteri-

    ReplyDelete
  15. biQa :
    haha. no idea. tp terlebih idea nk wat camne

    steffany :
    1 tu je kebaikan yg ada setakat ni -_-!

    ReplyDelete
  16. hahaha. maunya tak gelak aku baca entry ni. memang superb ah. :P

    ReplyDelete
  17. Tergelak kita baca entri kamu ni..

    Sangat bangkang!!

    Eh yang bawah sekali tu betulke?

    ReplyDelete
  18. keburukan lagi banyak dari kebaikan..entah macam mana la si pencadang ni fikir..dirinya tidak ada anakkah?? huhu

    ReplyDelete
  19. sekarnag nie banyak nampak keburukan dari kebaikan..

    ReplyDelete
  20. best la n3 ni...tu la, pusing2 sya pon mcm samar2 jek kebaikannya..nk kate tepon parents senang, skrg kan ada cikgu...cikgu la btanggungjwb bila kt sekolah ada kes apa2 ke kan...aishhh...ni nk kasi tokey hengpon lebih menghargai pak menteri

    ReplyDelete
  21. mmg xleh byg la kalo student bwk hp kat skolah..nak2 hp bapak canggih sume..tp rsnye ade je student yg bwk snyap2 g skolah..

    ReplyDelete
  22. aku datang komen lagi.

    saya bangkang. sekian.

    ReplyDelete
  23. Fyfy :
    suke lettew kalau bleh bawak henset ke skolah .haha

    norinaomar :
    yg bawah tu ramalan saya. kita tengok la betul ke tak nanti :P

    ReplyDelete
  24. 3no :
    si pencadang tu ikut idea anak dia la kot. budak2 memng suka la idea tu

    Adylia :
    setakat ni takde yg mampu senaraikan kebaikan lbh bnyak drpd keburukan

    ReplyDelete
  25. pink velvet :
    :) thx

    Anon :
    kononnya utk faktor keselamatan. tp bila dh bawak henset lg mudahlah jd sasaran perompak, peragut nanti. lg bahaya.

    ReplyDelete
  26. d_LA :
    memang ada yg senyap2 bawak. selagi tak kantoi lantakla. dah kantoi siapla. :D

    nurdani :
    eh2. memang nmpak sgt tak setujunya tu. sampai 2x bangkang haha ^o^

    ReplyDelete
  27. I love menteri! PUI! WTF! Hahaha.

    ReplyDelete
  28. Setiap bnde ada buruk dan baiknya. Kalo kemudahan tu dgunekn dgn sbaik mungkin, maka baiklah bendenye. Kalo kemudahan tuh disalahgunakan, maka negatif lah impaknya

    ReplyDelete
  29. Hafizzi :
    haha. trus jatuh cinta ngan pak menteri.

    AmyZana :
    teknologi, bila dapat kat tangan yg betul, maka bermanfaatla ia. kalau dapat kat tangan yg salah, bala menanti :)

    ReplyDelete
  30. hilang hp korang aku gelak besar2... kuhaaaa kuha kuha kuhaaaa

    ReplyDelete
  31. pentingkan dan focus pada pembelajaran dahulu.nanti cikgu sebok dok mengajar kat depan,murid murid sebok dok sms,update fb,twtterlah..so,sangat tak sesuai!

    ReplyDelete
  32. Manzarina :
    amboi. lama hilang tetiba datang gelak kat sini. terkejut aku. haha :D

    Azhafizah :
    setuju ngan cik Pengemuda. :)

    ReplyDelete
  33. kalau nak bawak phone, biar bawak smartphone yang betul2 equipped utk proses PnP, mcmana,?

    hehe. =)

    contohnya
    bagi budak bawak smartphone,
    dlm tu ,
    1)letak software text book,
    2)science lab (ala2 sains comot Pro version) utk experiment science ,
    3)offkan link wifi kepada certain2 web tertentu,
    4) setupkan wifi sekolah sendiri, dan buat supaya semua connection dlm sekolah adalah registered ke sistem wifi (INI WAJIB)
    5) mana2 phone yang tak regis ke sistem takkan dibenarkan online,
    6) support sistem ni dgn sistem mcm yangada di NanYang Singapore Univ, block line telco.
    7) jadi , semua orang cuma akan mampu connect ke luar dan dalam dgn sistem connection wifi yang dah customized, contohnya dgn Wassup or LINE hahaha

    tu je cadangan nya..
    sebab sstgh menteri ni mmg suka cakap x pakai mulut
    dan fikir pakai lutut ,

    ReplyDelete
  34. fahmi :
    detailnya cadangan.
    masalahnya kat malaysia ni tau cakap je, plan pastu time laksanakan hampeh. bnyk bajet tiris sana sini.
    yg untung pihak pelaksana.

    masalah : bajet. bukan semua mampu bawak smartphone. klu sesetengh pelajar je bawa, camne dgn pljr miskin? jurang makin besar. objektif falsafah pendidikan akan ke laut.

    bawak henfon 3310 pun dh jadi masalah besar. inikan pulak smartphone -_-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...