Friday, 6 July 2012

MyKomik: Ironi #3: Isteri ke Hantu?

Assalamualaikum ...




Cantik. Menarik. Menawan. Anggun. Bergaya. Itu impian dan keinginan kebanyakan wanita sama ada masih single n available, single n not available, ataupun yang sudah berkahwin.
Fitrah seorang perempuan suka akan kecantikan.

Tapi menjadi kesilapan ramai wanita zaman ini apabila sangat menjaga ketrampilan dan gaya apabila berada di luar rumah secara berlebih-lebihan sedangkan di rumah keadaan sebaliknya yang terjadi.
Malah kurang menjaga kebersihan sewaktu di rumah. Padahal menjadi kewajipan seorang isteri berhias untuk suaminya.



Mata adalah organ seks yang pertama terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram.

 Maksud ayat tersebut: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Dari mata turun ke hati. Apabila isteri tidak kelihatan cantik di mata suami kerana isteri tidak suka berhias di depan suami, agak-agak ke mana pandangan mata suami akan tertumpu?

Sudah tentu suami yang imannya biasa-biasa ini tak akan terlepas dari terpandang, memandang dan tertarik dengan wanita lain. Kerana kecantikan itu satu daya tarikan yang amat luar biasa bagi lelaki.

Walaupun anda yakin suami anda kuat imannya, tetapi kalau hari-hari dicabar dengan sebegitu hebat, tak mustahil akan tergugat dan tergoncang. Tanyalah mana-mana lelaki normal di dunia ini...

Konfem tak mengaku! Lebih-lebih kalau isteri yang tanya. Heh.


*pesanan ini dibawakan oleh seorang bujang kepada pasangan suami isteri di luar sana.
*tak lupa juga kepada bakal isteri nanti. uhuk 





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

24 comments:

  1. berhias untuk suami. kalau dekat luar, berhias ala kadar biar nampak kemas dan bersih mencukupi. itu bagi aku la. hehe

    ReplyDelete
  2. kat luar umah pun kena kemas jugak sbb bawak nama suami tapi dalam umah lagilah kena kemas dimata suami..

    ReplyDelete
  3. hahah.. sume isteri camtu... cci pon camtu gak.. tp x dek la sampai nak kene makeup tebal2... kalo kuar pon perlu gak berhias x de la suami kita malu.. ^_^

    ReplyDelete
  4. haha,mmg sinis betol XDD
    itu da biasa sangat berlaku XD

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum keri....nasihat yg berguna skali...:)

    ReplyDelete
  6. biasa2 je.. natural.. kena balance n jgn berlebih2... kalau nk keluar msti tnya hubby okey ke x style

    ReplyDelete
  7. btul.. tpi ramai wanita skarang ni terbalik dgn ape yg dtuntut..

    ReplyDelete
  8. ingatan yg baik! emm.. deno tak berapa minat makeup.. kalau keluar pun just tepek2 bedak je... hihik :)

    ReplyDelete
  9. ^^,) sungguh.. betul tu keri..
    kaknor nak share sumthing hehe.
    sini, kalau kaknor shopping skirt pendek ..atau pakaian comel2 ala2 mat saleh tak cukup kain.. ok lagi..
    mmg pkai..

    TAPI. klau kaknor kat Malaysia.. mcm sogan nak boli eyh kat mall... kita tutup semua bagai..sampai muka pun tak nampak.tapi beli baju ala2 mat saleh mmg org pandang.. Ape ingat kami kat umah tak rock n rugged ke? hehehe.

    Tapi biasanya kalau ade Abdullah.. org igt kaknor org arab.. so deme tak heran hehe..

    ReplyDelete
  10. kalau di luar rumah pakailah yang bersesuain dan tak melampau..fesyen melampau dalam rumah xpe..^_^

    ReplyDelete
  11. Ermm... no comment coz Una pun tak suka sangat makeUp2 nie tapi amatlah cerewet dalam kebersihan & kekemasan... haha

    ReplyDelete
  12. hahaha... dlm rumah la kena berhias cntik2 utk suami kan :)

    ReplyDelete
  13. dani :
    gaya komen cam dah kawen je haha :D

    Azzah :
    isteri mithali nih :P

    CCI :
    yup. kat luar biar KEMAS. kat rumah biar MENARIK. :)

    ReplyDelete
  14. kiru magu :
    karya ni berdasarkan situasi di sekeliling :)

    mama maszull:
    trima kasih ^^

    Dysha :
    siap tanya lagi tu.. terbaik

    ReplyDelete
  15. ain :
    jadi, sama2 ingatkan supaya menterbalikkan semula apa yg terbalik tu :)

    deno :
    jgn plak tempek bedak sejuk time kluar :P

    ReplyDelete
  16. Kak Nor :
    haha. muslimah rock n rugged hnya kat rumah. biasalah persepsi manusia..
    er, kat "sini" tu Jeddah ke? boleh ke kluar pakai camtu kat sana?

    Azhafizah :
    dlm rumah kena tengok gak klu ada yg bukan mahram kena jaga gak :D

    ReplyDelete
  17. CikUna :
    tu pun komen gak tu :)
    cerewet camtu takpe

    Cik Tikah :
    main make-up2 dlm rumah. nak pakai baju fesyen k-pop ke hollywood ke pun boleh

    ReplyDelete
  18. Keri...
    kat umah la. hehe mano ade kena tangkap kalau pakai mcm tak cukup kain wo..

    kat sini mall die orang mmg byk fesyen terbaru keri.. sini brand2 dari new york. french n belah2 europe mmg banyak. so jgn terkejut kalau kat mall bukan hanya ada jual abaya atau jubah je.. tapi jual dress. skirt.. short pants etc etc. mmg up todate org arab ni. hehe

    Baju mandi pun dorang ade jual.
    Sbb sini mmg ada pantai private.even villa private untuk di sewa. so nak melaram suka hati la.. janji kat luar pakai abaya n tutup semua.

    Ada paham ka adik keri ?

    ReplyDelete
  19. Toktau nok kome gapo.Tapi pernoh dengar pasal ni.hahaha :D

    ReplyDelete
  20. Kak Nor:
    ooo.. haha.. ok paham2..
    memang dasat berfesyen org Arab nih.
    tapi takpe asal berpahala.
    ^_^

    Amin :
    dengar sokmo dah. cuma ambil peduli ngan dok jah

    ReplyDelete
  21. sokong..kebanyakan gurlsekrng ni hanya menjaga kecantikan utk orng lain dan buknnya utk suami..huhuw

    ReplyDelete
  22. masa g kurus ustaz ada ckp cmtu...kt umah bau bawang..kt luar kemain wangi..ptt k umah wangi

    ReplyDelete
  23. cynta ieda:
    kesian kat suami. jeles dia :)

    mij:
    err. g KURUS? hehe kursus? memang patut wangi kat rumah. tak adil la suami beli perfume mahal2 orng len yg merasa baunya :)

    ReplyDelete
  24. perkara ni memang selalu berlaku dalam masyarakat kita..huhu..mintak dijauhkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...