Friday, 13 July 2012

Matematik dan Tragedi : 2 + 2 = 5

Assalamualaikum....




Aku teruja bila tengok video simple ni. Sekali tengok cam ntahapehapentah motifnya. tapi biasalah aku suka video2 yang membuka dan merangsang fikiran kita untuk berimaginasi camni.
Kita bebas menginterpretasi dan menterjemah ikut kefahaman sendiri.


2+2=5
mahu terima atau tak, itu hak kita...  orang boleh paksa, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada mahu percaya atau tak.

2+2=5
Camne jika fakta yang salah tu diberitahu oleh seorang yang kita percaya. Seorang yang mempunyai autoriti serta ilmu dalam bidang tu?
Adakah kita berani nak bangkang? atau kita terima bulat2 atas dasar anggapan bahawa dia lebih tahu dalam bidang ilmu dia?

2+2=5
Kalau kita betul2 faham dan yakin dengan ilmu yang kita pelajari, ilmu yang kita ada, ilmu yang kita amalkan, tak semudah itu orang akan dapat mempengaruhi kita.
Kecuali lah kita hanya sekadar ikut-ikut cakap orang, sekadar taklid buta, tanpa kita sendiri mengkaji kesahihan ilmu yang kita dapat atau merujuk sumber yang lebih kuat.

2+2=5
cukup hanya sekadar pembuktian yang disertakan sedikit falasi (fallacy) dan trick memang dapat dibuktikan bahawa pengiraan tu benar.
Tapi pembuktian itu tetap ada lompong, yang akan kita jumpa bila dikaji lebih teliti.

2+2=5
Sejarah dunia boleh diubah. Fakta boleh diputarbelitkan. Auta boleh menjadi dalil. Yang menang itu yang menentukan sama ada sesuatu peristiwa menjadi benar atau salah. Yang berkuasa boleh menutup semua sumber kebenaran, membuat orang percaya yang fitnah itu adalah realiti.


2+2=5
Ilmu, perlukan keberanian untuk beramal. Kebenaran kadang-kadang penuh kepahitan untuk ditegakkan. Obor cahaya, perlu harungi onak duri dan ranjau untuk dinyalakan.

........................

Aku kadang2 kalau mengajar dalam kelas, aku suka guna konsep cabaran 2+2=5.
Best bila kita cuba menguji ilmu student- student dan mendapat respon yang tak dijangka.
Aku suka suruh diornag buktikan apa yang diorang rasa betul, biarpun memang konfem salah. haha. Agak kejam tapi sekurang2nya dpt melatih otak tu biar rajin berfikir, tak terima apa yg diajar bulat- bulat.

Pernah jugak cabar student Form 1 suh buktikan formula: odd + odd= even (no. ganjil+no ganjil = no genap) tu salah.
maknanya diorang kena cari odd+odd= odd
 
contoh : 3+5=8
3(odd)+5(odd)=8(even)

"RM 50 untuk sesapa yg dapat cari hasil tambah 2 nombor ganjil dapat jawapan no. ganjil jugak"

Ada yang excited sahut cabaran sampai minta bagi masa sampai esok untuk balik fikir.

Atau aku sengaja bagi jawapan salah. Pastu tanya " ada siapa berani bangkang?" yang malas berfikir atau kurang yakin terus setuju. Tapi yang berani dan yakin dengan ilmu dia mesti akan betulkan biarpun berisiko diejek jika tersilap.

Pembelajaran adalah satu proses. bukan semata-mata menghafal. Mendidik supaya akal rajin berfikir. Bukan sekadar angguk dan telan tanpa hadam.
Tapi masa terbatas mengehadkan proses. Kebanyakan pendidik terpaksa menjadi mesin pencetak yang mencetak kembali tulisan-tulisan dalam buku teks ke atas papan hitam atau papan putih.
Dan pelajar menjadi "pen drive" yang meng"copy" dan "save" segala data.
Sampai bercampur aduk segala "file" dalam "memory" dan gagal dicari semula bila memerlukan.

------------------
 
2+2=5
Sistem pendidikan, pentadbiran dan penyiaran perlukan anjakan dan perubahan. supaya 2+2=5 tidak dianggap sebagai benar. Seperti sekarang.
Jangan menyesal apabila semakin ramai yang tahu bahawa 2+2 sebenarnya 4. Dunia sekarang tanpa sempadan, Maklumat adalah raja yang berkuasa.
 
2+2=5
mengajar kita supaya tidak menjadi robot.


*maaf jika entri ini sukar difahami isinya


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

17 comments:

  1. ooh,pening jugak memikirkan pasal 2+2=5 ni..
    anyway,intipati entri ni mmg cool

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Menarik. Kena rajin berfikir. Dalam kerja pun, jangan terima je senior cakap bulat-bulat. Uhuhu.

    ReplyDelete
  3. Urmmmmmm.....
    2+2=5..
    Tq kerana membuka pemikiran ary..

    ReplyDelete
  4. motive of the entry is. continue to think. don't be lazy. learning process guiding us to be a good one in future. :) love this entry. :)

    ReplyDelete
  5. yang berkuasa tetap akan menang walau salah dipihaknya..dan yang benar pasti ada dugaannya..kecil atau besar sahaja

    ReplyDelete
  6. tinggi jugak falsafah ustaz nih... alaahh..sy dh abis praktikal x sempat nk test budak2 2 ikhlas...heeee... eh...kita nih memang berjiran sgt lah... 4 bulan sy kat shams ari nih baru tau...hehe...umah sewa sy bwh bukit je...dulu g sekolah ari2 jalan kaki je...masuk ikut pagar belakang... =)

    ReplyDelete
  7. kiru magu :
    haha. bleh wat tajuk tesis tu :)

    cP :
    yup. tapi kalau ada org cakap kita "bulat" maknanya kena diet la tu :P

    ary_lee:
    sama-sama

    ReplyDelete
  8. cx :
    hanya orng berfikir akan maju dalam kehidupan :)

    3no :
    2+2=5 . perlukan keadilan untuk menilai dan dinilai :)

    ReplyDelete
  9. Tengku Puteri:
    err.. ustaz la pulak.
    adoi... mmng jiran pling dekat la kita sbnrnya. x sangka plak shams tu terima ckgu praktikal. untung dpt prak kt skolah hebat tu :D

    ReplyDelete
  10. pening..baca 2 kali pun still pening..btw,nak keri jadi cikgu anak sy la..lagi 7 tahun..boleh tak?:D

    ReplyDelete
  11. assalamualaiakum keri...wah kena memikirkan apa yg tersirat...pening kepala gak ni...:)

    ReplyDelete
  12. haha,klu buat dlm tesis mahu lecturer sendiri terlopong nak baca XDD

    ReplyDelete
  13. Azzah :
    haha. tak sangka ada orng baca 2x :P
    er, 7tahun lg bru skolah rendah. saya sek menengah

    mama maszull:
    err, tersirat dalam tersirat. jadi berselirat :)

    kiru magu :
    x rock ar klu lecturer pn pening haha

    ReplyDelete
  14. sebelum menerima apa apa ilmu/info kene fikir dan selidik dulu sejauh mana kebenarannya.jangan hanya main ikut je.kalau ketua dah ajar salah..main terima je..salah le jawabnya kan.dan lagi satu moral value nye..berani kerana benar.^__^

    ReplyDelete
  15. fuh... menguji minda tul... hahhaa.. berani kerana benar.. err... ape pon tetap salah.. 2+2=4 lah... :P

    ReplyDelete
  16. Fiza :
    sebab tu jangan pilih orang jahil jadi pemimpin. nanti kita pun akan diheret ke dlm kesesatan sekali

    cci :
    mana ada. 2+2=5 lah :P

    ReplyDelete
  17. penuh pngertian...lps ni try aja dak guna teknik 2+2=5...insyaallah...kongsi2 la teknik mengaja ye keri

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...